Kata-kata yang berbaur emosi itu memang tajam. Ia sebuah ugutan yang wajar ditakuti, kerana ia bukan keluar daripada mulut seorang penoreh getah sebaliknya daripada mulut seorang menteri yang memegang tampuk pemerintahan ketika ini.
Lalu, saya terfikir. Apa akan jadi jika sekiranya kata-kata bernada begitu, tidak lagi diucap oleh manusia sebaliknya daripada Allah yang Maha Berkuasa?
"Sesiapa yang melawan Aku, silakan keluar dari bumi-Ku. Manusia yang ingkar, yang derhaka seperti kamu tidak diperlukan di atas muka bumi-Ku!"
Jika Allah beremosi sebegitu, lalu bagaimana? Boleh dan mampu lagi tak kita tersenyum?
Jika di dunia kita dihalau, kita boleh jadi seperti pembunuh Altantuya. Sudah terang melakukan jenayah, mengupah orang untuk menembak dan mengebom mayat mangsa dengan bom C4, pun ada 'tangan ghaib' yang mampu menghalang hukum bunuh. Lelaki yang mengupah itu sepatutnya dihukum gantung sampai jadi 'bangkai', tetapi dia dibuang negeri pula. 'Tangan ghaib' membantu dia lepas!
Itu hukum dunia. Tak dapat duduk Malaysia, boleh duduk Indonesia. Tapi jika hukum Allah, bagaimana?
Kita pastut bersyukur. Kita banyak maksiat. Kita banyak melawan Allah. Allah kata haram, kita main bedal, asal boleh. Allah kata wajib buat, kita lambat-lambat sahaja menyahut seakan-akan suatu perintah dari-Nya itu rendah nilainya.
Kita patut insaf. Jangan tunggu Allah murka, kerana bila Allah murka, itu tandanya kita sudah terbinasa hingga tiada yang tersisa!
6 Komentar
marah bebenor nampaknya ni
Balasentry ni wat terfikir sejenak..
Balassyukran di atas perk0ngsian...
Balasm0ga thabat dalm bertinta...=)
Assalammualaikum... ada betulnya apa yg saudara katakan... sesungguhnya Allah maha menyayangi makhluknya... ni apatah lagimakhluknya yg bersikap angkuh dan sombng... alhamdulillah moga sama2 kita kecapi hidayahnya...
BalasErm... Takut jugak.. kalau la Allah membenci saya. Dan halau saya daripada buminya... ke mana lagi harus saya pegi.. astagfirullah al azim.
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443