Emak, Ayah, dan sebotol Vivix.

Bismillah.

Sebenarnya saya nak cerita bagaimana saya boleh terjebak menjadi ahli Shaklee. Saya mula menjadi ahli Shaklee sejak bulan March 2017. Tapi mula-mula saya pakai sendiri dahulu produk Shaklee. Tak pernah berniat nak promote kepada orang. Masa kawan saya kata jadi member boleh buat bisnes, saya diam.

Dalam hati masih ragu-ragu. Ada ke orang nak cari barang Shaklee. Bagus sangat ke.

Tapi selepas sebulan mengguakan produk Shaklee, saya mula yakin dengan kebaikan dan keberkesanan produk Shaklee. Ceritanya bermula begini. Saya beli VIVIX TWIN PACK untuk ayah, ibu, dan isteri saya.

Hajatnya nak beli satu sahaja dulu. Nak cuba-cuba. Tapi kawan promote suruh beli 2 botol terus supaya dapat diskaun lebih daripada RM200 dan keahlian percuma bernilai RM80 serta cash rebat sebanyak RM38 (yang dikredit ke dalam akaun bank pada hujung bulan).

Wow berganda-ganda, berbaloi-baloi.

TESTIMONI AYAH DAN IBU SENDIRI.

Ayah saya ditakdirkan Allah, mengalami stroke pada awal bulan Feb. Kesannya, dia langsung tak boleh menggerakkan seluruh badannya kecuali tangan kanannya sahaja yang masih boleh berfungsi seperti biasa. Tangan kirinya juga tidak boleh diangkat, jauh sekali menanggung beban, Begitu juga kedua belah kakinya.

Maka semenjak hari itu, dia cuma mampu berbaring sahaja. Nak makan perlu disuap. Nak bersolat perlu diwudukkan. Nak berak, kencing, semuanya dalam pampers dan dibersihkan oleh saya dan ibu.

Jadi sebagai langkah ikhiar, kami buat 3 perkara. Iaitu bawa berjumpa doktor, bawakan tukang urut, dan beri suppliment VIVIX.

Bawa jumpa doktor, doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan ubat kolestrol. Tak banyak yang boleh membantu. Bawa jumpa tukang urut, pun adalah dua atau tiga sesi urutan. Tu pun menjerit-jerit ayah sakit diurut. Dan dalam masa yang sama, setiap pagi kami akan berikannya satu sudu vivix.

Selepas seminggu, kami mula nampak perubahan beliau. Bayangkan, daripada terbaring tanpa mampu berbuat apa-apa, kini dia sudah boleh bangkit sendiri untuk duduk. Dan tangan kirinya juga sudah tidak sakit dan mampu diangkat (walaupun masih sangat lemah untuk memikul beban). Comparing (membandingkan) keadaan dia pada mula-mula sakit dengan keadaannya selepas kami ikhtiar, sudah tentu kita boleh katakan ini juga ialah sebuah kejayaan.

Lebih-lebih lagi umur ayah sudah menjangkau 73 tahun. Keuzuran pada tubuhnya ialah lumrah. Mungkin mustahil untuk kita menghalang proses penuaan, tapi setidaknya kesannya dapat kita kawal.

IBU JUGA MAKAN VIVIX.

Mak saya pun makan Vivix juga. Sebab dia ialah orang yang paling banyak menguruskan ayah yang terbaring, maka kami merasa yang dia juga wajib mengambil suppliment kesihatan. Tambahan pula usianya juga sudah melewati penghujung 60-an.

Apa yang kami dapati, mak selalu berkata dia bersyukur kerana ada Vivix. Antara yang dia pernah beritahu adalah, badannya sudah tidak cepat penat lagi seperti dahulu dan sakit pada bahagian belakang dan pinggangnya sudah tiada.

Jika dahulu, tunduk mengambil air sembahyang pun belakang badan dan pinggangnya sudah sakit tapi kini tidak lagi. Kelmarin, dia memberitahu botol Vivixnya sudah habis. Jadi saya mengambil keputusan untuk membelikannya sebotol lagi Vivix. Supaya badannya makin sihat, makin bertenaga, dan makin kuat untuk menghadapi 30 hari Ramadhan yang mencabar ini.

Harapan kami supaya dia mampu menghabiskan 20 rakaat tarawih tiap malam tanpa banyak masalah. Badan sihat, nak ibadah pun senang.

HADIAHKAN MEREKA DENGAN VIVIX.

Bila sudah tua, macam-macam masalah kesihatan akan timbul. Cuma serius atau tidak sahaja. Ada yang ditimpa penyakit, tapi ada yang tidak. Tapi walau bagaimapun, tetap badan akan mengalami sakit, lemah, letih, penat, dan seumpamanya. Tubuh badan yang sudah 60-70 tahun bekerja, akhirnya akan lemah juga. Serupa dengan mesin yang ON bertahun-tahun lamanya. Mesti akan ada 'ware and tear'.

Kerana itulah suppliment Vivix ini sangat diperlukan. Vivix ialah hasil kajian para saintis dengan cara mencerap kandungan Resveratrol daripada tumbuh-tumbuhan seperti Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Kesemua tumbuhan itu mengandungi kandungan anti oksidan yang sangat tinggi yang tidak akan kita dapati daripada bahan lain. 

Vivix juga berfungsi untuk menguatkan setiap sel dalam badan dan menguatkan DNA tubuh dengan cara menguatkan 'telomere' atau 'pengikat (cap) pada DNA dan sel supaya kita terlindung dan selamat daripada kerosakan akibat usia dan serangan daripada radikal bebas. Ia ibarat 'aging clock' pada setiap manusia. Sebab tu ada orang umur 80 tahun masih kuat, tapi ada yang baru 50 tahun sudahpun solat atas kerusi. Perbezaan ini sebenarnya ialah perbezaan pada kekuatan dan kesihatan 'telomere' tubuh.

Semua dakwaan ini disokong dengan kajian klinikal dan 'landmark study' yang dibuat oleh Dr Elizabeth Blackburn, pemenenang anugerah Nobel Prize For Medicine pada tahun 2009. Dalam kajiannya, dia menyimpulkan bahawa pengguna Vivix yang mengamalkan resveratrol selama 5 tahun dapat melambatkan pemendekan telomeres mereka sehingga 40% berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. 
Sebab tu ada yang kata Vivix ni anti-ageing product. Tapi sebagai umat Islam, kita wajib beriman dengan takdir. Tapi dalam masa yang sama, kita dilarang menyerahkan takdir kita untuk dikoyak dan dirobek-robek oleh kedegilan dan ego kita.

Usaha itu wajib. Ikhtiar itu wajib. Tapi redha, pasrah, juga wajib.

Syukur alhamdulillah. Asbab daripada Vivix, mak dan ayah saya makin sihat, bertenaga, dan kuat. Nak solat lama-lama pun dah tak jadi masalah. 

Kalau berminat nak dapatkan Vivix, boleh PM saya atau whatsapp sahaja 0136852443 atau klik di sini.

Sebotol Vivix ni boleh tahan untuk 1 hingga 2 bulan. Mak saya haritu pakai hampir 2 bulan baru habis sebotol. Jadi memang tak rugi kita membuat pelaburan kepada kesihatan diri dan juga ahli keluarga kita.

Semoga Allah merahmati kita, dan ibu yang melahirkan, juga ayah yang membesarkan. Jasa mereka tidak terbalas. Hadiahkan mereka Vivix, dan lihat mereka tersenyum berterima kasih kepada kita (walaupun kita yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka).


Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Semoga mak ayah kamu akan terus sihat..InsyaAllah..aminnn..

jemput singgah www.eanaaziz.blogspot.my

Balas
avatar

Alhamdulillah...
Semoga dapat kesihatan yang baik berpanjangan.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443