March 30, 2010

3 destinasi cinta

Seorang lelaki keluar dari tandas dgn marah.Mulutnya membebel sesuatu,"..Busuk gila bau t*h*!!"Kebetulan saya berdiri di luar tandas lalu terdengar bebelan lelaki tadi.Rasa kasihan pulak tapi rasa nak ketawa pun ada .Dah namanya tandas,tempat org buang najis.Mestilah busuk!betul tak?!

Sebenarnya saya nak bercakap tentang tempat.Dimana kita berada?kemana kita akan pergi?Apa destinasi kita?Ops!semua orang sudah tahu jawapannya.Kita berada di dunia,kita akan ke padang mahsyar utk dihisab dan destinasi kita ialah neraka atau syurga.Taw tak kat dunia ni,ada satu tempat yg Allah sangat suka.Hinggakan tempat tu dipanggil 'rumah Allah'.Apa lagi kalau bukan masjid.Umumnya masjid di Malaysia menjadi tempat utk orang bersolat walaupun ada juga masjid yg hanya untuk jadi perhiasan,tiada solat didirikan didalamnya.Anda tahu masjid itu,tak perlu saya sebut.

Teringat saya kisah masjid yg dibina utk menunjuk-nunjuk ni.Dirakamkan dalam surah At-Taubah ayat 107-110.Berkenaan dgn masjid Dhirar yg dibina oleh orang-orang munafik kerana mahu memecah belahkan manusia.Jadi saya kira,jika membina masjid utk bermegah-megah tentu saja telah memecah belah kesatuan ummat kerana membina satu masjid sudah menelan belanja billion ringgit.Alangkah baiknya jika wang itu diberikan kpd fakir miskin atau utk perkembangan dakwah!Di Malaysia masih ramai yg miskin dan merempat tahu tak???!!!

(Sebenarnya bukan mata itu buta tapi yg buta ialah hati yg di dalam dada-Al Hajj ayat 46)
Kecik hati saya bila saya pergi kebanyakan masjid,jarang pula saya dapati bilangan ahli jemaah melebihi bilangan tiang-tiang dan kepala-kepala paip yg ada di tempat wuduk masjid.Pabila ditanya,seseorang suami bijaksana(bajet) berdalih,'Saya tak ke masjid sebab saya solat berjemaah dengan isteri saya'.Agak-agaknya alasan ni boleh guna pakai tak utk mengelak drpd dtg ke masjid?

Solat berjemaah ini tuntutan,sunnah Baginda yg sgt mulia,terpuji dan dituntut hinggakan diceritakan Baginda pernah terpaksa dipapah 2 orang sahabat utk dtg solat berjemaah.Sakit pun datang!Saya taknak bercakap soal hukum kerana saya bukan org yg layak.Mazhab syafie menghukumnya dgn fardu kifayah.Pemahaman masyarakat Malaysia tentang fardu kifayah ialah-dua tiga org tabligh(sbb mereka ni la yg selalu solat kat masjid)buat,orang lain tak payah.Ish...syurga semua org nak masuk,tapi solat berjemaah tak semua org nak buat.Apa ni?

Seorang sahabat yg buta pernah mintak kebenaran Rasulallah utk excuse drpd solat berjemaah,tp Nabi tanya,'Kamu dengar azan tak?.Laki buta tu jawab 'ya'.Maka Nabi tak kasi dia excuse.Kena datang juga walaupun susah sebab hanya org munafik memang yg tak dtg solat jemaah masa tu.Masih tak nampak ke betapa pentingnya utk solat berjemaah?Kita sekarang speaker masjid tu tepat-tepat menghala rumah kita,tapi ttp pekak dan bengong.Tak faham ajakan Allah utk dtg solat!Kat Acheh,org sibuk berlindung drpd tsunami dalam masjid.Apakah kita mengunggu hukuman drpd Allah dtg,baru nak g masjid?

Eh!lupa nak jwb soalan lelaki td.Solat jemaah dgn isteri memanglah baik,tapi 2 org aje kan?Sabda Nabi,4 org yg solat berjemaah lagi baik drpd 3 org.5 org pula lebih baik drpd 4 dan bergtulah selanjutnya.Lagi ramai jemaah,lagi baik!Saya risau juga sebenarnya sebab statistik menunjukkan lebih 70% umat islam moden sekular Malaysia tak solat.30% je yg solat! Masalah ummat tu.Kata Nabi,'Sesiapa yg tak rasa risau tentang masalah yg melanda umat islam,maka dia bukan termasuk golongan itu'.Tak rasa risau ke bila tengok kawan kita tak solat?Lagi teruk kalau dia housemate kita!!(housemate sy alhamdulillah)Maksiat yg sangat besar tu!kalo azab turun,bukan dorang aja kena,tp kita kena jugak!

Malaysia cukup terkenal dgn sarang pelacuran,tempat perjudian dan tempat hiburan.Bersepah dan tak dikawal.Ingatlah pemimpin negaraku,semua ini akan ditanya di hadapan Allah.Apa kita buat?Sebagai rakyat biasa,saya dan anda hanya boleh mencegah dgn lisan dan dgn hati(membenci dan doa).Perasan tak,orang berduit selalu pergi tempat-tempat maksiat ni.Kenapa?Kerana mereka mencari ketenangan~

Fakta->Hakikat bahagia itu ialah ketenangan dan ketenangan ni milik Allah(semua memang milik Allah pun).Ramai org yg kononnya nak tenang,jadi dorang g isap shisha,main snooker, bowling,tengok wayang,clubbing atau apa-apa la kononnya nak dapatkan ketenangan,tp sebenarnya dorang dapat najis saja!ops...Allah kata,"Ketahuilah hanya mengingati Allah akan menjadi tenang".Haa....Allah lah yg beri tu!“Dialah yg telah menurunkan SAKINAH (ketenangan) ke dlm hati org-org yg beriman agar keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka(yg telah ada).”-Al Fath ayat 4.

Kesimpulannya,satu-satu tempat/kawasan/persekitaran itu membawa kesan yg sgt significant bagi diri kita.Environment boleh merubah kita kerana kita punyai hati yg sifatnya mcm buah mempelam tawar.Direndam dlm cuka jadi masam,tapi derendam dlm air gula ia jadi manis!Sekeliling kita masam(fitnah),jadi kita nak atau taknak,kita wajib pergi ke tempat manis seperti majlis ilmu,majlis zikir atau masjid utk mengelakkan hati kita masam.So,kurang-kurangkanlah berjalan ke tempat2 hiburan yg lagha melalaikan dan sia-sia ni tapi paksalah diri utk berada di tempat-tempat yg boleh membuatkan kita ingat kdp Allah.Mudah-mudahan iman kita bertambah.

Tambahan-->boleh baca ebtry sy yg lepas tentang masjid di sini dan sini

March 28, 2010

Pergi Ke Pesta Buku

Tahun ni saya tak begitu teruja nak pergi bookfair.Tapi semalam tertengok satu kitab yg disyorkan oleh ustaz Zahazan di facebook; Ensiklopedia Akhlak Nabi Muhammad SAW.Saya tertarik dan pagi tadi(sabtu,27 march)saya bersama seorang sahabat ke PWTC.(Puas nak ajak dia!)

Kami tak terus ke bookfair,sebaliknya kami ke Sogo dulu.Dia nak cari barang,saya terpaksa teman sebab lepas tu dia teman saya gi bookfair.Sesat di sogo.haha.Sampai di pwtc aja dalam jam 11.00pagi dan orang sangat ramai!Tak sangka betul!Tak suka betul la berhimpit-himpit ni!Jadi sampai-sampai aja kami terus menuju ke booth telaga biru utk mencari buku tu.Tahun ni memang saya sudah buat senarai,tak macam tahun lepas.Jadi dapat juga jimat masa dan duit.Dengan bersusah payah,dapat juga smpai ke booth telaga biru.Saya mencari-cari buku yg sy mahu tu.Namun malang,tak nampak pun.Rasa-rasanya mesti sudah sold-out! =(

Tak mahu kecewa,saya ambil satu buku bertajuk;'Mengenal Rasulallah s.a.w' Rasanya harga asal rm125 namun sy mampu memilikinya dgn hanya rm75.Syukur!Bila dah dapat,terus kami cabut.Dalam train masa nak balik,sy terlihat seorang perempuan yg agak berumur(akak) sdg membaca buku arab.Rasa-rasanya itu buku latihan.Agaknya sedang mengulang kaji kot.

Belajar bahasa arab ni sebenarnya memang keinginan saya sejak dulu lagi!Kali terakhir sy belajar ialah masa sekolah rendah.Jadi memang boleh kata basic arab sy zero la.Kenapa saya nak belajar bahasa arab?Saya ada satu naskah terjemahan Quran per kata milik mak saya.Saya pinjam.Memang lain rasa nikmatnya masa kita baca Quran terjemahan ayat dgn kita baca terjemahan per kata,setiap perkataan.Sgt best dapat baca setiap satu perkataan arab~Tapi,smpai bila saya nak depend on kitab tu walhal saya dah janji bila khatam sy nak kena pulangkan sbb mak saya pun belum baca lagi.Susah nak faham Quran kalau bahasa arab tak reti.

-Sebenarnya soalan ni sy patut tanya 1 atau 2 tahun lagi,tp takut-takut tak sempat jadi saya tanya sekarang untuk persediaan.Kat mana saya boleh belajar bahasa arab ya?atau ada sesiapa yg sudi nak ajar saya bahasa arab?..for free?hehehe

March 27, 2010

Terima kasih.Flight cancel!

Tak tahu mcmana nak mula menulis.Sudah beberapa kali tulis dan padam,tulis kemudian padam.Oh!semuanya terlalu sukar untuk diluahkan.Hmm..Maafkan jika saya terlalu terburu-buru.Saya tak pernah berniat mahu berhenti menulis.Saya tak berputus asa bahkan saya syukur,saya sentiasa tenang disini.Terima kasih yg tak terhingga kepada Kak Deena yg memotivasikan saya,juga kpd Kak Asyiq yg bertanya masalah saya juga kpd teman-teman yg lain.Tak larat nak tulis semua.Terima kasih banyak-banyak.

Terdetik dalam hati saya utk sy tampil berikan pencerahan.Saya sebenarnya malu.Banyak perkara yg membuatkan saya malu.Seringkali,selepas solat sunnat witir sebelum tidur,saya akan bermuhasabah.Merenung kembali,apa istimewanya hari ini?Bukankah hari-hari yg dilalui muslim itu istimewa kerana sabda Baginda yg mksudnya lebih kurang,'bila ditimpa musibah dia sabar dan bila diberi nikmat dia syukur.'

Saya suka membandingkan kehidupan yg saya lalui dgn kehidupan org-org yg telah berjaya.Kejayaan sebenar-dunia dan dijamin ke syurga.Mereka itu ialah sahabat r.a.Membaca kisah mereka dalam kitab sirah seringkali membuatkan saya menangis.Menangis kerana kagum dan malu.Mereka,para Nabi,Rasul dan org-org soleh ini diuji dgn bermacam-macam ujian oleh Allah.Mereka dilukai,disakiti,diuji dgn kekurangan harta,kelaparan dan bermacam-macam tekanan lagi sedangkan mereka ini sgt dicintai Allah.

Merenung diri sendiri,saya jadi risau.Mengapa saya tidak diuji sebegitu?Kehidupan saya sentiasa senang.Adakah Allah tidak menyayangi saya?atau adakah saya tidak layak untuk menjadi hambaNya yg beriman?Akhirnya saya mendapat 2 kemungkinan jawapan.(Allah lebih tahu.Dia Maha Mengetahui~)

Pertama,saya terlalu lemah untuk diuji sebegitu.Iman saya masih belum mantap untuk menghadapi ujianNya.Bukankah firmanNya,setiap bebanan itu sesuai dgn kesanggupan dan kesanggupan penerimanya.Untuk mengukur tahap iman,saya boleh merujuk kpd satu hadis,dari Abu Said al-khudri,katanya Baginda bersabda bahawa jika kita melihat kemungkaran,maka kita wajib cegah dgn tangan(kekuasaan).Jika tak mampu,cegah guna muliut(nasihat).Jika tak mampu,cegah dgn hati(membenci).Dan cegah dgn hati tu tanda selemah-lemah iman-riwayat muslim.Bila saya pikir balik,agaknya apalah tahap iman saya.Dapat tak maqam 'serendah-rendah' tu walhal saya jarang sekali membeci maksiat,bahkan sering pula melakukan maksiat.Tuhanku,aku malu...
Al-A'raf;126-"Ya tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam muslim(berserah diri kpdMu)"
Kemungkinan kedua,Allah sememangnya sedang menguji saya.Iaitu dengan diberikannya saya berbagai-bagai nikmat.Memikirkan ini membuatkan saya malu.Malu sgt-sgt dengan Allah yg mengurniakan nikmat yg terlalu banyak ini.Selama ini,jarang benar saya bersyukur.Firmannya dalam surah Ibrahim ayat 7,"..jika kamu mengingkari nikmatKu,nescaya azabku sgt berat"'Saya lahir dgn tiada apa-apa,namun Allah berikan segalanya percuma kpd sy,tp sy masih tetap melakukan maksiat kpdNya.Tidakkah saya patut malu?

Sy juga malu kpd anda semua.Memang saya bukan malaikat.Memang saya punyai iman yg turun naik.Memang saya ini manusia biasa.Tapi itu semua bukannya alasan utk saya melakukan dosa.Dalam hal dosa ini Nabi pernah bersabda,'mukmin memandang dosa seolah-olah dia sedang berdiri di tepi gaung dan dia takut-takut dia akan tergelincir kedalamnya.Namun,munafik memandang dosa sperti lalat yg hinggap diatas hidungnya.Senang saja dihalau dgn tangan.'

Dalam surah at-Tahrim ayat 8,Allah mengajak saya utk taubat nasuha.Namun,seringkali juga sy terpaksa memperbahurui taubat.Mengulangi kesalahan yg sama saja.Huh...Baginda yg maksum pun bertaubat 70kali sehari.Agaknya,kalau kita yg bergelumang dgn maksiat ni cukup tak 100 kali saja?Oh!saya takut jika hidup saya celaka sedangkan umur sudah menjangkau 20.Muda-muda pun dosa dah banyak,kalau dah tua mcmana agaknya?mesti lagi banyak.

Saya juga malu kerana Allah tahu apa yg ada dalam hati saya.Dalam surah At-taghabun ayat 4,Allah kata Dia tahu apa yg saya nyatakan dan apa yg saya sembunyikan!Saya takut jika dalam hati saya ada riak,ujub dan takabbur.Sabda Baginda,'takkan masuk syurga org yg dalam hatinya ada sebesar zarah sifat takbur'-riwayat Muslim.Tidakkah saya patut malu kerana memiliki hati yg suka pada pujian?

Abu Dzar al-Ghifari ketika ditanya tentang 3 perkara yg paling dia sukai,dijawabnya ialah lapar,sakit dan mati.Lalu ditanya oleh Baginda,maka jawabnya lapar akan membuatkan dia sentiasa ingat kpd Allah.Sakit pula akan menjadi kafarah(penebus) dosanya.Mati di jalan Allah pula kan dijanjikan syurga.Oh!Jika anda tanya kpd saya pula,agaknya apa pula jawapan saya?
Sifat malu pada hakikatnya ialah suatu sifat yg mendorongnya meninggalkan perkara yg buruk dan menghalangnya drpd mencuaikan hak orang lain.Adakah kita sudah cukup 'pemalu'?

March 22, 2010

Kau ni nak pergi tahlil orang mati ke??!

Kawan-kawan yg terdekat dgn sy pasti tahu banyak keburukan saya(Ya Allah,aku berlindung drpd kejahatan yg ada pd diriku).Salah satunya,saya tak gemar keluar kecuali terpaksa atau memang keluar ramai-ramai.Sebab mudah,saya tak minat bersesak-sesak.Ok!Saya nak bawa satu isu berkaitan penampilan dan fokus saya ialah lelaki muslim di tempat awam.

Dua minggu lepas saya dan kwn-kwn dibawa ke pameran kraf tangan dan semalam pula,kami menonton pertujukan belon panas.Biasalah,program sebegini pasti akan dibanjiri pengunjung dan faham sajalah bagaimana penampilan rakyat Malaysia di tempat awam dan sesak sebegini.Sepertimana yg saya kata,fokus entry ini lelaki muslim.Di Malaysia,tak susah nak tahu org itu islam atau tidak kerana umum setuju,melayu mesti islam.Mudah utk mengenali lelaki islam.Jika diperhati,bermacam-macam corak pemakaian ada dari pergi pejabat hinggalah gaya balik joging.Pendek kata macam-macam ada!

Tapi satu fenomena yg kurang seimbang ialah mengapa tak ramai orang yg nak berpakain sunnah?Mungkin bagi kebanyakan orang,memakai jubah atau kurta di tempat-tempat sebegini adalah sukar.Tapi setidaknya kita boleh juga pakai baju melayu atau mungkin juga boleh mengenakan kopiah di kepala?

Umum tahu hadis ini,'Islam bermula asing dan akan kembali juga dengan asing'.Dan akan ramai juga menganggap pelik jika melihat orang-orang yg memakai jubah,kurta dan serban di tempat-tempat sebegini.Persoalan yg mungkin timbul dalam kepala orang awam pasti ialah,'Mengapa perlu pakai cmtu padahal aku sudah menutup aurat dgn sempurna?'

Saya teringat satu hadis,yg mana Rasulallah bersabda,'Sesiapa yg menghidupkan mana-mana sunnahku di zaman kehancuran ummat,maka Allah akan mengganjarkannya dengan pahala 100 kali mati syahid'.Waaauuuuu!!!!Memang dalam menafsirkan hadis ni,ulama berbeza pendapat tentang taraf syahid itu.Ada juga yg kata syahid dunia shj.Wallahua'lam.Tapi itu bukan masalahnya sebab pahala 100 syahid tu memang tersangat-sangat-sangat-lah lumayan!Bang!!!takna ke??

Cakap pasal sunnah,ramai org tak taw bahawa sunnah yang ada pada Rasulallah itu sgt banyak!Dari kita bangun tido,sampai tdo balik ada banyak amalan Baginda yg kita perlu ikut.Dan salah satu ialah berpakain.Takpe..memang tak berdosa pun kalau anda tak mahu pakai kopiah or serban tu.Jangan risau ya!

Namun,ingatlah satu hadis,Rasulallah berpesan,'Janganlah kalian meremehkan sesuatu perbuatan yg baik walaupun hanya dengan menyambut saudaramu dengan muka yg manis'-hadis riwayat Muslim.Kenapa saya kata berpakain sebegini baik?Kerana ada satu doa yg Baginda ajar,'...Ya Allah,berikanlah aku hidayah dan jadikanlah aku sebab untuk orang lain mendapat hidayah..'.Apa kaitannya dengan berpakaian pula?

Kaitannya ialah,jika kita muncul ditengah-tengah org awam dgn penampilan seolah-olah 'baru balik masjid',InsyaAllah kita akan boleh menimbulkan sedikit getaran dalam dada-dada manusia lain.'Ish...lupa la,aku belum solat',"Malunya aku tgk akak tu berpurdah lagi,esok aku kena pakai tudunglah".'Malu la pakai shorts,esok aku tak pakai dah'.Inilah yg dinamakan 'show-dont-tell' atau dakwah bil hal.Tak perlu cakap,org sendiri faham.Biar bila orang tengok kita,orang ingat Allah.
(Gambar kenangan tilawah Quran Ramadhan lepas,dpt buah tangan tuu)

Satu perkara lagi,bila mana kaki kita melangkah keluar rumah kita terdedah kpd bermacam jenis godaan dunia dan yg paling berat ialah...perempuan(siapa lagi). Tak mudah nak menjaga pandangan mata drpd melirik ke peha-peha gebu pompuan tapi sekurang-kurangnya dengan berkopiah,akan timbul rasa 'malu sendiri'.InsyaAllah,ia akan banyak membantu memperkuatkan sistem immunisasi(klik) drpd godaan duniawi.

Hikmah kecilnya sudah sy lihat sendiri,bilamana saya melihat seorang abang tu dia tak pakai,tp pegang aja kopiah dia.Rupa-rupanya ada tahi burung.Tepat-tepat burung tu target kepala orang.Syukur dia pakai kopiah,kalau tak kan dah kalut bila rambut kena tahi burung.Mana nak cari air nak basuh rambut?eiiii....

Kesimpulannya,sangatlah digalakkan supaya kita sedikit-sedikit belajar nak pakai kopiah atau simpan janggut.Kita hias diri supaya nampak mcm orang nak g masjid,wlupun sebenarnya nak tengok belon panas dll.Moga-moga kita dpt hidayah sbb nak ikut sunnah dan org lain pulak dpt hidayah sbb insaf tgk cara kita berpakain.

Kata Abang azhar,'Orang dulu-dulu belajar sunnah sebab nak kejar pahala tp org sekarang belajar sunnat sbb nak kata,'oh!ni sunat je,tak dosa pun kalau tak buat'.So fikirlah,adakah anda salah seorang yg mengabaikan sunnah?

(muhasabah diri juga sbb masih tak mampu istiqamah berkopiah kerana undang-undang METC tak membenarkan pelajar lelaki menutup kepala)

March 20, 2010

Belon panas


Alhamdulillah pagi tadi dapat ke Putrajaya menonton belon!Belon panas.Dan suasana di sana pun 'panas'.Bukan cuaca aje yg panas.Apa yang menarik kat sana ek?Mmg menarik sbb dpt tengok belon panas!Zeppelin punya airship pun ada tp kecik.Rasanya remote control punya.Dapat tengok orang main helikopter dan kapal terbang remote control pun menarik gak.Alhamdulillah~

Lain kali buat aktiviti sabtu menarik-menarik sikit ea.Barulah orang takde ponteng.hehe

March 18, 2010

Kandang Manusia

Tengahari tadi sedang saya lunch dengan kwn-kwn,kami 'dipertontonkan' dengan adengan kucing sedang mengawan,live dibawah meja bertentangan kami.Memang dasar binatang,tak kira masa dan tempat,selamba aja dia mengawan di tengah-tengah kaki manusia.

Bercakap soal binatang membuatkan saya teringat akan satu ayat Quran yg membuatkan diri insaf.Ayat cinta dari surah al-A'raf ayat ke 179


Dan sungguh,akan kami isi neraka jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tapi tidak digunakan untuk memahami(ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata tapi tidak dipergunakan untuk melihat(tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka memiliki telinga tapi tidak dipergunakan untuk mendengar(ayat-ayat Allah).Mereka seperti haiwan ternak,bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yg lalai.

Alangkah ruginya manusia.Kita dikurniakan hati,dikurniakan mata,telinga,akal dan segala-galanya namun tidak dipergunakan utk mencari redha Allah.Dengan diberikan hati dan akal fikiran,kita dibezakan dengan binatang.Binatang ternakan seperti lembu,mempunyai otak yg lebih besar drpd manusia tapi ternyata otak yg besar itu tidak membolehkannya menilai baik atau buruknya sesuatu perkara.

Saya teringat perbincangan kami berkaitan akidah semasa kunjungan ke uia gombak(first time g sana!sgt best!) Akhi Badli membuat satu analogi,syahadah kita ini seumpama pagar yg mengelilingi kandang kambing.Jika pagar tu runtuh,maka kambing-kambing tu akan lari dan akan merosakkan tanaman org-org kampung dan berak merata-rata.Dan pagar itu jugalah yg melindungi manusia drpd terjebak ke dalam perkara-perkara yg keji dan mungkar.
(Mereka ini takkan dihisab oleh Allah.Sedangkan kita?)

Cantik sungguh perumpamaan itu.Bertepatan dengan satu hadis,dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”Hidup kita di dunia ini mmg hanya utk taat kpd Allah.Dan salah satu bentuk ketaatan itu ialah meninggalkan segala laranganNya.Malangnya,banyak benda yg kita suka tak boleh kita buat.Dan tika itulah kita akan berlawan samada kita lebih patuh kepada Allah,atau kpd nafsu kita.

Allah cipta malaikat,tanpa nafsu!Allah cipta binatang pula tanpa akal!Dan Allah cipta manusia,mempunyai akal dan juga nafsu!Maka manusia yg kalah kpd tuntutan nafsunya adalah lebih hina drpd haiwan namun sekiranya manusia itu dapat mengawal nafsunya,maka dia lebih mulia drpd malaikat.Nafsu tidak boleh dibunuh tetapi perlu dipagari dan pagar yg paling kuat ialah dengan bertaqwa.

March 15, 2010

Agama atau medik?

Dimana hala tuju selepas SPM?Nak sambung belajar kat mana?nak ambik bidang dan jurusan apa?Mungkin inilah beberapa perkara yg difikirkan oleh lepasan-lepasan SPM baru-baru ini.Sambung belajar.Dan antara yg giat difikirkan ialah adakah jurusan yg diminati itu 'laku'?Antara bidang yg paling mendapat perhatian antaranya ialah perubatan dan kejuruteraan.Mengapa?Jawapan yg sering saya dapat bila mengajukan soalan ini ialah kerana 'market demand'.

(tidakkah kita mahu menjadi professional ustaz/ustazah?)

Saya tertarik dengan nasihat Ustaz Zahazan semasa sy mengikuti kuliah pengajian bulanan di Masjid Kelana Jaya Petra.Katanya,'kita runsing masalah kekurangan engineer muslim,tapi kita tak sedar bahawa kita juga mengalami masalah kekurangan ustaz,ilmuan dan ulama.'Suka saya untuk ingatkan anda semua bahawa sesungguhnya kita sekarang sedang berada dalam satu zaman yg digambarkan oleh Baginda s.a.w dalam banyak hadis sebagai zaman akhir.Kata Baginda,'Islam bermula sebagai asing dan akan kembali sebagai asing'.Ironinya orang muda menganggap asing kepada subjek islam.Mereka hanya gilakan ilmu akal(akademik) dengan lgsung memandang ilmu hati(agama) sbgai sesuatu yg tak penting.

Sebenarnya,belajar agama itu bukan hanya terhad kpd pelajar-pelajar bidang agama.Kita sedang berada di zaman da'ei bukannya zaman abid.Keutamaan kita utk membebaskan diri kita dan diri masyarakat kita drpd sifat jahiliyyah itu lebih besar drpd kita duduk di dalam masjid berzikir tanpa berusaha membendang jenayah agama yg sedang berleluasa ini.Apakah jika turun azab Allah,kita pasti kita selamat walaupun kita tak bermaksiat?Allah berfirman di dalam Quran bahawa kita sesekali tidak akan dipertenggungjawabkan atas dosa mereka,sebaliknya kita diwajibkan utk mengajak supaya mereka juga bertaqwa kpd Allah.Sudahkah kita melaksanakan kewajipan itu?

Mereka itu ialah masyarakat kita.Saya memetik kata-kata guru fizik saya.'If u are nobody,do you think that people will follow you?".Masyarakat zaman sekarang menilai sesuatu melalui pandangan nilai.Mereka akan memikirkan tentang apakah keutungan yg dia akan dapat jika dia mendengar mengikut kita.Oleh itu,utk berdakwah kita tidak seharusnya menjadi zero,sebaliknya kita mesti jadi hero.Orang yg menjunjung islam lebih layak menjadi org yg memimpin drpd membiarkan diri dipimpin oleh org jahil.

Mengapa?kerana dalam hadis diceritakan bahawa seseorang pemimpin itu boleh menutup segala pitu maksiat,dan boleh menutup segala pintu kebaikan.Pemimpin yg baik pasti akan menghapuskan maksiat manakala pemimpin zalim akan berbuat sebaliknya.Baginda s.a.w sendiri sblm diangkat menjadi Rasul,akhlak Baginda tersangat-sangat mulia.Jadi,sangat penting kita untuk menilai diri kita.Utk menjadi pemimpin,tak bolehlah kita jadi lemah.Sepatutnya kita menjadi org yg nampak hebat supaya mudah kita melaksanakan amar makruf nahi mungkar!

Dan maksud pemimpin juga berbagai.Tidak seharusnya pemimpin negara.Sebaliknya boleh jadi juga ketua batch,ketua pelajar,ketua jabatan,ketua biro dan apa-apa jawatan.Dunia itu jambatan akhirat.Maka kita perlu gunakan dunia ini utk memastikan tanggungjawab kita sebagai hamba terlaksana.Kewajipan dan tanggungjawab kita adalah lebih banyak drpd masa yg kita ada!Jikalah kita tak super,maka susahlah kita utk berdakwah.Lebih menakutkan sekiranya kita pun terlalai dan terus bersongkol bersama-sama kejahilan dan kemaksiatan dek diserang bertubi-tubi setiap detik.

Kesimpulan,bagi adik-adik yg mahu menyambung ke dalam bidang-bidang selain islami hendaklah kita beringat bahawa setiap ilmu hendaklah diredhai oleh Allah.Biarlah kita belajar apa bidang sekalipun,jangan sesekali tinggalkan kepentingan utk mendalami agama.Ada masa terluang,duduklah di majlis-majlis ilmu.Ada masa free,bacalah Quran.Biar balance.Ilmu agamalah yg akan menjadi sebenar-benar bekalan utk kehidupan kita sesudah mati.Ilmu duniawi fizik,biologi,engineering semuanya takkan mampu menjawab soalan kubur melaikan hanya kegunaan sebentar di dunia shj.Oleh itu,marilah kita persiapkan diri kita dengan ilmu duniawi+ukhrawi agar kehidupan kita di sentiasa di redhaiNya dan berjaya di dunia dan di akhirat.

March 12, 2010

Oh! SPM...untuk apa?

Dengan ragu-ragu,saya mendail nombor telefon rumah saya."Hello.Assalamualaikum mak.Saya dah ambik result dah ni."

"Waalaikumussalam.",sahut mak.'Hah..dapat berapa?"

"Er...tak banyak la mak.Saya dapat 6A 4B je la mak".

"Syukur Alhamdulillah".Spontan kata-kata tu keluar dari mulut mak.Sejujurnya,saya fikir mak akan marah atau kecewa.Ternyata mak masih gembira walaupun dia mahukan yang lebih baik.

********************************
Bagi setiap ibubapa dan calon,pasti saat mengambil keputusan itu merupakan satu saat yg sangat meresahkan.Gelisah menunggu keputusan setelah bertahun-tahun berusaha.Pabila keputusan berada di tangan,akan terkeluar tangis,gembira atau duka.Bagi mereka yang lulus cemerlang,tahniah saya ucapkan.Sesungguhnya kejayaan kamu itu mmg layak utk dinikmati dan disambut dengan ucapan alhamdulillah.Syukurlah kita kpd Allah kerana diberi keputusan yg cemerlang.

Bagi mereka yg hanya dapat keputusan yg sederhana,atau mungkin juga kurang baik,usah terlalu kecewa.Ada beberapa sebab mengapa anda tidak harus kecewa.Saya juga dahulu pernah kecewa dan sedih dengan keputusan ini kerana mmg sy menjangkan keputusan yg jauh lebih baik berikutan trial saya pun okey.Tapi ternyata setiap apa yang Allah tetapkan itu tersembunyi hikmah dan rahsia yg sangat-sangat besar dan saya takkan mampu menguraikan rahsia itu disini.

Sedikit perkongsian...
Setiap orang pasti selalu mendengar pepatah arab yg berbunyi,'man jadda wa jada'.'Sesiapa yg berusaha,pasti akan berjaya'.Agak serupa dengan pepatah melayu yg berbunyi,'Jikalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'.

Iya,kedua-duanya menekankan kpd usaha.Jika kita rujuk Al-Quran,Allah berfirman bahawa Dia pasti tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum,melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.Sebagai umat islam,kita telah diajarkan untuk berusaha.Sebagaimana yg disabdakan oleh Baginda Rasul,'Ikatlah tali untamu,kemudian bertawakal lah'.Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk tidak berusaha.Sepertimana yg pernah berlaku di zaman khalifah Umar Khattab r.a,seorang lelaki telah ditangkap kerana meminum arak.Lalu ditanyakan kepadanya,'Mengapa kamu meminum arak?',lalu lelaki tu menjawab,'Kerana Allah mentakdirkan ini utkku'.Umar ra.a marah.'Kamu dusta!Sedangkan kamu langsung tidak berusaha menjauhi arak.'Maka lelaki itu disebat kerana meminum arak dan ditambah sebatan kerana berdusta dengan nama Allah.

Jelaslah,kita dituntut utk berusaha dalam apa jua bentuk sekalipun.Dalam hidup kita sekarang,memang kita telah tersesat jauh drpd kehidupan yg dijalani oleh Rasulallah dan para sahabat r.a.Sememangnya kita menilai sesuatu dari sudut duniawi.Saya pernah menyebutnya di sini.Silakan baca jika mahu kefahaman yg lebih.

Kita lupa bahawa Allah telah berfirman di dalam Quran bahawa orang yang mulia di sisiNya itu ialah org yg tinggi taqwanya.Bukannya orang yg tinggi pangkatnya,latarbelakang pendidikannya,mahupun harta yg dimilikinya.Ketahuilah,bahawa Bilal bin Rabah r.a,hamba yg mukanya tak hensem,dimuliakan Allah sedangkan hartawan,Haman dan pemerintah kerajaan besar,Firaun dilaknat Allah!

Jelas?jadi tak payah la rasa kecewa sangat.Mari kita bukak pulak surah asy-syarh ayat 5 dan 6.Dua kali Allah sebut bahawa pada setiap kesusahan itu ada kemudahan.Saya faham bahawa kita bertungkus lumus study,stay up tiap malam.Kita sanggup kurang main utk study.Tapi at the end,keputusan tak seperti yg diharapkan.Sedihkan?tapi kita tak sedar bahawa 'sedikit a' itu sebenarnya satu 'kemudahan' yang dijanjikanNya.Sebabnya..?

Saya sendiri mengalami benda yg sama.Dek kerana saya tak dapat 10A,saya dapat masuk akademi MAS dan ditaja penuh oleh FELDA pula.Kalau saya dapat 10A,terang-terangla saya akan masuk universiti.Dan kalo saya masuk U,belum tentu lagi saya akan bertemu hidayahNya.Dan belum tentu anda akan kenal saya seperti sy yg sekarang.Mungkin juga saya akan rosak.See..?kita tak tahu apa yg akan terjadi slps ini!

Inilah apa yang Nabi sebut dalam hadis yg diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim,"Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.."

Rezeki Allah dah tentukan.Bukan makhluk yg tentukan!Kalau anda dapat 10A,tak tentu lagi dapat keje walaupun belajar hebat!Dan kalau dapat kerja pun,belum tentu dapat kebahagian(tenang) kerana mungkin dalam proses mencari kerja tu,kita ada melanggar hak-hak Allah.Satu perkara lagi yg perlu kita ingat,bahawa setiap apa yg berlaku kpd seorang muslim adalah nikmat drpd Allah.

Bagi anda yg dapat A sikit,itu adalah nikmat.Boleh jadi jika dapat banyak A,timbul pula riak,ujub atau juga akan timbul rasa puas hati yg akan memalaskan diri dan anda perlu berhati-hati kerana Allah telah berfirman dalam surah ibrahim ayat 7 bahawa jika kamu tidak bersyukur pasti aku akan mendatangkan azab yang pedih! Manakala,bagi yg gagal,senyumlah.Sesungguhnya Allah telah menjanjikan pahala yg sangat besar bagi kita yg bersabar.

Jangan lupa,doa-doa kita yg kita panjatkan sblm peperiksaan itu Allah dengar.Semuanya!Jika tidak dimakbulkan di dunia,di akhirat ia akan dtg dlm bentuk pahala yg besar.InsyaAllah.Dan yang paling penting,jangan kita buruk sangka dengan Allah.Setiap apa yg berlaku ialah dibawah ketentuan Allah.Semestinya dia Maha Tahu mengapa kita tak cemerlang SPM.Mungkin kerana Dia mahu kita cemerlang dalam SPM kedua.Iaitu SPM yg maha penting,'Sijil Padang Mahsyar'.

March 4, 2010

Last minutes

Salam sejahtera.Ini entry ringkas.Saya sekadar mahu membuat sedikit pengumuman.Anda masih ingat bahawa dahulu saya pernah kata saya akan menduduki killer exam?ada...dah beberapa bulan.Sehari sebelum exam tu,kami diberitahu bahawa exam ditunda,until further notice.

Semua orang pelik,'Nape nak tangguh?Esok exam,harini baru bgtaw tangguh?'.Rupa-rupanya ada senior kami kantoi telah meng hack komputer milik staf exam department.Dia access komputer yg menyimpan koleksi soalan peperiksaan.Patut lah selama ni ramai je budak yg lulus cemerlang dan gemilang,study soalan bocor rupanya!

Dan akhirnya budak yg buat jahat tu kena tangkap.Lalu exam department telah terpaksa dikuarantin.Selama 2 bulan,langsung tiada exam di conduct.Hinggalah minggu lepas,DCA baru meng approve new exam department.Akhirnya...Budak yg kantoi curi soalan bocor dan sebarkan tu dengar-dengar dah kena buang.Entah la.Saya tak kenal orangnya.Selesai satu masalah.

Tapi,announcement exam semula ni pun dibuat last-last minit!Lagi sekali!!!

Hari isnin minggu depan exam,tapi hari rabu ni baru dia bagitahu.Sejujurnya,saya tak bersedia sebab sekarang dah start module baru.Jadi mmg tumpuan saya skrg pada module baru ni.Sekarang kena betul-betul struggle lah sebab nak score untuk dua module,module airframe cat.A dengan module physics cat.B2.

Tambahan,rancangan saya utk ke STAR,Ipoh utk menghadiri hari sukan dan small reunion nampaknya terpaksa saya batalkan.Itulah,manusia cuma merancang.Allah menentukan.Jutaan maaf saya pohon kepada kawan-kawan dan guru-guru kerana terpaksa memungkiri janji kerana saya akan lebih berdosa jika saya tetap dtg.InsyaAllah,nanti ada kesempatan dan waktu,kita pasti akan bertemu juga!

Erm,rasanya tak elok saya tulis panjang-panjang sebab saya kena pegi study sekarang.Tinggal beberapa jam aje ni!jadi dengan rendah diri,saya mohon doa restu drpd pembaca sekalian.Jika ada salah silap saya,ampun dan maaf dipinta.Doakan kejayaan saya dlm setiap perkara yg saya usahakan ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails