#30 Panduan menjadi lelaki akhir zaman

Mari kita berlaku jujur dengan diri sendiri. Tak usah berbohong. Tak ada sesiapa pun yang kita nak tipu melainkan diri sendiri. Tanya diri, apa yang paling kita suka buat dan adakah perkara itu haram dan berdosa.

Siapa pun kita, kita tetap akan menyukai perkara-perkara ini. Sesiapa pun termasuklah budak tahfiz mahupun mat motor.

1- Perempuan.
2- Perempuan seksi atau pornografi.
3- Rokok dan vape
4- Banyak duit
5- Hobi.

Kita perlu jujur. Jangan hipokrit. Siapa lelaki yang tidak mahu ada teman wanita? Atau tak meminati wanita?

Semua orang akan ada dalam hatinya perasaan suka kepada perempuan. Boleh jadi kita terpikat kerana rupanya, perwatakannya, ataupun kebaikannya. Tapi adakah suka kepada perempuan atau ada teman wanita, hukumnya haram dan berdosa?

Belum tentu. Kita cuba untuk realistik. Mungkin sesetengah orang berkata yang 'couple' ini haram dan menjurus kepada zina hati. Tapi hari ini, seseorang tak perlu berjumpa secara fizikal tetapi sudah boleh berjumpa di alam maya. Facebook, instagram, weechat, whatsapp.

Mungkin zina fizikal dah tak berlaku, tapi zina maya mungkin sedang berlaku!

Maka untuk elakkan dosa yang lebih dasyat, maka jangan 'berdating'. Kalau 'terpaksa' (sebenarnya boleh sahaja tapi iyalah, iman tak kuat), maka keluar sekejap sahaja. Jangan berdua-duaan. Duduklah di tempat yang ramai orang.

Jaga tangan jangan sampai bersetuhan. Jaga pakaian, jangan sampai mengghairahkan.

Kerana kita kaum lelaki. Jujur sahaja, lelaki cenderung untuk memandang wanita sebagai objek seks.

Jujur sajalah, yang kadangkala mata kita boleh menembusi apa yang dipakai oleh mereka. Jujur jugalah yang hati kita kadang-kadang berdebar-bedar menahan hawa nafsu bila digoda mereka.

Wanita ialah bangsa yang mudah ditipu. Sedikit pujian, mereka boleh hilang pendirian. Hadiah, patung teddy bear, coklat, dan bunga, ah, bukan sedikit wanita yang hilang mahkota kerana hadiah semurah RM10 itu. Kadang-kadang modal air liur saja.

Jujur saja, memang kita suka. Kalau nampak perempuan seksi, hati meronta-ronta mahu terus memandang. Kalau nampak yang terbuka, sendi menggigil mahu melihat yang di dalam.

Tapi kita perlu ingat, itu semua dosa.

Allah tak pernah tidur. Dia NAMPAK ke semua.

Dia nampak kita mengintai, tapi dia juga nampak, kita berusaha mengalihkan mata dan pandangan.

Dia nampak kita menonton porno, tapi dia juga nampak kita struggle untuk menahan nafsu.

Mahu Allah lihat kita yang bagaimana?

Lelaki juga perlu jujur, yang rokok dan vape itu 'nikmat'. Lebih-lebih lagi selepas makan. Tak sah kalau tak merokok. Tetapi bagaimana kita mahu terus menipu diri sendiri dengan menyedapkan hati yang rokok dan vape ini tidak bahaya.

Jujurlah dengan diri. Jangan mencipta alasan lagi.

Kita memang manusia lemah. Cenderung untuk melakukan dosa. Tapi janganlah sampai;

1- Tak rasa malu langsung buat dosa
2- Berbangga buat dosa
3- Beritahu orang yang kita buat dosa
4- Tak ada rasa bersalah sedikit pun
5- Tak ada keinginan pun untuk tinggalkannya.

Moga Allah lembutkan hati kita untuk jujur dengan diri sendiri.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443