Wajah baru: Bayyinat

Berubah
Anda perasan tak beberapa perubahan pada blog ini?Pertama sekali ialah nama blog ini bukan lagi Pondok Cinta,sebaliknya ialah Bayyinat.Dan perubahan kedua ialah blog header yang sangat comel itu.Comel kan?Comel lah sebab bukan saya yang buat,tapi assistant saya yang buatkan.Haha.Ops,bukan assistant tapi sahabat yang sangat baik hati,sudi tolong buatkan.

Credit to Rina yang bersusah payah tolong buatkan untuk saya.Ceritanya begini,saya YM dia malam kelmarin minta dia tolong ajarkan cara menggunakan sofware adobe photoshop dan photoscape sebab dia memang pakar.Alih-alih dia offerkan diri untuk tolong buatkan.Terima kasih Rina!

Bayyinat
Mengapa Bayyinat?Sebenarnya saya dah lama jatuh cinta dengan bayyinat.Dalam Al-Quran,bayyinat membawa maksud penjelasan. Dan perkataan bayyinat ini boleh kita jumpa pada surah Al-Baqarah ayat 185-"Bulan Ramadhan ialah bulan di mana di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan berkenaan dgn petunjuk itu dan pembeza antara yang hak dan batil".

Selain daripada 2;185 ,kita juga boleh lihat perkataan bayyinat dalam surah An-Nur ayat 18-"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".

Sebelum saya pergi lebih jauh,suka untuk saya menyelitkan beberapa tafsiran ulama terhadap perkataan bayyinat.
  • Imam Al-Asfahani-"Bayyinat ialah tarbiyyah dan bimbingan"
  • Ibnu Mas'ud-'Bayyinat ialah bukti'
  • Ibnu Umar-'Bayyinat ialah keterangan'
  • Imam Ibnu Qatil-'Bayyinay itu ialah perjuangan'
  • Imam Al-Mujahid-"Bayyinat ialah ilmu'
 iqbalsyarie?-bayyinat ialah keindahan al-quran!

Penerangan
Sejak saya kecil hinggalah saya dewasa,saya agak suka membaca.Masa saya kecil,saya sgt suka membaca komik.Asal saja keluar ke bandar,pasti saya mahu ibu saya belikan saya komik hinggakan koleksi komik pada zaman saya kanak-kanak sudah menjadi sampai berkotak-kotak banyaknya!Meninggat usia remaja,saya mula membaca majalah.Majalah yang biasa-biasa pastinya seperti kreko,dan minat ini terhenti dgn tamatnya zaman persekolahan saya.

Dan kini,saya kembali minat membaca dan apa yang saya baca sekarang ternyata luar biasa.Allah sebut dalam surah al-baqarah ayat 2- "kitab ini tiada keraguan di dalamnya".Saya tertanya-tanya,mengapa tidak Allah sebutkan saja al-Quran ini,mengapa harus Allah sebut kitab ini?

Ini adalah kerana Allah mahu menyedarkan kita bahawa tiada sebuah kitab(bahan bacaan) pun yang lebih baik daripada al-Quran itu.Allah juga mahu sedarkan kita bahawa al-Quran ialah kitab,dan kitab harus dibaca dan ditulis.Ia sumber ilmu dan dalam al-Quran,semua isinya benar.Tiada satu percanggahan dan setiap perkataan di dalamnya ialah magik.Sangat memukau!

Nikmat Yang Hilang
Aneh sekali kerana zaman kini,kita masih membaca al-Quran tapi kesannya terhadap diri kita tak jelas.Ya.Kita masih membaca al-Quran yg sama bahkan kini lebih cantik,tapi kita seperti hanya membaca.Hanya membaca tanpa kefahaman.Lalu,jadilah kita seperti orang-orang yang membaca surat khabar,apabila gatal punggung,digaru.Apabila sakit jerawat,dipicit.Al-Quran dilayan seperti 'biasa-biasa' saja.

Yang kita pegang itu bukan sekadar lembaran kertas-kertas yg dibukukan menjadi sebuah kitab,sebaliknya apa yang kita pegang itu ialah amanah.Suatu amanah yang Allah turunkan kpd manusia yg jika ia diturunkan kepada gunung-ganang,leburlah mereka kerana 'berat' nya al-Quran itu!

Peristiwa ini dirakamkan dalam ayat 72 surah Al-Ahzaab: 'Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit,bumi serta gunung-ganang,tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan pada ketika itu manusia sanggup memikulnya.Sungguh,manusia itu sgt zalim dan sgt bodoh(cuai dlm memikul amanah al-Quran).'

Beza Pondok Cinta dengan Bayyinat
Jika dahulu,saya menyatakan bahawa saya syg anda kerana Allah(dlm header pondok cinta) tapi pada header baru,saya selitkan firmanNya yg bermaksud -"Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepada kamu".InsyaAllah tidak akan banyak perubahan pada blog saya.Saya masih mengekalkan tema cinta saya kepada anda kerana Allah kerana ia adalah tema ukhwah yang memberi saya kekuatan untuk menegur.

Saya pernah katakan tentang ia di dalam entry ini-saya syg anda kerana Allah
Bila saya baca hadis ni,saya terasa pedas~Kiranya sy ni mcm terlalu pentingkan diri.Saya pernah bertanya kawan saya,kenapa tak kejut housemate bangun subuh?jawapannya-'dia dah besar.Bangun sendiri la.'Jawapan yg terlalu bersifat individualistik.Takde rasa kasihan dan mahu membantu.Dan paling teruk takde rasa bersalah melihat kemungkaran.Saya sendiri ada 1001 cerita dlm mengejut org solat subuh.Jgn tak percaya,rumah org lain pun saya kasi 'gegar'.Wahaha..Setakat kejut dgn call telefon pun selalu gak. [Sorry guys kacau tido korang.Kalau aku tak sayang,aku tak peduli dah korang semayang ke tak.Tapi aku sayang korang...sory ea]

Apakah mungkin kita boleh merasa hebat boleh solat 5 waktu berjemaah,sedangkan org terdekat dgn kita solat 5 waktu pun ada yg tepaksa di qada'? Atau apakah mungkin kita gembira dpt bertilawah 1 juzuk sehari,sedangkan teman-teman rapat kita ada yg tak reti membaca Al-Quran?
Hah...itu sedutan daripada entry itu,kalau nak tahu lebih lanjut,klik di sini.Saya syg anda kerana Allah

Kesimpulan
Saya teruja apabila saintis-saintis Barat yg rata-rata mereka ialah non-muslim mengkaji Al-Quran dan mereka bertemu dgn banyak fakta sains dalam al-Quran,walaupun al-Quran telah didatangkan 1400 tahun dahulu.Syukur,ramai mereka yang terus saja beriman.

Dalam masalah sains,dunia merujuk kepada al-Quran.Tapi dalam masalah sosial,al-Quran masih asing.Sedangkan masalah sains pun ada jawapannya dalam al-Quran,mengapa kita merasa tak yakin terhadap penyelesaian masalah sosial sedangkan 1400 tahun dahulu,penyelesaian ini telah terbukti berjaya menyelesaikan segala masalah itu!

InsyaAllah,jika hari ini kita masih belum dapat menghayati keindahan al-Quran,saya harap dalam beberapa entry akan datang,kemanisan dan keindahan itu sedikit demi sedikit dapat kita nikmati kerana kita sekarang bukan lagi membaca kosong,sebaliknya kita melihat bayyinat itu.Sekilas,Quran bukan hanya untuk dibaca,tapi untuk dihayati dan diamal.

Tuhan,kami perlukan bayyinat !
Previous
Next Post »
36 Komentar
avatar

is reading with tafsir alquran will help?

Balas
avatar

keterangan ke penjelasan ni..?

kadang2 baca tafsir pun susa nak faham huhu

Balas
avatar

Terima kasih atas perkongsian yg amat bermanfaat ini.

Bayyinat dari segi bahasanya ialah keterangan atau penjelasan.

Ya, Allah telah menjelaskan segala formula untuk menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat di dalam kalam-Nya.

"udkhulu fis silmi kaaffah" ( masuklah ke dlm islam secara menyeluruh)

Balas
avatar

ye,betul2...
kte selalu je bce Al-Quran,tpi sekadar bace je...
setiap waktu kot bace tpi tk pernh nk memahami ayat2 yg dbace...huhu..
teruknye driku ini...
sbb tu laa kot,tk de tawaduk dlm dri kn...??
semoga penyampaian iqbal blh memberi seribu manfaat kepade pembace ye...
;)

Balas
avatar

wah
header baru
comel plak header
tahniah pada yang buat header nih

P/S : Jom Makan 'SAQ'

Balas
avatar

(1)-rina-
alaaah...boleh la dapat 1st,sbb da taw saya mesti cerita pasal bayyinat ari ni kan?haha

Keterangan dan penjelasan itu sama la.Baca tafsir pun susah nak faham?yup..tak dinafikan.sbb itulah kita perlu kpd 'tadabbur'.

Org yg tadabbur al-Quran ini seumpama org yg layan cerita hindustan.Mereka akan menangis bila sampai part yg sedih.Mereka akan ketawa bila sampai part yg lawak,dan mereka akan senym bula sampai part yg seronok.

Tadabbur(menghayati) al-Quran juga sama.Kita mmg tak boleh nak tadabbur secara sendirian kerana dalam al-Quran,ada ayat yg muhkamat(ayat jelas,yg maksudnya direct) dan ayat mutasyabihat(maksudnya mendalam dan perlu kpd huraian ulama).

Tapi percayalah,selagi mana kita tak mendalami Quran,selama itulah kita tak nampak indahnya Quran.

:)



(2)-PinQib-
Surely it helps a lot,rather than just read without we know what al-Quran try to tells us.


(3)-shameel iskandar
Sama-sama cikgu :)
Formula itulah yg saya harap,saya mampu hayati dan ajak kwn-kwn saya utk sama-sama hayati.


(4)-nur aisya
Al-Quran ialah kitab ilmu dan kunci segala ilmu.Beruntung org yg baca,tapi lebih beruntung org yg faham.Tapi paling beruntung org yg amalkan ajaran Quran itu.


(5)-Hans
Jgn puji banyak sgt,nanti org tu bangga.hahaha..gurau~yup..thanks bro

Balas
avatar

bagus2..
header baru..semangat baru!
hehehehe..
comel la budak tue..
hehehehee
yup..better gne bayyinat...
penjelasan...mmg ssuai dgn entri kamu :)

Balas
avatar

hebat ustaz...blh jadi editor mjalah solusi nih..

Balas
avatar

cantik header baru..

bayyinat..baru tau maksudnya..;)

moga suksis iqbal...

Balas
avatar

Alhamdulillah. Semoga terus menyampaikan apa yang patut disampaikan.

Balas
avatar

bayyinat
sgt best
semoga sentiasa berterusan

nis suka & akan setia ke sini!
(:

Balas
avatar

(6)-Nas
Semangat Ramadhan yg masih berbaki.haha
Erm,budak tu comel kan?haha...anak arab kot..gmbar ambil dari google je.


(7)-Pencacai Alim
Ko ni merepek laa..taknak la jadi editor.jd blogger gak best.hahaa


(8)-Mawaddah
Yes..semoga ada kebaikan :)


(9)-aidil
InsyaAllah.Terima kasih berkunjung sini


(10)-Nis
Kesetian anda kamu hargai.hehehehe

Balas
avatar

banyak ustaz kabo, quran sekarang 'suci dalam debu'. tapi menelaah quran kena berguru takut sesat, baca tafsir bagus tapi yang baru belajo tu sebaiknya jangan membuat keputusan sendiri, tak bule le kita suka-suka mentafsir jika tak faham baik kita bertanya pada orang yang tau. sekarang ni banyak orang/organisasi bercakap dengan sedikit ayat quran untuk menjadi hujah lepas tu mula la merepek-repek kononnya mereka hebat... semoga kita terjauh daripada menjadi orang yang menjual agama kerana keuntungan sendiri...

koi sokong oak dan doakan semoga berjaya dengan dakwah yang simple begini

Balas
avatar

sy pun sudah jatuh cinta pasa bayyinat..hee
boleh x letak name ank nur bayyinat..:P

*teruskan usha iqbal!nak mencari orang yang suka mengajak kepda kebaikan tu pyh kan..

Balas
avatar

Salam Iqbal.

Al-Quran jika tak diikut seumpama dapat kereta Jaguar disimpan sahaja di porch kerana sayang.. seumpama beli laptop dibuat hiasan atau ada hand pone yang canggih tp guna buat sms sahaja.

Mudah2an ramai antara kita yang menyedari hakikat ini.

Balas
avatar

(11)-Kami
Hehe..dah tukar,tapi bukan saya buat.Tu pasal ia cantik.kalau saya yg buat,mmg buruk lah :(


(12)-Cemomoi
Sgt bersetuju dgn abg.Al-Quran itu sendiri ada ayat muhkamat(jelas) dan ayat mutasyabihat(sama-samar) dan ayat ini memerlukan penafsiran alim-ulama dan kita takleh sesuka hati tafsir.InsyaAllah rujukan saya ialah alim ulama yg faqeh :)



(13)-echah
Tak susah sbb fitrah manusia ialah suka kpd kebaikan,suka kpd keimanan dan tak suka benda2 jahat ni.Ini Allah sebut dlm surah al-hujurat ayat 7.Tapi disebabkan gelapnya hati,maka kite tak rasa interested dlm kebaikan,dan kita mula melanggar fitrah~


(14)-Werdah
InsyaAllah.Tugas kita yg faham lah utk memahamkan mereka yang belum :)

Balas
avatar

comel header baru..dak kecik tu pon comei..:)

Balas
avatar

ouh2... gitu...paham2.
sy kat hostel pn tekan siren lame2 nak kasi satu hostel bgn..
:D

Balas
avatar

mana ada puji banyak
sikit jer maaa
hahaha

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

Balas
avatar

semoga terus istiqamah menulis dan menyebarkan ilmu..mudah2han bertambah erat lah ukkhuwah kita walaupun kita tidak pernah bersua muka..mudah-mudahan kita berjumpa satu hari nanti..andai tidak disini, moga-moga di sana...:)

Balas
avatar

(15)-Asmidar
Comel kan?hihi...sbb bukan saya buat ;D


(16)-Diba Chan
Kerana rasa tanggungjwb,kdg kita perlu dibenci...mybe?


(17)-Hans
hehe..aku dah komen dah...mmg tersentap tengok video tu!


(18)-Nazrul Fadzli
InsyaAllah.Hajatnya begitu,moga2 Allah makbulkan.Mbruk syeikh!

Balas
avatar

bro, tengs. gua rasa something lepas baca entri ni. tengs bro.

Balas
avatar

suka header!
iqbal!
keep on writing.
kdg kdg org singgah baca tapi tak komen!
:))

Balas
avatar

apa yg merepeknya..tul apa..bile ko dh glamer aku jemputla ko jd pnceramah kt masjid umh aku..hakhak

p/s: meh baca citer pasal kawan

Balas
avatar

Tak kisahlah pondok cinta atau bayyinat.As long as the writter of thiz is Iqbal.

Setiap tulisan kamu bawa manfaat pd yg membaca.Teruskan.Dakwah bil qalam~

Balas
avatar

comel header..
teruskan penulisan mcm biasa.pasti ada mata yg menbaca =)

Balas
avatar

(19)-sastraboy
TQ juga bro sbb dtg blog aku yg tak seberapa ni.Selalulah berkunjung kesini.InsyaAllah kita sama-sama beroleh kebaikan :)


(20)-reen
Dan reen ialah salah sorg daripada mereka~hahaha...ok,TQ reen.Moga kebaikan dikurniakan Allah kpd kita :)


(21)-Pencacai Alim
haha..entah bila la tu bro..haha


(22)-Fatin
Terima kasih kerana sentiasa ke sini.Kebaikan juga utk anda,insyaAllah


(23)-amirah
InsyaAllah.terima kasih amirah :)

Balas
avatar

wah
hang siap ulas satu2 lagi pasal iklan tu kan
bagus betul

P/S : Aku Maluuu

Balas
avatar

cantik header atas tu..
budak tu comel...he3

Balas
avatar

best! sgt.. my fav.entry after aku bkn yusuf? :)

insyaallah, pasni, nak salu bace tafsir..mudah2an dapat pemahaman yg detail. nice entry.seyes! hmm..tq.

Balas
avatar

(24)-Hans
Aku copy jaaa :D


(25)-Hani
Cantik kan...budak tu comel sbb tu dia ada kat dlm google.haha


(26)-fisha
Mudah-mudahan bermanfaat~InsyaAllah :)

Balas
avatar

ok. macy terima alasannya~

Balas
avatar

Al-Quran bukan sekadar utk dibaca sebagai rutin harian.huhu.tp kdg2 baca still xde 'rasa'.owh.rasa.datanglah selalu.='(

Balas
avatar

(27)-maCy
Terima kasih!


(28)-anayilz
usaha la..smapai dtg rasa~kena banyak belajar lagi..saya pun..masih banyak perlu belajar..huhu

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443