Aku juga layak! Aku juga layak!

'Saya tak ada ilmu nak berdakwah. Maka, tak perlulah kan?', tanya seorang pemuda kepada ustaz.

'Tidak, kamu tetap perlu berdakwah'.

'Tapi, bagaimana saya mahu berdakwah sedangkan saya tidak ada ilmu', wajahnya serius.

'Apa yang enta faham dengan ilmu?', tanya ustaz itu pula.

'Ilmu itu kan kena tahu al-Quran dan hadis'.

'Habis tu, enta tak tahu?'

'Saya tidak hafal ustaz'.

'Tak hafal, tidak boleh rujuk?'

Buntu.

Benarkah dakwah perlu ada ilmu?

Iya. Berdakwah perlukan ilmu. Bukan setakat ilmu, ikhlas dan kretif juga perlu.

'Saya tidak ada semua itu. Adakah kewajipan dakwah saya terhapus?'

Belum lagi. Belum sehingga kalian tahu, apa maksud 'mempunyai ilmu' itu.

Salah anggap.
Kita sudah lama tersalah anggap. Kita anggap bahawa yang wajib berdakwah dan menyampaikan keindahan islam itu hanyalah golongan ulama dan para ustaz sahaja. Oh...silap besar begitu.

Tidak salah jika saya katakan bahawa pemahaman sebegini diperkenalkan oleh orang-orang kafir kepada kita supaya kita meninggalkan dakwah, supaya islam tidak berkembang, dan supaya islam tidak dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Mengapa? Adakah islam itu ancaman?

Ada dua jawapan.

Jawapan pertama: "Ya, islam itu ancaman"

Kerana itu, ramai pejuang-pejuang islam ditangkap, dibunuh dan disiksa. Contoh paling dekat As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Kalau kalian masih ingat peristiwa berdarah Memali, maka kalian akan ingat mengapa mereka dibunuh- iaitu kerana mereka mahu menegakkan islam di bumi ini.

Dan jawapan "ya" itu keluar dari mulut manusia yang dahagakan kuasa serta duniawi.

Jawapan kedua: "Mustahil islam itu ancaman kerana Islam ialah kesejahteraan".

Kita guna jawapan kedua ini. Bagaimana mahu menggabungkan 'dakwah' dengan 'kesejahteraan'?

Tadi kita bising pasal 'tidak ada ilmu' untuk berdakwah, bukan?

Habib An-Najjar
Mari kita buka surah Yassin mulai ayat 20. Allah bercerita tentang seorang lelaki bernama Habib An-Najjar. Siapa Habib An-Najjar ini? Menurut tafsir, beliau adalah seorang lelaki yang tinggal di hujung kota yang kota itu telahpun diutuskankan 3 orang rasul untuk berdakwah kepada penduduknya. Malangnya, penduduk kota itu menolak serta mendustakan para rasul yang diutuskan itu. Lalu, datanglah Habib An-Najjar untuk berdakwah. Diceritakan dalam tafsir Ibn Kathir, Habib An-Najjar ini seorang yang miskin yang bekerja sebagai tukang kayu. Dia miskin dan tidak ada ilmu pun (kerana baru masuk islam sahaja) lalu terus dia berdakwah!

Tengok apa yang dia dapat...

Allah sebut dalam ayat seterusnya, Habib An-Najjar dibunuh kerana berdakwah dan Allah beri dia syurga. Katanya, "Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui".

Subhanallah.

Habib An-Najjar benar-benar seorang pendakwah yang sejati! Walaupun dia disiksa dan dibunuh oleh kaumnya, dia tidak punya dendam pun walau secubit dan sesudah mati pun, masih kuat cintanya kepada pembunuh-pembunuhnya. Tetap, dia menginginkan agar pembunuh-pembunuhnya bersama-sama beriman!

Sifat manusia mulia itu mahu saya contohi. Seperti pokok rambutan, dibaling dengan selipar pun masih tetap memberikan buah.

Soalan: Habib An-Najjar ada banyak ilmu atau tidak?

Tidak banyak. Kerana yang dia tahu cuma 'Allah ialah Tuhan yang wajib disembah', dan dia berdakwah atas 'tiket' itu.

Realiti Kita.
Selepas kita mengucapkan kalimah syahadah, maka kita sudah pun diberi tanggugnjawab dakwah. Ia tidak menunggu kita untuk menjadi ustaz atau hafiz yang hafal 30 juzuk Quran! Mari kita jadi seperti Habib An-Najjar yang berdakwah walaupun dengan sepatah ayat, 'Ikutilah para utusan itu'.

Saya sebenarnya pernah terbaca artikel tulisan Hilal Asyraf tentang jawapan kepada persoalan ini. Tulisannya lebih lengkap. Maka, saya letak link sahaja dan saya harap sangat kalian akan baca.


Another Story
Kalian kenal sahabat Rasulallah bernama Abu Dzar al-Ghifari? Beliau adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulallah yang sangat istimewa. Ceritanya, apabila dia ke Mekah untuk menemui Rasulallah dan masuk islam, beliau bertanya kepada Rasulallah, 'Apa yang aku perlu buat sesudah aku beriman?'

Rasulallah menjawab, 'Dakwah lah kaum mu untuk menyembah Allah'.

Yang terlebih istimewa, Abu Dzar merasa izzah (bangga) menjadi seorang muslim. Dengan tekad, dia ke masjidil haram dan meyuarakan serta mengisytifarkan keislamannya di hadapan orang arab jahiliyyah yang sangat rakus dan memusuhi islam. Apa terjadi? Abu Dzar ra. dibelasah hingga pengsan. Pendek cerita, dia tak serik kerana esoknya, dia masih mengisytifarkan keislamannya. Dia bangga menjadi muslim!

Kisah dakwahnya juga hebat. Perintah Rasulallah ialah, 'Kamu dakwah kaum mu', tapi Abu Dzar ra. sekembalinya dia kepada kabilah atau kaumnya, dia bukan sahaja mengislamkan ahli-ahli kabilahnya, sebaliknya kabilah yang berdekatan dengannya juga didakwah dan diislamkan.

Jadi, sebenarnya dakwah itu apa?

Mengeluarkan manusia dari gelapnya jahiliyyah kepada cahaya islam. Inilah dia dakwah!

Dakwah Paling Utama.
Ialah dakwah kepada iman. Itu paling utama dan itulah paling awal Rasulallah  dan para sahabat buat. Dakwah Baginda tidak terus kepada solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadah. Buktinya, perintah-perintah ini semuanya datang lambat.

Maka, sebelum itu Baginda hanya menyeru kepada tauhid.

"Allah Tuhan kita dan kita wajib sembah-Nya"

"Jangan syirikkan Allah walaupun dengan satu apapun"
Jangan bebankan diri kita untuk kuasai halal dan haram kerana ia hanya sia-sia jika kita belum kenal siapa itu Rabb.
Logiknya, jika tiada iman, maka tiada juga peduli dan runsing tentang halal dan haram. Saya pernah sebut dahulu di sini (link). Jika tiada iman, muncul lah maksiat. Sebaliknya, jika ada iman, hilanglah maksiat.

Kesimpulan: Lalu, aku perlu berdakwah melalui apa?
Kalau kita masih menganggap bahawa dakwah ini tugas orang berkopiah dan berjubah putih, maka pasti islam tidak akan tersampai kepada kita. Abu Dzar ra. dan para sahabat ra. berdakwah selepas sahaja mereka islam. Habib An-Najjar juga sama.

Mereka tidak 'menunggu' untuk jadi 'lebai' kerana mereka faham artikel ini.

Jika kita rasa kita ini tidak layak dan tidak cukup ilmu untuk berdakwah, maka memadai untuk kita berkata, "aku bangga menjadi muslim" dan cerminkanlah kebanggan itu dengan akhlak mulia kita, mudah-mudahan itu menjadi dakwah terbaik kita- dakwah melalui akhlak.

P/s-Hilal Asyraf dalam artikelnya itu telah menerangkan dengan jelas persoalan ini. Bacalah :)
Previous
Next Post »
15 Komentar
avatar

setiap dakwah kena ada ilmu..
em?

Balas
avatar

dakwah paling berkesan; melalui perbuatan@contoh. kan ada sdikit ilmu, saki-baki sekolah rendah agma dahulu kala..? =)

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

Setiap manusia yg mengucap 2 kalimah syahadah wajib berdakwah. Kerna ia telah jatuh hukum wajib. Sememangnya saya memang sokong artikel ni. Tapi kadang2 ada pendakwah mengunakan cara yg salah. http://me.leokid.my/berdakwah-dengan-perspektif-yang-betul. Jadi bagi saya, perlu ada ilmu utk dakwah. Kalau x de ilmu, kena cari (bkn menjadi alasan utk tidak mahu berdakwah). Sebab hukumnya wajib. (sekadar perkongsian)

Balas
avatar

betul2
berdakwah lah benda yang kita tahu
xkan kita langsung tak tahu apa2 kan sepanjang kita hidup nih
betul2
nice entry

P/S : Kelab Bola Sepak Kalah 55 - 0.....Ini Main Bola Ker Apa? Hahahaha

Balas
avatar

malam tadi baca takleh komen, line tak clear

kekadang rasa malu nak dakwah sebab malu kat Allah sebab lidah dan tindakan keakdang tak sejalan...

Balas
avatar

assalamualaikum...dkwhlah slgi kita mampu.kalau bukan kita y nk buat,mubaligh kristian siap sdia tlg kita brdakwah.tntut ilmu smpi mati,dakwah xplu tgu jd qadi

Balas
avatar

semua orang yg berilmu adalah waris nabi. hebat bukan? :)

Balas
avatar

pernah dgr bawah berdakwah itu wajib..sampaikan walaupun hanya 1 ayat sahaja...

p/s: nice post..=)

Balas
avatar

Artikel neh memang menarik. Sepatutnya beginilah yang kita kena terapkan pada muslim di malaysia. neh tidak bila kita mengajak kepada kebaikan mereka menyoal kita pula adakah solat kita sempurna sangat? adakah puasa kita diterima Allah swt dan begitulah sebagainya.. susah betul. sebenarnya kalau nak tahu ketika kita berdakwah kita sama2 akan terdakwah.. secara tak langsung akan memupuk keimanan kita.

Balas
avatar

kalau tidak mampu bil lisan,cubalah dengan bl hal

Balas
avatar

berdakwah haruslah bukan memaksa,kadang-kadang ade yg berdakwah dengan memaksa,kwn pernah kena,

Balas
avatar

salam alaik. saya sendiri pernah cuba nak tulis artikel ni. tapi saya belum boleh menyusun bait2 kata yang mampu membuat orang faham tentang dakwah. bagi saya, artikel ni sangat berfaedah dan yang pasti jelas tentang konsep sebenar dakwah. izin share ye. jazakallah :)

Balas
avatar

tapi kadang2 macm tak confident kan. dengan family ok lagi kot..:)

Balas
avatar

betul2 tu..kdg apa yg kita
lakukan sebagi aktiviti harian juga boleh dijadikan dakwah,
maknanya di situ kita ada ilmu :-)

dan secara praktikal ia lebih mudah...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443