June 30, 2011

Kaburkah matamu?

(sambungan)
Yang sebenarnya, terdapat banyak sebab dan punca yang membawa manusia kepada neraka. Dan dalam yang banyak-banyak itu, kita dapat mengklasifikasi dan pecahkan kepada dua kumpulan atau dua induk yang utama. 

Yang pertama, kerana kita terlalu mengikuti hawa nafsu kita dan yang kedua, kerana kejahilan kita.

Sesungguhnya, jika seseorang itu mampu untuk melawan atau mengusai hawa nafsu serta meroboh tembok kejahilan, maka dengan sendirinya hijab atau penghalang bagi dirinya untuk mencintai Allah akan terbuka. Seluas-luasanya. Maha Suci Allah.

Kita lihat punca yang pertama dan utama tadi, iaitu hawa nafsu. Nafsu yang diciptakan oleh Allah ini punya sejarah yang sangat unik. Ada dialog yang pernah berlaku, sebagaimana yang diriwayatkan dalam kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi- selepas Allah menciptakan akal, Allah perintahkan akal untuk datang mengadap. Lalu ditanyakan kepada akal, “Siapa kau dan siapa Aku?”. Lalu dijawab oleh akal tadi, “Kau ialah Tuhan dan aku ialah hamba-Mu”. Kemudian, Allah memanggil pula nafsu. Ditanyakan kepada nafsu soalan yang sama yang ditanyakan kepada akal sebentar tadi. “Siapa kau dan siapa Aku?”. Dengan sombongnya nafsu menjawab, “Kau ialah kau dan aku ialah aku”. Allah jadi murka dan Dia siksa nafsu ke dalam neraka untuk satu tempoh masa yang panjang. Kemudian Dia memerintahkan malaikat untuk mengadapkan nafsu kepada-Nya, dan diajukan kembali, “Siapa kau dan siapa Aku?”. Masih berkeras, nafsu menjawab, “Kau ialah Engkau dan aku ialah aku!”. Sekali lagi dia dimasukkan dalam neraka utuk satu tempoh masa yang panjang. Dan sesudah itu, Allah sekali lagi memanggil nafsu dan bertanya soalan tadi. Walaupun sudah diazab dalam neraka, nafsu masih lagi bongkak dan memberi jawapan yang sama seperti. Lalu, kali ini Allah memasukkan nafsu ke dalam neraka sejuk. Dibiarkan nafsu kelaparan untuk tempoh masa yang panjang lagi. Selesai, lalu Allah bertanya kepada nafsu yang sudah tidak lagi bermaya itu. “Siapa kau dan siapa aku?” Kali ini, nafsu yang sudah lesu itu menjawab, “Kau ialah Tuhan dan aku ialah hamba”

Kisah ini menunjukkan betapa nafsu yang Allah selitkan dalam diri kita ini adalah tersangat degil. Oleh kerana Allah Maha Mengetahui akan sifat makhluk ciptaan-Nya, maka Allah telah ciptakan akal untuk menjadi pembimbing dan pengawal kepada nafsu itu tadi. Maka, wajarlah jika saya umpamakan nafsu itu sebagai kuda perang yang liar dan gagah. Jika tidak ia dikawal oleh Jeneral yang soleh, maka kuda perang itu akan digunakan untuk membunuh rakyat marhaen yang tidak berdosa. Tetapi jika Jeneral yang mengawal kuda perang itu ialah hamba Allah yang soleh, maka pasti ia akan digunakan untuk menegakkan kebaikan.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan manusia menjadi tewas dan tunduk kepada nafsu jahat mereka. Tetapi sebelum itu, saya hendak menekankan bahawa hawa nafsu bukanlah ‘jahat’ tetapi yang jahat itu ialah nafsu yang tidak dikawal atau dididik. Ini adalah penting kerana saya tidak mahu timbul dalam hati kita perasaan mempersalahkan ciptaan Allah, kerana yang sebenarnya, kesalahan itu adalah terpikul pada pundak kita- “Mengapa tidak mahu mendidik nafsu?”

Bukankah ulama telah meletakkan tahapan nafsu kepada 3 jenis, walaupun ada yang mengelaskan kepada 5, bahkan ada juga 7. Bagi ulama yang berpendapat bahawa tahap-tahap nafsu ada 3, mereka mengatakan bahawa nafsu-nafsu itu adalah seperti nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah.

Secara ringkasnya, nafsu amarah ini adalah golongan nafsu yang paling jelek, paling hina, paling rendah dan juga paling terbawah. Ini adalah kerana manusia sebegini sememangnya telah dikawal penuh oleh nafsu. Tindak-tanduknya hanyalah semata-mata kerana keinginan. Dirinya lupa terus kepada halal dan haram, dosa-pahala dan juga syurga-neraka. Orang-orang seperti ini ibarat haiwan, walaupun dia mungkin seorang yang beragama islam pada kad pengenalannya.

Golongan kedua yang bernafsu lawwamah ialah golongan yang ‘kadangkala menang, kadangkala kalah’. Mereka ialah golongan yang sering berperang. Adakalanya apa yang dibisikkan oleh nafsu itu dapat dia sanggah namun ada kalanya, mereka tersungkur juga dengan ajakan nafsu tadi. Lalu, disatu masa, dia akan berasa bersalah dan mulai mencela dirinya diatas perbuatannya yang salah itu. Bagi saya, majoriti kita memiliki nafsu tahap ini. Kita sentiasa berperang. Berperang dengan diri sendiri. Namun yang pasti, orang yang memiliki nafsu tahap ini adalah berganda lebih baik daripada golongan awal tadi, yang mana diri mereka langsung tidak berkeinginan kepada rahmat Allah. Setidak-tidaknya, jika kita banyak beristighfar dan memohon ampun, maka Allah Maha Menerima Taubat. Bukankah begitu?

Nafsu yang paling tinggi darjatnya ialah nafsu mutmainnah. Orang yang memiliki nafsu begini, akan menikmati hidupnya dengan jalan yang Allah redhai. Dirinya tidak sesekali berkeinginan untuk melakukan maksiat atau keingkaran kerana hati mereka telah dipenuhi oleh cinta kepada Allah. Apa-apa saja yang Allah suka, maka diri mereka tidak punya masalah untuk penuhi dengan penuh ikhlas, redha dan cinta. Golongan yang memiliki nafsu semacam ini adalah sangat istimewa. Merekalah insan-insan terpilih yang dikurnikan rahmat daripada kalangan para anbia. Masya-Allah!

Punca pertama yang menyebabkan manusia itu mudah dikawal oleh nafsu, seterusnya disesatkannya ialah kerana banyak bermaksiat. Maksiat, dalam bahasa mudah bererti setiap satu-satu perkara yang dilakukan, yang melanggar tegahan-Nya dan melacurkan perintah-Nya. Tiap-tiap kali kita melanggar tegahan dan mengingkari suruhan-Nya, maka kita akan dikira sedang bermaksiat dan dibebankan dengan dosa. Lebih menakutkan, segala perbuatan maksiat kita tadi akan menutupkan hati-hati kita. Dalam sebuah hadis, diceritakan betapa setiap kali kita berbuat satu maksiat (dosa), maka akan timbul satu tompok hitam pada hati kita. Jika kita bertaubat, maka tompok itu akan hilang. Demikianlah jika satu per satu dosa kita perbuat, maka sedikit demi sedikit, hati yang jernih bertukar kelam dan kelibut, seterusnya menghalang cahaya iman daripada menerosok amal perbuatan kita.

Firman Allah dalam ayat 14, Surah al-Mutaffifin: “Sesekali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itulah yang telah menutup hati mereka!”

Di tempat yang lain, sebagaimana dalam surah Al-Jasiyah ayat 23, Allah berfirman : “Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan lalu Allah memberikannya sesat menurut pengetahuan-Nya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya, serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka, siapakah yang mampu untuk memberikannya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

Menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan dapat kita fahami dengan maksud ‘mengikuti telunjuk nafsu’. Saya kira orang sebegini adalah di kasta yang paling malang kerana Allah sendiri tidak mengkehendaki kebaikan kepadanya lantas dibiarkan orang itu sesat. Bukan sedikit manusia yang menolak kebenaran walaupun telah diketahui bahawa dirinya telah sesat. Bukan sedikit manusia yang berbangga dengan maksiat, walaupun telah diceritakan kepadanya bahawa perbuatannya itu ialah dosa. Bahkan, bukan sedikit manusia yang terang-terang melakukan maksiat, tanpa rasa malu dan segan walaupun seluruh rakyat jelata mengejek dan membenci, tetapi kerana hatinya telah terkubur daripada rasa insaf dan ihsan, maka segala nasihat orang alim dipinggirkan. Berdoalah agar diri kita, keturunan kita, jiran tetangga kita, dan pemimpin negara kita tidak menjadi golongan seperti ini. Golongan yang Allah sendiri kunci hati mereka. Nauzubillah.

Faktor kedua yang membawa manusia kepada mempertuhankan nafsu ialah kerana sifat sombong yang mencambah dan mekar dalam diri. Pekerti yang jelek dan sifat yang keji ini adalah sifat yang sangat-sangat dibenci oleh Allah.

Dari al-Aghar dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id, Rasulullah S.A.W bersabda: “Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang mahu merampas salah satu atau kedua-duanya daripada-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]

Astaghfirullah… tengok... Betapa Allah membenci dua sifat ini. Sifat sombong dan takabbur ini sangat merbahaya. Kerananya, betapa ramai manusia yang telah mengangkat dirinya menjadi Tuhan. Kita boleh lihat bagaimana Firaun yang memiliki sifat sombong, telahpun mengangkat dirinya menjadi Tuhan. Dia memiliki batalion tentera yang sangat ramai. Dia memiliki takhta yang besar. Dia memiliki tampuk pemerintahan yang kukuh. Dia memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah. Dengan pemberian Allah itulah dia bertindak kufur. Dia sombong kepada nabi Musa a.s dan saudaranya, Nabi Harun a.s disaat utusan Allah itu datang menyampaikan peringatan oleh Allah.

“Dan sesungguhnya Kami telah menujukkan kepada Firaun tanda-tanda kebesaran kami kesemuanya (berupa mukjizat Nabi Musa). Ternyata dia berdusta dan enggan menerima kebenaran”- Taha ayat 56.

Apabila manusia memiliki sifat sombong dan megah, maka dia tidak akan hendak atau berkeinginan untuk menerima nasihat daripada orang lain. Walaupun dia tahu bahawa dia berada di pihak yang salah, tetapi kerana sifat sombong yang menyelimuti diri, dia bertindak untuk ‘menegakkan benang yang basah’. Berbagai alasan dikemukakan olehnya. Kita sendiri boleh lihat, apabila kita menasihati seseorang dengan lemah lembut, 

“Dik… orang perempuan punya aurat ialah semua, kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja…”
Lalu, kita akan mendengar, “None of your businees!”

Atau, “Kubur lain-lain! Kau sibuk apahal!”

Atau mungkin juga, “Biarlah. Yang penting hati aku baik”

Tetapi jarang kita dengar, “Saya tahu saya salah. InsyaAllah saya akan pakai tudung nanti”

Ada banyak beza antara ketiga-tiga contoh jawapan dengan contoh jawapan keempat itu. Ramai mana sangatlah manusia yang sanggup untuk merendahkan ego, lalu mengakui kesalahan diri? Sedangkan mengakui kesalahan diri sendiri itu ialah langkah pertama yang membawa kepada rasa insaf untuk berputik. Walaupun mungkin orang itu tidaklah berubah lagi, namun setidak-tidaknya dia sudah menanam azam untuk berubah. Maka, sudahpun ada sinar-sinar pengembalian kepada Allah, menuju syurga yang kekal.

Maka, perkara pertama yang akan saya nasihati manusia yang mahu berubah ialah untuk kita mengakui kesalahan kita. Sukar! Bahkan terlalu sukar! Kerana diri kita sering melihat kepada siapa yang menegur. Jika si penegur atau penasihat itu ialah dari kalangan orang yang bagi kita, lebih hina atau lebih lemah dari kita, maka kita akan cenderung untuk menolak walaupun ia sebuah hakikat. Maka, ibubapa ialah golongan yang paling layak untuk menegur anak-anak, tetapi sayangnya, ibubapa zaman ini adalah lebih perlu untuk diberikan nasihat pula. Tidakkah itu aneh?

Cuba kita letak diri kita dalam situasi dimana seorang kanak-kanak melihat kita membuang sampah merata-rata. “Abang… tak boleh buang sampah merata-rata. Tong sampah ada dekat situ”, sambil jari telunjuknya menunjuk kearah tong sampah, tidak jauh daripadanya.

Kita mungkin senyum, mungkin berlagak selamba, atau mungkin menyiga kepada kanak-kanak itu. Berapa ramai yang akan tunduk, mengutip sampah itu dan membuangnya kedalam tong sampah tadi? Dan daripada itu, berapa ramai pula yang akan mengucapkan terima kasih? Tetapi, berapa ramai pulakah yang akan mengherdik kanak-kanak itu? Atau paling tidakpun, bertindak seperti tidak mendengar nasihat kanak-kanak itu.

Inilah dia sombong. Kita sombong dengan segala makhluk Allah sedangkan Allah telah datangkan kanak-kanak itu untuk membetulkan diri kita. Sama halnya apabila ada sahabat atau saudara kita yang menegur kesalahan kita. Kita dengan terburu-burunya akan menuduh tukang tegur itu sebagai ‘penyibuk’, ‘outsider’, ‘bajet bagus’ dan macam-macam gelaran yang buruk. Sedangkan Allah datangkan mereka kepada kita untuk memperbetulkan kesilapan kita. Bukankah itu tanda Allah kasihkan kita? Gamak kah kita untuk melayan kasih-sayang yang Allah tunjukkan dengan kata-kata kesat dan caci maki?

Jika kita pernah melayan ‘kasih sayang’ Allah dengan carut-marut kita, maka beristighfarlah sekarang. Moga-moga Allah tidak jemu untuk menunjukkan kasih-Nya lagi, dan Dia sememangnya Maha Suci daripada sifat jemu.

Seterusnya, seseorang itu juga akan tercampak kearah nafsu durjana kerana memiliki sifat suka berdusta. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 10, “Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
Berdusta itu boleh difahami dengan membuat cerita-cerita tanpa sokongan atau dalil yang kukuh. Perbuatan membuat berita palsu, bahkan menyebar-nyebar suatu informasi yang salah ini akan membuatkan si pembuat berita palsu itu semakin jauh daripada kebenaran. Di saat itu, dirinya akan menjadi keliru sendiri, sehingga apa yang haq dikatakan batil dan yang batil dirasakannya sebagai haq pula.

Saidina Ali pernah meriwayatkan, “Demi Allah! Jika sekiranya aku jatuh dari langit pun, itu adalah lebih baik bagiku daripada aku berdusta dengan nama Allah”.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, “Sesiapa yang berdusta dengan namaku (iaitu Rasululullah S.A.W ), maka hendaklah dia bersiap-siap untuk ke neraka”.

Perbuatan dusta seumpama ini adalah perbuatan orang-orang kristian, melalui perbuatan rahib-rahib dan paderi-paderi mereka. Allah telah mencela perbuatan para pengikut dan para rahib yang menyeleweng, yang melakukan dusta dengan firman-Nya dalam surah At-taubah ayat 31: “Mereka menjadikan orang alim (Yahudi) dan rahib-rahibnya, (Nasrani) sebagai Tuhan selain Allah, dan juga al-Masih putera Maryam, padahal mereka disuruh untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada tuhan selain-Nya. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

Kita boleh melihat kepada ayat sebelumnya, (at-taubah ayat 30) sekiranya kita mahu mengetahui bagaimana mereka telah melakukan dusta yang pada akhirnya, pendustaan mereka menyebabkan hati mereka merasa puas bergelumang dengan kesesatan yang mereka buat. Tidak lain dan tidak bukan, orang yang berdusta ini hanyalah melakukan dusta untuk mendapat habuan dan kepuasan di dunia, dan tanpa ternafi, di akhirat nanti mereka akan binasa. Pasti!

“Dan orang-orang Yahudi berkata, ‘Uzair itu putera Allah’ manakala orang-orang Nasrani pula berkata, ‘Al-Masih putera Allah’. Itulah ucapan-ucapan yang keluar dari mulut mereka. Mereka meniru ucapan-ucapan orang kafir yang terdahulu. Allah melaknat mereka! Bagaimana mereka sampai berpaling?”- At Taubah ayat 30.

Selain itu, dusta juga ialah sifat orang munafik. Kita akan berbicara tentang munafik dalam tajuk yang lain, tetapi sebelum itu, kita perlu melihat kepada bagaimana dusta itu menjadi asam garam dan perisai pada golongan yang dijanjikan neraka paling kebawah sekali ini. Orang munafik menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai. Dalam istilah orang melayu, ia dipanggil sumpah laknat tetapi saya memanggilnya sebagai sumpah palsu, kerana perbuatannya mirip benar dengan sumpah palsu orang munafik. Firman Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 2 :”Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai lalu mereka menghalang-halangi manusia dari jalan Allah. Sungguh, betapa buruknya apa-apa yang telah mereka kerjakan itu”

Pepatah melayu juga ada menyebutkan, “Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri”. Ternyata orang-orang tua sangat kretif dan kritis. Bahasa mereka indah, dan punya maksud serta pengajaran yang tersirat bahkan sangat indah juga.

Sememangnya dusta itu rupa-rupanya ialah satu jalan awal yang membawa kepada kerosakan diri. Kerana menyedari betapa berdusta itu membawa manusia kepada dosa yang melarat dan berjela-jela, serta kunci yang awal kepada binasa, saya menyeru kalian supaya meninggalkan dan menjauhi sifat berdusta ini. Ada yang keliru dengan kewujudan istilah ‘tipu sunat’. Konon-kononnya kita menipu untuk kebaikan orang, sedangkan ia sama sekali bukan ajaran islam. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud, hanya dalam 3 situasi sahaja berbohong itu dibenarkan iaitu untuk memulihkan hubungan dua orang saudara yang berkelahi, untuk mengorek strategi perang pihak musuh dan akhir, untuk menjernihkan hubungan suami isteri.

Jika diri tersepit, maka bertindak jujurlah dan jadilah kretif. Jangan berbohong, tetapi gunakanlah strategi yang dinamakan “double-meaning”. Sebagaimana Rasulullah S.A.W pernah bergurau dengan seorang wanita tua. Baginda berkata kepada wanita itu, “Sesungguhnya syurga itu tidak akan dapat dimasuki oleh orang tua”. Lalu, wanita tua itu menangis hiba. Rasulullah pun senyum lalu menerangkan bahawa memang ahli syurga itu semuanya sebaya, tidak tua dan sentiasa muda.

Dan punca yang terakhir yang membawa kepada nafsu yang menggila ialah zalim. Zalim diertikan oleh syarak sebagai meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.  Allah telah berfirman dalam surah As-Sajadah ayat 22, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhan nya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberi balasan (azab) kepada orang-orang yang berdosa”

Itu baru zalim dalam menerima peringatan. Ada manusia zalim dalam menerima nikmat. Zalim juga boleh diertikan dengan membuat aniaya, sama ada kepada dirinya sendiri atau juga kepada orang lain. Contohnya, dalam ayat 42 daripada surah asy-Syu’ra, “Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa mengendahkan kebenaran. Mereka itu mendapat azab yang pedih”.

Kezaliman seringkali dikaitkan dengan orang yang berkuasa atau orang yang memengang jawatan atau tampuk pemerintahan semata-mata, sedangkan yang sebenarnya, zalim itu boleh berlaku kepada semua orang. Kita juga tidak lari daripada menganiaya makhluk lain, seperti haiwan. Saya ambil contoh seperti itu kerana ia lebih dekat dengan kita. Sekiranya kita menzalimi bintang (contoh: pukul), maka kita merasakan betapa diri kita megah saat itu. Kita merasa besar, merasa gagah, merasa hebat kerana ada makhluk Allah yang lebih hina dan lebih lemah daripada kita. Maka, dengan sendirinya, rasa sombong berputik, dan rasa seronok berbuat kerosakan mulai bercambah, seterusnya menjadikan nafsu itu sebagai matlamat dan pendorong hidup.

Secara simpul, segala punca yang mendorong nafsu untuk bertindak liar dan menguasai diri kita ialah berkisar pada keseronokan. Disaat kita sukakan maksiat, cintakan kemegahan, serta seronok dengan kesusahan orang lain, maka hati kita akan menjadi gelap hingga bisikan iman yang dipacu oleh akal yang hening tidak lai diendahkan.

Jadi, bagaimana harus kita mengelakkan diri daripada tergelincir daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu?

Sudah pastilah jawapannya ialah dengan menjauhi maksiat, memadamkan bahang kesombongan, meninggalkan pendustaan, dan menjauhi kezaliman. Namun, kesemua itu hanya dapat menjadi realiti dengan satu perkataan yang mengandungi 9 huruf rumi.

M-U-J-A-H-A-D-A-H.

Bermujahadah, dalam erti kata yang lain, kita menanam sepenuh-penuh keazaman yang jitu untuk mencapai redha Allah. Ia adalah suatu kesungguhan yang tiada tolok banding, yang mana kekuatan itu kita sandarkan terus kepada Allah. Dengan penuh rasa kehambaan dan pengharapan, kita memohon agar Allah menyalurkan kekuatan kepada kita untuk menjauhi dan meninggalkan apa-apa yang Allah tidak suka, walaupun nafsu kita berkehendak akan perkara itu.

Mujahadah ini ialah satu ibadah. Allah memandang usaha kita, tidak kepada hasil. Ini adalah kerana ‘memberi hasil’ ialah perbuatan Allah sedangkan perbuatan manusia ialah ‘berusaha’. Dalam konteks ini, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dosa, dan Allah akan menilai tahap kesungguhan kita dan akan memberi kejayaan atau sebaliknya, masing-masing sebagai nikmat dan ujian.

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik”- Surah al-Ankabut ayat 69.

Mujahadah ialah tugas kita. Mujahadah ialah tanggungjawab kita. Mujahadah ialah peperangan kita! Jika benar kita bersungguh, maka tanamkan azam. Betulkan niat, perhalusi niat. InsyaAllah… jika benar-benar kita telah berusaha, Allah pasti akan menangkan kita kerana janji-Nya dalam surah Ar-Ra’du ayat 13, “…Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri…”
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. InsyaAllah.

*petikan daripada DaBOM*
        

June 24, 2011

Taubat.


“Taubat ialah salah satu daripada seruan dan perintah Allah, ditujukan khas kepada manusia-manusia yang telah melakukan dosa .Imam Nawawi pernah menyebut, ‘taubat ialah sebuah kewajipan bagi setiap dosa’. Ada beberapa syarat taubat yang utama. Pertama, orang yang bertaubat mesti ikhlas. Kedua, mereka perlu berjanji untuk tidak mengulagi perbuatan itu lagi. Ketiga, dia perlu menyesal dengan perbuatan dosanya tadi. Keempat, dia perlu menanam tekad dan azam yang bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Dan akhir, jika salah yang dilakukan itu berkisar dalam kalangan sesama manusia, maka dia perlu meminta maaf kepada orang itu”

Diana angguk. “Lagi?”

Hari ini, dia voicechat dengan Fatihin di laman sembang Sykpe. Oh, terpaksalah berbual. Kalau tidak, mau kejang jari lelaki itu hendak menaip. Berbincang bab taubat, bukan sekajang dua huraiannya. Boleh jadi satu buku juga.

“Taubat sebelum ajal”, suara Fatihin mendatar.

“Oh. Okey”, Diana senyum hambar. “Kiranya kalau dia sudah taubat, tetapi tak boleh nak tinggalkan lagi dosa dia, macam mana?”

“Kalau begitu, nampaknya dia belum lagi taubat nasuha. Taubat nasuha ini digambarkan oleh Allah sebagai seakan-akan kembali menjadi seperti bayi. Tiada dosa. Semuanya Allah ampunkan. Selain daripada itu, ulama telah menyenaraikan beberapa bentuk taubat yang lain juga. Antaranya ialah taubat main-main dan taubat khusus”, jelas Fatihin. Dia berdehem kecil, melegakan kerongkong yang terasa kesat.
.
“Taubat main-main?”, dahi Diana berkerut.

“Sebagai contoh, seorang penzina yang bertaubat untuk tidak berzina dengan perempuan A. Tapi dia masih lagi tegar untuk berzina dengan perempuan B. Tak pun, macam pemabuk yang bertaubat untuk tidak minum Beer, tapi masih minum wiski”

“Oh. Gila.. tu bukan taubat kalau macam tu”, gumam Diana sendiri.

Fatihin angguk. Senyum segar terukir di bibir, walaupun dia tahu Diana tidak akan nampak. “Betul tu. Orang macam tu perlu tambah lagi dua taubat. Taubat sebab bermain-main dan taubat sebab bertangguh-tangguh”

“Macam saya?”, bingkas Diana.

“Er… saya tak maksudkan awak", Fatihin menelan liur, lalu menyambung,  "Taubat jenis kedua ialah taubat khusus. Inilah yang awak tanya tadi tu. Orang yang taubat dengan taubat spesis ini, hanya akan berhenti daripada membuat satu jenis dosa, tapi tetap akan buat dosa jenis lain. Sebagai contoh, seorang perempuan yang insaf daripada membuka aurat. Dia lalu memakai tudung, tapi dalam masa yang sama, dia masih mengumpat orang. Kiranya tak complete lah kan? Maka, dia akan diberikan pahala atas taubat serta perbuatannya menutup aurat, tapi dia akan diberi dosa sebab mengumpat. Orang ramai selalu salah-faham terutamanya orang melayu kita. Mereka selalu berdolak-dalih apabila diajak untuk berbuat baik. Alasasannya, aku bukan baik. Sebagai contoh, ada kawan saya masa sekolah dulu yang menolak untuk ke majlis ilmu atas alasan dia selalu suka mencarut. Kiranya kes orang yang tak pandai jaga mulut lah ni. Padahal, mana ada kaitan antara dua tu pun. Pergi menuntut ilmu agama… dapat pahala. Taknak belajar agama, dapat dosa. Sedangkan mencarut, kalau buat jugak, dosa mencarut tadi tak akan effect pahala dia pergi menuntut ilmu tadi”

“Oh. Baru saya tahu…”, balas Diana, perlahan.

“One more thing Diana. Sangat penting ni”, Diana dah sedia untuk mencatit. Dari tadi pun dia bukan dengar-dengar kosong aja. Dia mencatit sesuatu.

“Taubat itu bermula dengan penyesalan dan diakhiri dengan amal soleh dan ketaatan kepada Allah. Orang yang mengaku dirinya sudah bertaubat, tapi tak melaksanakan perintah Allah, maka dia menipulah tu”, lembut suara Fatihin, kedengaran memujuk. Dia tahu, untuk Diana melakukan perubahan, ia suatu yang sangatlah sukar kerana dia sedang berada di negara yang meminggirkan islam. Negara dimana penghayatan atas islam sangatlah tidak digalakkan oleh pemerintah. Menjalankan syiar dan syariat, bahkan pula dihalang.

“Terima kasih Fatihin. InsyaAllah. Saya akan cuba menjadi orang yang betul-betul sudah bertaubat. Malu pula rasanya dengan Allah, dengan awak, dengan kawan-kawan… hmmm”, luah Diana. Matanya kembali berair.

“Tak ada benda nak dimalukan Diana. Setiap orang ada buat kesilapan dan kesalahan. Cuma kita perlu malu, kalau kita sudah tanamkan azam sungguh-sungguh, tapi tetap kita ulang buat dosa yang sama”

“Kalau terjadi macam tu?”, pintas Diana.

“Renew taubat, azam dan menyesal. Iringlah dosa tadi dengan melakukan kebaikan, sebab Nabi kata kebaikan akan menghapuskan dosa tadi. Kebaikan itu ialah menyesal dan bertaubat”, terang Fatihin. Suaranya ditekan sedikit. Ada niat nak buat provokasi sikit. Bukan apa… manusia ni kadangkala perlu dimotivasi dan dicabar, barulah dia jadi lebih semangat dan lebih komited dalam benda baik. Kan?

“Thanks a lot”, ucap Diana sungguh-sungguh. Hatinya mekar selepas mendung pagi tadi. Oh, Arif dan Sarah! Matahari musim sejuk sudah berada atas kepala. Tapi rumah ini masih sunyi. Granpa, granma, Arif dan Sarah masih di gerejakah?

“Fatihin…”

“Ya?”, dia membetulkan letak headphone atas kepala.

“Arif dan Sarah sekarang di gereja. Ma dan pa saya bawa mereka ke gereja. I don’t know for what reason. Katanya ada pesta. Saya risaulah dengan mereka…”, akhirnya kerisauan yang terbuku dibiarkan terluah. Setidaknya, ada Fatihin untuk memberi nasihat atau solusi.

“Church?”, berkerut dahinya.

Diana angguk. Cuma tidak dilihat dek Fatihin. “Mereka pun sama macam saya. Kami memang sudah lama tak mengamalkan islam. Mana pernah rumah ni dibacakan ayat-ayat Quran sebelum ni. Didirikan solat pun tak pernah. Arif tu sudah akil baligh dah. Umur pun dah masuk 14 tahun dah. Tapi itulah… kesian dia. Banyak benda dia terkeliru. Banyak perkara dia tak tahu. Fatihin… apa saya perlu buat? Saya sayang mereka. Saya tak mahu mereka dikristiankan…”, sedaya-upaya dia menyudahkan cakap. Dadanya berombak. Rasa bersalah dan rasa kasihan datang silih berganti. Kan bagus kalau arwah umi masih ada. Umi selalu ajar kami mengaji. Umi selalu jaga solat kami. Umi selalu pesan dan nasihatkan kami. Tapi kalau umi ada, mana mungkin dia dan adik-adik ada di Scotland sekarang, kan? Heh. Inilah namanya takdir.

“Arif belajar di sekolah menengah tempatan?”, tanya Fatihin. Serius dia menutur.

“A’ah. Sarah pula di elementary school.”, terang Diana.

“Hmm… nanti dia balik nanti, awak cakap lah slow-slow dengan dia. Tanya apa pendapat dia tentang agama kristian dan apa pendapat dia tentang agama islam. Kita kena tahu pandangan dia bagaimana, dan kita juga kena tahu apa expectation dia. Dan jangan lupa Diana. Awak kena banyakkan berdoa. Doa sungguh-sungguh. Biar sampai mengalir air mata, sebab Allah suka hamba-Nya yang merintih meminta rahmat, belas dan bantuan-Nya”

“InsyaAllah. I will. I will. InsyaAllah”, ulang Diana berkali-kali. Kepala diangguk-angguk.

Fatihin senyum. Dadanya turut mengirimkan doa. Dia tahu, atas kebatasan kudrat dan kemampuannya saat ini, dia hanya boleh memberi tunjuk ajar, nasihat dan motivasi sahaja. Dan berdoa. Itu saja yang dia boleh lakukan dan sumbangkan kepada sahabat berlainan benua itu.

“Erm. Fatihin…”

“Hmm..”

“Saya nak pakai tudung, mulai harini”

****
Ada orang tanya pasal "taubat", jadi saya copy+paste apa yang saya sedang tulis untuk manuskrip novel saya- SAC. Saya belum edit lagi, baca semula pun belum. Tak ada masa, kerana saya sedang mengejar date line saya sendiri. 1 Ramadhan, hari pertama saya akan report to MAS. Maka 6 bulan pertama akan jadi 6 bulan yang sangat sibuk dan memenatkan bagi saya. Itulah yang saya risau. Saya risau, jika nanti saya langsung tak mampu menulis waima satu perenggan pun. Sebab itu saya 'pulun' menulis sekarang. Harap maaf, dan harap diampun. Manuskrip ini ialah projek mega ke-3 saya. 

   

June 20, 2011

Bicara Al-Quran

Saya hairan sendiri... kenapa kita tidak dapat mendapat manfaat daripada al-Quran, sedangkan terang lagi jelas Allah  sebut dalam surah Yunus, pada ayat ke 57: "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada di dalam dadamu dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman"

Soalan tadi, sering saya ajukan kepada diri saya. Mutaba'ah ibadah- menghabiskan tilawah 2 juzuk seminggu, bukanlah suatu yang sukar sangat. Tetapi di balik tilawah yang konsisten itu, mengapa diri saya masih tidak menikmati ketenangan? Mengapa diri saya masih belum dapat menemui penawar hati? Dan mengapa saya tidak mendapat petunjuk? Dan mengapa saya belum menerima rahmat? Sedangkan saya sudah membaca al-Quran!

"Memanglah tak dapat manfaat, sebab kau tak faham"

Jawapan yang dikemukakan itu memang masuk akal. Tapi bukan suatu yang tepat, dan bukan juga jawapan yang aaya cari. Kerana, telah ramai manusia yang membaca terjemahan al-Quran, telah mentadabbur isi-isi al Quran, bahkan sudah menghafaz makna-makna ayat al-Quran, tetapi belum lagi dapat menemui nikmat, petunjuk, pengajaran, dan penyembuh seperti yang sepatutnya. Dan, ada juga segelintir yang tidak memahami maksud, tetapi dapat pula mereka petunjuk, rahmat dan ketenangan. Jadi, masalahnya berpunca dari mana?

Saya akan mengatakan masalahnya berakar umbi kepada sifat kita. Dalam al-Quran, mana-mana situasi pun, pembacanya tidak akan mampu untuk lari daripada tergolong dalam salah satu daripada dua kelas manusia ini, iaitu watak putih dan watak hitam. Watak putih manusia, ialah daripada kalangan yang baik-baik, taat dan patuh kepada-Nya lalu dimasukkan ke dalam syurga. Watak putih ialah manusia-manusia yang berjaya dengan kejayaan yang gemilang, tiada tolok banding.

Adapun, lawan kepada watak putih ialah watak hitam. Watak hitam itu bukanlah kerana dia bangsa negro, jauh sekali dia terkena sunburn, tetapi kerana sifat-sifat yang berkaita dengannya seperti ingkar, derhaka, dan jahat. Watak hitam ialah orang-orang yang Allah murka dan diancamkan dengan siksa neraka yang menyala-nyala.

Dalam entry sebelum ini, saya cuma menyelit satu ayat al-Quran daripada surah al-A'raf, ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"

Ayat itu menceritakan tentang watak hitam. Ayat yang menerangkan tentang sifat-sifat mereka, balasan atas perbuatan mereka. Watak hitam...  si pemilik hati, tetapi tidak mahu dibukakan hati-hati mereka untuk memahami ayat Allah. Tidak dibukakan hati mereka, untuk berusaha menerima dan menelan pengajarannya. Watak hitam... yang diberikan mata, tetapi tidak mahu dicelik untuk melihat bukti keesaan Allah. Matanya dipejamkan daripada melihat bukti-bukti dan kebenaran. Watak hitam... yang diberikan telinga, tapi dipekakkan daripada nasihat-nasihat kearah jalan yang benar. Telinga yang tertutup daripada sebarang pengajaran. Watak hitam itu sombong, ego dan ingkar. Kerana kesombongan watak hitam itu, dia menukarkan rahmat Allah kepada murka-Nya. Dan Allah melaknat watak hitam itu, dengan menamakan mereka sebagai lebih hina dan rendah darjatnya daripada binatang ternakan.

Saat membaca ayat-ayat berupa ancaman begitu, bagaimanakah akhlak dan cara kita menerima?

Saya cuma mengagak, mesti otak kita duk asyik bermain dengan nama-nama orang. Kita duk mikirkan, agaknya... siapa ya orang-orang yang macam haiwan tu? Lalu, satu demi satu nama naik.

"Oh! Ni mesti Fakhrul (bukan nama sebenar) sebab dia tak suka datang masjid"

"Oh, ni mesti Hanafi (bukan nama sebenar) sebab dia memang tak gemar baca al-Quran"

"Tak pun, ni mesti Pak Lang Seman (bukan nama sebenar) sebab dia dah tua bangka dah, tapi tetap duk melepak kedai kopi, tak terasa nak datang masjid langsung pun"

Heh, biasa kan? Okey. Kalau ada antara korang yang rasa, "Eh, tak ade pun aku bayangkan orang lain. Sungguh! Aku selalu bayangkan diri aku aje",(muka sedih), maka saya akan 'tabik spring' dekat anda. Hebat!

Sebetulnya, beginilah cara kita menerima pengajaran al-Quran. Allah tidak menyuruh kita menghisab orang, tapi kita kena hisab diri kita sendiri. Sebab itu, syarat pertama yang perlu kita laksanakan ialah dengan kita mengheret tag nama 'watak hitam' sebab dengan merasakan diri kita sebagai calon ahli neraka, barulah kita akan beringat-ingat sikit. Tak adalah nanti kita menyimpan prasangka yang bukan-bukan. Tak adalah juga nanti kita menyimpan rasa bangga, bongkak dan hidung tinggi (kalau hidung mancung, okey la jugak).

Bagaimana pula dengan ini?

"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Meraka itulah orang-orang yang Allah telah tanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah (golongan Allah) itu adalah golongan yang beruntung."- surah al Mujadilah ayat 22.

Agak-agaknya, kita mesti rasa kita dah termasuk dalam golongan ni kan? Sebab kita telah merasionalkan beberapa tindakan kita-

"Aku beriman dengan Allah dan hari kiamat. Hish... siapa tak percaya!"

"Aku redha dengan segala apa yang Allah berikan kepada aku. Aku pasrah. Aku tak memberontak"

"Aku tak sokong orang kafir. Aku tak support event diorang. Benci, adalah..."

Kalau benda tu tak terjadi kepada anda, baguslah. Tapi masalahnya, banyak orang yang selamba aje nak letak diri mereka sebagai watak putih. Konon-kononnya, dialah si hero itu. Pelik betul golongan perasan macam ni. Kahir sekali, bukan hanya ibadah yang terbantut, tapi akidah pun tercemar lalu tertanggal.

Pengajaran kedua, sesekali jangan menganggap diri kita ini sebagai watak putih. Kerana dengan ini, kita akan berasa 'selesa'. Adat manusia, jika dah terlalu selesa... maka akan mudah pula terpedaya.

Kesimpulannya, sama-sama kita berubah. Ingat konsep hitam-putih dengan kita meletakkan diri kita sebagai watak hitam tiap kali membaca al-Quran. Dengan itu, tiap kali bertemu dengan ayat yang menceritakan tentang ahli syuga, hati kita akan meronta-ronta mahu masuk ke dalamnya, dan tiap kali bertemu dengan ayat-ayat berkenaan dengan neraka dan murka Ilahi, hati kita akan menjerit takut... takut masuk ke dalamnya.

Dan satu pertanyaan. Kalau baca ayat al-Quran, tapi hati tak rasa apa-apa... bagaimana?

Bukankah Allah dah kata dalam surah al-Anfal ayat 2, sifat yang patut kita ada ialah 'gementar hati bila nama Allah disebutkan' serta 'bertambah iman tiap kali membaca ayat-ayatNya'. Masalahnya, ada atau tidak hati kita berperanan untuk membawa kita kepada tunduk kepada-Nya?

Heh, kalau memang duk selalu berangan dan memikirkan orang, memang sampai bila hati sendiri takkan terkesan. Rugilah kalau sudah bertahun kita macam ni...
     

June 19, 2011

Apabila al-Quran berbicara.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai-
 surah Al-A'raf ayat 179.

June 16, 2011

Hlovate: Hate and Love?

Alhamdulillah. Dah lama saya teringin nak melafazkan syukur yang bukan hanya terbatas pada bahasa mulut, tapi juga dengan bahasa tulisan. Oh, dah beberapa ketika juga saya dalam tempoh 'sibuk' yang bukan dibuat-buat. Syukur, hari ini Allah sudah lapangkan masa saya. Maka, dapatlah saya kembali ke medan penulisan blog.
Tipulah kalau saya kata saya sibuk macam pak menteri. Lagi penipu kalau saya kata saya busy macam aktivis dakwah. Taklah. Saya cuma sibuk dengan kerja menulis (kecuali menulis blog). Ada beberapa projek mega (sendirian berhad punya) yang sedang dalam pembikinan. Memanglah masa itu 24jam sehari... tapi pejam celik-pejam celik, dah berlalu sehari. Kemudian seminggu, dan sebulan. Cepat benar masa berlalu hingga saya tersepit di antara impian dan cita-cita. Heh, macamlah keduanya ada beza pada saya. Oh ya, ada sedikit. Saya punya impian ialah menyebarkan kecantikan islam dalam bentuk kertas-kertas yang dicetak sebagai buku. Tapi, cita-cita saya untuk menjadi 'doktor bedah kapal terbang' pun sangat memenatkan. Hari-hari kena bertapa di workshop seawak jam 7 pagi sampai 5 petang. Petang dan malam, badan dah penat. Nak tulis pun idea jadi layu (mata pun kuyu)

Tapi itu alasan kan? Heh. Orang kalau nak gagal memang akan mencipta alasan.

Dah lama tak buat perkongsian di sini. Rasa macam dah janggal sedikit pula. Apa ya saya nak kongsikan? Erm... bagaimana kalau saya berkongsi pasal novel-novel Hlovate?

Saya sampai sekarang masih tak pasti Hlovate tu lelaki ke perempuan. Tapi itu bukan isu kerana saya tahu dia sedang bahagia dalam kasih Tuhan dan tak akan kisah pun kalau orang salah teka jantina dia. Saya sebenarnya mula baca novel Hlovate mulai bulan 4 hari tu. Normen lah yang hadiahkan novel Tunas kepada saya. First impression: bahasa dia tersangatlah santai, tak macam novel melayu yang pernah saya baca (padahal memang saya jarang buka novel sebelum ni).

Daripada Tunas, saya baca Aa+Bb pula. Okey. Cerita pasal Addin Shah dengan Benz Aliff. Menarik. Punyalah saya cari dan tunggu tang mana tarbiyyah tu sampai. Tup-tup, dah nak habis cerita baru jumpa. Terkedu juga dengan cara Hlovate menyemarakkan kesedaran melalui isu parenting dan ujian yang Allah kasi. Rupa-rupanya ujian itu selamanya akan memberi keuntungan kepada manusia selagi manusia memandang ia dengan kaca mata yang positif. Look into a bright side. Allah tak akan zalimi hamba-Nya. Mesti ada sebab kenapa kita diberi musibah, kan? Kalau tak mampu fikir, kita cuma perlu tahu yang Allah nak kita 'sabar' kerana dengan sabar, ada pahala. Ada keampunan. Ada rahmat. Dan ada cinta.

Novel ketiga Hlovate saya baca ialah novel Versus. Oh, baru tahu... rupa-rupanya inilah dia novel yang orang ramai duk perkata. Yup. Saya akui bahawa memang ini novel yang menarik. Pasal transformasi yang dibuat oleh dua orang remaja. Dari zulumat kepada nur. Fuh... tak mudah untuk menyelami jerih yang dilalui orang macam AO dengan isteri dia (Meen Edina ek kalau tak silap), tapi Hlovate dah berjaya buat orang berfikir banyak kali- terutamanya pasal peluang untuk berubah tu. Rugilah manusia kalau taknak berubah- dan lebih rugi kalau Allah dah beri peluang, tapi tetap kita taknak berubah. Well, after all, we choose our destiny ey? Memang susah nak berubah, tapi kita perlu tahu bahawa 'berubah dari jahat kepada baik', itu bukan lagi suatu pilihan yang kita boleh pilih macam pilihan jawapan masa SPM, tetapi 'berubah jadi baik itu ialah suatu benda yang mesti buat. No other option. Rating: 4 bintang.

Lepas versus, saya baca Rooftop Rant. 2 hari duk mengadap novel tu memang menyeronokkan. Tak banyak berbeza dengan versus, novel yang ini membuatkan saya berfikir banyak kali tentang impian saya. Saya dah tak boleh menafikan bahawa saya perlu kerja kuat. Saya kena kerja keras. Itupun kalau saya betul-betul nak berjaya. Mcam Jade jugalah. Dia bukannya manusia yang luar biasa, kecuali kesungguhan dan usahanya sahaja yang membuatkan dia jadi sedikit luar biasa daripada orang kebanyakan. Tapi memang betul apa janji Allah- kalau manusia tak ada usaha, bagaimana dia mahu berjaya? Dan kalau usaha pun tak seberapa, bagaimana mungkin hasil yang diraih itu seberapa. Heh... tak rugi untuk memasang impian. Yang rugi ialah membiarkan impian itu terkubur kerana malas berusaha. Tapi lebih rugi kalau biarkan usaha itu dilaksanakan dengan cara yang melanggar syarat. Bukan macam tu Jade?

Dan tadi, baru aje habis baca pasal Contengan Jalanan. Okey. Dalam semua novel dia (yang saya dah baca), saya akan cakap novel yang ini paling best. Rating dia: 4.6 bintang (kurang 0.1 aje daripada novel Jaja & Din). Baca novel ni, tanpa sedar buat biji mata ni berair. Tragik betul Chad Meninggal masa 1 Syawal. Mujur dan dah Allah takdirkan dia meninggal dunia selepas dia kenal Dia dan selepas dia mencari Dia. Jauh kan? Kena pergi Sydney untuk cari Tuhan dan yang pastinya, tak membazir orang yang bermusafir mencari nilai hamba. Dia dengan Fend dah jumpa, dan last-lasti, K2 pun jumpa juga. Wah, kalau rasa tak faham apa saya cakap... kena beli dan baca sendiri la novel tu. Hehe.

Saya cuma nak kata, saya terima banyak sekali bahan untuk membuat refleksi diri. Subhanallah. Hati manusia ni Allah pegang. Bila Allah nak dia jadi baik, memang dia akan jadi baik. Hidayah Alalh datang tiap saat, dan tiap saat juga, kita lihat ada orang mengabaikan dan ada pula yang ambil petunjuk tu. Bila manusia buat keputusan untuk menerima, maka Allah akan baiki hati dia. Allah akan pusing hati dia 380 darjah. Dari kiblat yang mengadap Hollywood, boleh aja kiblat dia kembali mengadap masjidilharam.

Allah dah buktikan. Dan tak mustahil, Allah akan buktikan bahawa kita boleh jadi manusia paling rugi- kalau kita jadi orang yang mengabaikan hidayah itu.

Ada satu quote yang sangat best, daripada Hlovate- "Kalau nak buang tatu pada kulit pun dah pedih, nak buang tatu dosa pada hati mesti akan jadi lebih pedih"

Rasanya memang berbaloi untuk berubah, kerana semua kita tak tahu bila kita akan mati. Tak rugi pun jadi baik sekarang, sebab the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh.

Mungkin kita lah yang 11th tu. Regretting life? Will be.

Erm. Tu je kot. Saya tak tahu nak tulis apa kat blog ni (sebab tepu otak dengan banayk menulis, idea dah campur-campur). Cuma nak cakap... saya rindu dengan readers Bayyinat. I tell u no lie- i miss u all, brothers and sisters... 49;10
    

June 12, 2011

Sagu dan ruyungnya

Ada pepatah melayu, "Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Ia suatu simbol kepada usaha. Jika manusia enggan berusaha, mana mungkin akan berlaku kebaikan kepadanya. Sama- jika manusia tidak bekorban, mana mungkin dia akan berasa berbaloi tindakannya.

Segalanya tidak akan jatuh bergolek. Setidak-tidaknya, ada usaha yang perlu kita laksana. Sekurang-kurangnya, ada juga pengorbanan yang harus kita perah. Paling tidak pun, ada juga lelah yang perlu kita 'nikmati'

Ya Rabb. Saya tidak tahu bagaimana saya hendak menyusun kata. Cuma saya tahu, saya perlu membuat pengorbanan. Cita-cita saya tidak kecil. Ada niat di balik ulu hati saya, mahu agar wujud perubahan kepada masyarakat saya. Paling yang saya mampu pun hanya menulis. Setidak-tidaknya, rakan-rakan junior saya bolehlah meninggalkan novel-novel cinta tanpa tujuan yang mereka, dan mula beralih kepada buku-buku tarbiyyah.

Ah, apa saya mengarut ni? =.=

Saya sedang menulis buku. Pertama, sedang edit novel Antara Dua Bidadari. InsyaAllah sudah ada syarikat penerbitan yang berminat untuk membukukan novel yang pernah saya beri kalian baca secara percuma. Maknanya, serta merta 'percuma' itu saya tarik. Sudah tidak boleh disebarkan. Tunggu ia dibukukan kelak, insyaAllah.

Lagi satu, badan masih tak bermaya. Penat masih mencengkam tubuh. Hujung minggu membantu walimah seorang saudara. Dan malam ini, saya hanya menulis kerana saya mahu melunaskan janji- Satu entry setiap minggu, kan?

Apapun, saya ketemu dengan sebuah artikel yang menarik. Saya rasa ingin berkongsi di sini. (pautan) Jemputlah membacanya ya :)

Salam takzim,
Iqbal.
   

June 5, 2011

Di Balik Tembok Sepi


Jika diminta untuk memilih antara kuat dan lemah, saya kira semua cinta untuk menjadi kuat. Jika diberi pilihan untuk memilih bata atau kerikil, apa agaknya yang kalian mahu pilih? Bayangkan situasinya begini- ada seekor anjing liar yang bersiap-siap mahu menyerang kalian. Adakah kalian akan membalingnya dengan bata, atau dengan batu kerikil sahaja?

Sedia dimaklumi bahawa untuk jika berdepan dengan bahaya, bata yang sebesar penumpuk punya kuasa serangan yang lebih berbanding sengan batu kerikil sebesar jari kelingking bayi.

Tetapi kita jadi lupa, bahawa bata yang sebesar penumpuk itu, asalnya ialah kerikil-kerikil dan pepasir yang halus juga, tetapi sudah dicantumkan bersama-sama. Batu kerikil adalah sangat lemah jika ia sendiri, tetapi jika ia disatukan, maka ia menjadi satu bata yang kukuh. Dan bata-bata itu, jika dikumpul, disatukan dan disusun dengan rapi, maka ia akan membina sebuah tembok yang kukuh. Lalu, bukan hanya ancaman daripada anjing yang boleh kita lawan, bahkan ancaman daripada mansia juga akan dapat dimatikan.

Dalam perumpamaan diatas, kita boleh melihat islam itu sebagai tembok perlindungan. Ia adalah sangat kukuh dan ia juga satu pertahanan yang kental. Islam menjaga kebajikan penganutnya, bahkan kebajikan sesiapa yang redha untuk berlindung di balik tembok itu, termasuklah manusia yang bukan islam serta alam maya ini. Dalam proses pembentukan tembok pertahanan itu, ternyata banyak pihak perlu untuk bertoleransi dan saling merelakan. Harus ada yang sedia untuk berada di bawah sekali, di lapisan kedua, di lapisan ketiga dan di lapisan yang teratas. Yang berada di lapisan paling bawah perlu redha dan rela untuk menanggung beban yang dipikulkan keatasnya. Ia tidak boleh bergerak-gerak. Ia tidak boleh merasa enggan atau keberatan. Jika ia bergerak-gerak, maka susunan-susunan yang berada di atasnya akan jatuh.

Namun, kita perlu melihat betapa cantiknya susunan molekul daripada sebuah bata itu juga. Jika kombinasi batu-batu kerikil dengan pasir itu tidak sekata, maka sedikit sebanyak ia mencacatkan kekuatan asal bata itu juga. Mungkin bentuknya tidak licin dan sekata, dan mungkin juga ia akan hancur sedikit. Maka, setiap jurutera yang diamanahkan untuk membina tembok ini harus pula teliti dalam memilih bata yang mahu dicantumkan dan disusunkan. Ia tidak boleh dari jenis yang mudah pecah, yang tidak tahan lasak, atau dari jenis yang tidak boleh tegap.

Selepas beberapa ketika, tembok yang dirancang pembinaannya terbina. Ia kukuh. Ia kuat. Setiap yang berlindung di baliknya sejahtera dan selamat. Tiada lagi ancaman daripada anjing liar dan yang serupa denganya.

Kekuatan tembok itu sebenarnya bermula daripada mana?

Ia sebenarnya bermula daripada batu kerikil itu juga. Kerana batu itu membina suatu binaan yang lebih besar, iaitu bata. Dan daripada bata, ia menjadikan pula satu binaan yang lebih besar, iaitu tembok. Maka, asasnya ialah kerikil, tetapi sering pula peranan batu kerikil dalam sesebuah binaan itu dianggap remeh, sedangkan jika ia tiada, maka akan tiadalah pula tembok yang bersifat melindungi itu.

Saudara ku, saya hanya mahu bertanya suatu soalan- Sudikah kita untuk menjadi sebiji batu?

Walaupun hanya sebiji batu, kita terlupa bahawa kita rupa-rupanya punya saham dalam pembinaan tembok itu. Sekiranya ada manfaat atau ganjaran daripada tembok itu, maka kita pun akan mendapat manfaat itu. Pasti!

Saya sebenarnya baru kembali dari cuti. Er... sepuluh hari jugalah =) dan rasanya banyak juga masa saya dihabiskan di depan peti televisyen. Saya teruja! Teruja yang bersangatan kerana siaran Tv a-hijrah sudah mampu menembusi Astro. Jika sesiapa belum lagi ketahuan, boleh buka channel 114 pada alat kawalan jauh Astro anda (macam iklan pula gaya saya)

Banyak slot yang membuatkan saya teruja. Antaranya ialah slot tazkirah jalanan yang mana seperti tajuk, ia adalah sisipan daripada siri tazkirah yang diberikan di tempat awam (di jalanan). Untuk menarik orang ramai, mereka juga menjemput kumpulan nasyid untuk memberikan satu pembaharuan berupa lagu-lagu islamik yang bukan hanya menghibur tetapi mendidik. Saya kongsikan info disini kerana saya mahu menujukan ucapan tahniah kepada warga kerja dan krew TV al-Hijrah.

Sama juga dengan siara Astro Oasis yang berjaya menerbitkan rancangan realiti Imam Muda, musim 1 dan musim 2. Saya sokong, dan hemat saya... ini suatu perkembangan yang positif dalam aspek pembangunan rohani masyarakat Malaysia yang kiranya terlalu banyak menghabiskan masa mereka di hadapan dua skrin- skrin televisyen atau skring komputer. Jika dalam internet, telah wujud siaran-siara islamik, maka di televisyen pun sudah mula wujud alternatif-alternatif sebegini. Syabas dan tahniah.

Pun begitu, bagi saya... usaha-usaha seperti ini hanyalah tidak lebih daripada batu kerikil tadi. Kerana sifatnya tidak menyeluruh. Jika pun ada siaran-siaran islamik, maka yang menjadi penontonnya hanyalah orang-orang yang ingat mati juga. Bilakah agaknya siaran islam akan menembusi Astro Ria yang terkenal sarat dengan rancangan hiburan yang melampau dan melalaikan? Daripada satu siri Akademi Fantasia hinggakan ke siri yang sekarang, ternyata berjuta-juta ringgit telah berjaya dikaut, yang bukannya ia menjana ekonomi orang melayu (jauh lagi islam), tetapi merosakkan moral anak muda.

"Bapak dan ibu bangga jika Baby jadi penyanyi"

"Abang doakan isteri abang menjadi penghibur yang berjaya"

"Saya akan sokong mak dan ayah untuk jadi artis yang tekemuka"

Lebih ngeri, tak silap saya... ada satu lagi rancangan berbentuk hiburan (nyanyian) yang pesertanya perlu berusia 45 tahun keatas. Apa kejadahnya pak cik? Apa halnya mak cik? Bukankah mak cik dan pak cik dahulu pernah berjanji mahu cari sejadah selepas usia 40 tahun? Mengapa di usia 45 tahun pun masih pak cik dan mak cik rela bersongkol dan berkubang dalam najis hiburan ini?

Rosak melayu! Rosak umat... dengan banyakknya hiburan...

Apa kesimpulan yang sama mahu buat?

Saya mahu menyatakan dan membuat nota refleksi. Seringkali kita merasa diri kita sudah kuat. Kita fikir... langkah kita sudahpun tegap. Budaya "Aku mampu buat sendiri!" telah kita terap dalam diri. Subhanallah. Ia suatu yang baik lagi murni. Pun begitu, kita perlu sedar kekuatan diri.

Sebagai contoh, saya sebagai seorang penulis... saya hanyalah sebutir batu kerikil. Yang mana jika saya merasakan diri saya ini sebagai sebiji bata, maka saya akan binas. Iyalah... jika batu kerikil merasakan dirinya ialah bata yang punya kekuatan perosak, maka ia akan mencampakkan dirinya kepada musuh. Jika ia sebiji bata, musuh akan tercedera atau mati. Tetapi jika batu kerikil, maka tindakan itu tidak ubah seperti 'cuba berlagak seperti hero', yang akhirnya memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Makanya, setiap pihak perlu saling menyokong. Jika ada yang mahu menubuhkan hiburan islam, maka saya sokong dan setuju. Jika ada yang mahu menerbitkan bahan bacaan islami, maka ia juga disokong oleh saya. Jika ada yang mahu berdakwah di tempat saya, maka ia bahkan lebih-lebih lagi disokong oleh saya. Dan jika ada yang mahu membuka kedai runcit islam, ia juga akan saya disokong oleh saya.

Sangat penting sebenarnya 'sokongan' ini. Saya bercakap begitu kerana saya mahu berkongsi kebahagiaan dan menunjukkan rasa kasih serta terhutang buti saya kepada kalian yang tidak jemu berkongsi artikel saya di laman sesawang, juga di laman Facebook kalian.

Orang kafir berbangga dalam mempromosikan kekafiran. Orang maksiat berbangga dalam berkongsi dan mempromosikan maksiat. Orang spesis perosak pula bangga berkongsi dan mempromosikan kerosakan, bagaimana pula dengan orang islam?

Adakah orang islam masih lagi keberatan untuk menjadi batu kerikil yang menjadi penyokong dan asas kepada pembinaan bangunan yang kukuh (islam yang sebenar) ?

Masih lagi kita ragu untuk menunjukkan sokongan kita kepada islam? Kepada hiburan islam? Kepada artikel-artikel islam? Kepada barang-barang keluaran umat islam? Kepada makanan-makanan umat islam?

Masihkah lagi standard manusia kita pegang, dan standard Allah kita biar?

Jika masih begitu, maka sia-sialah anda membaca artikel ini.
  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails