#65 Apakah produk Anti-Kanser Dan Adakah Ia Berkesan?

Antara penyakit yang paling ditakuti oleh setiap manusia ialah kanser. Dengar sahaja kanser, semua orang akan kecut perut. Jika lambat dirawat, pasti maut menjemput. Jika sembuh pun, pasti beribu-ribu wang habis. Adakalanya sampai terpaksa menggadai rumah, kereta dan juga tanah demi menampung kos rawatan. Hari ini sembuh pun, trauma dan kengerian itu akan tetap menghantui sampai ke hujung usia.

Nauzubillah. Sama-samalah kita berdoa agar kita dijauhi daripada penyakit yang amat bahaya ini.

Namun begitu, sering kita dengar claim daripada pihak-pihak yang kononnya mereka mampu merawat kanser. Tak kurang juga yang mendakwa mereka memiliki produk yang mampu mencegah kanser atau anti-kanser. Sejauh mana kebenaran mereka, kitalah yang perlu mengkajinya.

Dalam banyak-banyak produk di pasaran yang datang dengan label 'anti-kanser', hanya ada satu sahaja produk yang berani tampil bersama journal dan kajian klinikal bagi membuktikan keberkesanannya, iaitu Vivix Shaklee. (Walapun kami di Shaklee tak pernah mendakwa produk kami boleh merawat apa-apa).

Bukan hanya modal air liur, tapi pihak Shaklee komited menjalankan kajian sendiri dan menaja pihak-pihak farmasiutikal dan ahli sains untuk menambah baik kualiti hidup manusia.

Para saintis telah menemukan fenomena 'the french paradox', iaitu suatu pemerhatian yang dibuat tentang kehidupan orang Perancis yang rakyat mereka banyak mengambil bahan berlemak dan berkolestrol tinggi, tetapi amat jarang terkena penyakit-penyakit kardiovaskular.

Mengapa perkara sedemikian boleh berlaku?

Jawabnya, kerana mereka (orang perancis) amat menggemari wain merah (red wain). Hasil kajian terhadap wain merah mendapati kandungan resveratrol yang tinggi di dalamnya berupaya mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular, sekalipun mereka makan banyak makanan berlemak.
Red Wine
Resveratrol terbukti sebagai ajen anti-oksida yang sangat baik. Ia juga terbukti sebagai satu bahan yang sangat baik kepada pesakit kencing manis kerana kemampuannya untuk meningkatkan keupayaan insulin untuk memproses glukos, di samping membantu untuk mengelakkan darah daripada mudah beku.

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) pada tahun 2004, menunjukkan bahawa resveratrol berupaya untuk merencatkan perkembangan (suppress proliferation) pada sel tumor dan kanser.

Antaranya lymphoid dan myeloid cancers, multiple myeloma, kanser payudara, kanser prostate, kanser perut, colon, pancreas, thyroid, kanser ovari dan cervical carcinoma.

(Maaf sebab ada antaranya saya tak boleh nak terjemahkan ke dalam bahasa malaysia)

Resveratrol banyak ditemui dalam tumbuhan dan buah-buahan. Antara buah yang paling kaya dengan resveratrol ialah anggur muskadine (atau juga dipanggil anggur muskat) dan juga japanese knotweed (Polygonum cuspidatum).
Polygonum cuspidatum
Anggur muskadine
Malangnya buah dan pokok ini sukar untuk ditemui. Namun begitu, pihak Shaklee telah berusaha keras bagi menghasilkan sebatian resveratrol untuk memudahkan kita mengambil manfaatnya. Semua bahan mentah itu diproses dan diekstark menjadikan sebotol Vivix, yang pekat dan kaya dengan kandungan resveratrol.  

Banyak makanan tambahan berasaskan resveratrol di pasaran. Tapi proses pengilangan dan ekstrak yang berbeza-beza ini menyebabkan kandungan dan kualitinya juga tidak mungkin sama. Sebab itu jugalah Vivix  tidak sama dengan supplimen yang lain. Manfaat daripada resveratrol ini terlalu rugi jika kita abaikan.

Mari hadiahkan diri kita sebotol Vivix untuk kegunaan setiap hari. Kerana petanda kita sayang diri kita bukanlah dengan kita makan makanan yang sedap-sedap, tetapi ialah dengan memakan makanan yang sihat dan menyihatkan.
Terlalu banyak testimoni bagaimana Vivix berjaya membantu ramai pesakit kanser untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Bahkan ramai juga pesakit kencing manis yang berjaya dibantu oleh resveratrol ini.

Inilah nikmat dan anugerah daripada Allah kepada manusia. Siapa sangka, sebiji anggur yang kita rasa tidak seberapa itu sebenarnya memiliki rahmat yang besar daripada Tuhan.

Tak rugi sihat dengan Vivix. 

Yang rugi, kita membiarkan kita dibinasa oleh kerana tangan kita sendiri.








Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443