Sy ada 6 orang adik-beradik.Saya yg bongsu.Minggu lepas,sy dikejutkan dgn panggilan telefon dari abg ipar sy,"Pok Su,pegi packing barang cepat.Abg Izan da dekat Ara ni.Kita pegi hospital,kak Ida koma".Itulah perkataan yg masuk dalam telinga sy yg melenyapkan,menghapuskan mengantuk saya pagi tu.Terkejut!Rasa mcm nak stop aje jantung ni,tiba-tiba aja terima panggilan kata kakak sy dalam I.C.U tengah koma!
Siap-siap,kemudian call admin METC kata ada emergency,tak dapat pegi kelas.Syukur manager faham dan tak banyak soal.Kemuadian,kami terus ke hospital tunku ampuan rahimah,Klang dlm keadaan sy masih blurr dan tak tahu apa sebenarnya terjadi kpd kakak sy yg menrupakan anak ketiga dlm keluarga ini.
Sesampainya di sana,nampak mak dan ayah.Oh..!diorang dah sampai dulu rupanya dari Jengka!Salam dengan mereka.Ayah peluk sy sambil menangis.Aduh..kesian ayah.Kenapa ayah menangis?sy pun menangis jugak(tapi masih cover-cover lah).Mak pun sama sedih.Mata dia pun basah juga.
Tanya dengan mereka kondisi kakak sy tu.Dia koma.Al-kisah,kakak saya sedang pregnant 8 bulan lebih.Awalnya dia disyaki terkena penyakit babi tu,H1N1 itulah.Kemudian,slps diuji bebas dr sakit itu,dia kena lelah dan asma.Doktor buat ujian darah dan kata darah dia ada kuman.Dia mengalami kesukaran bernafas dan selepas diperiksa,terdapat darah beku dan tersumbat pada paru-paru beliau.
Doktor kata keadaan dirinya teruk!waktu tu dia sudah mula tenat.Doktor bagi suami dia 2 pilihan.2 options!1st...doktor akan beri ubat utk cairkan darah yg tersumbat.Jika di beri ubat,kakak sy akan sembuh tetapi anak dalam kandungannya akan terancam.Pilihan kedua pula ialah bedah perutnya dan keluarkan bayi,dimana kakak sy itu akan terancam dan bayinya akan selamat.
Menangis abang ipar sy membuat pilihan.Akhirnya dia setuju utk memilih pilihan pertama iaitu memberi ubat dan menyelamatkan isterinya.Mereka sudahpun ada 3 org anak dan bayi yang dikandung itu ialah anak yg keempat.Malang mmg takde bau!selepas doktor beri ubat,kakak sy nazak.Dia koma dan menolak ubat.Mungkin kerana badannya terlalu lemah dan tak dapat menerima ubat itu.Selepas beberapa jam keadaannya kritikal,doktor terpaksa melakukan pembedahan.
Pembedahan utk mengeluarkan si bayi keran kata doktor,kakak sy mungkin sudah tidak punyai peluang utk hidup.Oleh itu,paling kurang pun mereka boleh selamatkan satu nyawa iaitu nyawa bayi yg dikandung.Selepas maghrib,kakak sy dibedah.Kami sekeluarga menanti dgn debar,doa,harapan dan tawakkal.Ayah sudah memesan kpd org-org kampung utk melakukan solat hajat di Jengka.Mak pulak tak berlenggang dgn kalam suci yg sedari tadi dibacanya.Sahabat-sahabat,sanak-saudara,kami semua tak jemu berdoa agar Allah selamatkan kedua-dua mereka.
Alhamdulillah,Allah yg memberi mudharat dan Allah jualah yg akan memberi manfaat kpd hambaNya.Selesai pembedahan,doktor itu pun terkejut kerana kedua-dua mereka,ibu dan anak selamat menjalani pembedahan.Mereka mengganggap ini sebagai 'miracle'.Doktor berbangsa india itu terkejut kerana menurut perkiraan ilmu perubatan moden,hanya salah seorang akan selamat iaitu si bayi perempuan yg dinamakan Nur Sayida Qistina.
Hebatnya kuasa Allah.Melepasi jangkaun pengetahuan manusia.Benarlah,jika setiap dedaun di muka bumi dijadikan kertas serta setiap titisan air di laut dijadikan dakwat,mustahil termampu utk kita menulis dan menyenaraikan nikmat Allah yg diberi kpd kita.
Hikmahnya kakak sy diuji itu adalah kerana dalam keluarga sy,dialah yg paling kuat!Dia seorang yg sgt-sgt tabah bagi saya.Allah takkan uji seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya.Allah tak beri ujian itu kpd saya,kpd adik-beradik yg lain kerana kami tak setabah beliau.
Hebatnya kuasa Allah.
Kadang-kadang,kita tak tahu yg sesuatu benda itu bernilai dan berharga kpd kita sehinggalah barang itu hilang,barulah kita tahu betapa kita sayangkan barang itu.
Alhamdulillah sy sedar,saya sedar bahawa betapa saya terhutang budi kpd kakak-kakak,abang-abang dan keluarga saya.
Bersyukur kerana Allah memberi jutaan nikmat dan rahmat kpd saya melalui keluarga yg amat sy cintai ini.Dengan kelahirannya anak sedara saya itu,koleksi anak sedara saya meningkat kpd 15 oarang.Murah rezeki Pak Su ni..hehehe
Seronok ibubapa saya dapat cucu lagi!dan pada 12 Ogos ni,mereka(ibubapa saya) akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah dan ziarah.Semoga selamat pergi dan selamat pulang wahai bonda,wahai ayahanda~
Akhir sekali,kejadian sepanjang minggu ini mmg benar-benar memberi ribuan pengajaran dan ikhtibar kpd kami sekeluarga.Melalaluinya,kami bersatu.Melaluinya,kami lebih menyanyangi,lebih memahami dan lebih akrab.Dan melalui kakak sy jugalah,sy semakin sedar akan hakikat kehambaan~Terima kasih kpd semua yg mendoakan keselamatan kakak sy~
14 Komentar
Salam sdra,
BalasAlhamdulillah...ujian buat kakak dan ipar sdra begitu berat, namun mereka tabah dan sabar dlm ujian itu & Allah beri pembalasan yang lebih baik pada mereka.
Moga ayah ibu sdra selamat pergi & kembali.
salam singgah
Balasalhamdulillah..
syukur dipanjatkan
betapa hebat aturan Allah
tak terjangkau akal fikiran kita
alhamdulillah selamat sumenya.
Balaspengalaman mcm ni mmg mendebarkan. mcm2 perasaan ade masa tu kan.
letak lah gmbr baby Qistina tu. :)
p/s: from Allah we come, to Him we shall return..
Razak-->
Balassalam jua buatmu saudara.Terima kasih saudaraku.Allah sesekali tak pernah membebankan hambanya.
nur-->
banyak lg yg kita 'menyangka'.tetapi sangkaan kita,ilmu kita sama sekali takkan dapat mengatasi ilmu Allah.samalah seperti keadaan org yg menyembah sembahan selain Allah.Jika semua sembahan itu dikumpulkan dan disuruh utk mencipta seekor lalat pun nescaya mereka takkan mampu!
^inas^-->
baby tu dlm incubator time saya tengok. takleh ambik gmba la..huhu.BTOL tu inas.. from Allah we come, to Him we shall return..
Syukur semuanya sudah selamat. Untung iqbal dapat family yg kuat pergantungannya kpd Allah...itulah miracle yang dikatakan oleh doktor tersebut.
BalasIngat lagi pd emak yg pergi berpuasa sebulan penuh di Mekah thn 2008. Seronok dia bukan kepalang sbb hari2 dpt solat tarawikh di Masjidil Haram. Hari raya pertama baru dia sampai di tanahair. Beraya di KLIA kami thn tu...Package tu anak2 dia yg hadiahkan, tidak ada ziarah sbb nak beri tumpuan hanya di Masjidil Haram sahaja.
Doa mereka pergi dan balik dlm keadaan selamat dan sejahtera..
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286
BalasSalam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...
BalasAmende nii Pok Su,
Balascontrol macho masa nangis ;p
Syukur alhamdulillah kakak you selamat :)
salam..
Balasmenangis..huhu
~akuhamba~
kirim salam kat anak sedara :)
Balassalam iqbal..
Balasmengalir air mata sy baca kisah ni..banyak benda timbul dlm fikiran..kuasa Allah, kasih kekeluargaan, doa dan tawakkal..macam2 lg..
papepun..alhamdulillah semua selamat..sy tumpang bersyukur n gembira :)
imanshah-->
BalasAllah sama sekali tidak pernah membebani hambanya.Jika mantap iman kita,mesti kita akan merindui dan tertungg-tunggu akan ujian drpd Allah.
Shahidah-->
dia baby lagi...tak faham kot~
melatidaisy-->
terima kasih.Allah menguji hambaNya utk hambaNya ingat kekuasaanNya.
Su..thanks atas catatan kisah ni.Kak akan buka dan baca setiap hari catatan ini.Inilah pengalaman yg paling berharga dan memberi seribu keinsafan dalam hidup ini.Setulusnya kak redha dengan kesakitan yg diberi andainya ini dapat menghapuskan segala dosa yg pernah dilakukan.Peluang untuk hidup buat kedua kalinya ini amat berharga dan insyALLAH kak akan perbaiki segala yg terkurang sebelum ini..Thanks for your pray also...
Balassedihnye bace cerita ni. bergenang air mata rina T___T
Balasalhamdulillah semuanya da selamat..
sekarang iqbal dah ada 16 org anak kan? eh anak sedara hehe..
smoge lepas ni ckup 20 hihi ^__^
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443