tag:blogger.com,1999:blog-90943438670334969362024-03-17T14:52:40.072+08:00BayyinatSatu KeteranganAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.comBlogger594125tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-90659995440551900452018-03-05T22:22:00.001+08:002018-03-05T22:22:52.012+08:00Selamat tinggal BayyinatSaya sebenarnya rindukan zaman mula-mula buat blog dahulu. Masa tu, Facebook baru sahaja ada. Belum popular lagi.
Seronok bila "blog-walking" dari satu blog ke blog yang lain. Macam-macam cerita ada. Perkongsian pengalaman, semuanya amat bermakna. Kita komen di blog orang, orang pun komen di blog kita. Ada sesetengah blogger otai siap buat blog review dan ada juga yang buat contest.
Meriah Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com21tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-1684478791761144772018-01-02T16:01:00.001+08:002018-01-02T16:01:48.345+08:00Bayyinat 2018Bismillah.
Lama sungguh saya tak menulis di blog ini. Terlalu lama saya meninggalkan platform ini tidak terusik. Banyak yang telah saya rugi.
Saya sebenarnya tak sangka yang masih ada orang nak baca tulisan saya. Masih ada yang ternanti-nanti entry terbaharu saya.
Penghujung tahun 2017, ada sebuah kiriman diterima dalam kantung emel saya. Daripada seseorang yang saya tidak kenal.
Kalau Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-67467566796076273192017-10-13T19:04:00.001+08:002017-10-13T19:04:14.267+08:00#82 Ustaz Abdul SomadBaru-baru ini, semasa melayari YouTube, saya terjumpa video Ustaz Abdul Somad. Masa tu, belum kenal lagi siapa dia.
Terdetik di dalam hati nak 'play' video beliau. MasyaAllah. Ternyata Ustaz dari Riau ini sangat alim. Penyampaian beliau sangat bagus. Ilmu beliau sangat besar. Dan hikmah beliau sangat luas.
Mirip sekali penyampaiannya dengan Ustaz Azhar Idrus. Dan mulai hari itu, saya sering Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-25031643925778344842017-10-02T12:34:00.001+08:002017-10-02T12:34:50.672+08:00#81 Susahnya nak solatMengapa kita rasa susah sangat nak solat? Dan mengapa kita rasa 'okey-okey' sahaja bila kita menginggalkan solat?
Benda ni menyedihkan sebenarnya. Kita berkeinginan masuk syurga tapi kita tak buat perkara paling penting di dalam agama, iaitu bersolat.
Pertama, apa hukum solat? Jawabnya fardu ain. Iaitu kewajipan yang dimestikan, yang tiada alasan untuk kita meninggalkannya.
Tak kiralah kita sakitAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-48203817303064438622017-09-28T18:44:00.001+08:002017-09-28T18:45:27.767+08:00#80 Hatimu dan amal kamuAkhir zaman ni, ramai orang mahu bercakap hal agama. Tapi rupanya dia bengap, bodoh, dan jahil. Dia sendiri tak tahu apa yang dia cakapkan. Macam mana nak orang lain faham?
Contohnya, para 'pemberontak' agama. Pejuang LGBT. Para sosialis, liberalis, feminis, sekularis, dan pejuang hak asasi manusia.
Hadis daripada Abu Hurairah R.A yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.
"Sesungguhnya Allah tidak Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-49930153064424266152017-09-26T07:34:00.001+08:002017-09-28T18:22:36.198+08:00#79 Harmoni"Saya ada beramal dengan satu ilmu ni. Tak sampai seminggu, saya dah boleh terbang. Sungguh!"
Saya pandang muka penceramah tu. Tak ada tanda-tanda yang dia bergurau!
"Betul ni tuan-tuan. Saya boleh lompat dengan sangat tinggi. Macam terbanglah orang kata. Setakat tiang tu, memang senang je saya lepas", sambil tangannya menunding ke arah tiang di hadapan kami.
Tinggi!
Saya pandang muka para jemaahAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-75132746391514739662017-07-18T17:47:00.001+08:002017-07-18T17:47:11.019+08:00#78 Setia Dengan Kebenaran
Alhamdulillah. Tulisan Ustaz Hasrizal yang terbaharu ini telah saya khatam. Kulit ke kulit. Harapannya, kandungannya saya faham dengan bersungguh, dan melekat sungguh-sungguh di dalam hati.
Tidak seperti buku-buku sebelumnya, buku ini isinya lebih berat. Ada beberapa tajuk yang saya perlu baca dua hingga tiga kali, untuk difahami.
Banyak kritikan, teguran, dan nasihat beliau yang mengetuk Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-34905628790778758412017-07-17T11:52:00.000+08:002017-07-17T11:52:01.049+08:00#77 Membunuh kesedaran.Sering terjadi, kita menangis, sayu, insaf, dan sedih dipermainkan emosi. Mungkin kerana menonton filem, mendengar ceramah, membaca buku, atau sekadar memandang seseorang atau sesuatu peristiwa.
Lalu hati kecil kita berbisik, "Aku nak buat sesuatu".
Mungkin jika seputar kerinduan kepada ibubapa, dia berazam mahu pulang menziarah. Mungkin pada kiraan dosa pahala, dia mahu bertaubat. Mungkin padaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-63437479425831199092017-07-09T19:26:00.001+08:002017-07-10T09:40:10.865+08:00#76 Nikah Awal
Penghujung 2012 saya 'tahu' isteri saya sekarang. Tahu namanya, kakaknya, dan ibunya. Diperkenalkan oleh kakaknya melalui Facebook sahaja. Selepas beberapa bulan baru berani add dia di Facebook. Tak lama lepas tu minta nombor ibunya daripada kakaknya dan acah-acah berani menelefon kerana mahu kenal dengan ibunya. (ayah mertua dah meninggal masa isteri saya kanak-kanak).
Tahun 2013, Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-82924061321199081522017-07-09T11:44:00.001+08:002017-07-09T12:03:48.378+08:00#76 Hidayah | Petanda Allah SayangAda dua lelaki yang tidak pandai bersolat. Ditanyakan kepada mereka, "Kamu tahu tak hukum meninggalkan solat?".
Jawab mereka, tahu. Berdosa besar.
"Habis tu kenapa tak mahu solat?"
Kedua-dua mereka menjawab serentak, "Tak tahu. Terlupa"
"Tak nak belajar solat ke?"
"Saya mahu tapi saya malu. Dah tua-tua pun tak pandai solat lagi. Nanti apalah orang akan kata",
"Saya mahu! Boleh awak ajar saya Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-85368194421959019442017-07-08T00:12:00.001+08:002017-07-08T00:44:45.236+08:00#75 Pondan kaya Vs Pondan Chiw KitPerkataan 'pondan', bila ditangkap oleh telinga, terasa sangat bahang negetifnya. Bayangkan pula bagi orang yang dituduh pondan. Diejek dan ditertawa. Pastinya lebih sedih, malu, tertekan dan terhina.
Golongan ini serpihan kecil daripada pecahan masyarakat kita. Walaupun kita tak suka tapi hakikat kewujudan mereka tidak boleh dinafikan.
Mereka hidup dalam kalangan kita.
Mereka manusia, juga Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-66961641862100050992017-07-07T09:17:00.000+08:002017-07-14T07:09:32.777+08:00#74 'I want to live with a dog'Macam tak percaya. Seekor anjing boleh merosakkan banyak jiwa. Kerana seekor anjing, ada dituduh kafir. Ada juga yang dicaci maki. Ada yang bermusuhan, benci dan sakit hati.
Dalam isu anjing ini, semua orang cuba jadi juara. Baik pihak individu, tokoh pemimpin, atau badan berautoriti, semua mengimpikan kemenangan. Pihak media pula menjadi api dalam sekam. Tambah-tambah lagi media alternatif. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-44410858553944317672017-07-04T23:02:00.000+08:002017-07-04T23:02:08.636+08:00#73 The OthersSaya sedang membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal bertajuk 'Setia Dengan Kebenaran', hingga saya bertemu dengan istilah 'the others'.
Istilah ini tidaklah asing pada saya kerana walau perkataannya berbeza, maksudnya rata-rata serupa. Pihak 'satu lagi' yang dianggap asing. Perlu ditengang. Perlu dimusuhi.
Ia adalah sebuah 'reality check' kepada kita semua. Betapa masyarakat kita terlalu bersikap 'Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-12709386780964545002017-06-20T07:37:00.001+08:002017-06-20T07:37:02.128+08:00#72 Malam al-Qadr dan poligami Hari ini 20 Jun 2017 bersamaan 25 Ramadhan 1438 hijrah. Sepatutnya bila masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan, orang hanya akan berpesan-pesan supaya membanyakkan amalan dan bersungguh-sungguh mencari malam al-qadr.
Tapi saya sengaja nak bercakap tentang poligami sebab tak ramai yang mahu kaitkan poligami dengan bulan ramadhan.
Saya selalu mendengar perbualan orang dewasa yang dah lama Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-58191067181415104032017-06-19T14:01:00.000+08:002017-06-19T14:01:24.171+08:00#71 Susu Ibu | Makanan penambah susu dan supplimentSaya ingat lagi pada tarikh 10 Januari 2016, saya pernah menulis satu status di Facebook saya tentang penyusuan ibu. Status Facebook itu telah mendapat 1,144 komen dan lebih 4,504 shares!
Klik di gambar ini jika ingin membacanya.
Pada asalnya, saya cuma mahu menulis jawapan balas kepada usikan nakal sesetengah kaum lelaki tapi tak sangka boleh tular (viral) di media sosial.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-19066471593602986372017-06-15T11:24:00.003+08:002017-06-15T11:34:20.216+08:00#70 Asma | Suppliment dan RawatanSemua orang tahu tentang penyakit asma. Ia bukan sebuah penyakit yang jarang sebaliknya ia sangat biasa berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Asma ialah sebuah penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan adakalanya saluran pernafasannya akan tersumbat.
Rekod daripada Center of Desease Control dari Amerika Syarikat mendapati hampir 25 Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-20384039125056903082017-06-12T10:54:00.003+08:002017-06-12T10:54:55.939+08:00#69 Gout | "Rich Man Desease"Gout ialah sejenis penyakit arthirtis atau sendi. Ia menyebabkan kesakitan, tegang (stiff) dan bengkak pada sendi, biasanya di kawasan ibu jari kaki. Gout ini juga lebih sering berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Jika tidak mendapat rawatan yang sempurna, pesakit gout berkemungkinan akan mendapat kerosakan pada sendi dan otot.
Penyakit gout adalah disebabkan oleh terkumpulnya terlalu Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-20203544709513903852017-06-08T22:36:00.001+08:002017-06-08T22:36:19.683+08:00#68 Tarawih Budak KecilAlhamdulillah. Hari ini saya boleh solat dengan lebih tenang dan khusyuk. Sebelum ni susah nak fokus dalam solat. Surau kami sangat bising dengan suara budak-budak bertempik, berlari, bergaduh, dan menangis. Tapi malam ini suasana lebih tenang. Budak masih ada. Main, masih main. Tapi dah tak ada yang berlari dan bergaduh.
Rupa-rupanya saya perasan yang budak paling nakal atau 'ketua' pengacau Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-10228776572021536922017-06-07T11:49:00.000+08:002017-06-07T11:49:34.803+08:00#67 Ahli Sukan Yang Tak Mampu Menolak AjalMenurut WHO, jika kita nak sihat dan hidup lebih lama, kita perlu jaga pemakanan, elakkan pengambilan gula, lemak, dan garam, dan selalu bersenam. Menurut WHO lagi, bagi orang dewasa berumur 18 hingga 60 tahun, kita disarankan untuk bersenam selama 150 jam seminggu (senaman kadar sederhana). Atau 75 jam dalam seminggu jika senaman itu berintensiti tinggi.
Bagi pemain bola sepak profesional, 75 Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-38523830128111897042017-06-05T23:01:00.000+08:002017-06-05T23:01:17.474+08:00#66 Panas Dunia, Kononnya.
Petang tadi saya, isteri, dan anak kami ke bazar.
"Kenapa abang jalan laju sangat ni", isteri saya mengomel. Dia terpaksa mempercepatkan langkah.
"Panas", jawab saya sepatah.
Petang tadi memang terasa benar bahang dari sang matahari. Rasa kulit macam terbakar pun ada.
"Alaa bang, baru panas dunia", isteri saya cuba mengusik. Padahal dia pun dah mula berpeluh.
"Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-14886046675130260242017-06-04T22:44:00.003+08:002017-06-04T22:51:40.353+08:00#65 Apakah produk Anti-Kanser Dan Adakah Ia Berkesan?Antara penyakit yang paling ditakuti oleh setiap manusia ialah kanser. Dengar sahaja kanser, semua orang akan kecut perut. Jika lambat dirawat, pasti maut menjemput. Jika sembuh pun, pasti beribu-ribu wang habis. Adakalanya sampai terpaksa menggadai rumah, kereta dan juga tanah demi menampung kos rawatan. Hari ini sembuh pun, trauma dan kengerian itu akan tetap menghantui sampai ke hujung usia.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-41917355783730635772017-06-03T23:23:00.000+08:002017-06-03T23:23:01.904+08:00#64 Jangan Marah Dan 7 Cara Mengatasinya.Bismillah.
Kita masih terkejut dengan berita kematian seorang penuntut UPNM yang meninggal dunia kerana dibuli oleh rakan-rakannya. Sedang umat islam berbondong-bondong memenuhi surau dan masjid untuk solat tarawih, rupanya di dalam saf itu ada ibu bapa yang telah pun melahirkan seorang pembuli. Mungkin juga seorang pembunuh.
Ini bukan kali pertama kes buli membawa kepada kematian. Ini juga takAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-10420318541732091462017-06-02T15:03:00.000+08:002017-06-02T15:10:06.176+08:00#63 Gusi Sering Berdarah Petanda Penyakit BahayaBismillah. Hari ini saya nak kongsikan tentang satu penyakit yang sering berlaku tapi sering juga diabaikan, iaitu 'scurvy'. Scurvy ialah satu penyakit yang disebabkan oleh salur darah manusia mudah pecah lalu mengabitkan pendarahan, terutamanya di kawasan gusi.
Ini berlaku kerana kekurangan kandungan vitamin C (ascorbic acid) dalam badan. Kekurangan vitamin C ialah suatu masalah yang serius. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-23967407560919095452017-06-01T14:29:00.000+08:002017-06-01T15:15:24.886+08:00#62 Cara Membela Ikan HiasanAlhamdulillah, pagi ni saya lapang (free). Bukan bercuti, tapi kerja shif malam. Jadi pagi tadi saya dan isteri (Busyro pun ikut sama) bercadang untuk berkebun, sapu sampah dan mengemas rumah. Usai mencabut rumput dan berkebun, saya mencuci pula akuarium ikan.
Saya dan isteri sebenarnya dah lama nak membela haiwan peliharaan. Kami sama-sama sangat suka dengan kucing. Tapi dahulu kami tinggal di Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-9094343867033496936.post-45258444116953788642017-05-31T10:36:00.002+08:002017-05-31T11:42:38.270+08:00#61 Solat dan PuasaHairan juga ya. Kenapa masih ramai orang mampu berpuasa hampir 12 jam sehari tetapi tak mampu nak bersolat walaupun hanya 5 minit.
Kalau orang yang tak solat, tak mahu puasa, itu saya rasa munasabah juga. Mana tahu memang sifat dirinya yang tidak mahu mengikut agama. Tapi yang puasa tanpa solat, itu pelik.
Tapi tak bolehkah orang tak bersolat, mahu berpuasa?
Soalan ini sama macam, boleh ke Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/09505209279176268813noreply@blogger.com0