April 29, 2010

Buntu

Saya sedang buntu memikirkan cara terbaik utk menyelesaikan masalah blog saya.Masalahnya ialah org tak tahu bila saya update..tak taw apa masalahnya sbb ada juga blog yg boleh nampak,tapi lagi banyak yg tak boleh tahu.camne nak settlekan masalah ni ek?rasanya banner tu pun tak banyak membantu sgt.
Jdi saya mohon jasa baik sahabat sekalian,jika anda tahu apa penyelesaian masalah blog saya ni,silakah bagitaw saya ya~Sejujurnya,saya ni agak buta IT.hehe.

Semalam sy exam dan isnin depan sy akan exam lagi.Ahad ni pula ada satu majlis walimah murabbi saya yg dihormati.Ditambah pula dgn jadual kelas baru yg bermula seawal 8.00pagi hinggalah 6.00ptg!memang minggu ni sgt sibuk~tapi saya akan cuba cari masa utk update.InsyaAllah dalam entry selepas ini kita bakal membincangkan satu topik baru juga berkaitan dgn Allah.InsyaAllah,jika Allah izinkan saya terus menulis...
Sebelum saya sambung buat revision,(sy update kat library ni),sy nak bicang satu hadis berkaitan dgn org yg busy.Salah satu hadis ialah 'Bilamana Allah menyukai seseorang hambaNya,maka Dia akan menyibukkan hambaNya dgn urusan akhirat,dan bila Allah tak menyukai seseorang hambaNya,maka Allah akan menyibukkan dirinya dgn duniawi semata-mata'. Adakah kita sudah cukup sibuk utk menuntut ilmu,utk solalt-solat sunat,utk baca Quran atau mungkin utk berdakwah?Jika belum,maka kita WAJIB mengurangkan masa kita tengok TV,masa kita online,masa kita makan,masa rehat,masa tidur dll.

Saya maksudkan supaya kita mengurangkan sahaja.Boleh kan?Niat.InsyaAllah diganjari pahala.Kalau mati pun,kita ada niat nak berubah.kan?Boleh juga kita rujuk surah An-Najm,surah ke 53 ayat ke 29-"tinggalkanlah org yg hanya ada kepentingan duniawi semata-mata".Usah terlalu taksub dgn kehidupan dunia ni sbb hidup kita tak lama,jadi sementara kita masih diberi usia yg muda-ada tenaga,ada masa maka sibukkanlah diri utk cari ilmu dan beramal kerana ada satu hadis menceritakan tentang remaja,'Remaja itu separuh drpd kegilaan'.

Maksudnya-org gila akan berbuat sesuka hati,sama mcm remaja yg suka berbuat sesuka hati.Mcm anak kambing juga lah.Alaaa...anak kambing dlm kandang,kan suka main lompat-lompat.Mak kambing rilek je,sebab dah tua.Jadi satu-satunya cara nak mengawal perangai remaja yg mcm anak kambing(nakal),maka kita kena pagari dgn akidah yg teguh.Salah satu cara mendapatkan akidah yg kental itu ialah dgn menuntut ilmu~insyaAllah.Doakan saya exam dan doakan saya jadi sprt 'anak kambing' yg sentiasa 'terkawal'.

p/s-->saya pernah tulis pasal kandang tu disini.Dan jgn lupa,kalau anda tahu cmne nak selesaikan masalah blog saya,silalah bagitaw.Terima kasih banyak~jzkk..Ops,lupa nak tanya..layout baru ni okey tak?

April 28, 2010

Cinta syarie episod akhir-taat

Setinggi-tinggi syukur kpd Allah Taala kerna memberi saya peluang utk menamatkan perbincangan kita tentang cinta syarie-tanda-tanda org yg mencintai Allah.Ciri yg terakhir ini adalah ciri yang paling penting dan utama yg seharusnya ada kpd org yg mahu memiliki cinta sejati.Ciri terakhir ini ialah Taat.Maksud taat ialah sentiasa menurut perintah atau suruhan,tidak mengingkari dan patuh.(Kamus Dewan).Dalam erti kata lain,maksud taat ialah kita melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Pengertian taat ini sgt luas dan terbahagi kpd beberapa bentuk.Antaranya ialah ketaatan kpd ibubapa,ketaatan kpd pemerintah,ketaatan kpd majikan,guru,sahabat dll.Kita taat kpd mereka mungkin kerana beberapa faktor.Mungkin kita taat kerana kita takut-seperti anak-anak yg sudah berusia 10tahun dan malas bersolat.Kerana takut dirotan ibubapa(rotan mendidik bukan mendera),maka mereka akur dan taat meninggalkan rancangan kartun kegemaran mereka di Tv utk pergi bersolat.Ketaatan juga dicapai melalui rasa kagum,hormat dan rasa terhutang budi -seperti menuruti arahan ketua,pemerintah dan juga guru.Mungkin juga taat kerana takut-sprt diperas ugut perompak bahkan mungkin juga kita taat kerana kita mempunyai kepentingan peribadi-seperti taat kpd kwn-kwn kerana bimbang nanti tiada sokongan mereka.

Semua faktor ini adalah cabang yg membentuk ketaatan hakiki kpd Allah.Untuk taat kdp Allah,kita perlukan kombinasi rasa cinta,rasa takut,rasa terhutang budi,rasa rendah diri,kagum dan berharap.Ramuan ketaatan ini akan menjadikan hidup seseorang manusia menjadi indah dan bermakna.Ketaatan kpd Allah merupakan satu kewajipan yg tiada option lagi dah~Ia adalah tiket ke syurga.Ketaatan kpd Allah juga merupakan setinggi-tinggi ketaatan dan bersifat mutlak,manakala ketaatan kpd makhluk hanya terhad kpd perkara yg dihalalkan oleh syarak shj.

Kita boleh rujuk surah An-Nisa(4;69)-"Sesiapa yg mentaati Allah dan Rasul,maka mereka itulah org yg diberikan nikmat oleh Allah,iaitu para Nabi,para pencinta kebenaran,org-org yg mati syahid dan org-org soleh.Merekalah teman yg sebaik-baiknya." Apa yg dapat kita simpulakan disini ialah org yg taat kpd Allah dan Rasul,maka dia org yg paling layak utk kita jadikan sbagai teman karib kerana org yg taat ini pasti dan pasti takkan tikam belakang.Org yg terbukti ketaatannya kpd Allah dan Rasul takkan bersifat sprt gunting dalam lipatan.Mereka pasti akan mendorong serta membimbing kita kpd kebaikan dan mengahalang kita drpd menzalimi diri kita sendiri(buat dosa).Perihal sahabat baik(iltijah) ini boleh juga kita rujuk pada ayat 16 surah At-taubah-"Apakah kamu kira bahwa kamu akan dibiar begitu saja padahal Allah belum mengetahui org-org yg berjihad antara kamu dan tak mengambil teman-teman yg setia selain Allah,RasulNya dan org-org yg beriman."

Sebenarnya,ayat (9;16) itu juga menjadi dalil bahawa kita takleh ambil teman rapat(yg sgt rapat) selain drpd Allah,Rasul dan org beriman shj.Tapi jangan salah faham!Allah tetap perintahkan kita utk kenal mengenal.Bukak saja surah Al-Hujurat surah ke 49,banyak diceritkan perihal persaudaraan~Baiklah saudara,kita lihat pula kpd ayat seterusnya dalam surah An-Nias (4;80)-"Barangsiapa yg mentaati Rasul,sesungguhnya dia telah mentaati Allah".Sekarang,kita reflect pd diri kita,berapa banyak larangan Rasul kita buat?Berapa banyak pula perintah Allah dan Rasul yg kita tinggalkan?(muhasabah cinta)

Mengapa kita perlu taat kpd Allah?Kita mahu taat kerana kita mahukan kejayaan.Tujuan Allah mengutuskan RasulAllah s.a.w hanyalah utk menyempurnakan kehidupan kita.Manusia ini seumpama mesin yg paling kompleks!Lalu Allah turunkan manual(al-Quran) beserta engineerNya(Nabi) bersama utk memastikan bahawa manusia dapat 'berfungsi' dgn sepertimana ia sepatutnya.Untuk mengetahui fungsi manusia,kita boleh rujuk surah Ad-Zaariyat ayat 56-"dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Namun,jangan silap!Engineer(Nabi Muhammad s.a.w) dan manual(Quran) yg diturunkan oleh manufacturer(Maha Pencipta,Allah) bukan hanya utk membimbing manusia dalam soal ibadah sahaja.Bahkan,tidak pernah sekali manusia diajar utk beribadah banyak-banyak tapi yang diajar ialah supaya beribadah dengan baik.Boleh rujuk dalam surah al-Mulk ayat 2,Allah sebut 'ahsanu amala' iaitu baik amalnya,bukannya amal yg banyak.Bila seseorang itu dapat mentaati Allah dengan sempurna,maka termasuklah dia di dalam org yg beruntung.Ini disebutkan dlm surah Al-Ahzab ayat 711-"sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Kejayaan terbesar iaitu berjaya di kehidupan dunia dan di akhirat pula diharamkan neraka.Oleh sebab itu,sgtlah penting utk kita mencari cinta syarie dan berusaha utk menjd hamba yg taat!

Kesimpulannya,cinta kpd Allah adalah asas bagi ketaatan.Manakala utk mencintai Allah,kita perlu mengenali Allah dahulu.Tak kenal maka tak cinta,kan?Nak kenal Allah pula perlukan kpd ilmu.Nak ilmu pula perlu kpd mujahaddah.Jadi,syabas dan tahniah saya ucapkan kpd anda yg sudi meluangkan masa mengikuti perbincangan tentang cinta syarie ini.Akhir kata,kita renung-renungkan sepotong ayat dari surah Al-Anbiya,ayat 7-'Maka tanyalah kpd org yg tahu,kalau kamu tak tahu'. Semoga kita dapat berusaha memastikan diri kita dihiasai dgn ciri-ciri pemilik cinta syarie.

April 25, 2010

Cinta Syarie-tak habis lagi~episod 3

Alhamdulillah.Allah beri saya peluang utk terus menulis.Utk mukaddimah,saya mahu bicara sedikit tentang satu hadis yg cukup ringkas dan boleh dihafal.Hadisnya berbunyi 'Atbi'issayyiatal hasana tamhuha'-riwayat Abu Daud dan Tirmizi.Maaf sbb saya tak reti nak taip arab.Maksud hadisnya ialah,'Iringilah kejahatan dgn kebaikan,semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya".

Bila kita bercakap pasal dosa dan pahala,kita takkan dapat menafikan bahawa dosa kita ni tersangat banyak hingga tak mampu dikira!Tapi Allah Maha Penyayang dan Pengampun perintahkan kita berbuat kebaikan utk compensate dosa kita.Tiada istilah putus asa bagi orang islam!Saya sgt2 terkilan sbb tadi masa ke kedai,terpandang berita di muka depan Kosmo!->seorang remaja mahu membunuh diri kerna cinta ditolak!Dan antara faktor terbesar mendorong kpd bunuh diri ialah putus asa.

Mustahil jika saya katakan saya tak pernah putus asa.Seringkali juga rasa kecewa dan marah dgn diri sendiri.Lebih-lebih lagi bila membuat dosa dgn sengaja.Benarlah kata Baginda,'Jika kamu diberi umur yg panjang dan berpeluang hidup di zaman-zaman akhir,maka kamu akan melihat fitnah-fitnah berleluasa'.Demi Allah,tak pernah sekalipun saya melalui satu hari yg terlepas dosa.Tapi saya sedar bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka luas.Kpd remaja-remaja yg terasa lemah,rayulah minta kekuatan dari Yang Maha Kuat.

Baiklah,kita sambung perbincangan kita tentang ciri-ciri org yg mencintai Allah.Ciri seterusnya ialah 'harap'.Orang yg mencintai Allah akan sentiasa mengharapkan Allah.Mengharapkan keampunan Allah,mengharapkan redha,mengharapkan cinta dan mengharapkan rahmatNya.Contoh mudah ialah diri kita sndiri.

Semasa kita bayi,kita hanya tahu menangis.Bila kita menangis,secara automatik mak kita tahu kita mungkin lapar,nak tidur atau mungkin kembung perut.Tika itu,kita mengharapkan mak kita utk beri kita susu,sbb kita tak reti nak buat sendiri bahkan nak mintak pun tak reti.Bila kita meningkat usia kanak-kanak,kita mengharapkan makbapak kita belikan kita mainan.Kita takde duit sendiri nak beli mainan.Melangkah ke sekolah pula,kita mengharapkan guru-guru mengajar kita membaca,menulis dan mengira sbb kita tak lahir-lahir terus tahu membaca.Melangkah ke alam perkerjaan,kita mengharapkan bos sayang kita,sbb senang nak naik pangkat.Dan lain-lain...(fikir sendiri la contoh lain)

Mengapa rasa berharap itu timbul?kerana kita melihat diri kita tidak mempunyai keupayaan yg org lain ada.Kita berharap kerana kita yakin,org yg kita harapkan itu boleh beri kita manfaat.Kita mengharapkan org itu,kerana kita melihat ada kepentingan kita kpdnya.Sebagai contoh,jika saya dalam perjalanan dari KL ke J Town(bandar jengka,hehe) dan sy berasa lapar.Waktu tu,saya akan berharap supaya ada kedai makan di tepi jalan.Saya tak berharap pun ada bengkel kereta,sbb sy memerlukan makanan waktu tu~
(Mekanik kereta tak jual nasi goreng kampung)
Oleh sbb itu,dgn rasa harap ini,maka timbul rasa cinta yg berbeza-beza.Kita akan mencintai harta,kerana kita berharap harta yg kita cari ini boleh memberikan kita kebahagian.Kita akan cintakan bos kita,sbb kita berharap bos akan naikkan pangkat kita.Kita akan sayangkan cikgu kita,sbb kita rasa berharap utk diajar(Org yg tak syg cikgu,mana suka belajar).Kita juga akan sayang ibubapa kita sbb kita berharap ibubapa akan sentiasa menolong kita.Bahkan kita akan syg kwn-kwn kita sbb kita berharap mereka akan menyokong kita.Begitulah seterusnya...

Namun persoalannya,jika kita sudah mati,kepada siapakah kita akan berharap?Bila kita mati,pasti dan pasti bahawa ibubapa,kawan-kawan,kaum kerabat,harta benda dan segala-gala yg kita cintai di dunia ini kita tinggalkan.Tiada lagi orang yg selalu tolong kita.Tiada lagi wang ringgit yg selalu kita guna utk selesaikan masalah.Tiada lagi kekasih kita yg selalu lindungi kita(tapi kalau perempuan mengandung anak zina,confirm pakwe dia lari!).Ketika itu,siapa yang kita harapkan?Mahu atau tidak,suka atau tidak,kita semua akan terpaksa mengharap kpd Allah sahaja!

Ketahuilah bahawa selain drpd Allah,semuanya adalah makhluk!Tiada satu pun makhluk yg kekal.Dan tiada satu pun yg dapat beri manfaat kalau Allah kata TIDAK.Oleh itu,seorang yg sedar akan hakikat ini akan berharap hanya kpd Allah sahaja.Dgn sendirinya,rasa kecintaan kpd Allah mekar.Orang yg dilamun cinta Ilahi ini akan sedar bahawa setiap musibah dan kebaikan datangnya hanya drpd Allah.Musibah yg dtg hanyalah utk mengujinya adkah dia akan ketuk 'pintu Allah' atau ketuk 'pintu makhluk'.Sgt penting utk membuat pilihan,sbb kalau kita ketuk pintu manusia pun,bukannya manusia itu yg tolong,tapi Allah yg tolong melalui asbab dan perantaraan manusia itu.

Kisah-kisah manusia beruntung yg hanya berharap kpd Allah dirakamkan di dlm Quran pd banyak tempat.Antaranya ialah kisah nabi Zakaria a.s yg memohon agar dikurniakan zuriat.Ini dirakamkan dlm surah Al-Anbiya'(21;90).'dan mereka berdoa kpd kami dgn penuh harap dan cemas'.Org yg cinta kpd Allah dan berharap hanya kpd Allah akan memiliki hati yg tabah.Ini dikisahkan semasa perang Tabuk,Saidina Abu Bakar telah menginfakkan kesemua hartanya di jalan Allah.Baginda Rasulallah bertanya,'Apa yg kamu tinggalkan utk dirimu dan ahli keluargamu?'.lalu dijawab oleh Saidina Abu Bakar tanpa ragu-ragu,'Allah dan RasulNya!'.What to worry?We have Allah!

Sahabat-sahabat Nabi cukup faham akan hal ini.Mereka semua berharap hanya kpd Allah sahaja.Ini dirakamkan dalam surah At-Taubah(9;59)-"Cukuplah Allah bagi kami.Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya,demikian juga RasulNya.Sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah".Orang yg berharap kpd Allah pasti takkan kecewa.Kerana org yg berharap kpd Allah,seumpama org yg berpegang kpd tali yg takkan putus.Boleh bukak surah Ghafir(60;90)-'Berdoalah kpdku,pasti aku akan memperkenankan'.

Kesimpulannya,sebagai org islam kita sepatutnya meletakkan harapan kita yg paling tinggi hanya kpd Allah.Kita ada Allah Maha Kuasa!Tak perlu kita cari penolong yang lain!Tak perlu jumpa bomoh.Silap-silap jatuh syirik pulak.Tuhan kita bukannya not-not kertas,bukan juga manusia yg berjalan sperti kita!Tuhan kita jugab bukannya patung-patung yg boleh bergerak!Oleh itu,mulai hari ni,kita mesti kena berharap hanya kpd Allah sahaja.Tapi jgn lupa,kita juga dituntut utk berusaha sebagaimana satu hadis riwayat hakim,'ikat tali unta kamu dahulu,dan bertawakkal lah'.Semoga ada manfaatnya post kali ni.Selamat beramal.Bersambung...ada 1 lagi ciri last.

Banner tu sila lah ambil letak di blog anda.Biar kita promote kan ilmu,jangan kita promote maksiat...Al-Maidah(5;2)-tolong menolong kearah kebaikan,jgn tolong kdp keburukan~

April 22, 2010

Cinta Syarie 2 dan sedikit pengumuman

Syukur,Allah beri saya kesempatan utk menulis lagi.Baiklah,kita sambung perbincangan kita tentang 'mahabatullah'-cinta yang syarie.Cinta yg disebut dalam sebuah hadis,bahawa tidak sempurna iman seseorang sehinggalah Allah dan Rasul lebih dicintai olehnya drpd dirinya sendiri dan segala-galanya.Susah juga ya.Di mulut mmg mudah disebut.Wah!ingat ancaman Allah dlm surah Saff ayat 2 dan 3-"Wahai org-org yg beriman,mengapa kamu memperkatakan sesuatu yg kamu tak kerjakan?Itu sgt dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tak kamu kerjakan".Adakah kita sudah tergelincir masuk dalam golongan yg dibenci itu??!!

Baiklah,mari kita lihat ciri yg ke-3 bagi org-org yg mendambakan cinta yg syarie.Ciri yg ketiga ialah kita akan sentiasa mencari redha Allah.Seperti biasa,saya akan menggunakan contoh lelaki dan perempuan(sepasang kekasih) sprt dlm drama TV.Si lelaki akan sedaya upaya menjaga hati dan perasaan kekasihnya.Segala apa yg dilakukannya mesti dipersetujui oleh kekasihnya.Jika tidak,kekasihnya itu akan merajuk.Dan bila merajuk,terhegeh-hegeh si lelaki itu memujuk.Mencari redha perempuan,mungkin dgn memenuhi permintaan mereka seperti membeli-belah,makan,jalan-jalan,dll.

Begitu juga dgn perempuan.Mereka akan sentiasa mencari redha lelaki.Lebih teruk,ada lelaki yg meminta-minta utk pegang-pengang tanganlah.Disebabkan tak mahu mengecewakan permintaan teman lelaki,maka perempuan pun membenarkan lelaki memegang tangannya.Syaitan telah menggaburi mata mereka,menyebabkan mereka berasa indah kejahatan itu.Hal ini tercatit dalam Quran,surah Al-Hijr(15;39)-kata iblis,'aku akn jadikan kejahatan terasa indah bagi mereka dan aku akan menyesatkan mereka kesemuanya'.
Taip 'dosa' kat Google Image.Then,keluar gambar ni.Tiba-tiba rasa lapar.Kalau mcmni la 'dosa',memang ramailah org buat 'dosa',sebab boleh dimakan.haha
Kemudian,lelaki tu pun mintak mahu cium pipi,si perempuan malu dan menolak pada awalnya,tapi kemudia terpaksa akur kerana mahu mencari redha pasangannya dan redha syaitan.Selepas cium-cium,perkara yg sama berulang sehingga perempuan itu beranak dan membuang bayinya ke dlm tong sampah!Semuanya kerana mencari redha nafsu,redha manusia dan redha syaitan.Dengan itu,redha Allah disepak ke tepi,diludah,dan dibuang jauh-jauh.Ibubapa(Klik link),please take note!Takut-takut kita ada 'cucu ghaib'.

Perihal org-org yg mencari redha Allah ini ada diceritakan dalam banyak ayat.Satu daripadanya ialah dalam surah Al-Insan(76;9)-"Sesungguhnya kami memberi makan kpdmu(sedekah) hanyalah utk mengharapkan redha Allah,kami tak mengharapkan balasan dan terima kasih dari kamu'.Ini dalam kes sedekah.Ironinya,manusia mampu bersedekah ribuan ringgit bila ada kamera atau rakaman TV,tapi jika tanpa semua itu sedekah hanyalah sekadar rm1 shj.

Org yg mencintai Allah akan sentiasa berhati-hati dalam bertindak.Sebagaimana ada seorang lelaki dtg berjumpa Saidina Umar al-Khattab r.a dan bertanya,'Bagaimanakah kehidupan seorang yg bertaqwa?'.Lalu dijawab oleh Saidina Umar,'Kehidupan org yg bertaqwa ialah seumpama seseorang yg melalui satu jalan yg dipenuhi dgn serpihan kaca yg tajam.Dia akan berhati-hati dan melangkah perlahan-lahan melangkah kerana bimbang dilukai oleh kaca itu.Maka,org yg bertaqwa juga sama.mereka akan berhati-hati dalam perbuatan mereka kerana takut-takut mereka akan TERbuat dosa.

Satu lagi contoh org yg mencari redha Allah ialah org yg sentiasa mencari-cari peluang utk membuat pahala.Org ini akan sentiasa memastikan niat setiap perbuatannya 'lillahi taala'-KERANA ALLAH TA'ALA.Perbuatan dan kebiasaan seperti makan,tidur,belajar,berjalan,berlari hatta online pun diniatkan kerana Allah.Org-org seperti ini juga disebut oleh Allah dalam surah Al-Qasas(28;77)-'Dan carilah pahala akhirat dgn apa-apa yg diberikan Allah kepadamu...' Allah bagi kita mata,telinga,hidung dan segala macam pancaindera.Gunakalah ia utk generate pahala.Allah bagi kereta,rumah,Tv,perabot,internet dan mcm-mcm lagi.Gunakan ia juga utk mencari pahala dan redha Allah.Jadilah pengguna yg bijak~!
*************
Ciri yg ke4 kita bincang dalam entry lain kali ya sbb takut nanti jd makin panjang pulak.Apa yg kita dapat,kita cuba amalkan.Sekarang saya nak buat pengumuman pula.Saya banyak kali mendapat aduan bahawa link blog saya tak boleh tertera dalam blog list sesetengah org.Saya pun taktaw kenapa.Jadi saya telah buat banner,yg boleh anda copy dan paste letak di blog anda,kalau anda mahu.Tiada paksaan pun,cuma sedikit terkilan kerana rancangan hiburan sprt AF,tiap 5 minit diiklankan,tapi benda keagamaan dan ilmiah ni iklannya cuma sejam sekali(itu pun nasib ada org nak iklankan).InsyaAllah,jumpa lagi dlm perbincangan kita tentang ciri ke-4 org yg mengejar cinta syarie~Bersambung...

April 18, 2010

Cinta Syarie 1

Ok!Ok!saya janji ni entry jiwang yg terakhir.Mesti pembaca sudah bosan dgn 3 post pasal cinta,ini dan ini.Apa yg sama mahu sampaikan ialah cinta yg syarie,iaitu cinta yg sebenar-benarnya.Sebab kalau nak tahu cinta yg tak syarie(yg salah) tu mudah.Apakah ciri-ciri cinta yg tak sejati?

Bukalah surah al-imran ayat 14.->Dihiaskan(dan dijadikan indah)kpd manusia,kecintaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak,harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak,kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih,dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.Dan(ingatlah),pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya(iaitu Syurga)!

Sengaja Allah jadikan kita mencintai perkara yg disukai nafsu kita kerana Dia mahu menguji kita adakah kita lebih mencintai Allah Yang Maha Agung,atau kita lebih mencintai nafsu serakah kita.Sangat-sangat malang kalau kita cintakan nafsu lebih drpd Allah kerana firmanNya dalam surah At-Taubah ayat 24->Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika bapa-bapamu,anak-anakmu,saudara-saudaramu,isteri-isteri(atau suami-suami)mu,dan kaum keluargamu, dan harta benda yang kamu usahakan,dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya(azab seksaNya).Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik(derhaka)." Tidakkah kita patut merasa takut?

Baiklah,Sekarang kita tengok pula cinta sejati.Cinta sejati yg kekal abadi iaitu cinta kepada Allah.Ada 6 tanda cinta kpd Allah,yg saya rasa saya hanya akan tulis 2 dahulu sebab saya taknak entry ni jadi terlalu panjang dan membuatkan anda bosan.Bila anda bosan,anda tak faham.Jika tak faham tp terus bertindak,itu yg jadi tersesat tu.Nauzubillah...(peringatan kpd diri sendiri sebenarnya)
~ku mahu mahabbatullah~
Tanda cinta kpd Allah yg pertama ialah kita banyak menyebut tentang Allah.Mulut kita akan sentiasa bercakap tentang kebesaran Allah dan sentiasa memuji Allah.Contoh,kalau kita ada awek dan kita sayangkan awek kita,pasti kita akan banyak menyebut tentangnya.Kita akan sentiasa menceritakan kebaikannya.Kita akan memuji kecantikan dan kelebihannya.Bibir kita basah meyebut namanya.Sekadar contoh shj,mungkin anda ada contoh yg lebih baik =)

Perihal orang yg mencintai Allah,dan selalu berzikir kpdNya di sebutkan dalam al-Ahzab ayat 21->Demi sesungguhnya,pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak(dalam masa susah dan senang).

Dalam ayat yg lain pula,"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan(musuh)maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah(dengan doa dan zikir)banyak-banyak,supaya kamu beruntung"-Al anfal ayat 45.Rupanya-rupanya banyak berzikir ni boleh menambahkan keyakinan dan kecintaan kpd Allah.Jadi,drpd kita duk asyik sebut-sebut nama kekasih,atau nama pemain bola atau mungkin artis,maka baiklah kalau kita sebut nama Allah.Untung!!!Berbaloi-baloi~

Tanda cintakan Allah yg kedua pula ialah kita akan sentiasa bersedia berkorban untuk agamaNya.Contoh yg sama,kalau kita cintakan kekasih kita maka kita sanggup berhabis wang ringgit,masa dan tenaga untuk dia.Kita sanggup memandu 8jam atau berhabis ratusan ringgit atau mungkin sanggup mengorbankan diri untuk keselamatan kekasih yg kita cintai.Samalah dgn pencinta kereta,sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk modify kereta.Pencinta bola sepakpula akan makan bola,tidur bola,mati jadi bala.

Makanya...,orang yg cinta kpd Allah akan sanggup bekorban demi agama ini.Ini disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 207-"Dan diantara manusia ada org yg sanggup mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah."Dia sanggup menginfakkan hartanya untuk perjuangan islam.Dia sanggup menghabiskan masanya untuk dakwah dan tarbiah.Dia juga sanggup menghabiskan tenaga dan usia mudanya untuk beribadat kpd Allah dan mujahadah meninggalkan ajakan berbaur maksiat.Mungkin kita tak sehebat saudara kita yg mengorbankan jiwa mereka memperjuagkan islam sprt di Palestin,namun itu bukan alasan utk kita mencintai yg selain-Nya!

Jom!kita muhasabah diri.Adakah 2 ciri ni ada pada kita?Jika sudah ada,alhamdulillah. Moga-moga istiqomah sampai mati.Tapi jika belum,ayuh!kita masih belum terlewat untuk mengejar cintaNya yg hakiki.InsyaAllah ada lagi 4 ciri.Bersambung...

April 14, 2010

Rehlah Pertama

Segala puji bagi Allah atas semua nikmat kurniaanNya.Sabtu lepas dapat saya berkumpul dgn beberapa org ustaz dan org soleh di Pantai Bagan Lalang kerana mengikuti satu program islami.Inilah pertama kali saya menyertai program seumpama ini.Setinggi-tinggi terima kasih kpd murabbi,abg Ihsan kerna mengajak kami bertiga.

Seawal jam 10 pagi,kami mulakan perjalanan dan terus ke masjid KLIA utk berkumpul bersama-sama ikhwan yg lain.Kami paling akhir sampai(Bos mmg selalu lambat),jd kami bertolak ke Bagan Lalang.Sampai di sana cuma beberapa minit sblm jal 12tghari.Program bermula dgn ucapan alu-aluan drpd mc,akh anuar.(Ingatkan sebaya,rupanya dia tua sikit)Lepas makan nasi berlaukkan sardin+telur+kicap manis,kami solat zuhur berjemaah di rumah yg kami sewa tu.Agak sempit juga.

Kemudian ada aktiviti 'pecah ais'.Kami dipecahkan kpd beberapa kumpulan.Kami diminta bertaaruf sesama ahli dan diminta pula menghafal nama ibu,nama nenek dan tarikh lahir ibu setiap ahli kumpulan kami.Jenuh juga menghafal,tapi ibrahnya(pengajarannya) sgt jelas iaitu kita wajib menghargai ibubapa kita dan ibubapa saudara kita.Kemudian diadakan aktiviti 'telefon buruk' yg sgt menguji kretiviti kami dalam menyampaikan maklumat tanpa bersuara. Mcm-mcm gaya dinuat agar maklumat dpt sampai dari org pertama hingga org terakhir dgn jelas.Seronok sgt,tp ibrahnya juga jelas bahawa kita perlu kretif dalam melaksanakan dakwah.Mengajak org lain kpd kebaikan bukan hanya dgn satu cara,tp banyak cara.Yang penting kita ini kenalah bijak dan kretif.Bukankah Allah menyuruh kita supaya berhikmah?Dlm Quran surah An-Nahl ayat 125-"Serulah manusia kpd Tuhanmu dgn hikmah dan pengajaran yg baik..."

Kemudian,kami solat asar dan terus bersiap utk riadah.Kami ke pantai utk bermain beach soccer!Yahoo!!sgt seronok!Dah lama sy tak main bola,ptg tu mmg main 'betul-betul' smpai sakit kaki.Selesai main,kami dibenarkan mandi laut.Oh!tak berselera lah mandi air masin,jadi saya lepak saja tepi borak-borak ngn ust izzat dan akh usamah.Tapi akhirnya terpaksa juga ke pantai utk mengambil wuduk.Kami juga berpeluang melihat matahari terbenam.Sgt cantik ciptaan Allah.Firmannya dlm Surah A-li 'Imran, Ayat 27,

تُولِجُ اللَّيْلَ فِي الْنَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الَمَيَّتَ مِنَ الْحَيِّ وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

Kami solat magrib di atas pasir pantai yg bersih.Syukurlah syariat umat ini membolehkan solat didirikan dimana-mana saja tempat yg bersih.Tapi masih tetap ramai yg tak mahu solat!hmm.. Azan yg dilaungkan oleh Akh Zaki dari GMI sgt menusuk kalbu.Mesejnya jelas bahawa solat itu wajib.Maka berbondong-bondong manusia mula berhenti mandi utk bersolat.Alhamdulillah.Solat atas pasir membuatkan jiwa hamba ini sedih.Rasa hina bila bersujud.Barulah teringat bahawa kita ini hambanya yg hina,tapi selalu menyombongkan diri.Dari tanah itu kita diciptakan dan kepada tanah itu kita dikebumikan.Tenang dan lebih kyusuk...

Selesai solat,kami pulang utk membersihkan diri dan solat isyak berjemaah.Kemudian kami makan BBQ!!Sgt sedap!Tak sangka dgn hanya rm10,saya dan kwn-kwn dpt penempatan siap buat BBQ lagi!Entah sapa la yg sgt urah hati utk sponsor ayam dan daging semua tu.Malam tu juga kami menerima kedatangan ikhwan dari UiTm Shah Alam.Ni kali kedua saya bertemu mereka,Akh hafiz,zafrin,dll.Dulu pernah sekali ke kolej mereka utk berhalaqah bersama.Selesai solat,kami semua bertaaruf.Ramai org soleh yg saya dpt kenal.Walaupun baru kenal,tapi sudah menjadi akrab!Lepas tu ada game 'polis dan pencuri'.Best juga!

Tidur pula slps jam 12mlm,dan bangun sblm jam 5 utk tahajjud berjemaah.Kemudian,kami solat subuh dan teruuussss ke pantai!Masih gelap dan sunyi.Kami membaca al-mathsurat bersama-sama dan mendengar tazkirah drpd syeikh Muhsin yg bakal berkahwin bulan 5 nanti(ops~hehe).Ringkas,tp sgt mendalam.Allah memngajar kita utk menghargai nikmatNya dgn hanya perkataan;Alhamdulillah.Tapi kita jika mahu menghargai manusia,kita perlu bersusah payah beri hadiah sdgkan menghargai nikmat Allah itu cukup mudah,tp kita tak mampu buat. Maluu...Surah Ibrahim ayat 7->Sesape yg ingkar nikmatKu,maka siksaKu amat pedih menanti!

Pagi tu main bola lagi kat pantai!Saya team dgn Dr.Syafawi!Dia old boys di Star tahun 1998 dan skrg doktor di Hospital Selayang(klo tak silap).Memang terer dia main bola.Nasib baik team dia,kalau tak abis kena buli dgn dia.Dalam keseronokan,satu kemalangan kecil berlaku.Adik kecil kami,Adik Islah(8tahun) terkena rembatan bola.Nasib baik geng dari uitm pelajar medik,so diorang tolong tengok-tengokkan.Habis main,mandi pantai!Again!!Saya dengan ustaz Hafiz main dgn bangkai obor-obor.Jakun sbb tak penah tgk yg real!Hebat sungguh ciptaan Allah. Benar,Allah Maha Kuasa!

Balik rumah mandi dan sarapan dgn biskut.Kemudia sambung dgn perkongsian drpd Ustaz Saufi dan Ustaz Dr Syafawi.Kemudian kami diberikan sedikit masa utk menyambung hafalan ayat hafazan surah Al-Hujurat ayat 6 hingga 13.Setakat entry ni ditulis,sy masih belum dapat menghafal kesemua ayat.Mungkin kerna hati gelap dengan dosa.Astagfirullah...huhu..Kemudian kami makan tengahari dan solat zuhur.Solat jamak dgn asar.Lepas solat,ada tadabbur ayat hafazan oleh Ust.Muaz.

Selepas itu kami bersalaman dan berpelukan.Sedih sgt2 rasa bila nak berpisah.Rasa mcm cepat sgt.Ukhwah yg terjalin menyebabkan personally,sy rasa berat hati nak berpisah sebab kematian yg tidak saya ketahui.Entah ada umur utk bertemu lg atau tidak.Terasa cinta kerana Allah mengalir hangat bersama pelukan.Sedih dan hiba.Jam 4,kami tiba di Ara Damansara.Kesian Abg Ihsan drive sorg-sorg.Rumah dia di s.alam,jadi dia terpaksa drop kami dulu baru dia balik rumah.

Apa yg paling best ialah,kami diminta bawak setiap seorang 2 bungkus megi,tapi masa balik saya dapat 2+5 bungkus megi lebihan manakala Shamil dapat satu botol sos!Sebab barang makanan tu tak dimasak dan tiada siapa yg mahu claim balik!haha..Membazir kalau buang..

Kesimpulannya,ini merupakan suatu pengalaman yg sgt2 mahal buat saya yg baru hampir 3 bulan menyertai usrah ini.Banyak ilmu,pengisian berfaedah dan kebaikan yg saya dapat.Dan apa yg penting sekali,saya dapat merasakan suatu kelainan dlm beribadah.Ibadah terasa lebih enak,mungkin kerana salah 1 drpd 3 ciri halawatul iman(kemanisan iman) saya miliki iaitu saling mencintai sesama muslim kerana Allah Taala.Sesungguhnya Allah telah menemukan kita semua dgn cinta ats dasar ukhwah.Dear brothers,i love u..lillahitaala...

Nota penting!Kalau nak tengok gambar-gambar,boleh buka paksi.net.Saudara Normen sudah upload =)

April 10, 2010

Sambungan kisah cinta semalam

Selesai solat magrib di surau METC,saya berganjak ke arah rak untuk menyambung tilawah al-Quran.Tiba-tiba saya terpandang pada sebuah buku.Sangat menarik covernya.Saya ambil dan belek-belek.Wah!sebuah buku cinta!Masih ada masa sblm kelas bersambung!Boleh baca...!haha
Buku itu telah diwakafkan dan saya yakin pasti pelajar metc juga yg mewakafkan ini kerana surau ini jarang menerima kunjungan drpd staff dan instructor.Mereka ada surau yg lebih cantik.Tajuk buku itu ialah "Pemilik Cintaku-selepas Allah dan Rasul". Mukaddimahnya sgt menarik.Apa yg dapat saya simpulkan ialah buku ini memang sangat menarik dan bernilai,lebih bernilai drpd harganya.Makna cinta sebenar yg diredhai lebih jelas skrg.Tahniah kepada penulisnya,moga ada nilai di sisi Allah.

Topik cinta ini sgt banyak dan suka diperbualkan oleh muda-mudi walaupun mungkin dia tidak bercinta.Mungkin kerana kita telah didedahkan dgn banyak filem cinta sedari kecil.Kita jadi lupa pada konsep cinta yg sebenar lalu kita meletakkan cinta itu sebagai matlamat.Kejahilan dan faktor persekitaran menyebabkan kita lupa bahawa cinta itu sebenarnya satu alat utk kita memperolehi kebahagian duniawi bahkan kebahagiaan ukhrawi yg kekal abadi!Kita telah meletakkan cinta kpd manusia tidak pada tempatnya.Ketahuilah,golongan ini tidak sempurna imannya!Sabda Rasulallah s.a.w,'Tidak sempurna iman seseorang drpd kalian sebelum diriku lebih dicintainya drpd hartanya,anaknya dan seluruh manusia'-riwayat al-Nasa'i

Teringat pesan seorang akhi(lupa nama dia.hehe),'Fitnah terbesar bagi kita ialah perempuan.Mungkin bila kita bertemu dgn perempuan yg tidak sopan akhlak dan penampilannya kita membenci.Sebaliknya jika kita bertemu dgn perempuan yg sopan dan solehah,kita rasa tertarik.Maka disitulah fitnah'.Tidak dinafikan,ada kebenarannya.Syukur juga kerana 5 tahun sy di sekolah menengah,saya bersekolah di sekolah yg semua lelaki dan 2 tahun di METC,saya juga tidak mempunyai sahabat wanita kerana pelajar perempuan cuma tidak lebih 5% dan mereka semua junior sy.Mungkin ini bentuk penjagaan drpd Allah drpd ftnah wanita.Alhamdulillah...

Betapa besar ganjaran yg Allah berikan kpd org yg mampu mengawal nafsunya.Bersabar dalam menolak sebarang bentuk zina dan cinta yg tidak halal.Subhanallah..alangkah ramai manusia yg mengikut telunjuk nafsu,mencari cinta yg tidak halal ini!Benarlah kata seorang sahabat,'Sering bercakap soal cinta akan membuatkan kita lupa kpd kematian'.Sedangkan kematian itu pasti akan datang.Maka beruntunglah org yg sentiasa bersedia."Hidup dua kali, mati hanya sekali"-akhi Shahrul,"Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal"(87:17)
Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat,”-surah Al-Isra’ ayat ke-32

Sahabatku,kita masih terlalu mentah utk bercakap tentang cinta.Kita punyai sgt-sgt banyak tanggungjawab yg belum kita laksanakan.Kita masih amat cetek ilmu yg perlu kita cari.Kita sangat buruk akhlak,yg kita wajib perbaiki dan kita juga sgt nipis iman yg kita perlu perbaharui.Usia muda ini perlu kita gunakan sebaik-baiknya utk meraih cinta Allah yg membawa kita ke syurga bukannya dgn cinta wanita yg memebawa kpd maksiat hati!Jangan lupa,bahawa sesungguhnya tanggungjawab yg kita ada melebihi masa yg kita ada!

Ingatlah pesanku ini,sekiranya kita benar-benar mencintai Allah,maka pasti Allah akan memberikan cinta pasangan yg soleh/solehah kpd kita.InsyaAllah...jadilah hamba yg soleh kerana jaminan Allah tentang ribuan bidadari syurga menanti org yg soleh!Saya juga percaya bahawa wanita adalah makhluk yg paling unik dan penuh dgn rahsia kebesaran Allah dan hanya suaminya yg sah sahaja yg layak dan mampu merungkai misteri ciptaan Allah ini =)

April 4, 2010

Cinta tarikan seksual


Ada seorang sahabat tag saya pada gambar di ats di facebook.Bagi saya,gambar ni sangat sinonim dgn fenomena yg berlaku kpd muda mudi sekarang.Tak salah jika saya katakan bahawa antara punca dan sebab pertama dan utama kebanjiran anak hasil zina ialah kerana muda remaja kita hanyut dalam arus percintaan sebelum perkahwinan.

Ada seorang bertanya,'Apa beza antara cinta dengan tarikan seksual?'.Tak mampu saya utarakan jawapannya disini.Cuma saya nak timbulkan kesedaran mengapa kita tidak wajar utk bercinta sblm kahwin,lebih-lebih dgn isu pembuangan bayi dan keruntuhan akhlak yg sgt-sgt kritikal kini.Cinta adalah satu anugerah drpd Allah.Allah mencipta kita dgn kasih dan cintaNya.Allah beri kita nikmat kerana cintaNya kpd kita.Begitu juga Baginda s.a.w,cintanya kpd kita menjagkaui batasan waktu.Saban hari Baginda memikirkan nasib kita,umatnya.

Aisyah r.a,isteri baginda yg tercinta pernah meminta kpd Baginda agar memohonkan syurga utknya.Lalu Baginda pesan kpd Aisyah,'Kau bantulah aku utk memberi syafaat kpdmu dgn kamu sendiri memperbanyakkan sujud!'Baginda tujukan 'rahsia' ini kpd kita kerana cinta kpd kita.Baginda tidak mahu hanya Aisyah,isteri tercintanya sahaja masuk syurga sebaliknya semua manusia masuk syurga!

Manakala para sahabat r.a telahpun termasuk dalam golongan manusia yg diredhai Allah.Di dalam hati,jiwa dan sanubari mereka telahpun terpahat teguh cinta kpd Allah dan RasulNya.Cinta yg menjadikan mereka golongan yg kuat!Cinta yg menjadikan mereka kebal drpd panah musuh-musuh.Saidina Ali r.a dipanah lalu sahabat lain menarik panah itu semasa dia sedang bersolat tanpa dia sedari dan tanpa sedikit kesakitan pun kesan drpd solat kyusuk yg bahan-bahannya ialah cinta,takut,dan rasa hina.

Begitu juga dengan Saidina Abu Bakar r.a yg telah mendermakan kesemua hartanya di jalan Allah semasa perang Tabuk.Baginda bertanya,'Apa yg kamu tinggalkan utk keluargamu?' Lalu dgn mantap,Abu Bakar menjawab,'Allah dan Rasulnya'.Cinta Abu Bakar kpd Rasul membuatkannya sedar bahawa dunia ini tidak mempunyai nilai di sisi Allah hatta sebelah sayap nyamuk pun!Cintanya Abu Dzar al-Ghifari r.a kpd agama islam telah membuatkannya bangga menganut agama ini.Sebaik sahaja dia mengucapkan kalimah syahadah,terus dia keluar menyatakan keislamannya lalu dia dipukul dgn teruk oleh org arab ketika itu.Cinta membuatkan mereka berani!

Wahai remaja,jadikanlah kisah cinta mereka sebagai contoh.Cinta itu anugerah,tapi ia milik Allah.Pernah satu ketika,seorang sahabat mengeluh.Katanya,'Hmm..ada seorang pemuda islam tersungkur dalam perangkap cinta'.Maksudnya ialah seorang yg kononnya mendokong islam,memperjuangkan islam,menjadikan dakwah sbgai maksud hidup sudah terjerumus dalam lembah pencintaan.Salahkah bercinta?

Bila kita sudah mula menjalinkan cinta dgn seseorang,kita sebenarnya sdg berjudi.Kita bertaruh dgn diri sendiri.Adakah cinta itu akan membawa kita lebih dekat kpd Allah?atau ia akan menyebabkan Allah bertambah murka?Untuk menjawab soalan ini,ingin saya utarakan satu ayat cinta drpd Allah Taala di dalam surah al-anfal ayat 2.Sifat yg harus ada pada kita(beriman) ialah jika nama Allah disebutkan maka gementar hati kita dek kerana cinta yg amat sgt.

Org yg hangat bercinta?Hati mereka bergetar tapi kerana menerima sms,panggilan telefon,keluar bersama dan lain-lain.Getaran yg timbul drpd nafsu serakah ini akan sedikit demi sedikit akan menguasai diri mereka.Buktinya cukup besar.Zina terjadi.Sabda Baginda,zina boleh terjadi dgn cara yg berbagai.Hati berzina jika merindui.Kaki berzina melalui langkah.Tangan berzina melalui sentuhan dan mulut berzina melalui ciuman.Semua ini akan dicatat dan dinilai oleh Allah.Ingatlah!

Jika kita perhatikan bahawa sesungguhnya larangan Allah utk kita menjauhi zina diperkuatkan dgn adanya hukuman kpd penzina.Dan ayat hukuman ini dimulai dgn penzina perempuan dan barulah diikuti oleh penzina lelaki.Sebaliknya ayat mencuri dan hukumannya dimulai dgn pencuri lelaki barulah diikuti oleh pencuri wanita.Jelaslah kpd kita bahawa wanita membawa saham yg lebih besar kpd sesuatu penzinaan.sila ruju Quran,5:38(mencuri)dan ayat berhubung zina di 24:2.

Bukannya saya 'bias' tapi saya mahu wanita supaya lebih berhati-hati.Fitnah(ujian) lelaki yg terbesar adalah wanita!Wanita boleh menyebabkan lelaki maju,wanita juga boleh menyebabkan lelaki lemas.Hati-hati juga kerana memang jika berzina,kesannya yg paling jelas berlaku pd wanita.Lelaki akan lari meninggalkan wanita berseorangan melahirkan anak luar nikah dgn bersusah payah.Kerana tekanan yg berganda,wanita akan membuang bayi-bayi mereka.Maka dosa pun berganda-ganda!Oh...malangnya...

Cinta dan tarikan seksual ini sama tapi tidak serupa.Bagi mereka yg mencari cinta,mereka akan meletakkan Allah dihadapan nafsunya.Dia tahu bahawa cinta sebanarnya ialah melalui perkahwinan.Cinta sejati yg akan membuahkan buah-buah iman hasil drpd baja ketaqwaan.Cinta yg akan meneruskan keturunan org-org soleh.Cinta inilah akan akan mendapatkan halawatul iman(kemanisan iman),iaitu mencintai seseorang kerana Allah!

Ingatlah kata-kata saidina Ali,'Janganlah kita terlalu mencintai seseorang kerana kelak dia mungkin menjadi musuh kita.Dan janganlah pula kita terlalu membenci seseorang kerana mungkin kelak dia akan menjadi sahabat kita'.Bukankah ini sesuatu yg terbukti?Bercinta sebelum kahwin tidak akan memberi apa-apa kebaikan sebaliknya ia akan menjerumuskan kita ke dalam maksiat yg sekecil-kecil maksiat itu pun adalah kita lebih banyak mengingati si dia drpd Allah,tuhan kita sendiri.

April 1, 2010

Tuhan satukah atau banyak tuhan?

Tak lama dulu,kita heboh dgn isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan kristian.Sebagai umat islam yg prihatin terhadap masa depan generasi akan datang,kita sepakat tidak membenarkan 'perkongsian' ini.Kita kata,"Kalimah Allah hanya utk orang islam!!!".Tapi sejauh manakah kita bertuhankan Allah?Adakah cuma Tuhan semasa solat,puasa,zakat atau haji?

Ramai orang tak faham,tak tahu bahkan malas nak tahu bahawa sesungguhnya kewajipan untuk bertuhankan Allah bukan hanya terbatas dalam ibadah shj.Maka,dgn seringkas mungkin saya cuba membawa pengertian kalimah agung لا إله إلا الله ‎ ini.Setiap orang yg mengucap dua kalimah syahadah أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله wajib meyakini:-

1-Tiada tuhan selain daripada Allah
Saya meyakini bahawa hanya Allah sebagai tuhan.Oleh itu,sy menolak kewujudan tuhan selainNya.Saya juga wajib mempercayai bahawa selain Allah,semuanya ialah makhluk termasuklah malaikat,syurga,neraka,dosa,pahala.

2-Tiada pencipta selain drpd Allah
Saya wajib meyakini bahawa setiap benda yg ada didunia ini ialah ciptaan Allah.Dalam surah Al-Furqan ayat 2,Allah berfirman,"Dan Dia menciptakan segala sesuatu,lalu menetapkan ukuran-ukurannya dgn tepat'.Saya juga perlu yakin bahawa setiap mesin dan teknologi yg dicipta oleh manusia hakikatnya ia datang drpd Allah.Dia memberi keupayaan utk manusia berfikir dan hasil pemikiran itulah terhasilnya mesin-mesin.

3-Tiada Pemberi Rezeki selain drpd Allah
Wajib bagi sy meyakini bahawa bukan Boss,bukan majikan dan bukan juga pengarah syarikat yg memberi sy rezeki.Sebaliknya rezeki itu datangnya drpd Allah.Ini bertepatan dgn firmanNya dalam surah Az-Zariyat ayat 58,"Sungguh Allah Dialah Pemberi Rezeki yg mempunyai kekuatan yg kukuh".Saya juga tidak boleh putus asa atau kecewa jika dibuang pekerjaan dan meyakini bahawa rezeki itu luas kerana firmannya dlm surah Al- A'raf ayat 10,'Kami tempatkan kamu di bumi dan di sana kami sediakan sumber penghidupan utkmu'.

4-Tiada Pemilik selain Allah
Setiap yg ada pada saya bukanlah milik saya,sebaliknya ia milik Allah.Saya cuma meminjam dariNya.Firmannya dalam surah An-Nisa ayt 132,"Milik Allah lah apa yg ada dilangit dan dibumi."Jadi,saya tak boleh bongkak,sombong atau kedekut utk membantu org-org yg memerlukan bantuan.

5-Tiada Raja selain Allah
Saya meyakini bahawa Allah adalah sebenar-benar pemilik kerajaan,dunia dan juga akhirat.Firmannya dlm surah Ali Imran ayt 189,"Dan Milik Allah lah kerajaan langit dan bumi;dan Allah Maha Kuasa atas sesuatu".

6-Tiada Pembuat Hukum selain Allah
Saya wajib berhukum dgn hukum Allah.FirmanNya dalam surah Yunus ayat 40,'Keputusan itu hanyalah milik Allah'.Saya wajib mengikuti syariat kerana perintah Allah dalam surah Al-Jasiyah ayat 18,'Ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti keinginan org-org tak tahu'.Saya juga takut utk mengambil hukum selain yg ditetapkan oleh Allah kerana firmanNya dalam surah Al-Ahzab ayat 36,"Dan tak pantas bagi laki mukmin dan perempuan mukmin,apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan sesuatu ketetapan,akan ada pilihan yg lain bg mereka tentang urusan mereka.Dan siapa yg derhaka kpd Allah dan RasulNya,maka sungguh dia telah tersesat dgn kesesatan yg nyata"

7-Tiada Pemerintah selain Allah
Allah ialah sebenar-benar pemerintah.Maka ketaatan saya adalah mutlak untuk Nya.Firmannya dlm surah Al-A'raf ayat 54,"Ingatlah!Segala penciptaan dan urusan menjadi hak-Nya"

8-Tiada Pelindung selain Allah
Saya wajib yakin bahawa pelindung saya bukanlah mak saya,abang,suami atau polis.Tapi Allah lah sebenarnya pelindung saya.Firmannya dalam surah Al-Baqarah ayat 257,'Allah pelindung orang yg beriman.Dia mengeluarkan mereka drpd kegelapan kpd cahaya(iman).Dan org-org yg kafir,pelindungya ialah syaitan."

9-Tiada Yang Lebih Ditakuti selain Allah
Saya tak boleh takut kpd manusia,hantu atau takut mati kerana semuanya adalah makhluk.Saya hanya boleh takut kpd Allah kerana firmanNya dalam surah Al-Baqarah juga,ayat 40,'Dan takutlah kpd-Ku saja'.Saya tak boleh takut utk menyuarakan kebenaran dan menentang sebarang bentuk maksiat kpd Allah.Selain itu,sy berdoa dan berusaha utk menjadi golongan yg disebut oleh Allah dlm surah At-Taubah ayat 18,'Sesungguhnya org-org yg memakmurkan masjid Alla hanyalah org yg beriman kpd Allah dan hari kemudian,melaksanakan solat,menunaikan zakat dan tidak takut (kpd apapun) kecuali Allah".

10-Tiada Yang Diharapkan selain Allah
Saya tak boleh mengharap kpd makhluk kerana setiap makhluk juga berharap kpd Allah sebenarnya.Jika dtg bantuan pun,itu dtg drpd Allah juga!Sebaliknya saya wajib berharap hanya kpd Allah kerana firmanNya dlm surah Asy-Syarh ayt 8,'dan hanya kpd Tuhanmu engkau berharap'

11-Tiada Yang Memberi Manfaat dan Mudharat selain Allah
Org yg berniat jahat takkan dpt beri mudharat kpd saya melainkan dgn izin Allah.Org berniat baik pun tak boleh bagi kebaikan kpd saya melainkan diizikan Allah.FirmanNya dlm surah Al-An'am ayat 17,"Dan jika Allah menimpakan satu bencana kpdmu,tidak akan ada yg dpt menghilangkannya selainNya".

12-Tiada Yang Menghidupkan dan Mematikan selain Allah
Saya boleh mati walaupun sedang muda dan sihat.Saya juga boleh tetap hidup lama walaupun sudah terlantar bertahun-tahun sakit kanser.Saya boleh mati jatuh kerusi,atau saya boleh hidup walaupun jatuh tingkat 30.Ajal saya milik Allah.FirmanNya dalam surah Al-Mulk ayat 2,'Yang mencipatakan mati dan hidup,utk menguji kamu siapa yg paling baik amalannya'.Jadi saya perlu sentiasa mempersiapkan diri utk mati dgn menyediakan amal yg baik.

13-Tiada Yang Memakbulkan Doa selain Allah
Saya wajib sentiasa berdoa kpd Allah bukan hanya semasa susah,tapi sepanjang masa kerana firmanNya dlm surah al-baqarah ayat 186,"Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa pabila da berdoa kpd-Ku'

14-Tiada Daya dan Kekuatan selain Allah
Saya wajib meyakini bahawa Allah berkuasa atas segalanya.Ini dinyatakan dalam surah A-'An'am ayat 18,'Dan Dialah yg Maha Berkuasa dia atas hamba-hambaNya'.Allah berkuasa ats hati saya!Oleh itu,saya akan sentiasa berusaha dan berdoa supaya mati dlm keadaan berserah diri(muslim) hanya kpdNya

15-Tiada Tempat Meminta Pertolongan selain Allah
al fatihah ayat 5,'Hanya kpd-Mu kami sembah dan kpd-Mu kami mohon pertolongan'.Jika ditimpa masalah,saya akan berdoa dan berusaha,seterusnya bertawakkal.Saya taknak menjadi seperti org-org yg sesudah penat mengalami kegagalan dalam usahanya,barulah dia nakmintak tolong drpd Allah!Saya yakin,ujian yg ditimpakan kpd saya adalah utk menguji samada saya akan mengetuk 'pintu' manusia atau 'pintu' Allah kerana akhirnya Allah juga yg akan tolong,melalui manusia itu.

Rasanya banyak kelemahan dan kekurangan drpd perkongsian saya ni.Sebab saya dah janji nak tulis seringkas mungkinJadi saya harap jika pembaca sudi memperbetulkan atau menambah baikkan artikel ini dan dapat faham.Moga-moga kita beroleh manfaat.Selamat bermujahadah! dan Selamat beramal~ Pastikan kita tidak lagi bertuhankan wang,pangkat atau harta benda dan nafsu.

dan bertaqwalah kpd Allah dan cukuplah Allah sebagai pemelihara-Al Ahzab ayat 3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails