Omega Guard legakan sakit tumit suri rumah

Bismillah. Assalamualaikum.

Haritu saya sempat berkongsi dengan seorang akak ni tentang kebaikan Shaklee. Kebetulan masa tu Kak Ina mengadu dia sakit tumit. Tiap kali bangun pagi dia akan rasa pedih dan susah berjalan. Jadi dia tanyakan saya apa suppliment yang sesuai.

Kak Ina ni bekas jiran saya masa saya menyewa di apartment Subang Suria. Tahun 2012 kalau tak silap. Dia dan suaminya, Abang Dino memang jiran yang baik. Beruntung kami ada jiran seperti mereka. Pemurah dan suka memberi. Selalu kami dapat makan sedap-sedap. Hehehe.

Ok nak sambung cerita. Saya cadangkan kepadanya untuk ambil Omega Guard sebagai suppliment untuk membantu kesihatan beliau.

Apa kebaikan Omega Guard Shaklee?

Satu kajian pernah dijalankan pada tahun 1970 kepada penduduk yang tinggal di kawasan beriklim sejuk di Greenland, Denmark dan di Amerika Utara. Para saintis dapati yang penduduk di Greenland tidak mengalami masalah jantung dan paras kolestrol mereka sangat memberansangkan. Tidak seperti sahabat mereka di Amerika Utara, yang mengalami banyak masalah kesihatan.

Rupa-rupanya mereka dapati yang menjadi perbezaan antara kedua kumpulan ini adalah diet mereka. Penduduk di Greenland bekerja sebagai nelayan. Diet mereka hanyalah ikan-ikan yang mereka tangkap di laut manakala penduduk di Amerika Utara rata-ratanya ialah pemburu jadi diet mereka lebih kepada daging merah.

Lalu mereka pun membuat kajian, bagaimana memakan ikan di lautan sejuk dapat membantu kesihatan jantung dan tekanan darah manusia.

Akhirnya mereka dapati yang ikan-ikan laut sejuk itu semuanya kaya dengan Omega 3, iaitu salah satu komponen fatty asid yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sebaliknya ia hanya boleh didapati melalui pemakanan kita.

Komponen DHA dan EPA yang ada dalam Omega Guard mempunya banyak manfaat. Antaranya adalah;

- Menghalang risiko penyakit berkaitan dengan pembuluh darah seperti stroke. Omega 3 kaya dengan DHA dan EPA untuk menghalang 'thrombosis', tekanan darah yang tinggi, dan juga akan mengurangkan kepekatan darah. Dalam masa yang sama, akan membantu peredaran darah yang normal.

- Menurunkan kadar kolestrol dan juga menghalang darah daripada beku.

- kandungan DHA yang terdapat dalam omega 3 ini juga membantu perkembangan otak dan memori terutamanya bagi bayi di dalam kandungan dan juga kanak-kanak. Justeru kanak-kanak akan jadi semakin cerdas dan pintar.

- Meningkatkan imuniti daripada serangan penyakit.

- Bahkan terdapat kajian kecil yang mengaitkan omega 3 sebagai anti-kanser.

- Membantu kesihatan sendi, tulang rawan, otot, dan juga tulang.

- Membantu merawat insomnia, tekanan perasaan, dan mengelakkan stress.

- Dan lain-lain kebaikan.

Setakat hari ini, dah ada beberapa orang yang ambil Omega Guard daripada saya selain Kak Ina. Ada yang belikannya untuk ayah mereka yang sering sakit lutut. Nak solat pun kena pakai kerusi. Sebagai anak, takkanlah kita tidak kasihan. Tapi Alhamdulillah tak rugi beli. Pelaburan kesihatan yang sangat berbaloi.

Ibu hamil, menyusukan anak, kanak-kanak, orang yang nak kurus (hormon leptine boleh mengawal selera makan) dan pesakit asma dan batuk, sangat perlu untuk ambil Omega Guard ini. Sebab tu saya rasa satu rumah wajib ada satu kotak Omega Guard kerana semua orang boleh dan perlukannya! Tak mahal pun.


Ingat, kesihatan itu nikmat yang Allah perintahkan supaya kita jaga. Kalau dah sakit teruk dan kronik, maka masa tu dah susah. Tapi jangan khuatir. Allah Maha Kuasa. DIA beri sakit, DIA lah yang beri kesembuhan.

Kalau berminat nak tahu lebih dalam pasal Omega Guard, sila whatsapp saya di 013-6852443 atau boleh emel ke iqbalsyarie@gmail.com.

013.685.2443.
Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443