January 29, 2010

Hamba Allah itu..

Hari ini,penggunaan perkataan 'Hamba Allah' menjadi sangat popular.Di masjid-masjid,pasti akan tertulis di papan kenyataan,'Sumbangan daripada hamba Allah' atau 'kenduri tajaan hamba Allah'.

Persoalannya,layakkah kita mengaku sbgai hamba?

Merujuk kamus dewan,hamba bermaksud,orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran.Itu takrif daripada kamus.

Manusia,jika benar merupakan seorang hamba,wajiblah dia taat akan semua yang disuruh oleh tuannya.Kan?Siap tidak meminta upah lagi!Tapi berapa ramai yang benar-benar menjadi hamba,yang diiktiraf oleh tuannya?


Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya,Muhammad pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yg telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kebesaran kami.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar,Maha Melihat.(surah Israk ayat 1)

Dalam ayat diatas,Allah telah mengiktiraf Nabi Muhammad S.A.W sebagai hambanya kerana ketaatan Baginda dalam melaksanakan segala perintah Allah.Sesekali baginda tidak pernah merasa terbeban dengan ujian Allah.Tidak pernah sesaatpun lupa pada Allah.Tidak juga sesekali Baginda berpaling daripada berdakwah di jalan-Nya sekalipun terpaksa bersusah payah dan berkorban apa saja untuk tuannya!

Kita yang kononnya mengaku hamba Allah,wajar merenung kembali.Adakah benar kita hamba Allah,ataupun kita hamba nafsu dan syaitan?Perintah Allah atau perintah nafsu yg lebih kita utamakan?(soalan berbalik kpd saya)

Benar,saya tak nafikan mmg meninggalkan kemungkaran itu jauh lebih sukar drpd melakukan yang makruf atau kesolehan.Namun,kita patut ingat bahawa sebagai hamba,kita tidak boleh berdolak-dalih atau mengatakan tidak jika telah dtg sesuatu perintah dan antara perintah itu ialah meninggalkan kemungkaran!

Ayuh orang yang mengaku sbgai hamba Allah,mari kita berusaha utk dapat "pangkat" itu kerana walaupun di dunia ini pangkat hamba itu sehina-hina darjat,namun ketahuilah bahawa dgn pangkat itulah kita dimuliakan di akhirat dengan syurga yg kekal selamanya.InsyaAllah

January 27, 2010

'Bang,saya dapat kehidupan!'

Selesai solat sunat ba'diah magrib tadi,aku disapa oleh Abang Zahari.'Dah hampir 2 tahun ye Iqbal kat sini?' 'Lebih kurang la bang'.Padahal baru 1 tahun 6 bulan.'Apa yg Iqbal dapat kat sini?'
Pelik aku dengan soalan Abg Zahari.Apa hal tiba-tiba tanya mcm tu.Spontan aku jawab,'Saya dapat kehidupan'.Dia pula yg pelik!haha

Tak sangka cepat betul masa berlalu.Aku masuk METC 26/07/08.Sebelum tu,aku tak pernah lgsung dengar apa-apa tentang METC.Apa tu METC?Seingat aku dulu pengurus FELDA tempat aku dtg rumah aku lepas keputusan SPM keluar.Dia promote program latihan ni kat aku.Aku tak tahu cmne aku boleh berminat tiba-tiba.So,aku daftar utk ke temuduga.
(aku tiada dlm gambar)

Alhamdulillah.Interview okey(link).Dapat surat 'SILA KE MAS MEDICAL CENTER UTK MEDICAL CHECK UP',(dlm bahasa inggeris).Alhamdulillah,medical check up pun okey.Sebab tu harini aku ada kat sini~Dgn bantuan biasiswa drpd FELDA,aku diberikan penempatan di Ara Damansara.Love this place very much!Makanan dan transport utk ke pusat latihan juga disediakan.

Minggu-minggu awal aku mmg sgt menarik bagi aku.Iya lah.Hari-hari dpt tengok kapal terbang live.Dapat pulak bergambar,dapat pegang dan dapat masuk.Mmg exited.Awalnya juga aku bermula sbgai 'seorang yg biasa-biasa'.Iya!biasa je.Tak pernah terlintas nak jadi budak surau apatah lagi jadi ketua atau imam atau apa-apa yg aku jadi sekarang.

Oit.aku ingat!sepanjang minggu orentasi,kami diwajibkan utk solat berjemaah di surau Ara.Tapi aku dgn selambanya solat kat rumah.Roomates aku balik je terus aku tanya,'Nape korang lambat?Ada warden check tak tadi kat surau?'.haha

Hari berganti hari,aku pun semakin rapat dgn budak batch aku.Ada anak peneroka,cucu dan juga anak kaktingan dan pengurus.Semua dah jadi kawan aku.Dalam banyak-banyak kwn aku,boleh pulak aku rapat dgn sorang budak ni.Adui..(bukan keluhan).Nama dia Shamil.Budak Perlis dan anak pengurus.

Mula-mula kawan je,kemudian jadi makin rapat.Kebetulan kami sekelas pula.Aku pun jadi makin selalu bersama dgn dia.Hari tu khamis,dia ajak aku puasa.Aku pun okey jek.'Eh,jom berbuka kat surau.Ada org puasa jugak harini'.Jadi secara rasmi,aku mula kenal dgn Ammar dan Suhaimi waktu berbuka puasa sunat di surau tu!Diorang tu senior aku yg 'dagang'!

Kalo kat METC aku selalu tengok 2 makhluk ni pelik drpd semua org.Diorang 2 aja berkopiah.Rupanya dia pun menyewa di Ara.Ukhwah terbina.Aku pun jadi semakin terikat dgn surau.Ikatan itu jadi semakin erat bila satu hari aku diajak utk 'keluar'.'Keluar g mana ni Shamil?' 'Entah.Kita keluar belajar-belajar'.'Jom!'(link)

Aku sampai di Flora Damansara dengan mereka.Oh!inilah dia rupanya Tabligh(link).Lari sebentar drpd riuh duniawi dan serangan syahawat utk mencari khusyuk hati dan mendidik rohani.Seronok juga 'dipenjara' di masjid.Cuma beberapa jam.At least aku tak buang masa sia-sia.Seronok,sbb aku jadi makin terikat dgn rumah Allah(link).Seingat aku,di situ jugalah aku kenal Abg Man.(link)

Aku pun tak berapa ingat,tapi detik itulah aku menangis.Menangis sbb banyak sebab.Menangis sedih,kecewa,menyesal atas dosa-dosa silam.Dan menangis syukur,gembira dan terharu kerana Allah sudi beri aku peluang utk sedar.Uh!mimpi da tamat!

Perubahan mendadak berlaku.Tak perlu aku cakap.Takut nanti timbul riak pulak.Tapi yg paling best ialah bila tengok reaksi mak dan ayah aku bila aku balik ke kampung.Mungkin dlm otak diorang,'anak aku kena sampuk ke? atau anak aku buang tabiat?'Oh!Diorang gembira dan terharu dgn perubahan anak bongsu dia ni.

Rupa-rupanya aku ni boleh rupanya cakap baik-baik dan dengar kata ibubapa.Aku ingatkan aku mmg jenis anak derhaka.Allah nak selamatkan aku.Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa ibubapaku.Mereka mmg tak penah miss doakan aku berubah.Aminn...

Kawan-kawan aku lagi la pelik dgn aku.Dulu aku buat jahat sama-sama diorang,tapi sekarang aku mcm polis pulak.Menghalang dan menasihat diorang.Bengang diorang."Eleh ko nasihat kitorang ni,ko mcm tak biasa lak!!".Haha..sorry bro!aku da berubah!aku dah 'tak biasa'.

Tapi yg paling best,aku mulai sedar aku ni jahil.Dulu aku selalu pikir belajar agama ni sampingan aje.Astagfirullah..Sekarang baru aku sedar,belajar Fizik itu la sampingan!Kesian aku sebab aku dah bazirkan usia aku tanpa aku cari ilmu agama.Tapi sejak hari tu,aku katagih utk duduk majlis ilmu samada majlis taklim(dengar hadis),majlis agama di surau dan masjid malah majlis TV dan radio.haha

Akhir sekali,kesimpulan drpd cerita aku ni ialah,korang pun mampu berubah.Aku tak pernah terfikir nak jadi mcm aku yg sekarang,tapi ternyata Allah kurniakan aku kesedaran.Bodohla aku kalau aku tak terima.Korang pun sama!Allah bagi masa,umur dan peluang utk kita berubah dan bertaubat.Tapi dgn syarat,kita mulakan langkah pertama.Ketahuilah,jika kita dtg utk mendekati Allah sebanyak selangkah,Dia akan mendekati kita seribu langkah!Apa yg penting?kita yg kena usaha dahulu utk cari hidayah!

January 23, 2010

Dengki dengan rama-rama

Kenapa aku rasa dengki dgn rama-rama?
Rama-rama cantik.Boleh terbang.Bebas.Tak terkongkong.Berdikari dan yang paling penting,rama-rama tak ada tanggungjawab dan tak akan dihisab di akhirat nanti.
Aku cemburu!Aku inginkan kecantikan itu.Aku mahukan kebebasan itu!Aku impikan ketenangan itu!Aku angankan kelepasan drpd bebanan dan tanggungjwab!Tapi ternyata aku manusia.Ya!aku manusia!

Manusia umpama ulat beluncas
Ramai yg geli dgn ulat sebab ulat hodoh.Ramai yg bencikan ulat(klik),kerana ulat ialah haiwan perosak.Merosakkan tanam-tanaman.Ramai yg jijik dgn ulat,kerana boleh memberi mudarat seperti gatal dan penyakit.

Tapi ternyata,tak banyak bezanya antara manusia dan ulat.Manusia mahukan kecantikan.Justeru,tak sedikit yg sanggup mengorbankan harta dan masa utk mencantikkan diri.Tapi tetap hodoh dan digeli oleh org lain kerana fizikal saja cantik,tapi perangai hodoh.Manusia juga perosak.Perosak alam sekitar.Perosak hidupan lain dan paling teruk,perosak kpd bangsa dan agamanya sendiri(klik).Manusia juga memberikan mudarat.Bukan sahaja kpd diri sendiri,malah memudaratkan orang lain.Manusia tak terlepas drpd melakukan kesilapan yg bukan sahaja melibatkan diri sendiri,tapi juga kpd org lain.Sesiapa pun takkan terlepas drpd kejahatan manusia.

Manusia umpama kepompong
Setelah 2 minggu berada dalam kepompong,rama-rama akan keluar drpd kepompong.Rama-rama yg dahulunya ulat kini menjadi satu bentuk hidupan yg berbeza!Kepompong itu umpama penjara.Di dalamnya,ulat itu mengalami perubahan.Ia harus berada di dalamnya secara terus selama 2 minggu berturut-turut,tanpa keluar dari dalamnya sebelum ia sempurna menjadi rama-rama.Seperti manusia yg mahu menjadi lebih baik,dia harus berada dlm 'kepompong'.Di dalamnya,dia akan diperangi mukmin yg dengki dgnnya,org kafir yg benci padanya,org munafik yg ingin menyesatkannya,syaitan yg mahu menggodanya dan dgn nafsu(klik) yg mahu memusnahkan dirinya!

Di dlm kepompong,mereka perlu mujahadah dan istiqamah!(klik).Sesekali tidak boleh keluar drpd 'kepompong' kerana ia akan menjadi cacat.Di dlm sana,tiada makanan dan minuman.Di sana juga,ia terpisah dgn persekitaran sekelilingnya.Manusia yg berada dlm kepompong juga sama.Kehendak dan keperluannya perlu dibatasi.Persekitaran sekelilingnya juga harus dikawal.Dia perlu berjaga-jaga dgn kawan-kawannya dan masyarakat sekeliling kerana itu semua mungkin bisa merosakkan 'kepompongnya'

Manusia umpama rama-rama
Setelah menjadi rama-rama,semua org menyukainya.Mereka telah lupa,bahawa hakikatnya dahulu rama-rama ialah ulat yg jijik.Dahulu ia mengensot,kini ia terbang.Pantas dan bebas.Dahulu ia hodoh,kini ia sgt cantik.Berbagai warna dan corak.Dahulu ia dibenci,sekarang ia dicintai dan dahulu ia perosak,kini ia membantu proses pembungaan pula!
Tapi,ternyata tak banyak 'rama-rama' dalam golongan manusia.Ramai yg suka menjadi ulat yg hina,dan ramai yg tak tahan dgn ujian di dalam kepompong.Mereka gagal menjadi rama-rama dan kekal sebagai ulat.

Oh Tuhanku,aku mahu menjadi rama-rama.Tapi ternyata aku tak gagah menahan godaan dan ujianMu.Bantulah aku.Kerana ku tahu,aku perlukanMu.

Tambahan-->mahu memperbaharui azam yg sedia ada(klik) dgn menjadi 'rama-rama'.

January 19, 2010

Hebat

Rasanya dah agak lama saya tak update blog saya.Faktor masa yg singkat tak mengizinkan saya berbuat demikian walaupun kerinduan kpd blog memuncak.Exam pula jumaat ini dan minggu depan.Ditambah pula dgn tugas sy sbagai guru tuisyen kpd seorang budak darjah 5 yg sgt nakal!hehe...Mmg masa saya semakin terhad utk berada di medan penulisan blog ini.Maaf~

Walaupun begitu,sy tetap masih menjadi pembaca yg tegar tetapi cuma sebagai silent reader lah.Maaf jika tidak tinggalkan komen di blog anda.Maaf lagi sekali.

Minggu ni cuma ada satu benda menarik,terlalu menarik bagi saya yg wajar kita semua fikir dan bermuhasabah.

Batch saya ada 36 pelatih dan sejujurnya,4 org dari kami masih tidak bersolat.Angka yg sedikit kerana bilangan dahulu lebih ramai sebenarnya.Syukur,sedikit demi sedikit org yg dahulunya tak bersolat sudah mula menjinakkan diri dgn solat walaupun bangkit di waktu subuh masih menjadi satu masalah bagi kebanyakan org.

Perasan tak?manusia ini sifatnya cepat berubah.Kadangkala perubahan itu amat tidak masuk akal!Pernah tak anda bayangkan,seseorang yg seringkali menjadi imam bagi solat fardu,mengimani solat anda.Kini sudah tidak melaksanakan solat?

Saya ada seorang sahabat yg begitu!puncanya?terpengaruh dgn rakan-rakan yg sama tak solat.Mudah sekali hati manusia berubah.Allah jua yg memilih mana-mana hambaNya yg ingin diberikan kebaikan(hidayah) atau kecelakaan(dibiarkan sesat slps dtg kebenaran kpdnya).Moga Allah berikan hidayah kpd kita semua.Amin Ya Rabb..

Ada juga seorang sahabat saya yg mmg selama ini tak pernah bersolat.Mmg setiap kali diajak,dia akan jawab,'...ko pergi dulu,aku ikut kemudian..' atau '...aku solat nanti...' Sekarang,sahabat itu sudah mula berubah.Syukur,terima kasih Allah.Perubahannya kerana diajak oleh sahabat-sahabat kami yg sama merokok dgnnya.Di sini,nak merokok kena pegi semak,tapi itu dulu.Sekarang kalau nak merokok kena pergi ke car park yg agak jauh.

Jadi kerana bergaul dgn rakan-rakan yg merokok yg bersolat,dia akhirnya bersolat sedangkan rakan-rakan sy yg bersolat itu pun jenis yg biasa-biasa je.Tidaklah aktif dlm dakwah apatah lagi terlibat dalam organisasi islamik,tapi mereka berjaya mempengaruhi seseorang yg tidak melaksanakan solat utk solat!Bagaimana org yg biasa-biasa boleh memberikan kesedaran kpd org lain utk berubah?

Sedangkan kita,yg kononnya mengaku sbgai ejen dakwah dan penyambung lidah RasulAllah S.A.W,apa yg telah kita lakukan??Banyak antara kita mungkin saya sendiri seolah-olah sedang membina benteng pemisah dgn mereka yg kononnya tidak islamik!iaitu dgn beranggapan mereka lebih mulia drpd org lain!Mungkin betul kata-kata seseorang kpd sy bahawa manusia sanggup menyembunyikan kejahatannya disebalik 'kopiahnya'.

Akhir kalam,usah merasa kita hebat kerna org lain lebih hebat drpd kita.Kita cuma tahu menghina,membenci dan menyampah kpd org yg berbuat maksiat,tapi orang lain mampu membimbing dan memberi kesedaran sedangkan mereka itu lebih jahil drpd kita.Kadangkala kita tak sedar kita telah jadikan agama sebagai alasan atau jalan keluar menutup kelemahan diri kita.

Pesan kpd diri sendiri-->usah gunakan agama utk kepentingan diri sendiri!

Aku benci org hipokrit dan aku benci diri aku yg selalu hipokrit juga

January 14, 2010

Terpaksa berehat sebentar

Ada seorang lelaki yg tertinggal bas.Dia berlari cuba mengejar bas nya.Namun,bas itu terlalu laju.Dia kepenatan,terduduk tak berdaya.

Saya juga sedang mengejar.Mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi.19tahun umur sy telah pergi dgn sia-sia,maka sy terpaksa kejar baik yg ada!Namun jelas itu bukan sesuatu yg mudah.Terlalu sukar kerana sy hanya mempunyai sepasang kaki yg tidak kuat.Kadang-kadang penat menguasai diri lalu terpaksa juga sy berhenti sebentar,walaupun semangat utk mengejar masih kuat.
(Kejayaan sebenar ialah dgn ikut perintah Allah dan sunnah Rasul)

Tika kepenatan itu,rasa hidup ini terlalu panjang sehingga lupa bahawa hakikat kehidupan ini teramat pendek.Tempoh yg sgt pendek umpama iqamat dan solat.Saya diazankan dan diiqmatkan ketika lahir,dan disolatkan slps mati.Sebentar sahaja hidup.

Semakin hari,rasanya semakin banyak tekanan yg menekan diri.7 hari lagi sy akan exam.Exam killer module,module 11.Mmg senior-senior ramai yg fail.Module setebal lebih 20 inci itu memerlukan perhatian drpd saya! Makin teruk,3 hari selepas exam module 11 tu ada pulak exam module 17,propeller!

Mungkin ramai org pelik tengok sy selalu online.Prinsip belajar sy mudah je.Saya cuma belajar semasa di METC.(2ptg-9mlm)Waktu belajar tu sy akan bagi full concentration dan akan banyak bertanya apa yg sy tak faham.Bila sampai kat rumah,tak perlu sy study gila-gila,cukup sekadar tengok-tengok apa yg dah sy highlight kan aja.

Tapi disebabkan masa yg semakin suntuk,dan tanggungjwb yg semakin banyak terutamanya sejak menjadi batch leader bulan january ni,sy mcm diserang insomnia.Susah nak tidur!banyak sgt benda yg nak kena fikir.Jelas,saya juga tak boleh lari dari stress dan sy sedang mula 'berkenal-kenal' dgn stress itu yg akan menjadi kawan saya esok bila saya dah mula bekerja.

Jadi,mungkin saya terpaksa tinggalkan blog ini tanpa post2 terbaru hingga selesai exam sbb saya perlu mengutamakan keutamaan saya sebagai pelajar.Belajar itu amanah.Dan saya perlu menjaga amanah kerana bukan dari kalangan umat Baginda org-org yg tidak menjaga amanah.Takutnya.huhu

Bagaimana pelajar boleh menjadi ejen dakwah?
-melalui keputusan exam yg cemerlang
-akhlak yg mulia
-pergaulan yg baik
-penampilan yg bersih dan kemas
-menjadi pendamping yg disenangi
-memberi nasihat yg berhikmah
-memberi idea-idea yg bernas dan berkualiti
-tegas dlm pendirian terutama berkaitan islam

Masyarakat sekarang suka sgt menilai seseorang melalui pandangan 'duniawi'.Contoh mudah;

'Eleh,ko tengok iqbal tu.Harap je budak surau,tapi dlm kelas tido/main/berangan.Exam pun gagal/markah rendah/cukup-cukup makan dll.Pastu ada hati nak nasihat/dakwah aku pdhal diri sendiri pun teruk!!'

Betulkan pandangan 'mereka',bahawa para da'ei(sy tak layak utk gelaran itu) bukan hanya bijak dan boleh dijadikan rujukan dalam urusan agama,tetapi juga urusan duniawi dan pelajaran.Ayuh buktikan!

January 12, 2010

Jgn buat tahu!Quran ada ats rak tu!Bila lg nak rujuk?

Saya sering diingatkan,"Jika kamu berada dalam masalah,cari penyelesaiannya dgn mengguna kitab agung al-Quran,sunnah,ijmak ulama dan qias"

Ketika membaca berita tentang insiden pembalingan bom ke gereja-gereja yg dilaporkan beberapa hari lepas,saya mengucap panjang.Tak sangka boleh berlaku sedemikian.Dan perkara pertama yg saya fikir,ini bukan perbuatan org islam!

Sejarah sudah membuktikan betapa liciknya bangsa Yahudi laknak.Mereka mencetuskan masalah,mereka jualah yg merumitkan lg keadaan dan mereka mengaut keuntungan disebalik kehancuran umat lain.Maka saya lebih cenderung mengatakan insiden itu bukan dilakukan oleh org islam,melaikan itu perbuatan ejen-ejen Yahudi(mungkin secara tak langsung)dari kalangan umat islam yg jahil.

Benar.Bila dirujuk kpd Quran,mmg banyak sekali ayat-ayat yg boleh dijadikan dalil tentang keharusan bagi org bukan islam menggunakan kalimah 'Allah'.Antaranya surah luqman ayat 25,'Dan sesungguhnya jika engkau(Muhammad) bertanyakan kpd mereka,siapakah yg menciptakan langit dan bumi?tentu mereka menjawab,"Allah".Katakanlah,'segala puji bagi Allah 'tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Namun,apabila difikir dan diteliti kesan yg akan terjadi,maka adalah lebih baik dan lebih wajar jika mereka(kristian) tidak menggunakan nama 'Allah' kerana bimbang anak cucu-cicit kita akan keliru,lalu akan merosakkan akidah mereka.Negara-negara majoriti kristian sendiri pun tidak menggunakan kalimah Allah,ini pula negara yg majoritinya beragama islam.Kantoi ada udang di sebalik batu!!

Dalam menyuarakan ketidak puas hati kita ini,seharusnya kita kembali pada al-Quran juga.Quran itu datang dari Allah dan ia akan selamanya releven dan terpelihara.Bagi mereka yg kurang masa mengkaji Quran,mari kita renung akan ayat ini;

"serulah (manusia) kpd jalan Tuhanmu dengan hikmah(perkataan yg tegas dan benar yg membezakan yg hak dan batil),dan pengajaran yg baik,dan berdebatlah dgn mereka dgn cara yg baik.Sesunguhnya Tuhanmu,Dialah yg lebih mengetahui siapa yg sesat dari jalan-Nya
dan siapa yg mendapat petunjuk"-(An-Nahl ayat 125)

Jika kita dgn sesuka hati bertindak membuat tunjuk perasaan,mencaci,menyumpah seranah org kristian,membakar gereja dan keganasan-keganasan yg lain,maka kita bertindak tanpa mengikut apa yg diperintahkan Allah.Kita memandai-mandai!Adakah kita org yg mendapat petunjuk?

Dalam surah al-Ankabut ayat 46 pula,Allah berfirman-"Dan janganlah kamu berdebat dgn ahli kitab melaikan dgn cara yg paling baik kecuali dgn org-org yg zalim di antara mereka..."
Sbgai rakyat biasa,sy rasa adalah perlu diadakan debat antara alim-ulama dgn cerdik pandai kristian.Tapi setakat ini,rasanya kerajaan yg memerintah masih tidak mahu mengadakan pendekatan sebegini!Lupakah?yg kesemua kita akan dihisab,dan kita juga akan ditanya tentang pemimpin kita juga.Adakah kita sama bersongkol dgn mereka yg zalim ini?

Peristiwa ini juga sebenarnya memberi satu mesej yg tersangat jelas iaitu kita(umat islam) terlalu banyak berlebih-kurang,berkompromi dan berlemah lembut dgn org kafir hinggalah dalam soal keagamaan.(klik sini)

Saya tak bertindak utk menyalahkan sesiapa kerana sy tahu ramai yg mungkin tertarik dgn konsep 'satu' kita itu.Malangnya,akidah kita semua tidak 'satu'.Sedar tak?
'Banyak di antara ahli kitab menginginkan sekiranya mereka dapat menjadikan kamu kafir kembali selepas kamu beriman,kerana kedengkian dalam diri mereka,setelah jelas kebenaran bagi mereka..'-Al Baqarah ayat 109.

Sedarlah,kita bukan 'satu'.1 org islam lebih mulia drpd seluruh org bukan islam!!Yang haq selamanya haq dan yg batil selamanya batil!Jika anda ada merancang nak mengeruhkan lagi suasana,berhentilah.Islam menitik beratkan soal keamanan.Kita sebagai rakyat biasa,usah bertindak liar dan berlebih-lebihan...kerana kita ini sedang 'mempromosikan' islam kpd org bukan islam.

January 10, 2010

Ahad,Ahad,Ahad

"Hoi si hitam!Bodoh sungguh engkau!Aku tahu engkau telah mengikut agama yg dibawa oleh Muhammad.Aku mahu kau keluar dari agama itu!"

"Tidak!walaupun kau ialah tuan aku,kau hanya berhak keatas jasad dan tenaga aku sahaja.Kau sesekali tiada hak menentukan pegangan hatiku ini!"

"Apakah kau telah dirasuki syaitan Muhammad hingga kau sanggup keluar drpd agama nenek moyang kita?!!Keluarlah kau dari agama Muhammad,jika tidak aku akan menyiksa kau dgn siksa yg amat berat!"

'Sesungguhnya,jika aku terpaksa mati pun aku takkan meninggalkan agamaku ini!'

Saidina Bilal r.a ialah seorang hamba kpd Umayyah bin Khalaf.Apabila Bilal r.a telah masuk islam,Umayyah bin Khalaf sgt marah dan dia telah menyiksa Bilal r.a dgn sgt teruk sekali.

Bilal r.a telah disiksa dgn siksaan yg kejam.Dia pernah diseret dgn kuda ke sekitar kota Mekah.Dia dipakaikan tali di lehernya dan diperlakukan seperti seekor binatang!Siksaan demi siksaan diberikan oleh tuannya dgn harapan agar Bilal r.a akan kembali kpd agama asalnya mereka iaitu meyembah berhala.

Namun ternyata Bilal r.a seorang yg tabah!Melihatkan keengganannya utk murtad,Umayyah telah memakaikan Bilal dgn baju besi.Dia dibaringkan di atas padang pasir yg terik lalu diletakkan batu yg berat ke badannya.Setiap kali disiksa,mulutnya akan menyebut 'Ahad,Ahad,Ahad'...mengisbatkan Allah.Mengdengarnya,bertambah marahlah Umayyah.Diriwayatkan bahawa ketika disiksa dgn batu itu,kulit Bilal r.a melecur teruk sehingga mengalir keluar lemak-lemaknya sehingga dagingnya melekat pada baju besi itu.

Siksaan itu berterusan sehinggalah dia ditebus oleh Saidina Abu Bakar r.a lalu dimerdekakan.Beliau terkenal dgn sifat jujur,soleh dan rendah hatinya.Walaupun rupanya hodoh dan hitam legam,beliau telah dimuliakan oleh Baginda RasulAllah dgn melantiknya sbgai muadzzin utk tiap2 waktu solat.Bilal wafat pada usia 60 tahun,pada tahun 20hijrah.Beliau dimakamkan di Damsyik.

*************************************************************************

Sebenarnya,kisah para sahabat radhiallahuanhum waradhu'an ini bukanlah sekadar utk diceritakan di kedai kopi,dimuatkan dlm buku sejarah atau diceritakan kpd anak sbgai hiburan sblm tidur.Tidak!Bahkan cerita-cerita mereka inilah pembakar semangat bg jiwa-jiwa yg kering,ketandusan tarbiyyah dan mujahadah.

Kini,masih ramai yg ditindih atas dada dan mengucapkan 'ahad',tapi mereka bukan ditindih batu sebaliknya ditindih bantal.Kalimah 'Ahad' bukannya merujuk kpd Allah sebaliknya merujuk kpd hari ahad.Iya!ramai yg tidak bangun solat subuh kerana hari Ahad boleh bangun lmbat,cuti!

Ambil masa,muhasabah diri.Betapa jauhnya kita dgn para sahabat apatah lagi Baginda RasulAllah.Tiada siksaan yg berat menimpa kita,menyebabkan kita lalai drpd mengingati Allah.Tiada pengorbanan yg besar kita lakukan dlm agama yg akhirnya menyebabkan kita tidak menghargai nikmat islam ini,hanya retak menanti belah.

January 9, 2010

I love u,so please go to hell

Anak ialah anugerah.Anak juga ialah satu bentuk ujian.Anak jugalah yg akan menjadi magnet yg akan menarik ibubapanya samada ke kutub syurga(S) atau ke kutub neraka(N).

Khutbah jumaat sempena tahun baru,jumaat lalu bagi saya benar-benar menarik dan memberi kesan.Oh!tahniah kpd khatib yg bertugas kerana membaca teks khutbah dgn jayanya!Sedikit perkongsian;

Kita sering melihat,di dada-dada akhbar bahkan di kaca TV,bayi-bayi dibuang di merata-rata tempat hatta di dlm tandas.Kes buang bayi menjadi satu kanser yg sedang berkembang biak di negara 1 korupsi,Malaysia ini.Masyarakat,semuanya menzahirkan kebencian yg teramat kpd mereka yg bertanggungjwb melakukan dosa berat ini.Tapi,ramai yg lupa bahawa wujud lg satu jenayah yg lebih berat iaitu ibubapa membuang anak ke dalam lubang neraka!

Bagaimana?ibubapa tidak memberi mereka didikan agama yg benar.Saya tersentak.Betul lah,mmg rata-rata anak dimanjakan dgn harta sebesar bukit,tapi ilmu agama yg diberi cukuplah jika tahu baca 'doa makan'.Apakah cukup ilmu yg sebesar zarrah ini mampu utk menjadi perisai? Nah!lihatlah sendiri,kerana silapnya ibubapa yg meremehkan urusan agama anak-anak,kita sendiri menjadi saksi akan peningkatan pesat gejala-gejala so..sial ini.Salahkan mereka,muda remaja?Lebih adil rasanya jika disalahkan ibubapa yg lalai dlm mendidik anak-anak.

Bayi yg dibuang sudah dijamin akan ke syurga,tetapi anak-anak yg dibesarkan tanpa didikan agama,tanpa nilai-nilai islam pasti akan kembali ke dlm neraka kerana maksiat dan kekufuran mereka.Nauzubillah..Lalu,ibubapa akan dipertanggungjwbkan oleh Allah,”Apa yg kamu lakukan sehingga anakmu sangat kuat bermaksiat??” Mulut yg semasa di dunia lancar memuji kecantikan tubuh anak-anak yg berpakain mendedahkan aurat,mulut yg tersenyum bangga mendengar pujian org akan kemerduan suara anaknya,mulut yg lembut bicaranya memberi izin anak keluar dgn teman lelaki bukan mahramnya...di sana(akhirat),terkunci!

"Oh!Anakku..Jangan kau tarik bapak ke dalam neraka kerana bapakmu ialah abid.Oh!anakku,jgn kau tarik ibu kedalam neraka kerana ibu seorang solehah!Oh cucuku,jgn kau tarik atuk ke dlm neraka kerana atuk seorang tuk guru!",Kita mula mencari alasan di sana.Saling salah-menyalahkan di hadapan mahkamah agungNya.

Apa mungkin kita berlepas diri drpd dipertanggungjwbkan?Sedangkan kita punyai kekuatan dan kemampuan utk medidik anak-anak dgn akhlak dan akidah islamiah.Jika tidak mampu,kan ada ribuan sekolah yg menawarkan pengajian agama islam utk diterapkan dlm diri anak-anak?

Mungkin masih lmbat utk sy bergelar bapa,tapi saya sudah mula merasa takut akan tanggungjwb yg mungkin akan sy pikul nanti.Kpd anda yg bergelar ibubapa,tolong didik anak-anak anda dgn nilai-nilai islam.Perkukuhkan perisai dan benteng iman mereka agar mereka ‘immune’ dgn virus maksiat.Tutup semua lubang maksiat seperti televisyen yg menawarkan hiburan-hiburan berlebihan bahkan melalaikan!

January 7, 2010

Melayu,Kalimah Allah dan kristian


MANA PERGINYA JANJI-JANJI DAN SUMPAH SETIA MELAYU?

ADAKAH KITA BERSATU PADU MENEGAKKAN ISLAM?
-rasanya yg si bangsa 'merah putih' inilah yg kuat bantahannya bila ada usaha utk menegakkan islam

ADAKAH KITA ADA BEKERJA KUAT UNTUK MENYARA DIRI DAN KELUARGA?
-rasanya bangsa 'merah-putih' ini jugalah yg kuat mengamalkan rasuah dan penindasan atas rakyat.

UMAT MELAYU ISLAM BERSUMPAH UNTUK APA???
  1. -untuk menyerahkan hak ketuanan melayu kpd bangsa lain??
  2. -raja-raja melayu didaulatkan?berguraukah??
  3. -pemimpin pun malu utk berbahasa melayu.Perjuangan apa begitu??
  4. -maruah negara?kes bom org?kes engin jet hilang?kes kilang mercun haram terbakar?

Tolonglah sedar...betapa kita ini banyak tertipu...terlalu lama ditipu...

***
Jika anda rasa terpanggil untuk menandatangani petisyen membantah keputusan mahkamah tinggi membenarkan Gereja Herald menggunakan kalimah Allah,sila ke sini(KLIK SINI)

January 5, 2010

Jika aku mati esok...

Malam ini langit gelap.Segelap awan sedih yg menguasai diri saat ini.Takut!Sedih!Risau!Kesal! Semua perasaan ini mengejar...laju..

Tadi saya blogwalking,dan saya tersinggah di satu blog.Kisahnya,sahabatnya telah meninggal dan kebetulan sahabatnya itu ada blog.Saya bukak blog si mati dan saat itu juga hati ini merintih.Jiwa menangis.

Si mati mungkin seorang yg ceria melalui post-post nya.Ceritanya semua dlm blognya cerita gembira.Bukan seperti blog seorang allahyarham,yg di dalam blognya dia ceritakan tentang penderitaannya diserang sakit kanser kalau sy tak silap sblm dia meniggal dunia.

Saya suka menulis dan bercerita.Hingga saya kadang-kadang selalu bercerita tentang sesuatu yg "jauh".Sesuatu yg tak pasti!!Seolah-olah saya akan hidup utk mengalami saat itu.Saya sering menulis perkataan nanti.Seolah-olah ada masa utk saya menulis lagi.Saya terfikir,jika saya ditakdirkan mati sebentar lagi,bagaimana caranya supaya anda tahu?

Saya tak boleh bangkit dr kubur.Jika boleh,saya janji akan ceritakan dan tulis saat-saat derita sakaratulmaut saya.Saya akan kongsikan pengalaman saya dimandikan,dikapankan dan disembahyangkan.Saya janji!tapi mustahil kerana waktu itu saya sudah meninggalkan dunia yg sementara ini!

Ini bukan kali pertama kes org mati di usia muda.Sudah ada 2 bloggers dan seorang kawan myspace yg meninggal dunia.Mereka masih muda.Masih seronok bersahabat di alam siber ini. masih bertukar-tukar pendapat.Masih berbalas-balas komen mungkin.Tapi,satu ketika..tiada komen balas diterima!"oh!dia sudah tertidur,esok ajela."Tunggu esok..masih tiada balasan!lusa...tiada balasan!...berminggu-minggu ditunggu,akhirnya khabar diterima,'Maaf,Iqbal sudah meninggal dunia'.Kompem terkejut kan?sbb kita tak sangka!


Hari ini saya ada peristiwa menarik utk dikongsikan dalam blog ini,tapi esok saat saya mati saya tak mampu menulis tentang saat sakaratulmaut saya itu,wlpun saya mahu berbuat demikian.Adakah ia sakit?adakah ia merimaskan?adakah saya sedang disiksa?adakah saya sedang dipukul?adakah saya sedang disoal?

Sy takut!Jika saya mati,maafkan saya kerana tidak memberi khabar berita kerana saya sendiri tidak tahu saat kematian saya.Jika saya mati esok,saya pasti para pembaca sekalian takkan sedar bahawa saya telah mati sehinggalah dtg seseorang membawa berita kematian saya ini.

Lalu penuhlah ruang 'shoutbox' sy dgn kata-kata takziah.Mungkin ada yg akan menangis utk saya.Sesungguhnya,saya tak mengharapkan itu semua.Saya cuma meminta doa drpd anda semua.Mungkin waktu itu saya sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk saya.Mungkin waktu itu saya sedang dipatuk oleh ular.Mungkin waktu itu saya sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga saya sedang menikmati lubang syurga.Saya pun tak tahu.

Saya mohon,doa drpd kalian.Saya mohon,kalian maafkan salah silap saya.Saya mohon,kalian tolong langsaikan hutang saya(jika ada).Halalkan makan minum saya.Saya sayangkan blog ini,tapi saya pasti akan meninggalkannya.Dan jika ada sedikit manfaat drpd artikel-artikel tulisan saya,saya benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman saya di dalam kubur.

Sekarang ini saya ada sahabat,ada rakan-rakan bloggers,ada housemate yg baik-baik,tapi jika saya mati esok,saya akan keseorangan!Hanya ditemani anatara si tua yg hodoh atau pemuda yg kacak.Dialah iman saya...

p/s-->saya akan terus menulis smpai saya meninggal dunia.Jika tiada kabar berita drpd saya,ketahuilah saya sudah mendahului anda utk ke alam yg lagi satu.

January 4, 2010

Masjid...Oh...masjid...


S
eperti yg sy janji,sy ingin bercerita tentang masjid-masjid yg sempat sy singgah dan lawat sepanjang berada di Kelantan dan Terengganu. Kami bertolak dari rumah ke Terengganu slps solat zuhur.

Al-kisah,Allah takdirkan kami tersesat sedikit.Selepas highway pantai timur,sy sepatutnya masuk ke Jabor,tapi sy terkeliru dgn signboard yg menulis utk ke Kemaman sila jln terus.Saya rasa mcm best je jadi sy jalan terus.Aduh!Jalan ini jauh berbanding jln yg sepatutnya sy lalu!Tapi biarlah,sampai juga nanti.Allah sudah tetapkan begitu.

5minit sblm asar,kami berhenti di sebuah masjid kampung di daerah Kijal.Usah sy sebut nama masjid itu.Malangnya..Tiada azan!Tiada imam!tiada jemaah!Nasib baiklah ada seorang lelaki juga berhenti di situ.Dia berwuduk lalu menukar bajunya dgn jubah.Solat asar itu Cuma ada seorang imam(sudah tentu!),dan dua org makmum sahaja! Masjid besar!Siap dilengkapi dgn bilik mesyuarat dan dewan kuliah serta jadual kuliah ilmu padat!Namun,ketandusan jemaah!malangnya...


(cahaya itu) di rumah-rumah(masjid) yg di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya,di sana bertasbih(menyucikan) namaNya pada waktu pagi dan petang. (An-Nur ayat 36)

Tiba di rumah kakak sy di Dungun,perkara sama juga berlaku.Saya dan ayah mahu ke masjid kerana sudah masuk zuhur namun tibanya di masjid,cuma ada seorang lelaki yg sedang bersolat.Yang lebih parah..ada beberapa org pekerja yg sedang bekerja mengecat menara masjid.Sedih,apakah mereka tidak boleh berhenti bekerja sebentar utk pergi menyahut seruan azan sedangkan mereka sendiri berada di dlm kwsn masjid!

Ada seorang sahabat r.a,sedang buat rumah dan hampir siap.Yang tinggal di tangannya ialah bata yg terakhir utk diletakkan.Sedang ingin meletakkan bata terakhir itu,dia terdengar azan.Lalu terus diletakkan kmbali bata itu ketanah dan bergegas ke masjid meninggalkan rumahnya yg hanya memerlukan satu bata utk siap!

Again,masjid besar dan mewah tetapi ketandusan jemaah!Asarnya pula,sy dan ayah bersolat di surau selang dua rumah shj dgn rumah kakak saya.Jelas,surau yg uzur dan dhaif itu menerima jemaah yg lebih ramai.Cukup satu saf solat.Surau tua itulah tempat saya dan ayah bersolat di waktu-waktu kemudian.

Di Kelantan pula,di kmpung mak saya,sudah siap dibina masjid baru.Seingat saya,sudah setahun sy tidak pulang ke Kelantan dan tika itu,masjid baru itu masih belum dibuka.Maghrib itu saya,ayah dan pakcik sy ke sana.Kebetulan,ada pengajian.Kami duduk bersama-sama. Ada seorang ustaz muda sedang mengajarkan kitab yg sy tidak pasti tajuknya.Ramai org duduk mengelilinginya.Bukan mudah utk faham kerana ustaz itu menggunakan bahasa melayu kelantan!Oh!ada juga bhgian(banyak kot) yg sy sendiri tak faham.Ustaz muda itu berhujah tentang khusyuk dlm solat;khusyuk dan tawadduk.
(Masjid Al-Azhar)
Banyak ilmu yg berguna dan sedikit yg saya ingin kongsikan ialah kata-kata Hassan Basri rah.Katanya,’Solat yg dilakukan tanpa khusyuk akan lebih mendekatkan kita dgn siksaan’.Mengapa?Kerana solat itu ialah munajat kita dgn Allah Taala.Tautan hati kita dgnNya.Umpama kita bertemu dgn raja minta bantuan,dan kita dtg dgn malas dan sambil lewa.Maka bukan bantuan yg kita dpt tetapi mungkin penampar dia yg kita dpt!

Begitulah dgn solat,jika tidak ingat kpd Allah semasa solat,itu maknanya kita kurang ajar dgn Allah.Dengan Tuhan Pemilik Seluruh Alam!

Pulang ke rumah di Jengka,keadaan yg sama juga berlaku.Cuma sedikit berbeza.Dua persoalan,yg hingga kini sy masih tak dpt fikir jwpn yg paling tepat.Mengapa kebanyakan masjid di Malaysia,tiangnya lebih banyak drpd jemaah yg dtg utk bersolat?dan,Mengapa hanya warga tua dan org-org yg kurang upaya sahaja yg mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah ini?Di manakah kita,pemuda-pemuda islam?


Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(At-taubah ayat 18)

Tambahan~Saya pernah tulis pasal ni.(kat sini)

January 3, 2010

Saya kembali =)

Oh!cuti dah habis.Selamat kembali ke sekolah!tentu ada yg tertanya-tanya bagaimana dgn cuti saya.Oh!semuanya bagus dan menarik.Banyak benda menarik yg saya mahu kongsikan,mungkin secara berperingkat-peringkat.

27 Dis 09 lalu,saya 'terpaksa’ ke Terengganu dan Kelantan.Ke Terengganu utk membantu akak saya yg baru pindah rumah.Dia bertugas sbgai guru dan permohonannya utk berpindah baru shj diterima.Dia ditukarkan ke SK Dendang,Dungun.

Menariknya di Terengganu ini,sekolah yg ada terlalu banyak.Sepanjang jalan,boleh saya kata jarak antara satu sekolah dgn satu sekolah lagi tidak smpai 15minit perjalanan!Akak sy menyewa satu rumah kampung.Tak salah kalau saya kata,terlalu kampung!

Bagi anak peneroka FELDA sprt sy,mmg sy biasa dgn suasana kekampungan.Tapi rumah yg didiami akak sy itu mmg sedikit berbeza.Rumah kayu asalnya tetapi di bahagian dapur dibuat binaan batu.Semasa mengemas rumah,sy terjumpa satu makhluk yg menarik iaitu ulat gonggok dan cicak. Ajaib bg sy sbb seumur hidup,mmg tak pernah tengok ulat gonggok sebesar 2 jari tangan,merayap di atas lantai papan.Wah!yg lebih seronok,ada pula cicak yg saiznya sama dgn mengkarung,mungkin lbh besar...yg saya tak pernah tengok!Produk kampung!hehe

Anak sedara sy yg membesar di KL,jadi mcm org jakun duduk kampung.Apa tidaknya,hari pertama berkawan dgn kwn-kwn baru,main smpai ptg tak ingat nak balik rumah!Makan nasi pun kat rumah kwn dia!hebat kan?nak taw apa dia jumpa?dia jumpa berudu!budak 5tahun tu
main berudu kat tepi longkang.Balik rumah habis kena marah ngn mak dia.Sy
ketawa aje.

Mak dan ayah sy mmg asal dari Kelantan.Kedua mereka org pasir puteh,tp lain kampung.Sepanjang jalan ke kmpung mereka,banyak cerita yg saya dengar drpd mereka.Mak saya dulu terpaksa berjalan dekat 20km sehari utk ke sekolah dan ayah saya pula kadang-kadang terpaksa ponteng sekolah semata-mata nak menolong arwah datuk saya di ladang.Susah sgt-sgt hidup mereka dulu.

Saya lahir sbgai seorang kanak-kanak yg tak mengenal datuk dan nenek kerana semua mereka meninggal sblm sy lahir.Cuma seorang nenek sahaja iaitu ibu kpd mak saya,yg sempat sy tatap wajahnya(dia sudah meninggal semasa sy sekolah rendah).Al-Fatihah buat mereka.Ketahuilah,wlpun sy tak pernah merasa peluk cium drpd datuk-datuk dan nenek-nenek,sy bangga kerana mereka telah melahirkan ibu dan bapa yg terbaik buat saya.InsyaAllah,doa sy buat mereka berkekalan.

Saya mahu kiranya utk berkongsi cerita tentang masjid-masjid yg saya lalui dan singgah sepanjang saya berada di Kelantan dan Terengganu.Bukan sekarang,mungkin entry yg akan dtg...Saya juga ada belajar satu perkataan baru iaitu 'sepelet'.Sesiapa yg tahu maknanya?nanti kita sama-sama check.hehe

p/s-->selamat kembali ke’sekolah’ buat pelatih METC.Kita bakal tua disini.huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails