Geng Surau

Gelaran kaki surau/masjid pada satu ketika adalah satu gelaran yang mulia di mata masyarakat. Namun, zaman berubah. Gelaran 'kaki surau' ini sudah tidak lagi dipandang mulia. Sebaliknya, tidak sedikit yang memandang si kaki surau sebagai seseorang yang ketinggalan zaman, seolah-olah tinggal di dalam gua. Apa puncanya?

Mari menghayati masalah ini dengan kaca mata seorang remaja.

Secara asas, remajalah golongan yang paling sedikit terikat dengan masjid atau surau. Mana-mana tempat pun sama, kecuali di madrasah-madrasah. Golongan remaja memang kurang berminat dengan masjid.

Terlalu banyak punca dan sebab, tapi yang paling utama ialah kerana masjid dan surau tidak menjanjikan keseronokan. Fitrah remaja yang baru berjinak-jinak mengenal dunia, kita sukakan keseronokan. Dan tempat terakhir yang menjanjikan keseronokan dan hiburan adalah masjid. Itu pandangan kita, tidak semua tapi kebanyakan.

Salah!

Sejak dari dulu, kita berfikir begitu. Sebenarnya, masjid lah tempat yang paling menyeronokkan di dunia ini jika kita faham. Institusi masjid pada suatu masa dahulu, berfungsi seperti sebuah pusat pemerintahan kerajaan. Segalanya dilaksanakan di masjid, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara, dibincang dan kebanyakannya dilaksanakan di dalam kawasan masjid itu juga.

Tapi itu beratus tahun dahulu. Jika sekarang, pastinya tiada. Masjid sudah berada di antara tempat terakhir dalam senarai 'mesti kunjung', sebelum kubur atau neraka.

Saya jadi pelik sendiri. Manusia pandai berkata-kata. 'Saya cinta Allah !' 'Saya cinta Rasulallah !' 'Saya mahu jadi ahli syurga! '

tapi...kita tidak mahu jadi 'kaki surau'. Bukankah ada suatu hadis dari Abu Said al-Khudri- "Sesiapa yang mencintai masjid, Allah pasti mencintainya"- riwayat at-Tabrani. Kita bukan kanak-kanak, yang tak faham erti 'cinta masjid'. Pastinya 'cinta' ini tidak membawa maksud kita cium masjid. Cinta membawa pengertian, kita 'menghidupkan' masjid. Kita melazimi datang ke masjid dan melazimi ibadat di dalamnya.

Untuk bercakap secara teori, memang mudah. Tapi untuk melaksana, itu persoalan yang lain.

"Saya tiada masa!"  "Jauh!"  "Sama saja saya solat dirumah dengan di masjid!"  "Hey, at least i solat tau!"

Penat kalau kita melayan alasan orang. Alasan sibuk dan jauh itu sudah biasa. Jika sibuk, mustahil sepanjang minggu sibuk. Hari cuti, datanglah jenguk-jenguk juga. Kalau jarak jauh, bukannya tiada kereta. Berkira? Ketahuilah bahawa setiap langkah anda ke masjid, dibalas Allah dengan satu pahala, diampun satu dosa dan dinaikkan satu darjat. Kalau naik kereta? Sama! Allah balas juga!

"Solat di rumah sama saja!"

No! Tidak sama. Sama sekali tidak sama, kerana masjid sudah menjadi satu tempat untuk kita berjemaah. Bukan hanya solat berjemaah, tapi juga hidup dalam jemaah. Tempat kita berkenal-kenal, bertanya khabar, melaksanakan tanggungjawab sesama muslim dan bersilaturrahim. Jika tidak di masjid, mahu bertemu dimana lagi?

Salah satu punca kenaikan kadar jenayah tidak lain adalah kerana kita menjadi kera sumbang. Bagaimana tidak jadi kera sumbang nya, orang lain datang masjid, dia menyorok bawah ketiak isteri. Sombong!

"At least i solat".
 Ok..ok.. at least u solat juga kan, baguslah. Tapi i nak tanya u, dalam banyak-banyak orang, kenapa u nak ikut orang yang macam tu? Orang yang taknak solat berjemaah, tapi suka solat sorang-sorang. Kan ramai orang yang nak dan suka solat berjemaah, kenapa tidak mahu ikut? I tahu u tak tahu, sebab tu i nak bagitahu.

Yakinkah kita solat kita diterima? Siapa yakin, maka dia hebat. Boleh jadi wali, insyaAllah. Tapi wali band lah. Tipulah, jika kita kata kita dapat khusyuk 10 minit tanpa sedikitpun hati kita terdetik kepada benda lain. Saidina Ali r.a pun kalah dengan kita kalau macam tu!

Pernah suatu hari, Rasulallah membuat pengumuman, sesiapa yang dapat solat dengan khusyuk dari awal hingga akhir, akan dihadiahkan sesuatu. Lalu sahabat semuanya pun solat sunat 2 rakaat, tapi seorang pun tidak mampu solat dengan khusyuk dari awal sampai akhir. Lalu tiba giliran Ali r.a, beliau berwuduk dengan baik dan solat. Setelah selesai, Rasulallah pun beritahu bahawa Ali solat dengan khusyuk hinggakan baginda menyangka bahawa hadiah berupa baju perang itu akan menjadi milik Ali, tapi ketika di akhir-akhir solat, semasa dekat-dekat bagi salam, Ali terfikir apakah hadiah Rasulallah nak beri, lalu terus hilang khusyuknya. Sikit lagi!

Ketahuilah, solat yang tak khusyuk termasuk dalam kategori orang-orang yang lalai dalam sembahyang dan celaka. Bukti? Quran, Surah Al-Maun ayat 4 dan 5. Sebaliknya, jika kita solat berjemaah, insyaAllah Allah terima kerana peranan jemaah itu sendiri untuk menampung kecacatan yang ada. Banyak hadis menceritakan bahawa solat berjemaah diterima Allah dengan mudah, berbeza dengan solat sorang-sorang.

Bagi remaja, saya sangat galakkan kita mendaftar nama sebagai 'geng surau' kerana dengan itu, ada satu 'tali' yang akan mengikat kita daripada kita jatuh. Hidup ini seolah-olah berjalan di tepi gaung. Kalau kita tersilap pijak, boleh jatuh. Maka 'tali' inilah yang berperanan menghalang kita daripada jatuh.

Boleh lihat sendiri, bagaimana sikap orang yang jauh dengan masjid. Walaupun rumah sebelah masjid saja, tapi hidupnya tidak akan tenang, tidak akan bahagia, tidak diberkati dan sentiasa dalam masalah. Kerana, Allah tidak mencintainya, kerana dia tidak mencintai rumah-Nya.

Jangan tunggu, sampai orang cina masuk masjid, baru kita nak masuk masjid. Sebab takut tunggu punya tunggu, masjid pun roboh dimakan anai-anai. Anai-anai lebih warak, kerana tinggal dalam masjid. 24 jam, tapi malang jadi anai-anai, Allah tak akan hisab.

Kita Allah akan hisab, tapi masih kita 'malu' mendatangi rumah-Nya! Fikir-fikirkanlah. Sampai bila kita mahu memusuhi rumah Allah ?

InsyaAllah, dalam artikel selepas ini, saya akan membangkitkan isu jenayah ahli masjid. Tunggu, insyaAllah.
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

Salam,
bagaimana pula dengan pendapat bahawa Geng Surau mahu berkelompok dengan mereka sahaja dan terlalu judgemental kepada 'yang lain'?
ertinya kuat menghukum orang yang kurang berpegangan agama tanpa mendekati dengan cara berhemah....

Balas
avatar

stju dgn the poyo me...

skrg kte tgkl remaja memg jrg ke surau..
trmsukla ak...

Balas
avatar

kekadang niat nak gie surau pon salah, nak tunjuk mukaaa... addus lemahnya iman aku nih

Balas
avatar

salam,

biaq pi la org masjid tu nk b'kelompok. bukan dia yg bg pahala. hang pi aje la masjid tu, cari bekalan utk diri. selagi mampu. mula2 mungkin terasa mcm nk menunjuk pi masjid, tp lama2, insyaallah, ikhlas!

adik akak pernah kena halau dr masjid bila dia nk solat jemaah. alasan pakcik yg halau tu adik akak masih muda (form 5), tak layak. mmg ada 'hantu' rupa tu kat mana2pun. JGN PUTUS ASA! mcm iqbal kata, syurga Allah swt tu MAHAL harganya. bukan mudah nk b'juang!

Balas
avatar

Waktu ni lah student patut manfaatkan untuk jadi kaki surau..sbbnya kat ipt kan ada pusat islam or masjid untuk jadi rumah ketiga kan?...kalu boleh manfaatkan, beruntunglah mereka.. n_n

Balas
avatar

stuju dgn ckin kmbaq.

stuju dgn the poyo me.

ye saye gadis ordinary~

Balas
avatar

kenpa tidak anda ke surau dan join geng surau yang berkelompok tu??orang yg faham agam tahu hidup assobiyah itu salah:)

Balas
avatar

KAT TEMPAT AKU AKU TERPAKSA GENG NGAN ORANG TUA KAT SURAU ..SEBAB BEBUDAK MUDA PERGI MASJID LAGI BESO DAN CANTIK

Balas
avatar

knp kita nk prgi ke surau? itu yg perlu direflek kembali...

klu benar krnNya, ptut abaikn shj 'pndangn2' dr geng surau (jika ada)..

bhs mudah fhm.. xkn sbb pndgn2 mrk, kita xdpt nk msuk syurga? kn?

apapn, apa yg sy nmpak, geng2 surau ni, byk shj yg baik, merndah diri dsb..

kita, yg dpt kfahamn pntingnya utk hidupkn surau ni, xperlu nk tggu geng surau approach kita bru nk gi.. sbb klu diorg xapproach, kita gk yg rugi kn?

kfahamn agama, tnda Allah mahukn kbaikn kpd kita.. jdkn ia pkr bguna buat diri dgn mengamalkn ilmu yg ddapati..

~peringatan buat diri trutamanya..

jom gi surau.. =)

Balas
avatar

Sedih...Belum sepenuhnya menjadi ahli surau.Saya banyak sangat alasan.Padahal,terang-terang Allah cintakan ahli yang me cinta rumah-Nya...


Thanks Iqbal for this reminder.Tolong doakan saya.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443