June 29, 2009

Temuduga Wajib Kepada Semua



SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
  • Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
  • Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
  • Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
  • Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
  • Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
  • Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
  • Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
  • Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
  • Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


June 27, 2009

Pak Pandir dan Pak Kaduk bersolat

Kaduk dan Pandir ialah dua org sahabat.Mereka tinggal di kampung yg sama dan bersekolah di sekolah yg sama.Kaduk ialah seorg yg rajin,sopan dan alim.Kaduk sangat rajin beribadah kpd Allah.Pandir pula ialah seorg anak org kaya.Pandir seorang yg sombong,suka mengejek,bongkak,pemalas dan tidak patuh pada perintah Allah.

Pada suatu hari,Pandir melihat Kaduk sedang belajar berkumpulan bersama-sama kawan-kawannya.Pandir ingin memalukan Kaduk di depan kawan-kawan.Lalu,Pandir pun mengejek-ngejek Kaduk dgn mengejeknya gemuk.

Kaduk bersabar dan tidak mahu membalas ejekan Pandir kerana dia tahu perangai Pandir dan mengharapkan Pandir utk berhenti mengejeknya.Selepas beberapa ketika,Pandir masih tidak mahu berhenti mengejek dan mengganggunya.Kaduk pula sudah semakin hilang sabar apabila Pandir mengejeknya sebagai pengecut.

Lalu,Kaduk mengambil keputusan nekad utk membuktikan yg dia bukanlah pengecut,tetapi Pandir yg pengecut.Lalu,Kaduk kemukakan satu cabaran."Wahai Pandir,aku ingin mencabar kamu utk bersolat asar bersama-sama kami petang nanti.Kamu berani tak sahut cabaran aku?", tegas Kaduk.Pandir terkejut mendengar cabaran Kaduk.Serta merta dia terkasima dan terdiam.Mukanya yg hitam berubah menjadi kemerahan.


Pandir terkejut kerana Kaduk mencabarnya utk bersolat kerana dia sebenarnya tidak pernah bersolat!Pandir malu kerana rahsianya telah diketahui oleh Kaduk dan juga orang-orang di sekeliling mereka.

Akhirnya Pandir melarikan diri kerana malu.Lalu,Kaduk pun berkata kepada org sekelilingnya,"Tengok tu!org kalau dah taknak sembahyang,smpai bila pun taknak sembahyang".Kemudian,mereka semua beredar ke surau kerana waktu Asar sudah hampir tiba.

June 21, 2009

Iman,kemana kau hilang?

Bercakap soal iman membuatkan aku malu.Malu semalunya.Iman dicerminkan dgn amalan.Termasuk amalan itu ialah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Menurut prinsip Islam,the level of iman is directly porpotional to amalan soleh we did and inversly porpotional to larangan Allah we did.

Ambil 5 minit.Muhasabah diri sendiri.

Iman kita berada di tahap mana?

Ya Allah,aku malu sgt2 pdMu kerana imanku sdg merundum jatuh dan tak naik-naik lg..jgnla Kau matikan aku dlm keadaan imanku yg sebegini..Astagfirullah..aku mahu bertaubat...aku hamba yg berdosa.Terlalu berdosa..Saudaraku,Jom bersama-sama kita bertaubat~!

Aku dan Sudoku.

Hari ni nak cerita sikit pasal aktiviti sabtu yg duanjurkan METC.Smalam kami main 'SUDOKU'.
Again...i repeat,we play sudoku.Permainan ni mmg agak feymes kat Malaysia.da lame da.seingat sy dari skola menengah lg da ada akan koyak ruangan sudoku kat paper the star.haha(kenangan yg indah~)


Semalam sy belajar main sudoku.Jujurnya,inilah kali pertama sy main sudoku.Sbb dulu tgk mcm susah sgt.Semalam blajar cara main ngn kwn.The truth is,game ni mmg best.takdela susah sgt klo da tahu rules dia.But,mainla apa-apa pun mesti ada bad effects dia gak.setuju tak?

Main sudoku ni agak melalaikan la.I mean,melalaikan dr sudut konsentrasi.Otak duk pikir pasal nombor apa yg nak kena isi ni.Dok asyik pikir-pikir,smpai tak sedar alam sekeliling.Takpelah,at least main sudoku ni baik utk IQ kita.Kita berfikir dlm masa yg sama kita meransang minda.

Kalau di banding computer games yg mcm GTA,PES,NFS,CS,etc..mmg main sudoku ni jauh lg baik.Baik dr segi kos hinggalah dr segi masa.Memang jelas lebih baik.Tapi just nak pesan kat diri sy yg sentiasa tukar hobi ni(hehehe),jgnla main smpai lalai.Kita hidup ni ada Tuan.Patuh dgn Tuan barulah Tuan sayang.Kan?Semua orng setuju x?

Jom blaja main sudoku!hehe

June 16, 2009

Kenapa tidak boleh pukul dia??

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum kpd semua pembaca yg budiman.

Teringat semasa zaman sy masih bersekolah rendah.Semasa saya masih di bangku sekolah,darjah 4 (10tahun) kalau tak silap.Suatu peristiwa yg menyebabkan sy menjadi siapa saya sekarang.

Ibu saya ialah seorg Ustazah di skolah agama rakyat di Felda Jengka 5.Semasa di skolah dulu,sy sering ke sekolah bersamanya dgn motosikal.Suatu hari,selepas skolah rendah(sesi pagi),sy merajuk dgn mak saya,sy pun tak ingat sebabnya.Saya merajuk lalu sy terus ke skolah agama dgn berbasikal(jika sy tidak silap).

Emak tahu sy keluar dr rumah ketika waktu zohor masih awal.Maknanya emak tahu saya belum bersolat zuhur.Semasa di sekolah,ada seorg ustaz ni,namanya Ustaz Wahab.Dia guru besar,(emak masih mengajar sekarg sbgai penolong kanan).Emak paggil sy waktu sekolah sudah tamat.Emak tanya saya,sy solat zuhur tak tadi.

Sy takut lalu sy cuba menipu mak.Saya kata sy sudah solat sebelum sy 'lari dr rumah' sbb merajuk tadi.Emak suruh Ustaz Wahab check sy samada sy solat tak.Ustaz Wahab ni ada satu keistimewaan yg sampai sekarang sy masih meraguinya.hehe..Ustaz ni boleh tahu org itu ada bersolat atau tidak.Ustaz periksa dahi sy lalu dia kata sy tidak bersolat zuhur td.(Ustaz ini popular dan ditakuti oleh murid-murid semua kerana kemampuannya utk tahu org tu bersolat atau tidak).

Saya akhirnya mengaku yg sy tidak bersolat.Takutnya bila tgk muka emak.Saya tahu emak malu,marah dan geram.Di rumah,baru sy tahu betapa marahnya emak pd sy.Emak pukul sy bertalu-talu.

Sakit?Memang sy menangis.Mak tibai dan rotan guna rotan buluh yg sampai sekarg saya masih ingat lg.Sesudahnya,mak suruh sy Qada' solat zuhur sy.Itulah kali pertama sy Qada' solat.Bukan setakat itu,emak juga menghukum sy dgn tidak membenarkan sy keluar rumah selama seminggu.

Jujur sy katakan,di usia yg mentah itu sy benar-benar rasa 'benci' mak ats ketegasannya.Sy sudahlah dipukul,di halang keluar bermain pula seminggu.

Namun,syukur alhamdulillah kerana Allah mengurniakan emak kpd sy.Sejak dari hari itu sy tidak pernah meninggalkan solat sehinggalah ke hari ini.Semuanya kerana emak.

Terima kasih emak,kerana memukul sy.Terima kasih emak kerana menghukum saya.
TERIMA KASIH EMAK KERANA MELAHIRKAN SAYA.

Sesungguhnya jika Emak tidak menghukum sy sebegitu,nescaya sy takkan tahu betapa pentingnya solat.Kerana emaklah sy tahu betapa pentingnya solat.Kerana emak jugalah sy kenal Pencipta,dan kerana Emak jugalah,sy akan menjadi pencinta islam keranaNya.

Terima kasih emak kerana mendidik sy bukan dgn cara memanjakan saya.

Akhirul kalam,smoga setiap ibubapa dan anggota masyarakat dan setiap pembaca sekalian dpt mengambil berat akan solat kerana solat ialah amalan pertama yg ditanya kelak.Cacatnya solat,pasti cacatlah amalan lain.Sesungguhnya solat ialah pembeza org mukmin dan kuffur..(semoga Allah menjadikan kita hambaNya yg menunaikan solat)..

June 8, 2009

Sesiapa ada tertinggal iman??

Syarat ke syurga ialah mempunyai iman.Jika tiada iman,maka jganla impikan syurga kerana bau syurga pun takkan terhidu.

Menyentuh persoalan iman umat islam akhir zaman,ramai antara kita yg membawa iman mereka di masjid dan surau-surau sahaja.Selesai ibadah di masjid/surau,kita akan tinggalkan iman disana.Ditinggalkan diatas sejadah,rak Quran,di saf-saf solat atau mungkin di tempat wuduk.

Persoalannya adalah,mengapa mesti iman diambil,diguna,dan disimpan kembali semasa berada di dalam masjid sahaja?Mengapakah kita sukar membawa iman utk digunakan dalam masa 24jam kita?

Berkerja?Bekerja perlukan iman.Iman akan memberitahu kita bahawa azan sudah berkumandang,lalu menyuruh kita berhenti sebentar utk solat.

Memandu?Memandu kenderaan berserta iman akn menjdkan kita pemandu berhemah yg bertimbang rasa.Iman akan menyuruh kita bersabar dan tolak ansur di jln raya.

Memasak?Memasak beserta iman akan menjadikan kita memilih utk memasak makanan yg halal dan baik.Bukan sekadar halal,malah baik utk kesihatan juga.

Belajar?Belajar juga perlu disertakan dgn iman agar pelajar itu tahu bahawa bukan usaha semata-mata yg mendatangkan kejayaan,malah doa dan tawakkal juga perlu.Iman akan mengajar kita erti tabah,sabar dan tidak putus asa jika mendapat keputusan yg kurang memuaskan.

Makan?Makan juga perlukan dibawa iman bersama-sama.Iman akan membisikkan agar kita makan mkanan yg halal dan baik.Makan utk beribadat.Makan hanya jika lapar.Iman juga akan menyuruh kita berhenti menambah makanan slps kenyang dan mengelakkan pembaziran atau boros dlm makan.

Jalan-jalan or shopping?Yang ni la perlukan iman sgt tu.Iman akan halang kita drpd tgk benda-benda haram/dosa.Iman akan stop kita dr buat kerosakan di atas bumi ini.Iman juga akan kawal pancaindera kita drpd cenderung ikut nafsu.

BLOGGING??blogging juga perlu desertakan dgn iman dan niat yg ikhlas agar tidak akan timbul fitnah,tuduhan,ejek,umpatan,etc.Iman juga akan menjadikan kita tabah,sabar dan sedia menerima nasihat serta teguran.

Akhirul kalam,usah tinggalkan iman anda di masjid dan surau.Bawa ia dalam kehidupan seharian.Perbaharui dan mantapkanlah ia.Semoga HARTA paling berharga ini tidak akan hilang dicuri syaitan.Jika IMAN berkata-kata,DENGAR dan IKUTlah kerana setiap teguran dan nasihat iman itu adalah kunci kpd keredhaan Allah dan keredhaan makhluk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails