July 31, 2010

Selamat jalan

Semasa anda sedang membaca entry ini,saya mungkin sedang dalam perjalanan ke pulau pangkor.Untuk apa?
Bercuti.Itu saja.Tapi dengan tujuan utk mencari sedikit ilmu melalui musafir,bukankah Allah sebut dalam surah Al-Hijr ayat 46 tentang kita punyai mata yg dgn mata ini,seharusnya kita merenung kekuasaan Allah,kan?(musafir)

Bukannya kali pertama sebenarnya,kerana saya pernah ke Pangkor masa saya darjah 6,ada kem.Erm,maaf saya takleh tulis panjang-panjang sbb perlu bersiap.Pukul 12.15malam bas nak bergerak,tapi saya baru balik kelas jam 9.15mlm dan belum pack barang lagi~haru betul..hehe

Doakan keselematan saya.Harap-harap ada sesuatu yg boleh saya kongsikan dgn anda sekembalinya saya nanti.Tapi,kalau saya tak balik-balik nanti,saya nak wasiatkan kpd anda satu perkara sahaja dan sila semat dalam hati dgn sesungguh-sungguhnya.Saya berpesan...
Jangan sesekali kita mancari kemuliaan di mata manusia dengan memburukkan dan mengheboh-hebohkan tentang kejahatan seseorang!

Itu saja...sbb saya perasan kewujudan fenomena ini dalam dunia blogging,maka saya mahu sekiranya kita semua terlepas drpd sifat ini.Kalau saya mati tak mampu berblogging lagi pun,saya akan cukup senang jika semua kita terlepas drpd perasaan 'aku lebih baik drpd dia'...dan ingat pesan saya,kita ini sama sahaja.So,jgn nak sesenang hati kata org tu jahat hanya kerana kita faham Quran lebih sedikittttt ajew drpd org yg kita mengata tu!!

Apapun,anda semua jaga diri ya!!kalau umur panjang,kita jumpa lagi nanti~Assalamualaikum

July 30, 2010

Untuk mu, diriku memujimu

Siapa yang tidak suka dipuji dan dihargai? Cuma, persoalannya ialah layak atau tidak dirinya menerima pujian dan adakah pujian itu diberi pada situasi dan masa yang tepat? Sama-sama kita fahami.

Apakah Itu Pujian?

Pujian ialah penghargaan. Ia seperti gula. Jika tiada, maka akan tawarlah air minuman. Namun, jika ia berlebihan, maka tercemarlah air minuman tadi. Lalu, perkataan yang paling sesuai menggambarkan pujian ialah 'ujian'.

Ujian Buat Org Yang Dipuji

Seringkali kita mendengar akan hadis qudsi yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibn Majjah,Rasulallah bersabda bahawa Allah berfirman;"Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu.Sesiapa yg merebut salah 1 drpd keduanya maka akan Aku campakkannya ke dlm neraka!"

Orang alim lah yang lebih dekat kepada kesombongan, kerana sejarah dan Al-Quran telah menukilkan peristiwa Iblis yang dihinakan oleh Allah kerana kesombongannya untuk tunduk sujud hormat kepada Adam a.s .Maka hadis ini adalah ancaman keras bagi kita jika kita merasa diri kita baik dan bagus.

Jadi,apakah cara yg paling selamat utk memuji ?

Yang paling utama ialah Jangan berlebih-lebih.Larangan daripada berlebihan atau melampau ini bukan hanya terbatas dalam isu ini, sebaliknya dalam segala perkara. Apa yang pernah terjadi kepada orang terdahulu, mereka terlalu menyanjungi salah seorang manusia daripada kaum mereka dan menyebabkan mereka disesatkan.

Umat terdahulu memuja Nabi Isa, Uzair, atau Gautama Buddha hinggakan figura-figura itu diangakat menjadi Tuhan. Tidak jauh bezanya dengan zaman kini kerana umat zaman sekarang telalu memuja artis, personaliti sukan, ahli politik dan lain-lain. Mereka di angkat menjadi idola. Seperti kata-kata Syeikh Yusuf Qardhawi, individu-individu ini telah diletakkan kepada suatu taraf yang melampau- berhala majazi.

Kedua ,pujian yg baik seharusnya dilakukan hanya di dalam hati. Tidak perlu diluahkan kerana bimbang orang yang kita puji itu ditimpa kecelakaan sebab pujian kita. Siapa tahu? Makanya, Rasulallah mengajar kepada kita, sekiranya kita menyukai kebaikan yang ada pada seseorang, maka doakanlah orang itu dengan doa, "Barakallah hu fik".

Adakah ini bermaksud kita tidak boleh puji orang?

Tak! Tak! Rasulallah juga seringkali puji para sahabat. Saidina Abu Bakar dan Umar r.a diiktiraf sebagai pembantu Rasulallah s.a.w di bumi. Uthman r.a dipuji sebagai manusia yang malaikat pun malu dengannya. Ali pula dikatakan sebagai kunci ilmu. Khalid al-Walid sebagai pedang Allah. Abdul Rahman Bin Auf digelar oleh Rasulallah sebagai saudagar Tuhan. Bilal bin Rabah, pelopor iman dari Habsyi. Salman al-Farisi, pelopor iman dari Parsi. Banyak lagi!

Kerana itu, pujilah. Ia tidak salah. Cuma, ia memerlukan tujuan yang baik iaitu mahu membina persaudaraan, mengeratkan ukhuwah, menaikkan motivasi, meningkatkan semangat dan juga memperbaiki hubungan sesama kita.

Paling utama, perlulah kita sandarkan pujian itu kepada Allah, kerana setiap kebaikan itu datangnya hanyalah daripada Allah. Maka, Allah lebih berhak menerima pujian kerana Dia berkuasa mengubah kebaikan tadi kepada keburukan, sekelip mata cuma.
Bagaimana pula dgn org yg menerima pujian?

Orang yang menerima pujian seharusnya beristighfar banyak-banyak. Di samping itu, mereka juga seharusnya memperbaiki amalan kerana dibimbangi dicemari dengan sifat sombong dan riak itu tadi. Di kala ini, muhasabah diri sangat diperlukan.

Bentuk-bentuk Pujian

Kalau kita bukak Al-Quran, Allah tak sebut banyak pasal dosa-pahala, atau pasal larangan, sebaliknya Allah banyak sebut 'Ghafurr'-iaitu Maha Pemaaf. Ini adalah kerana Allah hendak tekankan kepada manusia bahawa walau sebanyak manapun larangan Allah yang kita langgar atau sebanyak manapun dosa kita lakukan, Allah Maha Pengampun. Asalkan ada taubat dan penyesalan...

Maka dengan itu, kita telah melihat bentuk pujian pertama iaitu pujian Allah kpd diri-Nya.

Bentuk pujian kedua pula ialah Allah kpd makhluk. Banyak sekali diceritakan dalam al-Quran pujian-pujian Allah kepada manusia. Antaranya kepada orang beriman dan kepada Nabi-nabi dan umat terdahulu. Satu contoh ialah dalam surah As-Saffat ayat 78- Allah memuji Nabi Nuh a.s. Tidak inginkah kita dipuji oleh Allah dengan gelaran orang beriman?

Bentuk ketiga pula ialah makhluk kepada Allah. Ini adalah ibadah dan lambang kedudukan kita sbg hamba. Dan bentuk terakhir pastinya pujian makhluk kpd makhluk.

Kesimpulannya

Berpada-pada dan besederhanalah dalam memuji, kerana pujian yang berlebihan hanya layak utk Allah semata-mata.
 

July 28, 2010

Kenapa risau?

"Mengapa kita meminta syurga sedangkan kita kata kita ikhlas?",tanya seorang sahabat rapat saya sambil tersenyum.Dalam hati saya tertanya-tanya apa tujuan dia bertanya soalan yg sedikit menjerat ni?mahu mengujikah?Spontan saya menjawab,"kerana kita belum betul ikhlas.Kalau betul kita ikhlas,maka kita tak minta sebab kita yakin kita akan dapat syurga".

Pastinya ia bukan jawapan yg paling tepat,kerana Rasulaallah sendiri mengajarkan kita doa supaya meminta syurga dari Allah.

Namun,saya tak berhajat pula mahu bercerita panjang tentang syurga neraka,sebaliknya saya mahu bermuhasabah diri sendiri.Kiranya selama ini,saya juga masih jauh drpd ikhlas.Terima kasih sahabat,kerana pertanyaannya secara tak langsung membuatkan saya berfikir kembali  tentang tujuan asal kewujudan Pondok Cinta.

"Kenapa kita nak orang baca tulisan kita sedangkan kita ikhlas?" 

Soalan ini saya ajukan kpd diri sendiri,kerana sesungguhnya saya tak mampu ikhlas!Acapkali saya menulis kerana mahukan org membaca,bukannya kerana saya sendiri mahu membaca.Seringkali saya blogwalk dari 1 blog ke 1 blog yg lain,mempromosikan blog ini.Untuk apa?

Supaya dipandang sebagai org berilmu?org alim?Atau dikatakan sebagai seorang yg berbakat dalam penulisan?Atau mungkin kerana mahukan nama disebut-sebut?

Oh tuhan..malu sungguh aku kepada Engkau.Aku lupa,bahawa kemuliaan seseorang manusia terletak hanya kpd nilai taqwa disisi Engkau..(Al-Hujurat ayat 13)

"Blog ni bagus"
"saya suka entry-entry kamu"
"Kamu ni baik lah"

bla..bla..bla..

Cukuplah...saya tak layak dipuji.Saya bukan seorang yg baik,juga bukan seorang yg berhati mulia.Saya bukan seorang yg alim atau berilmu yg layak dipuji.Saya cuma seorang lelaki yg tak lepas drpd hipokrasi dan menipu diri sendiri.Saya lah lelaki yang Allah sebutkan dalam ayat kedua dan ketiga surah As-Saff,"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."


Saya takkan give up menulis kerana saya tahu,jika saya ikhlas menulis,saya tak perlu peduli kalau takde sesiapa nak dtg baca artikel-artikel kat sini pun.Kerana saya juga faham,bahawa tarbiyyah hanya utk mereka yg mahu...dan hanya Allah yg berhak memberi hidayah kpd sesiapa yg Dia mahu.

Justeru,saya mahu memohon maaf kepada teman-teman sekalian kerana saya gagal mencerminkan apa yg saya katakan ke dalam realiti kehidupan saya.Tapi insyaAllah,saya sudah mendapat semangat dan motivasi utk memperbaiki diri ini.Kerana Allah telah menyatakan dalam surah Al-Hijr ayat 92 dan 93-"Maka demi Tuhanmu,Kami pasti akan menanyai mereka semua,akan apa yg telah mereka kerjakan dahulu!"..dan saya sgt berharap kelak,jika Allah tanya,mengapa kamu menulis dlm blog ni,saya mampu menjawab,"Aku menulis kerana mahu mengingatkan diriku dan saudara seakidahku dan mencari redhaMu"...

July 25, 2010

July 23, 2010

Musafir

Menuntut ilmu dan bermusafir seumpama baju dan seluar pada badan.Kedua-dua nya saling melengkapi proses pembelajaran itu sendiri.Kedua-duanya memerlukan pengorbanan.Jiwa hamba yg manakah tidak pernah merasai susah dan jerih menuntut ilmu?Pastinya saya akan mengatakan hal yg sama.Ia tak mudah.

Pengorbanan
Menuntut ilmu memerlukan kesedian dan pengorbanan si penuntutnya.Mungkin perngorbanan yg paling diperlukan ialah masa.Bukan sedikit keluarga yg terpaksa berpisah atas nama menuntut ilmu.Terkenang kembali musafir saya sejak sekolah menengah hingga kini.

Ya.Perjalanan jauh ni ternyata memberi pengajaran yg sgt berguna kpd saya.Selama 5 tahun saya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh,rasanya terlalu banyak ilmu yg saya dapat tak kiralah yg bermanfaat atau tidak.Yang bermanfaat diaplikasikan,manakala yg tidak ditinggalkan.
Musafir kedua slps 5 tahun di Ipoh ternyata lebih banyak membuka mata saya tentang hakikat perjalanan hidup.Di awal usia 20 tahun,siapa boleh menyangkal bahawa saya masih muda.Saya sendiri masih belum puas mengikuti gaya hidup remaja masa kini,tapi dimana letaknya hidayah dan taufik jika bukan di tangan Allah?Ternyata cara hidup islam lebih saya sukai drpd cara hidup hedonism.

Musafir,perlukah?
Jika bercakap soal keperluan,pastinya saya akan mengatakan ia perlu.Ya.Manusia perlu bermusafir utk memahami nilai hidup.Ini bertepatan dgn firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 46-"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati(akal) mereka dapat memahami?"

Seorang bekas junior saya menegur saya di laman Facebook.Dia sekarang berada di Egypt.Melihat perubahan mendadak saya,dia ketawa sendirian kerana dia terpaksa bermusafir ribuan batu utk sedar dari jahiliyyah sedangakan saya tak sejauh itu,cuma antara Pahang dan Selangor shj jaraknya.

Pejuang
"Sesiapa yg keluar kerana mencari ilmu(agama),maka dia benar-benar berada dalam perjuangan di jalan menegakkan agama) Allah sehingga dia pulang-riwayat Tirmizi.

Langkah kaki seseorang yg ikhlas menuntut ilmu adalah sama dengan langkah seorang pejuang di medan jihad.Mengapa?

"Oh!Mudahla kalau camtu!tak payah la pikul senjata lagi!kan?'

Hey!siapa bilang jihad itu mudah?Ada musuh yg mengintai-intai peluang utk menyerang.Dan musuh paling licik ialah diri sendiri.Terkadang kita lalai,hingga niat yg ikhlas bertukar kpd mahukan populariti.Juga kadangkala niat awal ikhlas kerana mahu berbakti utk islam,tapi slps diserang bertubi-tubi dgn perkara yg disukai nafsu,maka agama dicampak,nafsu dijunjung.Masih pejuangkah bagi org yg tak ikhlas?

Ciri-ciri ikhlas pernah saya ceritakan dalam entry ni.Bacalah

Nasihat Kpd Para Musafir
"Barangsiapa yg melalui satu jalan menuntut ilmu,maka Allah akan mudahkan satu jalan ke syurga"-Riwayat imam Nawawi.

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka?" Ayat ni Allah ulang  banyak kali dalam Quran.Antaranya dalam surah Ar Rum ayat 9 dan surah Ghafir ayat 21 dan 82.

Jadi,dgn sukacitanya saya mahu mengajak diri saya dan anda semua utk mula mengembara.Tinggalkan kejahilan kita yg lama,mulakan langkah pertama utk menuntut ilmu,kerana untuk mengenal Allah,kita sgt-sgt perlukan ilmu.

Kesimpulan
Sudah bersediakan kita utk bekorban?Ingat!Proses belajar ini bukannya sesuatu yg enteng dan mudah.Ingatlah peristiwa ini-
"Dan ingatlah ketika Nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya kpd kekuasaanKu?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan aku percaya dan yakin,tetapi aku memohon yang demikian ialah supaya tenteram hatiku yang amat ingin menyaksikannya". Allah berfirman: "Jika demikian,ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu dan cincanglah semuanya.Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.-Al Baqarah 260
Sedangkan seorang Nabi juga disusahkan utk menjinakkan 4 jenis burung,kemudian dicincang-cincang burung tadi lalu didaki pula bukit-bukit yg tinggi,namun kerana Baginda mahu tahu(ilmu),maka ia bukan masalah lagi.Dan kita pula bagaimana?Sanggup bersusah payah menuntut ilmu kerana Allah?Ingatlah!Allah takkan mempersia-siakan usaha hambaNya.

July 22, 2010

Perlukah aku jadi BOSS?

'Lepas ni kamu semua nak sambung belajar di mana?'

Biasa lah...org baru tamat zaman sekolah,pasti akan berkira-kira bidang apa yg mahu dikhususkan di universiti nanti.Ada yg cenderung kpd sains dan ada yg sebaliknya,bahkan ramai juga yg terpanggil utk melanjutkan pendidikan dlm bidang agama.Alhamdulillah.Yg pasti,kita ghairah utk menuntut ilmu.

Profesional
Telah saya tekankan dalam artikel lepas tentang kawajaran kita utk menceburi setiap cabang ilmu.Kali ni saya mahu memotivasikan diri sendiri khususnya akan peri pentingnya umat islam menjadi professional.

Tidak pernahkah kita impikan jawatan yg tinggi?Gaji yg mahal-mahal?atau pekerjaan yg baik-baik?

"Tak pun.Saya zuhud.Saya tak minat perkara duniawi semua ni"

"Saya sudah cukup dengan ini semua.Islam kan tak galakkan kita sibuk dgn dunia"

Mungkin ramai org berfahaman begitu.Saya tak kata salah dan saya tak kata betul.Saya mahu anda sendiri menilainya.Fitrah asal manusia,pastinya mereka cintakan harta yg banyak dan kedudukan yg tinggi.Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Ali-Imran 14 bahawa semua ini telah dijadikan indah bagi manusia.

Dan bagi saya,pendapat peribadi saya menyatakan bahawa umat islam zaman kini wajar berfikiran lebih jauh melepasi bumbung-bumbung masjid.Pandangan seperti mahu bersederhana dgn dunia hanyalah sebuah alasan yg digunakan bagi menutupi kejelekan diri sendiri.Jauh panggang dari api,umat islam zaman kini bukannya zuhud dgn dunia,tapi pemikiran mereka telah diracuni,menyebabkan mereka termasuk saya menderita  penyakit MALAS.Malas nak study hard,malas nak bersusah payah, dan malas nak bersaing dgn bangsa lain.Hilang daya saing,mungkin lebih tepat.

Sedangkan hal ini dinyatakan oleh Rasulallah bahawa umat islam yg cerdas dan kuat adalah lebih dicintai Allah drpd umat islam yg lemah.Dan Allah juga berfirman dlm  surah Al-Qasas(28;77)-'Dan carilah pahala akhirat dgn apa-apa yg diberikan Allah kepadamu...'. Bukankah org yg yg lebih kaya dan berkedudukan berupaya utk bermal dgn lebih elok?


Pemerhatian saya

Tak boleh solat!Kerja!!(link)

Tak boleh pakai tudung!!Nanti customer lari!!

Jengkel sekali bila mengenangkan kita menjadi kuli di negara sendiri.Banyak bos dan majikan yg nampaknya memusuhi islam.Polisi mereka ada yg menyalahi tuntutan islam itu sendiri.Tidakkah kita rasa terpanggil utk menjadi majikan yg beriman,yg bakal menjaga iman dan pegangan akidah org islam terutamanya org bawahan kita?

Bukankah jika kita berpangkat besar,kita berupaya melakukan dakwah dengan tangan?

Ingatlah bersama pesanan Rasulallah;"Org islam itu ialah saudara bagi org islam yg lain.Dia tidak boleh menzalimi dan juga tak boleh membiarkan saudaranya terbinasa"-Riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi.

Islam Bukan Penghalang!
Pesan Rasulallah s.a.w:'Sesiapa yg mahu akhirat,hendaklah dia meninggalkan perhiasan dunia'.Org yg tak mengaji agama atau mengaji sekerat jalan,mesti anggap yg islam agama yg menolak umatnya drpd kekayaan dunia.Sayang sekali tanggapan ini salah.

Islam tak pernah halang umatnya drpd hidup senang.Cuma yg diajar oleh islam ialah bagaimana kesenangan ini mampu digunakan utk menjana kebaikan.Kebaikan yg menyeluruh-tidak menganiaya org lain dan diri sendiri sepanjang proses menjadi kaya itu sendiri.

Dan kebaikan yg saya maksudkan tadi iaitu-menjaga urusan umat islam yg lain.Kasihan mereka yg terpaksa mempertaruhkan akidah dan keislaman demi sesuap nasi.Jika kita muslim yg profesional,mmg kita berupaya membantu menyelamatkan akidah mereka dengan dakwah tangan kita!
Dari Abu Said Al-Khudri,Rasulallah s.a.w bersbda;"Barang siapa yg melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegah dengan tangan iaitu dgn kuasanya.Jika dia tidak mampu,hendaklah dia mencegah dengan lisannya iaitu dgn nasihat dan barangsiapa yg tidak mampu,hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dgn hatinya iaitu benci dan mendoakan si pelaku maksiat.Yang demikian itu adalah serendah-rendah iman"-Riwayat imam Muslim.
Sangat jelas,sebaiknya kita cegah kemungkaran dgn kekuasaan yg kita ada.Justeru,sudah bukan zamannya kita membiarkan Malaysia dikuasai oleh orang bukan islam,atau org islam yg memusuhi islam.Rasanya masa kita utk menggantikan mereka telah tiba.

Dan langakh pertama yg membawa kita ke matlamat itu ialah dengan ilmu.Pastikan diri kita seimbang kerana jika akademik saja yg mantap,kita akan menjadi musuh dalam selimut bagi islam.Seimbangkanlah.Usah berasa malas atau susah belajar agama kerana islam memudahkan.
(si comel ni pun membaca?haha)
Kesimpulan
Disinilah maksud jihad dalam medan ilmu,dan disini juga maksudnya syahid bagi org yg gugur dalam menuntut ilmu.Ikhlaskanlah niat menuntut ilmu itu utk membantu sesama muslim.Allah pasti akan membantu kita,selagi kita membantu org lain.Hidup utk memberi..itu pasti~InsyaAllah akan bersambung lg dlm tajuk sama iaitu ilmu.

July 20, 2010

Pengenalan Ilmu

"Bacalah!"

"Aku tidak tahu membaca!"

"Bacalah!"

"Aku tidak tahu!!"

"Bacalah dengan meyebut nama Tuhanmu yg menciptakan.Dia lah yg menciptakan manusia drpd seketul darah.Bacalah,dan Tuhanmu lah Yang Paling Pemurah,yang mengajarkan manusia dgn perantaraan qalam.Dia lah yg mengajakan manusia apa-apa yg diketahunya"-surah Al-Ala'q ayat 1-5.

Belajar dan mengajar ialah satu proses yg tiada henti dalam kehidupan manusia.Proses ini akan membawa manusia kepada kematangan,berdikari dan kewarasan akal fikiran seterusnya menjadikan mereka suatu makhluk yg diiktiraf oleh Allah sebagai sebaik-baik makhluk.

Jenis Ilmu
Merujuk kpd keperluan ilmu,Rasulallah s.a.w pernah bersabda sebagaimana yg diriwayatkan oleh Baihaqi-"Menuntut ilmu adalah kefarduan bagi setiap muslim".Ulama telah menggariskan bahawa yg dikatakan fardu itu terbahagi kpd 2 cabang yg utama iaitu fardu ain dan fardu kifayah.

Dan saya sendiri sgt yakin bahawa setiap drpd kita telah sedia maklum akan kedua-dua kefarduan ini.Fardu ain hukumnya wajib kpd setiap org drpd kita manakala fardu kifayah,hukumnya juga wajib tapi hukum wajib itu akan gugur jika telah dilakukan oleh muslim yg lain.
Keperluan Ilmu
Wahyu pertama yg Allah turunkan ialah 'bacalah dgn nama tuhanMu'.Ini adalah perintah Allah kpd kita semua supaya menuntut ilmu dengan maksud kerana Allah.Ilmu adalah sangat penting bagi setiap manusia,kerana itulah Saidina Ali r.a ketika ditanya tentang harta kekayaan yg banyak dengan ilmu,manakah yg lebih utama,beliau cenderung mengatakan ilmu lah yg paling utama.

Juga Rasulallah pernah menyatakan tentang pentingnya ilmu bahawa sesiapa yg mahukan dunia,perlukan ilmu dan sesiapa yg mahukan akhirat juga perlukan ilmu.Juga Rasulallah pernah menyatakan bahwa ilmu itu adalah cahaya.Justeru,kita yg sedang berjalan diatas bumi,perlukan cahaya supaya tidak kita tersesat kelak.

Imam Syafie juga pernah berkata bahawa menuntut ilmu itu lebih baik drpd bersolat sunat.Maka saya juga akan mengatakan bahwa membaca blog ilmiah adalah lebih baik drpd banyak membaca blog fitnah dan mengata-ngata org lain.Tahniah kerana anda masih membaca hingga saat ini.

Dunia vs Akhirat?
Setiap ilmu itu berasal drpd Allah,tidak kiralah ilmu agama atau ilmu moden.Ini bertepatan dgn sifat Allah yg Maha Mengetahui setiap yg zahir dan ghaib.Perkara ini juga ditegaskan oleh Allah dalam firmannya dalam ayat 34 surah Luqman.Jadi tidak perlu timbul persoalan tentang dia belajar agama dan dia ni pula belajar sains.Kedua-dua ini datang drpd Allah juga dan harus dipelajari dengan tujuan mendekatiNya.

Bagi saya,saya sedang mengikuti kursus penyelenggaraan pesawat.Tapi ia tak bermakna kewajipan saya menuntut ilmu agama terhapus.Begitu juga dgn org-org yg mempelajari bidang agama,mereka juga perlu mempelajari serba ringkas tentang komputer,ICT dan cabang-cabangnya kerana sudah menjadi keperluan semasa semua ini.

Jadi,molek sungguh bagi golongan agama utk terjun kedalam bidang yg lain drpd bidang agama sprt engineering dan kedoktoran.Ini adalah kerana kita mahu meraikan ilmu dan mengambalikan kembali kegemilangan islam.Tokoh islam dahulu kala,banyak yg 3 dalam 1 bahkan kadangkala sampai 5 dalam 1.Mereka menguasai Al-Quran,menguasai hadis bahkan juga menguasai ilmu sains.Ada juga ulama yg alim dlm ilmu kedoktoran,ilmu fizik,matematik dan dan berbagai ilmu lagi.Dan dalam bidang aviation,tokoh islam Ibn Firnas adalah org yg pertama sekali menjumpai theory of flight.Theori inilah yg diguna pakai oleh kapal terbang yg bertan-tan beratnya utk terbang lalu dicelok oleh orang barat.

Ops..baiklah,cukuplah sekadar banyak ni saya menulis.Tak mahu saya meleret panjang pula kerana insyaAllah topik ilmu ni seronok dibualkan.Slps ni akan ada beberapa entry sambungan kerana entry ni hanyalah sekadar pengenalan dan mukaddimah ilmu sahaja.Kita akan kupaskan soal ilmu ni dgn panjang lebar insyaAllah.

July 17, 2010

Mari Berfikir!

Ingat tak dulu saya kata saya penah beli satu buku masa book fair tahun ni?(link).Ada 1 bahagian dlm buku tu saya nak kongsikan dgn anda semua.Dulu saya pernah cerita pasal kepentingan berfikir.Ingat tak?(baca disini).Satu cerita,berkaitan dgn dakwah Rasulallah s.a.w di Mekkah.

Rasulallah mencela kaumnya(org arab) kerana mereka menjadi tawanan tradisi nenek moyang mereka tanpa berfikir baik buruknya.Dakwah Rasulallah ialah dgn mengajak mereka utk membebaskan akal drpd belenggu ikutan membabi buta dan fanatik kpd tradisi yg tak tertumpu diatas pemikiran dan logika yg sihat.

Islam ini agama yg asli dan original.Kenapa saya kata original?kerana setiap yg ada dlm ajaran islam ni semuanya masuk akal dan semuanya bertepatan dan berlandaskan fitrah kewujudan manusia itu sendiri.Ditulis juga dlm buku ni,setiap hukum di dlm islam adalah berdasarkan kemaslahatan duniawi dan ukhrawi.Setiap hukum dlm islam diturunkan ialah semata-mata utk menjamin keselamatan,kesejahteraan dan kebaikan kpd kita.

Benda-benda mcm ni sepatutnya kita kena fikir,bukan sekadar taklid(ikut secara mem khinzir buta).Dituliskan oleh pengarang kitab Jauharatul Tauhid(sy belum pernah baca kitab ni)- “setiap org yg bertaklid dlm masalah tauhid,keimanannya tidak terlepas drpd keraguan."

Inilah pentingnya kita berfikir.Kita ni untung sbb lahir dlm family islam.Paling untung! Sbb kita automatic muslim.Tapi kalau setakat islam,itu belum cukup lagi.Kita rujuk surah al-Hujurat ayat 14,”Org-org arab Badwi berkata; ‘Kami telah beriman!’.Katakanlah kpd mereka; “Kamu belum beriman,tapi sebaliknya katakanlah kami telah tunduk(islam) kerana iman belum masuk dlm hati kamu’.

Org islam dan org beriman tu sesuatu yg berbeza.Org islam,belum tentu beriman tapi org beriman,sudah tentu telah islam.Sama lah mcm org bertudung,belum tentu baik.Tapi org baik,pasti akn bertudung.So,kita kena mula bertanya,kita ni sekadar islam atau islam yg beriman?
Berbalik kpd soal fitrah dan taklid tadi.Di sini kaitannya.Untuk membina keimanan,kita tak boleh sekadar taklid.Dan utk membina keimanan juga,kita perlu banyak berfikir.Dlm islam,berfikir adalah ibadah dan ia perlu mengikut garis panduan.Islam agama yg menyuluruh.Dlm adab dan kaedah berfikir pun islam jaga taw!Kita perlu fikirkan kebesaran Allah dan jangan fikir tentang dzat Allah!

Mungkin akn ada org fikir,Allah tu mcmana.Saya pun masa kecik,sekolah rendah tanya mak sy Allah tu cmne,jawab mak saya jgn fikir mcm tu,nanti boleh gila.Apa yg kita boleh fikir utk kita membina keimanan ialah dgn berfikir akan hikmah yg terkandung dlm islam.Saya beri sikit panduan utk anda.Ok.Kita ambik contoh solat sbb kita solat 5 kali sehari(kalau setakat 3-4 kali aje,sila Qada’ sekarang!).

Apa hikmah solat?hee..cari la sendiri,sbb saya pernah tulis di sini.Hikmah puasa?Utk kesihatan!Perasan tak,org yg nak kena bedah pun doctor suruh puasa!Maknanya,bila Allah suruh puasa,Allah mahu ‘bedah’ utk buang kejahatan kita.Contoh lain; kenapa perempuan yg bersetubuh dgn suaminya di siang hari bulan Ramadhan tak kena pun puasa 2 bulan berturut-turut?hee..soalan ni dah lama saya fikir(sbb pelik).Lalu apa yg saya dpt jwpn ialah Allah Maha Bijaksana.Kalau perempuan kena buat jugak,maknanya dia hanya boleh buat lps menopause aje la!Sbb puasa aje beberapa hari,dtg haid..kena start semula.

Antara sbb lain ialah puasa ialah utk kawal nafsu syahawat,terutama nafsu seks.Nafsu seksual ni Allah jadikan lebih pd lelaki compared dgn perempuan.Apa hikmahnya?sbb tu la Allah kata lelaki boleh kawin sampai 4.Selain itu,sebab apa lelaki boleh kawin 4?Sbb lelaki ialah pelindung wanita.Kalau dia kawin banyak,dia akan lindungi banyak wanita.Pernah kawan saya nak melawak,dia tanya sbb apa perempuan punya nafsu seks tak mcm laki?rasanya sbb...Eii..cuba korang bayangkan perempuan jd mcm laki...mungkin slps ni akan ada pelacur lelaki di lorong-lorong gelap...mungkinkah?

Banyak berfikir tentang kebesaran Allah,insyaAllah membuatkan iman kita meningkat.Saya jamin pasal ni!Saya jamin sbb Allah kata dlm Quran.Ayat ni mmg sgt-sgt indah!Hayati maksud ayat ni.Saya petik drpd surah al-Baqarah ayat 186-“Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperolehi kebenaran”.

Banyak persoalan yg ada dlm otak kita.Saya yakin sgt.Utk menemui jawapan yg kita perlukan tu,turutilah perintah Allah.Just ikut Quran,jgn ragu walau satu ayat pun!insyaAllah,kebenaran akan terbuka.Amaran keras drpd Allah,jgn sesekali ragu akan al-Quran walau satu ayat kerana boleh jatuh kafir,tanpa sedar.nauzubillah.

Kesimpulannya, iman itu sesuatu yg perlu diusahakan,dan salah satu cara utk mendapatkan iman ialah dgn merenung hikmah disebalik setiap perintah dan larangan Allah serta memikirkan kehebatan Allah Taala.Jom fikir! Ingat,merenung hikmah disebalik setiap perintah Allah..bukannya mempertikaikan perintah Allah!!

Tambahan: Ni entry dah lama dah duk dlm draf saya.Saya takde masa nak menulis la sbnrnya..huhu..Mungkin slps ni makin susah nak update sbb makin banyak masa yg perlu saya korbankan utk study..it getting harder and harder.Pray for my success~ 

July 16, 2010

Kita pula malu!!

Rasanya  perlu saya jelaskan semula entry saya yg lepas.Tujuan saya ambil contoh pelakon video sek-s tu bukannya utk mengaibkan org mcm mereka dgn tittle 'tak tahu malu',sebaliknya saya cuma mahu mengambil contoh realiti yg mudah.

Namun,bila org asyik memperkatakan tentang mereka (bla..bla..bla..)saya bimbang bahawa mesej saya tak jelas,seolah-olah perbuatan merakamkan aksi lu-cah ialah satu-satunya perbuatan org yg tak malu.Tak!tak! Sebenarnya terlalu banyak perbuatan kita yg mencerminkan diri kita sudah kehilangan sifat malu.

Definasi Malu
Bila kita sudah melakukan perbuatan yg Allah larang,maknanya kita tiada malu.Cuba perhatikan diri kita,siapa cipta jasad dan panca indera kita?Wajarkah kita menggunakan pemberian Allah yg percuma ini utk menderhakaiNya?Jika jawapannya berbaloi,maka kita org yg tak malu.

Malu tidak terhad kpd soal aurat shj,tapi ia meliputi seluruh aspek kehidupan.Saya sendiri takkan mengaku yg saya ini telah benar-benar pemalu kerana saya belum benar-benar memilik sifat warak,seperti yg dijelaskan oleh Imam Ghazali-'org yg tidak memiliki sifat warak maka dia pasti akan terperangkap dgn maksiat secara sembunyi-sembunyi.'.

Maka,saya lebih senang mendefinasikan malu sebagai bagaimana cara kita melaksanakan kehidupan kita ini.Adakah kita mendahulukan perintah Allah,atau kita mendahulukan perintah manusia.

Ganjaran Malu
Seperti yg sy tekankan dlm entry lepas,org yg malu ialah org yg beriman.Kerana itu rasulAllah menyatakan bahawa org yg memiliki malu akan berada di syurga.Ini adalah kerana,jika kita benar-benar pemalu,maka kita takkan sanggup ingkar kpd Allah dan mencuaikan hak-hak kita kpd org lain.

Lelaki atau Perempuan?
Rasulallah bersabda;'Malu bagi lelaki itu baik,namun malu bagi wanita itu terlebih baik'.Adakah ini bermakna hanya wanita perlukan malu?oh tidak!Bukan begitu.Sebaliknya wanita sewajarnya memiliki sifat malu lebih drpd lelaki.

Jangan kita hanya faham,bahawa maksud 'wanita perlu lebih malu' bermaksud perigi cari timba.Jangan sempitkan otak kita dengan sangkaan yg pelik-pelik.Sebaliknya malu bagi wanita itu akan menyebabkan mereka lebih menjaga diri dan akhlak.Saya suka kiranya saya dapat memiliki zaujah wanita Madinah.haha..gurau je
Saya merujuk kpd pujian Saidatina Aisyah r.anha kpd perempuan Madinah dgn menyatakan bahwa sebaik-baik wanita ialah wanita Madinah.Mungkin zaman sekarang,wanita melayu ramai yg lebih baik drpd wanita madinah dan sekitar arab,namun apa yg jelas ialah pujian itu adalah kerana sifat wanita Madinah yg sgt pemalu dgn lelaki asing,tapi sgt terbuka dalam menuntut ilmu.

Malu Dalam menuntut ilmu?
Imam Mujahid pernah berkata,'Takkan dapat ilmu org yg malu dan org yg sombong'.Malu bertanya,sesat jalan.Sombong utk bertanya,maka neraka lebih dekat untuknya..! Nabi s.a.w pesan kat kita supaya jgn sombong kerana takkan masuk syurga org yg sombong walaupun sedikit.

Di formspring saya,alhamdulillah banyak org sudah mula bertanya.Usah malu dlm mendalami agama.Itu yg saya pengang kuat-kuat.Sbb tu saya tak kisah bila org pelik dgn perubahan saya.haha

Malu Yang Sebenar-benarnya
Sebagai orang yg beriman,kita seharusnya malu dan takut jika memiliki sifat munafik.Rasulallah s.a.w bersabda;'Malulah kpd Allah dengan sebenar-benar malu.Jagalah kepalamu dan apa yg ada dalam kepala.Jagalah perutmu dan apa yg ada dalam perut'.

Saya ambil contoh artis lucah tu bukannya supaya mereka dicaci atau dikeji.Boleh jadi mereka bertaubat sblm mati,kan?Banyak mencela keburukan org lain akan menyebabkan kita lupa kpd keburukan kita.Dalam contoh itu,kita hina pelakon itu tapi dalam masa yg sama kita telah membina bongkak dalam hati,'Oh!aku lebih baik'..Bongkak,Takabbur dan sombong juga sifat org yg tak malu!

Oleh kerana itu Rasulallah pesan supaya kita malu dengan kepala dan apa yg ada dlm kepala.Maksudnya ialah jika ada perempuan bogel seksi jalan depan kita..maka kepala kita akan tunduk(tak tengok perempuan seksi) dan fikiran kita(apa yg ada dlm kepala) kita perlu ikhlas,'aku rendahkan pandangan lillah hi ta'ala walaupun nafsu aku nak tengok'.

Zaman sekarang bukannya sedikit org yg malu-malu kucing.Kononnya malu nak buat jahat,tapi dalam otak saja nak tunjuk baik depan org. Jika anda salah seorang drpdnya,jgn salah faham kenyataan saya ini lalu anda buat jahat tu,sebaliknya saya nak mengajar anda ilmu ikhlas.Lepas ni,jadikan malu kita kerana Allah,bukannya malu kerana mahu dipandang mulia oleh org lain.

Malu dgn perut?jagalah diri kita drpd benda yg haram.Perut juga simbolik kpd nafsu dan bersuka-suka.Maka,usahakan utk kurangkan hiburan.Ok?

Kesimpulannya
Imam Ghazali pun ada cakap,'jika kita meninggalkan sesuatu ibadah itu kerana kononnya taknak jadi riak,maka disitulah riak yg sebenarnya(perbuatan meninggalkan ibadah tadi).Oleh itu,jgn malu utk buat baik.Jgn malu utk dtg surau.Jgn malu utk bergaul dgn org soleh dan paling penting,jgn malu dgn saya..er,maksud saya jgn malu menuntut ilmu.Sebaliknya,malu lah utk buat dosa.

Cerpen pasal malu ada kat sini.Baca lah kalu banyak masa~

July 14, 2010

Malulah sikit !!

Dua tiga hari ni banyak betul blog duk cerita pasal Paul si sotong kurita.Banyak juga blog yg cerita pasal bola.Al maklumlah,dah final tapi saya tak tengok pun.Tak sanggup nak Qiam bola.hehe.Tapi apa yg saya nak cerita harini takde kena mengana pun dgn bola,tapi ada kena mengena dgn kemaluan.Jgn risau,ini bukan entry lucah.

Ingat tak dulu cerita pasal video lu-cah Ariel Peterporn dgn cewek indon,Luna Maya dan bini orang,Cut Tari.Heh..ingat saya tak ambik tahu ke?haha..kena jugak ambil tahu isu ni. Dan sekarang pula kecoh cerita pasal filem anu dalam botol.Dua-dua isu ni menarik sbb dibintangi oleh orang islam.Pelakon video belu tu org islam dari indon manakala pelakon  filem lu-cah ni pula orang islam dari Malaysia.Tahniah Indon dan Malaysia,pasni jgn gaduh lg sbb masing-masing dah ada pon star masing-masing.

Malu
Kalau ada orang tanya saya pasal dua isu ni,saya tanpa teragak-agak akan mengatakan setiap manusia yg terlibat dlm kedua-dua jenayah sek s ni sudah hilang kemaluan dan wajib bertaubat.Apakah masih layak mereka mengaku memiliki sifat malu?

Rujukan pertama dan rujukan kedua saya mengatakan; org yg tak malu akan buat sesuka hati mak bapak mereka.Boleh sama-sama rujuk surah Fussilat(41;5) dan matan arbain hadis ke 20.Betul bukan?org yg tak tahu malu,mmg akan berbuat sesuka hati tanpa berfikir panjang.

Eh,tapi sebelum tu,molek benar kalau saya definasikan maksud malu.Ulama menyimpulkan,malu itu ialah sifat yg mendorong kita utk meninggalkan setiap larangan Allah dan  tidak mencuaikan hak-hak kita.Setiap larangan Allah itu banyak,drpd sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.Tapi,semua larangan tu tak menguntungkan Allah sbb Allah tak berharap kpd makhluk,tapi kita juga yg akan untung kalau meninggalkan larangan Allah.Contoh?PKR lah sendiri.hehe

Manakala hak-hak kita pun banyak.Hak kpd Allah,manusia juga kpd binatang.Kalau kita manusia yg tahu malu,takkan kita cuaikan hak mereka.

Hubungan Malu dan Islam
Rasulallah pernah bersabda;"Bagi setiap agama itu ada teras atau akhlaknya.Teras atau akhlak islam ialah malu".Islam didirikan atas prinsip 'la dhiroro wa la dhoriro'.Tak boleh mudaratkan diri sendiri dan tak boleh mudaratkan org lain.Mudaratkan diri sendiri mcm mana?Lakukan apa yg Allah benci lah!sbb kesan bila Allah murka ialah neraka.Manakala memudaratkan org lain tu tahu sendiri la.

Senang cerita,orang yg tiada malu maka dia tiada agama.Kenapa saya kata begitu?

Sebabnya Rasulallah pernah bersabda;"Iman dan malu itu saling berkaitan.Jika hilang salah satunya,maka hilanglah kedua-duanya".Boleh faham tak hadis ni?Allah nak tunjukkan kpd kita sifat manusia,iaitu kalau betul kita beriman,kita akan malu utk menzalimi diri kita dan orang lain.Sebab itu juga Rasulallah kata;"Takkan berzina seorang penzina,sekiranya dia beriman ketika dia berzina dan takkan mencuri seorang pencuri jika dia beriman ketika dia sedang mencuri".


Hey umat akhir zaman semua.Iman kita ni lebih nipis drpd kulit bawang.Jagalah ia!Jagalah ia!Jagalah ia! sbb kulit bawang ni lah yg menentukan kita ke mana.Tolong jgn hilangkannya dgn maksiat.Malu lah..

Allah dan Rasul Juga Pemalu!
Apa kita fikir kita aje yg perlu malu?oo..sbb tu kita rasa mcm tak adil.kan?Ketahuilah,Allah juga Maha Pemalu.Diceritakan dalam Hadis,"Allah itu Maha Pemalu dan Maha Menutupi.Oleh itu,tutuplah pintumu jika kamu mandi".Haaa...ada point di situ! Kalau nak mandi pun Allah suruh kita tutup pintu tak kasi org tengok,apatah lg berbogel dlm video??

Chill Iqbal..chill..(saya pernah kena sound sbb kononnya terlalu emosi,hehe.betul ke?) Kalau mcm tu,takleh mandi bogel ke Iqbal?hehe...ulama sepakat berpendapat,tak jadi masalah kamu nak mandi bogel,tapi paling afdhal ialah pakai kain basahan la.Bukannya sbb Allah tengok.Kita pakai cawat drpd simen 10 inci pun Allah Maha Melihat,tapi dengan cara itu kita ikut sunnah dan melatih diri utk malu.

Allah juga pemalu kpd kita,hambanya.Diceritakan dlm hadis qudsi juga;Allah berfirman,"Aku malu sekiranya aku tidak memakbulkan doa-doa hambaku yg berdoa" juga,Allah malu utk mengazab hambaNya yang... er..maaf,saya lupa la hadis ni.huhuhu..

Rasulallah juga pemalu.Oleh itu jangan kita rasa terbeban utk melatih diri supaya malu kerana Rasulallah sendiri lebih pemalu drpd anak dara!Tapi takleh la nak compare anak dara zaman dulu dgn anak dara zaman sekarang..Jauh bezanya.Tapi yg sama,anak dara zaman sekarang masih ramai yg sudi menuntut ilmu sprt di blog Pondok Cinta. Syabas dan Tahniah!

Kesimpulan
Taknak buat kesimpulan lagi,sbb akan ada part 2.Saja nak tulis pendek-pendek untuk memudahkan anda membaca.Bukankah Nabi selalu pesan supaya kita memudahkan dan jangan persulitkan? Jgn lupa baca sambungannya nanti.Terima kasih

July 13, 2010

July 12, 2010

Rujukan saya Part 2

Maintenance Manual
Setiap LAE yg bakal bekerja dgn aircraft,mereka akan dibekalkan dgn maintenance manual sebagai reference utk membantu mereka bekerja.Manual ini disertakan oleh aircraft manufacturer sprt Boeing,Airbus atau ATR.Tujuannya supaya tiada kesilapan akan berlaku semasa maintain kapal terbang tu.

Dan...
setiap manusia juga dibekalkan dgn manual oleh Allah iaitu Al-Quran dan Hadis.Tujuannya jelas,supaya manusia tidak tersilap dlm memilih antara jalan fujur atau jalan taqwa.Siapa yg lari drpd kedua-dua petunjuk ini,mereka ialah org yg sesat.Tapi boleh U-turn lg,taubat la...
(ni gambar senior saya.saya tak buat kerja ni sbb saya avionics,kerja dalam kapal je)

Hadis
Kalau sebelum ni saya ada cerita pasal Al-Quran sbgai rujukan pertama saya,kali ni saya nak cerita sikit pasal sumber kedua rujukan saya,iaitu hadis.Kedudukan hadis sebagai rujukan kedua slps Al-Quran tak boleh disangkal lagi.Mmg wujud golongan anti-hadis yg menolak hadis.Jangan jadi seperti mereka!

Sebelum menulis entry baru,saya selalu bukak kitab hadis 40 susunan Imam Nawawi utk rujukan.Sedikit cerita pasal beliau,beliau seorang yg bujang kerana ghairah menuntut ilmu.Doakan saya juga memiliki keghairahan utk menuntut ilmu,kerana ilmu ialah jalan utk mengenal Allah manakala mengenal Allah ialah jalan keselamatan.Apa yg ada dlm kitab hadis 40 ni mmg rasanya merangkumi seluruh aspek kehidupan.Terima kasih kepada beliau,saya mendapat banyak jawapan drpd kitab hadis susunan beliau.

Selain hadis 40,saya juga suka merujuk kitab hadis susunan ulama besar nusantara,Abdullah Al-Qari.Kitab yg saya maksudkan bertajuk "187 Pepatah Sabda Nabi S.A.W-panduan utama siswa-siswi islam".Buku ni mmg best,sbb ia sgt-sgt sesuai utk remaja mcm kita.Hadis yg dimasukkannya pendek-pendek tapi disertakan dgn keterangan hadis sekali.Pendek,sgt mudah utk hafal.Alhamdulillah setakat ni ada la sikit hadis yg saya dah hafal.Bukannya main hafal je,ada fadhilatnya sebagaimana disabdakan oleh RasulAllah,siapa yg hafal 40 hadis tentang agama ini,maka kelak dia akan dibangkitkan dalam kalanga ulama dan ahli fiqih.Tapi harini ramai org yg hafal hadis,tapi ada yg tak beramal dgn hadis.Rugi dunia akhirat.

Indahnya Hadis
Berkawan dengan hadis ni sebenarnya suatu hiburan bagi saya.Maksud saya,saya rasa terhibur membaca pesanan-pesanan Baginda S.A.W kerana seolah-olah Baginda ada bersama saya.Nasihat,wasiat dan pesanan baginda mengambarkan betapa Baginda kasih dan sayang akan umatnya.

Saya suka PKR.Sila baca enrtry ringkas ni utk fahami apa itu PKR.Sgt menakjubkan bila sesorang yg telah ribuan tahun didalam tanah,memperkatakan sesuatu yg benar-benar berlaku di zaman ini.Saya juga ada 1 buku koleksi hadis akhir zaman.Buku yg memuatkan himpunan sabdaan Nabi tentang zaman akhir yg benar terjadi harini.Amazing!!Sgt jelas islam itu benar..tiada keraguan utk itu lagi.Indahnya hadis,bukti Baginda seorang yg sangat bijaksana.

Kesimpulan
Anda down?stress?perlukan motivasi?tak payah lagi bayar mahal-mahal utk mengikuti kursus mcm ESQ anjurkan,sbb mulai harini,kita boleh bukak Quran dan kitab hadis.Tidakkah cukupkah Allah sebagai sumber motivasi umat islam?Jadikanlah Al-Quran dan Hadis sebagai teman karib kita.Kerana dua sumber ini ialah jalan penyelesaian bagi setiap masalah.


P/S-Saya cerita pasal 2 buku tu bukan suka-suka taw!saya nak anda baca juga,supaya masing-masing dapat manfaat

July 10, 2010

Pemabuk yang bersolat

'Mama,israk mikraj tu apa?',tanya seorang anak kecil kpd ibunya sejurus pulang dari sekolah.

'Ooo..israk mikraj tu peristiwa Nabi Muhammad S.A.W diangkat ke langit bertemu dengan Allah dan..bla...bla...bla..'

Pergghhh...mmg pandai ibu tu kelentong bercerita.Dari awal sampai akhir,tiada yg tertinggal.Saya yakin,bahawa anda pun sudah sedia maklum tentang Israk Mikraj.Jadi,saya nak buat sedikit kelainan.Mmg aritu saya janji nak sambung cerita saya pasal 'bahan mentah/rujukan saya',tapi rasanya rugi pula Pondok Cinta tiada artikel pasal israk mikraj.kan?

Solat
Semua orang tahu,Nabi Muhammad diwahyukan perintah utk mendirikan solat dlm peristiwa ini.Bermula dgn 50 waktu,dikurangkan hinggalah kpd 5 waktu sahaja.Persoalannya,mengapa Baginda diangkat ke langit semata-mata utk menerima perintah solat?sedangkan perintah puasa,zakat,haji dan lain-lain kewajipan turun melalui wahyu dgn perantaraan Jibril a.s shj.

Satu mesej halus Allah nak tunjukkan kpd kita bahwa solat itu ialah satu kewajipan yg sgt tinggi darjatnya berbanding ibadah lain.Dan hari ini,saya nak tekankan sikit pasal solat,sbb tak ramai ust-ust yg bercakap pasal solat. Sebaliknya mereka cuma suka bercakap pasal rentetan peristiwa itu sahaja.Ibrah(pengajaran) jarang diperdengarkan.

First Thing First
Telah saya emphasis kan di entry ni,satu hadis daripada Abu Hurairah yg maksud hadis,solat ni ialah perkara pertama yg akan dihitung oleh Allah.Kalau solat kita okey,insyaAllah amalan lain pun okey.Solat kantoi,yg lain pun kantoi!Sebab tu,kita diajar supaya memperbanyakkan amalan solat sunat sbb solat sunat ni akan tampung kita punya kecacatan dlm solat fardu.Ingat main-main ke solat sunat ni?

Mabuk Dalam Solat
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan" -An-nisa ayat 43.Sebab ayat ni turun ialah kerana masa tu,arak belum diharamkan lagi.Lalu ada seorang sahabat ni buat kenduri,jemput org lalu beliau menjamu arak kpd tetamu-tetamunya(masa tu arak masih belum diharamkan lagi).Lalu masuk waktu solat,mereka bersolat berjemaah.Tok imam mabuk...lalu dia telah tersalah baca dan menghina org lain dlm solat,tanpa dia sedar.

Kerana mabuk,kita hilang kemampuan akal utk berfikir.Itu jelas!Tapi bagaimana pula dgn sambungan ayat td, "hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan" .Satu soalan saya nak tanya,kita faham tak makna bacaan dlm solat kita?Tak faham = mabuk...?

Azab Bagi Orang Yang Solat
Allah kata; "Celaka lah bagi org-org yg solat,iaitu org-org yg lalai dalam solatnya"-surah Al-Maa'uun ayat 4 dan 5.Meremang bulu roma.Rasanya solat saya sejak baligh hingga sekarang,tiada yg benar-benar sempurna.Adakah saya juga termasuk dlm kalangan org yg celaka itu?
(Mak saya belikan buku ni masa saya sekolah rendah.Mak balutkan dgn plastik utk penjagaan dan sampai sekarang saya masih guna buku ni.Buku ni sgt membantu)

Bagaimana nak solat kita diterima atau tidak?
Kalau nak tahu,kita kena check dlm diri kita.Allah sebut dlm surah al-ankaabut ayat 45 bahawa solat itu dapat mencegah kita drpd perbuatan keji dan mungkar.Dalam erti kata lain,kita terhindar drpd maksiat secara terang-terangan dan juga maksiat secara sembunyi-sembunyi.Kalau masih banyak maksiat,maknanya banyak la solat kita yg tak diterima.huhu

Bahasa Arab
"Kenapa tak solat dalam bahasa melayu?senang sikit kita nak faham.Boleh bantu kita khusyuk"

Agak-agaknya kenapa?Jawapannya ialah kerana islam bukan agama negara (tiada istilak sek-sek kito dlm islam!) dan bukan juga agama bangsa.Islam agama setiap jin dan manusia.Oleh kerana itu,Allah memfardukan solat dlm bahasa arab supaya orang melayu dpt solat dgn Bangla,Myanmmar,Cina,afrika dan lain-lain.Semua dapat berdiri di saf yg sama dan diimamkan oleh imam yg sama.

Masih mahu menyalahkan bahasa arab lagi??Salah kita taknak belajar ilmu khusyuk!Belajarlah memahami makna bacaan dalam solat.Ia sangat membantu.

Kesimpulan
Muhasabah diri dlm peristiwa israk dan mikraj.Apakah kita sudah benar-benar mendirikan solat?atau sekadar menjadi seperti burung kakak tua yg bercakap dan meniru gerak-geri,tanpa memahami tindakannya.Tolong jangan buat main-main dgn solat sbb solat itu umpama tali.Kita sebagai layang-layang,jika terputus tali maka kita akan sesat ditiup angin.Saya berpesan kpd diri saya,jaga solat 5 waktu.Ramadhan dah dekat,kalau ada solat kita yg 5 tahun lepas kita tinggal,tolong qada' kerana tiada nilai solat sunat jika diri masih berhutang yg wajib.Dan yg penting,mengejutkan orang lain utk bersolat hukumnya wajib.Jika housemate anda tak bangun subuh,anda wajib kejut.Tak bangun?Takpe.Allah nak tengok usaha,bukan hasil.Sabar.Dakwah bukan utk org pondan lemah~

p/s- Saya sengaja buat tajuk kecil dlm setiap artikel saya supaya anda tak perlu baca one shot..panjang tu.Boleh baca sikit-sikit.Bacalah...untuk kebaikan kita bersama.

July 9, 2010

Rujukan saya Part 1

Adakah entry baru saya dinanti-nanti?Rasanya artikel terbaru saya pun baru selasa lepas.Bukannya lama sangat.Memang blog pondok cinta ni mmg tak setanding blog-blog yg lain yg ramai follower dan pembaca yg setia.Tapi saya sedar,masih ada ramai juga yg setia bersama pondok cinta.Ramai yg sanggup bermujahadah.Ramai yg faham kewajiban menuntut ilmu.Ramai juga yg faham akan keperluan utk mencari bekalan akhirat dan ramai juga yg lapar santapan rohani.Sebesar-besar dan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih saya ucapkan kpd anda.Saya hargai anda.Sungguh!

Rujukan
Entry di pondok cinta 90% berbentuk ilmiah dan islamik.Tapi itu bukan bermakna penulis seorang yg islamik.Tak!Saya seorang yg biasa-biasa saja.Dulu,saya pernah terfikir utk menulis 1 hari 1 entry baru,mcm kebanyakan blog org lain.Hari-hari ada cerita baru..tapi rasanya saya tak mampu.

Siapa kata tulis artikel keagamaan itu mudah?pastinya saya mengatakan ia tak mudah!Banyak rujukan dan kajian perlu saya buat.InsyaAllah hari ni saya mahu berkongsi dgn pembaca setia blog  pondok cinta,tentang sumber-sumber rujukan saya dlm menulis sbb dah 2 kali org tanya adakah saya tulis sendiri.(pelik ke student aircraft maintenance tulis pasal agama???)Ya!saya tulis sendiri,dgn rujukan-rujukan berikut.

Yg paling utama ialah Al-Quran itu sendiri.Sebelum tulis,saya akan rujuk Al-Quran.

Datuk A.Samad Said pernah kata;'kalau kita nak jd penulis yg baik,kita kena banyak membaca'.Itu dia kata.Allah pulak kata;'Bacalah dengan nama Tuhanmu yg menciptakan"(surah al-ala'q ayat 1).Kefahaman kita tentang tuntutan Iqra' ternyata masih nipis.Kita ketinggalan jauh drpd bangsa asing dlm amalan membaca.Tapi,yg peliknya kedudukan kita jauh lebih baik drpd bangsa Arab dlm statistik,walaupun rasanya kita banyak baca majalah hiburan. Org jepun yg sgt sikit yg muslim ternya lebih faham akan wahyu pertama ini-Iqra'.

Kitab Terbaik
Kalau kita bukak mukasurat 2 Al-Quran,dlm surah al-Baqarah ayat 2,kita dah dikejutkan(sepatutnya lah...).Ayat 'za likal kitab..' yg bermaksud 'kitab ini'..tiada keraguan di dalamnya! Kenapa Allah guna perkataan kitab?Kenapa tidak Allah guna perkataan 'za likal Quran'? Yang tersirat ialah,Allah nak emphasis kpd kita bahawa dlm dunia ni takkan ada 1 kitab pun yg sempurna dan 100% dijamin betul,KECUALI Al-Quran.Al-Quran sgt istimewa!

Istimewanya Al-Quran ini,kita manusia tak sedar.Sedangkan jin lebih menyedari akan keajaiban Al-Quran.Rujuk surah al-jinn ayat 1.Jin berkata;'Kami telah mendengar Al-Quran yg sgt menakjubkan!".Apakah kita manusia,tak merasa takjub dgn Al-Quran?
(Al-Quran saya penuh dgn tanda contengan pensil sbb saya suka tandakan dalil-dalil yg saya jumpa,utk rujukan di lain hari)

Saya tak tipu.Sesungguhnya semua benda Allah dah sebut dlm Quran,hinggakan cara nak buat pisang goreng pun Allah sebut!(tapi kalau saya tulis,entry ni jd tambah panjang.)Semua masalah manusia disebutkan dalam kitab ini.Rugilah kita kalau tak baca.Saya kongsi 1 ayat yg ajaib dari surah Al-Furqan ayat 53.Saya saja nak kongsi sayat ni sbb semua org dah tahu pasal fakta ni.Fakta yg baru ditemua baru-baru ni,iaitu ada sungai dalam laut.Dari dulu lg,sblm manusia jumpa benda ni Allah dah bagitaw tentang kewujudan benda ni.Manakjubkan?

Keajaiban Al-Quran
As we go deeper in learning Quran,kita akan jumpa juga pasal kandungan oksigen di tempat tinggi,fungsi besi,tentang 7 layers of atmosphere,tentang development of baby dlm perut mak dia,tentang gunung-ganang yg setiap tahun bertambah ketinggian,pasal siang malam pasal bintang-bintang banyak lagi.Lebih seronok kalau anda cari sendiri dan jumpa.InsyaAllah iman akan bertambah.Bukankah saya selalu ingatkan supaya kita banyakkan berfikir tentang kekuasaan Allah?dah lupa tentang PKR?

Kenapa Bahasa Arab?
Org pertikaikan,kenapa Al-Quran bahasa arab?agak-agaknya kenapa?jwpn ekspress ialah Allah lebih tahu yg tersirat.Tapi jwpn saya: tujuan Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab ialah supaya wujud kesatupaduan  dan kesamaan serta keseragaman dlm diri setiap muslim.Maknanya,saya boleh baca Quran dekat German,kat Sepanyol,kat Argetina,kat Holland dan kat mana-mana saja.Allah Maha Pandai.Dia nak kita bersatu padu walaupun lain warna kulit.Hebat?

Seorang doktor yg hafiz Quran terlalu busy pd suatu hari hinggakan dia tiada masa nak baca Quran!Jadi apa dia buat?Dia ambil Quran,bukak dan tutup balik.Pastu dia cakap,'aku minta maaf sbb harini aku tak dapat baca kau'.lalu dia cium.Persoalannya,dia kan hafiz(hafal 30 juzuk),nape dia tak baca tanpa tengok Quran?Jwpnnya ialah- takkan sama baca dgn lihat Quran dan baca tanpa Quran.Pandang Quran pun dapat pahala!free pahala..mudah sgt-sgt!

Seorang anak tanya atuk dia,"kenapa atuk baca Quran?atuk bukannya paham pun bahasa arab".Atuk dia suruh dia ambil air kat sungai dlm bakul yg berlubang.Cucu dia penat la ulang alik nak ambik air tapi setiap kali sampai aje kat atuk dia,air dlm bakut tu semuanya keluar melaui lubang-lubang tu.Lalu atuk dia kata ,'Baca Quran walaupun tak faham,sebenarnya ia membersihan hati.Mcm bakul tu juga.Walaupun ia tak dapat mengangkut air,tapi ia telah dibersihkan oleh air yg keluar melalui lubang-lubang tu.. Sgt betul!Walaupun saya tak faham b.arab,tapi tiap kali baca Quran,saya rasa tenang.Agak-agak,siapa yg bagi ek?

Hati-hati
Part ni penting!Jgn salah faham tentang tafsir dan terjemahan Quran.Terjemahan Quran ni mcm kita alih bahasa,tapi tafsir ni more toward the elaboration ayat yg kita baca.Dlm Al-Quran ada 2 bentuk ayat iaitu ayat muhkamat dan ayat mutashabihaat.Ayat muhkamat tu ayat yg simple,jelas dan senang faham.Manakala ayat mutashabihaat ni ayat yg samar-samar yg bukan kita boleh sesuka hati terjemahkannya.Contohnya ayat surah al-Baqarah ayat 256-Tiada paksaan dlm agama.Org yg sesuka hati dlm menafsirkan satu-satu ayat Al-Quran,dgn sukahati mak bapak dia buat dosa contohnya bukak aurat.Bila ditegur dia kata-"tiada paksaan dlm agama.Jadi sukahati saya lah nak ikut atau tak!" Ini punya orang sesat.Nauzubillah..

Pesan saya:kalau tak jelas dan tak faham akan sesuatu ayat yg kita baca,maka kita rujuklah dgn org yg tahu sbb kdg-kdg ada asbabun nuzul atau cerita disebaliknya yg kita tak tahu.

Kesimpulan
Tidakkah kita terasa nak baca Quran?Ia manual kita.Kita perlukan petunjuk.Kita perlukan lampu.Jadi,saya harap sangat selepas membaca entry ni,ada sedikit semangat dalam diri anda timbul utk semakin ghairah meneroka keindahan Al-Quran.Sesungguhnya,beza antara org islam dan org bukan islam ialah org islam berjalan atas telunjuk Quran.Tanya sama pokok,apa sebab hujan..er..tak!!tanya sama diri sendiri,setakat mana kita berjalan atas telunjuk Quran?sama-sama muhasabah diri...


P/s-Baru siap part 1.Part 2 bakal menyusul,insyaAllah.Skrg ni saya tgh pening kepala giler belajar electronics sbb basic saya dlm elecric sgt weak.Doakan saya ya..

July 6, 2010

Makbul syeikh...

Engine On Fire
Pernah saya berpraktikal dgn seorang instructor berbangsa cina.Dia bawa saya dan 3 org sahabat ke dlm cockpit pesawat F27(sempit giler),menerangkan pasal engine fire extinguisher.Dia ni mmg English spoken,jd saya pun kena tulis dlm b.inggeris gak la perbualan kitorang.

‘If the port engine is on fire,then the pilot will have to discharge the 1st bottle of fire extinguisher .But then,the aircraft have to fly with one engine malfunction.’

‘Sir,what if the fire appear again?’

‘Then u have to discharge the 2nd bottle.But this is nearly impossible to happen if u maintain the aircraft properly.

‘Let say,if both the fire extinguisher bottle is empty.But suddently,the other engine in starboard side catch fire.Then,what we must do?”

‘Then pray to your god lah…see if He can answer ur call.Like what muslim says..aa..alhamdulillah..”

Ok...sy nak cerita pasal doa.Kaedah berdoa dan salah faham kita tentang cara berdoa.Benda yg biasa..saya pun buat cmtu gak!Mmg ada ustaz-ustaz yg ajar,kalau nak berjaya kita kena usaha dulu,doa dan tawakkal.kan?Turutannya usaha->doa->;tawakkal.Saya nak tulis pandangan saya yg dhaif ni.Cuma satu pandangan picisan.Kalau anda tak setuju atau menolak,saya tak kisah pun sbb ia benda kecil saja.

Antara Sabar Dan Solat
Kita boleh lihat pd 2 tempat dlm Quran,dlm surah yg sama.Dlm surah al-Baqarah ayt 45 dan ayt 153-"Dan mohonlah pertolongan kpd Allah dgn sabar dan solat".Allah dahulukan perkataan sabar.Sabar ialah peranan spiritual,bukan fizikal kita.Org yg sabar(tahan marah) diiktiraf oleh Rasulallah sbgai org yg kuat-(hadis bukhari-muslim).Solat pula antara lainnya adalah 1 bentuk doa juga kerana tasbih dan bacaan dlm solat ada doa.

Salah Faham
Aapa yg kita salah faham skrg ialah kita telah meletakkan doa dibelakang usaha.Ok,tak dinafikan mmg ada 1 hadis riwayat al-hakim Nabi kata,’Ikatlah tali unta,kemudian bertawakkal lah’.Ikat tali unta tu usaha.Lepas usaha,tawakkal.betul..Tapi ada juga satu hadis sahih drpd Ibnu Abbas;’Apabila kamu memohon,mohonlah kpd Allah’-riwayat Ibnu Majjah.Hadis ini menjelaskan,kita perlu minta tolong kpd Allah!!

Bagi saya,setiap musibah yg melanda kita dtg sebagai ujian drpdNya.Allah mahu menguji keyakinan kita,kpd siapakah kita akn rujuk fist-first skali.Allah mahu melihat,adakah kita mengetuk pintu pertolongan Allah,atau kita mengetuk pintu pertolongan manusia.Jika pun kita memohon kpd manusia,hakikat sbnrnya Allah gak yg tlg..melalui tangan manusia.Bantuan Allah boleh dtg dlm apa-apa bentuk bukan stakat manusia,bahkan haiwan atau boleh jd benda-benda lain.

Muhasabah Diri
siapa yg terlebih dahulu kita cari?Allah atau manusia.Kebanyakan org punya fahaman termasuk saya,kita ni cari Allah hanya slps semua usaha kita dah gagal,bila dah buntu dan bila dah give up!Faham tak cmne?contoh la..org yg sakit masuk hospital,makan ubat bertan-tan.Minum air zam-zam bertangki-tangki tapi sakit tak sembuh.Lepas tu pergi jumpa bomoh pula.Kalau silap bomoh,kena santau.Akhir sekali,bila sudah semua tak berkesan,barulah..’Tuan imam,tlg conduct solat hajat utk si polan.Dia ni sakit lamaa dah..tak mati-mati lg..eh,silap..tak sembuh-sembuh lagi”..

Silap kita,kita tak ikut cara sahabat nabi.Sedangkan imam Malik sendiri kata,’penyakit umat skrg takkan sembuh selagi tak ikut cara umat terdahulu’.Apa sahabat Rasulallah buat bila mereka dlm problem.Solat bro!Solat sunat je!

’Oi..gila ke?Aku kebulur dari smlm tak makan,kau suruh aku pergi solat pula’..

’Hotak kau.Aku hilang kereta!Aku kena cari la.Apa kena mengena dgn kena solat pulak?Bukannya kereta mainan anak yg hilang tu!!”

…mungkin itu yg kita fikir bila org kata anjurkan utk kita buat solat hajat,buat baca Yassin dan doa banyak-banyak.Org yg tak kena boleh la cakap…cuba bila dah kena musibah,mesti akn kelam kabut hingga lupa berdoa!

Saya pun selalu tengok org gantung ayat 1000 dinar kat dinding(kenapa dipanggil 1000 dinar ek?).Tapi bila ditanya mengapa gantung?entah!hiasan..entah!ada tuah kot.. Yang sebenarnya,kita kena ambil pengajaran drpd ayat tu(surah at-Talaq ayt 2 dan 3).Pengajaran dia ialah kesan taqwa!Sesiapa yg bertaqwa,Allah akan beri pertolongan dan bantuan drpd sumber-sumber yg kita tak disangka-sangka! Tapi masalahnya,kita belum bertaqwa.Kalau kita dah bertaqwa,tak payah kita nak risau.

Suatu Cerita
Satu hari rumah Saidina Ali kehabisan bekalan makanan.Lalu dia berwuduk,pergi masjid dan solat sunnat.Balik-balik dia tengok makanan masih takde.Lalu dia pergi masjid lg,perbaiki wuduk.Mungkin wuduk dia ada spoil sikit td,solat pun dia perbaiki,pastu dia balik tengok makanan masih takde hinggalah beberapa kali dia perbaikkan wuduk dan solatnya.Akhirnya dia balik dia lihat mesin pengisar gandum dia berpusing tanpa ada org yg kawal lalu menggeluarkan gandum utk dimakan.Disebabkan lama sgt,dia pun angkat.Peristiwa ni diceritakan kpd Rasulallah.Baginda kata,’Jika kau tak angkat mesin pengisar tu,nescaya ia akn ttp berpusing hingga kiamat’.

Pengajaran
Kita kena lazimkan berdoa!Berharap hanya kpd Allah..Ada hadis dlm matan 40-‘Ingatlah Allah ketika senang,nescaya Allah akan ingat kita ketika kita susah’-rwyat Abu al-Qasim bin Busyran drpd Abu Hurairah.Kita ni silap sbb kita slalu berdoa bila kita dlm kesusahan shj.Masa senang?usahkan nak doa,nak aminkan doa org lain pun malas.Mungkin kita tak tahu yg berdoa tu adlah 1 perintah Allah!Rujuk surah al-Baqarah lagi ayt 186 dan surah Ghafir ayt 4.Allah menyuruh kita berdoa dan Dia akn memakbulkan doa-doa kita.

Mungkin kita tak sensitive dan anggap benda ni keanak-anakan dan ketadika-tadikaian(mcm tak wujud je perkataan ni) iaitu tentang doa-doa yg Nabi ajar kpd kita atau lbh dikenali sbgai doa-doa masnun.Seperti doa masuk tandas,doa sblm & slps makan(kalau makan semua org tahu!),doa masuk &  keluar masjid(tak hafal sbb tak pernah gi massjid),doa berjimak dgn isteri(dah kena mula hafal dari skrg ni),doa pengantin baru dll.Doa-doa mcm ni mmg diajar masa kita kecik,dan masa kecik aje kita hafal dan amalkan.Dah besar?rasa malu nak berdoa.Kan?(wah!Iqbal tulis mcm la dia ada amalkan..heee)

Mengapa penting doa-doa cmtu?
Antaranya ialah supaya kita sentiasa rasa ‘qriib’ iaitu rasa dekaattt sgggtt dgn Allah dan rasa diperhati dan diawasi(muraqobah).Rujukan bg qarib ialah surah Qaaf ayt 16 dan rasa muraqobah pd surah Ghafir ayt 19.Selain tu,doa sbgai cara utk menarik bantuan Allah.Contoh; Nabi ajar doa sblm naik kenderaan. Antara tujuannya ialah utk memohon keselamatan perjalanan.Bukannya bila dah eksiden,tgh sakit dlm ambulan baru kita nak baca.”Ya Allah,Janganlah ambulan ni eksiden lg”..Doa-doa kita ni kdgkala Allah jadikan penyebab sesuatu bencana itu dijauhkan kpd kita!Tak percaya?

Bismillah
Mengapa kita diajar dan dituntut utk membiasa dan membudayakan membaca bismillah sblm buat sesuatu benda?kerana itu 1 bentuk doa juga.Kita mintak rahmat dan berkat drpd Allah.Sy nak kongsi pengalaman saya dgn kwn-kwn.Aircond kelas kami ada masalah sikit.Kwn-kwn sy dah cuba nak switch on,tp tak on jugak!diorang geram,saya pun try la.Saya baca bismillah,first attempt aja, aircond tu bangun dari tidur.Mungkin kerana berkat bismillah.Jelas,sblm berusaha,kita kena mintak kpd Allah dahulu bukannya dah siap semua baru nak mintak keberkatan Allah.

Air Penerang Hati
Saya tertarik dlm sebuah ceramah ustaz tanpa nama(sy lupa nama dia),dia mengkritik ibubapa yg asyik duk mintak air jampi atau air penerang hati utk anak-anak exam.Katanya,seharusnya kalau tahun ni anak SPM,dari awal tahun lg kita mak bapak kena doa supaya anak belajar.Doakan supaya anak rajin nak ulang kaji.Bila dah pertengahan tahun,mak bapak kena doakan supaya anak-anak boleh ingat apa yg dia belajar.Dekat nak exam,mak bapak kena doa pula supaya anak-anak diberi ketenangan,kesihatan dan keupayaan utk recall balik apa yg dia dah belajar.

Bukannya dah dekat exam baru nak panggil ahli kariyah surau buat majlis solat hajat dan baca yassin utk anak-anak.Kalau dah memang anak tak belajar,doa depan kaabah pun dia tak boleh jwb punya sbb mmg anak dia tak tahu jwpan,bukannya lupa!(sy edit sikit kata-kata ustaz-tanpa-nama tu)

Kesimpulan
saya menyeru supaya kita sama-sama memperbaiki hubungan kita dgn Allah.Jadikan Allah sbgai kuasa yg utama utk minta pertolongan.Jgn kita menjadi org yg hanya ingat kpd Allah did lm kesusahan,tapi lupakanNya bila dlm kesenangan.Boleh tak?(jwb la boleh,kalau x,sy merajuk).Kita cuba sama-sama dan pasang niat.Kita bukan org yg cari Allah bila dlm susah saja…tp itu mmg lebih baik drpd org yg lupa Allah terus.Wallahua’lam.

P/s-
  • Tahniah kpd sesiapa yg dapat baca sampai habis
  • Khamis saya exam.Jgn lupa doakan saya
  • Belajar electronic mmg memeningkan kepala
  • Sedang homesick ='(

July 1, 2010

Nilai cinta remaja

Cinta itu sgt rumit.Bila org tanya saya pasal cinta,saya terasa mcm nak menulis essay 4 muka surat,utk menerangkan maksud cinta dari kacamata saya,tp sy sedar yg artikel panjang2 org tak suka,jadi saya ringkaskan.InsyaAllah.

Oh!Cinta
Bercakap soal cinta,suka saya gunakan Al-Quran sbgai hujjah.Cinta itu fitrah sebagaimana yg Allah sebut dlm ayat 14 surah Ali-Imran; "dijadikan indah kecintaan kpd perempuan-perempuan,anak-anak dan harta benda".Kita selalu kaitkan cinta dgn couple.Ya betul! Couple itu zina hati,tapi bercinta pula bagaimana?

Setakat ni,dah banyak soalan berkaitan cinta dan kapel diajukan kpd saya.Jawapan saya mudah.Cinta ialah 1 anugerah drpd Allah,kerana kita sendiri berasal drpd cinta,tapi bezanya ialah adakah cinta itu cinta yg mengikut syariat atau cinta yg mengikut syahwat?

Manusia perlukan pasangan.Buktinya ialah Nabi Adam a.s sendiri,tinggal di syurga dan memiliki segala-galanya tapi tetap terasa sunyi tanpa teman.Allah jadikan Hawa utknya.Dlm surah Ar-Rum ayat 21,Allah sebut apa yg kita akn dapat drpd berpasangan-"..Dia menciptakan untuk kamu,pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri,supaya kamu berasa tenang dan hidup mesra dengannya".. Ayat ini direct dan saya rasa pembaca boleh faham.Fitrah manusia,mahu ber couple dan mempunyai pasangan.Dan kesan drpd couple ini,akan mendapat ketenangan dan kemesraan.Betul?

Jadi,bagaimana dgn couple tanpa cop halal?maksud saya,couple sblm kahwin?part ni yg saya tak berapa suka nak cakap,sbb saya tahu ramai akan terasa tp maaf,saya terpaksa belaku jujur.

Pendapat saya
"Kebenaran itu membawa ketenangan sedang dusta itu membawa keraguan."-HR Tirmizi.Orang yg bercouple,banyak tenang ke banyak ragu-ragu?Seorang awek akn  ragu-ragu kpd boyfriend nya,apa jaminan yg boifren aku takkan tackle perempuan lain mcm dia tackle aku dulu?Boyfren pula akan turut meragui awekknya,adakah awek aku akan setia atau cair kpd org lain mcm masa dia cair kat aku dulu?

Ketenangan?huh...jauh sekali! Sikit-sikit nak kena cover!Cover drpd parents,kawan-kawan,cikgu dll.Tenang?mana boleh tenang bila duit selalu habis kerana keluar dating.Mesra?mmg la awal-awal pijak semut pun tak mati.Tapi lama-lama,mesti akan jeles,bersangka buruk dan gaduh.Boleh ke maintain mesra?.Jelas! Ini bukti yg saya ambil drpd Al-Quran dan disokong oleh hadis,bahawa couple sebelum kahwin tak membawa kpd matlamat asal Allah menjadikan pasangan iaitu mendapatkan ketenangan dan ini menunjukkan kapel sblm kahwin tak betul.

Jodoh tak datang bergolek
Memanglah jodoh tak dtg bergolek! Rezeki pun kena cari,apatah lagi jodoh.Dalam bercakap soal jodoh,saya suka mengambil contoh sifat manusia iaitu lapar.Kenapa kita makan?sbb kita lapar.Kalau kita tak lapar tapi kita makan.Apa jadi?kita akn merosakkan badan kita!Kita boleh kena diabetis, overweight, sakit perut,dan penyakit-penyakit lain. Sama mcm berpasangan(couple).Kalau belum tiba masanya tapi kita dah couple,bukan kebaikan yg kita akn dapat,tapi kemudharatan! Bagi saya,kalau dlm tempoh terdekat,tiada kemungkinan bg kita utk berkahwin,jgnlah couple.It's not the time yet..

"Nanti saya dah kerja,saya sibuk.Takde masa nak cari pasangan hidup.Tu pasal saya cari sekarang"

Ha!...sbb tu perlunya guna khidmat orang tengah! Lebih selamat,mudah,diberkati dan InsyaAllah ikut sunnah.

Jemu
Org kata; couple slps kahwin lebih baik.Kita argue balik,'Mcmane nak kahwin kalau tak kenal?'..Apa maksud kenal?adakah dgn keluar makan-makan,berbalas SMS dan dating tengok wayang?.Kalau mcm tu,nampak sgt kita tak serius!Org yg serius memandang couple sebagai ibadah.Lalu dia akan menyegerakan perkahwinan.Sebaliknya,org yg tak serius,tiada matlamat.Mereka takkan memikirkan soal ibadah(perkahwinan). Maka,bila dah jemu dgn anda,dia takkan think twice to find another person.Berbeza dgn cinta slps kahwin yg dihiasi dgn tanggungjwb dan amanah.Bila kita sudah terlalu 'mengenali' pasangan sblm kahwin,maka slps kahwin pasti kita akan cepat jemu kerana semua benda pernah dibualkan,dikongsikan..dan pernah dilakukan sblm kahwin.Cerai?mungkin...

Kesimpulan
Islam tak ajar kita berlagak mcm org buta masa berurusan dgn perempuan yg bukan mahram.Juga tak suruh kita berlagak bisu semasa berusan dgn lelaki ajnabi.Islam agama yg sgt berdisiplin dan salah satu disiplin islam ialah disiplin hubungan antara lelaki dgn perempuan.Tak salah berkawan!cuma silalah ikut garis panduan itu.

p/s-Ini cuma pandangan peribadi saya yg bujang dan sudah 8 tahun tak sekelas dgn perempuan.Maksudnya,saya tak mengenali sgt makhluk bernama perempuan.Pendapat saya boleh jd betul dan boleh jd salah.Jd saya perlukan komen anda.Sila ambil apa yg baik dan tinggalkan yg buruk.Terima kasih kerana setia sudi berehat di pondok cinta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails