Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

Hujan Itu Mengajarku

Hujan Itu Mengajarku
Balik kelas ptg tadi,hujan turun rintik-rintik.Kawan saya mengajak saya utk singgah sebentar pekena roti canai sekeping.Serba salah saya dibuatnya.Memanglah saya terasa  tak lapar juga,tapi melihatkan hujan rintik-rintik yg baru mulai turun,saya kerisauan jika tiba-tiba hujun turun dgn lebat.Tapi Allah memilih sy utk makan juga.Sedang kami berdua menunggu roti canai siap,hujan sudah menjadi semakin lebat.Dalam hati,kami pasrah.Oh!hujan lebat!romantik

Dikala sy sibuk menikmati roti canai panas berserta secawan teh-o panas di kesejukan hujan,saya terfikir tentang kekuasaan Allah yg selama ni tak terlintas pula.Saya kagum dgn Allah yg menurunkan hujan,kerana setakat yg saya tahu mmg tak wujud satu alat dan teknologi pun yg dpt stop atau prevent hujan drpd turun.Manusia berbangga dgn teknologi ciptaan terbaru,tapi manusia sering pula terlupa bahawa Allah lebih hebat ciptaanNya.

Allah ciptakan matahari,utk menerangi alam semesta.Manusia pula, menciptakan lampu utk menerangi.Namun,ternyata lampu hanya menerangi ruang bilik shaja sedangkan matahari menerangi satu dunia.Manusia mencipta kipas dan Allah mencipta angin.Bila kipas dinyalakan,angin hanya bertiup dan menyejukkan kwsn sekitar kipas sedangkan bila Allah dtgkan angin,seluruh kwsn akan sejuk dan nyaman.Oh!semua tu mmg adalah tanda kekuasaan Allah,tapi bila kita tak berfikir tentangnya,mmg kita takkan rasa Allah tu hebat.Setuju tak?Itulah pasal Allah suruh kita supaya berfikir.Dalam Quran pun sgt-sgt banyak Allah tekankan tentang berfikir.Salah satu drpd banyak-banyak ialah ayat ke-13 surah Al-Jaatsiyah-"dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya,(sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir."

Jadi saya pun tertanya-tanya juga,mengapa kita perlu berfikir?Jwpannya ialah kerana dgn berfikir,kita dapat bertindak.Sebagai contoh mudah,manusia berfikir-bagaimanakah caranya supaya dapat melintasi lautan yg dalam?maka hasilnya-manusia mencipta perahu dan kapal.Manusia berfikir,apakah ubat bagi penyakit demam selsema-maka hasilnya ialah terciptanya ubat pil kuda paracetamol.Begitu juga dgn kapal terbang yg canggih.Manusia menjumpai besi dan mereka berfikir,bagaimanakah besi ini dapat membantu mereka utk bergerak dgn lebih cepat dan selamat?maka mereka berusaha utk bina kapal terbang dgn besi menggantikan kayu yg banyak kelemahannya.

Jelaslah,bahawa dgn berfikir,manusia menjadi semakin maju.Jadi saya nak bawa satu suruhan drpd Allah dalam surah Al-Imran ayat 102-'Wahai org-org beriman!bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati kecuali mati dalam keadaan muslim'.Sebagai org yg dikurniakan akal utk berfikir,seharusnya kita gunakan akal utk merancang dan memikirkan cara supaya dapat mati dalam keadaan berserah diri.Bagaimana?sebab kita tak tahu bila kita mati-siapa tahu dia mati bila?mungkin banduan yg kena hukum gantung tahu atau mungkin org yg diberi kelebihan mcm dia.(Link)

Allah juga menyebut dalam surah At-Tahrim ayat 6-"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."-Allah sayang kita dan Dia taknak kita masuk neraka.Fikir--'cmne nak dijauhkan drpd neraka dan  masuk syurga yg penuh kenikmatan?".Kenikmatan syurga itu...kalau semua nikmat kat dunia di kumpulkan,...takkan setaraf pun dgn 1 nikmat syurga.Kalau nak rasa terliur dgn syurga,bukak surah Ar-Rahman,surah ke 55.

Oleh sbb itu,kita surely nak masuk syurga dan mahukan redha serta ampunanNya.kan?Tapi kita punya tindakan tak mencerminkan peribadi bakal ahli syurga lgi.Maka,kita kena guna akal,rancang strategi dan fikir dgn teliti apakah tindakan yg wajar kita ambil utk memastikan kita mati dalam keadaan berserah diri dalam islam serta diri kita dan ahli keluarga kita dijauhkan drpd api neraka.Saya sudah terfikir beberapa langkah tapi saya takkan tulis dalam entry kali ni.InsyaAllah lain kali pula ya!Kesimpulannya,marilah mula berfikir supaya kita dapat kita mencari jalan seterusnya dpt berusaha menjadi hamba yg bertaqwa.Bersambung...

RM500

Alhamdulillah.Laptop saya dah sembuh dah.Rupanya ‘muka’ dia sakit,teruk sakitnya.Jadi hodoh dan nampak bodoh,jadi terpaksa saya tukar muka baru.Hutang dgn mak rm500 utk tukar skrin!(Nanti kerja saya bayar ye mak!hehehe)

Kesilapan
Hari rabu dlm pukul 2 pagi,masa tgh khusyuk blogwalking,laptop ni buat hal.Kabur aje skrin ni.Bergaris-garis, dan langsung tak nampak apa-apa tulisan!alaa..mcm Tv rosak la.Masa hantar kedai,tokey tu kata skrin rosak sbb sy slalu smackdown (tutup ganas-ganas) skrin lappy ni.Tu pasal circuit dia rosak.Hehe..mmg pun sy selalu buat mcmtu(bajet rock!).hehe.Moral of the story; Sila jaga laptop atau computer anda dgn baik.

Musibah
Saya percaya bahawa setiap yg berlaku itu bersebab.Allah sebut dlm surah al-Baqarah ayat 156 bahawa sesungguhnya sifat org yg sabar itu ialah apabila ditimpakan dgn musibah,dia akan ucap ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”,(sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadaNya kami kembali).Persoalannya,kenapa kita diajar utk mengucapkan perkataan itu?jeng..jeng..jeng..pikir la..Jwpnnya adalah utk menanam rasa redha ,harap ,rendah diri dan sabar di samping mendekatkan diri kpd Allah.
Praktikal Selepas Teori
Sehari sblm musibah,saya baru aja jumpa dgn 1 hadis pendek riwayat imam Tirmizi: “Iza sa’alta fas alillah”-maksudnya: Jika kamu memohon,maka pohonlah kpd Allah! Perasan tak?sifat kebanyakan org terutamanya saya,kita hanya ingat Allah bila susah.Bila dah dlm masalah,barulah nak cari Allah.Bila senang,jarang atau mmg lupa terus nak berdoa.Tapi okey jugak la.At least kita masih membuka ruang utk mengingati Allah dlm hati kita ni.Tak sangka,cepat Allah uji.Inilah yg dinamakan tanggungjwb keatas ilmu iaitu mengamal dan mengaplikasikan apa yg kita tahu.

Mengapa Perlu Mengadu Kpd Allah?
Pertama,mengadu,merintih,menangis dan merayu kpd Allah itu adalah ibadah.Para Rasul dan org soleh sentiasa mengadu kpd Allah ketika dlm kesusahan hatta dlm kesenangan sekalipun!Buka lembaran sejarah islam,kita boleh baca sifat org-org alim zaman dulu yg sgt dekat dgn Allah.Manja sgt dgn Allah mcm baby.Sikit2 nak ibu..sikit2 nak ibu..Org dulu-dulu,sikit2 Allah..sikit2 Allah.Bagus sgt! Tapi sgt berbeza dgn kita yg sgt jauh dgn Allah.Tolong lah rasa sedih sikit….

Kedua,mengadu kpd Allah itu adalah sifat org pandai.Org jahil berfikir,’Kenapa perlu mengadu masalah kereta pancit ni kpd Allah?Bukannya dapat elok pun!Baik aku call aje mekanik.Paling lama 20minit siap la”Sombongnya org mcmni!Contoh kes saya pula,mengapa perlu doa dan mengadu kpd Allah?Setakat berdoa,rasanya laptop ni bukannya baik semula pun. Lain la kalau hantar kedai,iya boleh elok.Sama aje doa atau tak..(ayat ni lagi sombong!!) dan semua ni ialah tanggapan org bodoh mcm lembu tak pandai.Tanggapan sprt ini tak betul sama sekali.Ini kerana jika kita berdoa kpd Allah,walaupun laptop tak elok dgn sendirinya atau tayar pancit jd elok automatic,tapi sbnrnya kita selangkah semakin dekat dgn Allah.

Dan syukur Alhamdulillah.Saya dapat rasa nikmat mengadu.Biasa lah mcm budak-budak kecik,kalau takde problem,tak mengadu kat mak kita.Tapi kalau ada org buli kat skolah(ada masalah),barulah nangis-nangis cerita kat mak!kan?

Lompat
‘Seorang imam,tempatnya bukan sekadar di dalam masjid.Kita perlu lompat ke dlm masyarakat’

Kata-kata Ust Syed dlm rancangan realiti imam muda membuatkan saya tersenduk tersentak.Saya terfikir bahawa rupanya mmg banyak sgt masa yg saya telah habiskan di depan laptop ni.Rasanya tanggungjwb saya kpd jiran tetangga ada yg dicuaikan.Tanggungjwb saya kpd kitab dan buku-buku yg bertimbun saya beli juga saya telah abaikan.(boleh menghampiri kpd pembaziran kalu tak baca)Betul!Banyak sgt masa sy habiskan depan laptop.
(Ustaz Syed yg kanan tu.Sy suka dengar ceramah dia!)
Cyber Café
Sepanjang laptop rosak,saya lepak c.c dan sempat jugak kenal-kenal,atau lebih tepat tayang muka dgn budak-budak kwsn kejiranan saya ni.Zaman dah berubah.Budak-budak bandar ni sgt lain dgn masa saya budak-budak kt kampung dulu.Pukul 7 malam balik kompem kena rotan!Kat bandar,kul 12mlm pun boleh keluar main lagi.Mak bapak tak peduli ke?Apa yg pasti...tanggungjawab yg besar sedia menanti kita,org dewasa.Moga adik-adik kecil ni tak ikut perangai bangkai buruk kita.

Terima Kasih
Sebelum berpisah(style Tv),sy nak ucap terima kasih kpd anda yg masih sudi singgah di pondok saya utk mencari sedikit hiburan berbentuk ‘dunia-like-akhirat pun like’.Er…tak..maksud saya,hiburan alternatif.Apapun,saya harap sedikit sebanyak saya dpt manfaat diatas kesudian anda dtg sini.Terima kasih lagi sekali

Pengajaran drpd mamak putih

Pengajaran drpd mamak putih
Kawan saya pernah cerita kpd saya.Dia pernah bersembang dgn seorang mamak yg kerja di kafe tempat kami belajar skrg.Kafe tu mmg mamak punya.

Kwn saya :Kamu muslim?
Mamak :Ya.Muslim Pakistan. 
Kwn saya:(dalam hati; ooo..patutlah tak hitam) Tak solat?
Mamak:Bos tak kasi.Sini Malaysia,orang islam ramai tak solat,kena kerja.

Tidakkah kita merasakan bahawa tindakan bos yg menghalang pekerjanya drpd bersolat itu sgt melampau dan zalim?sedangkan bos dia pun sama islam!bahaya betul kedai mamak ni!pikir nak untung aja

Pengajaran drpd kisah ini ialah; Jika benar kita taknak dan tak suka buat baik,janganlah sesekali kita menghalang org lain pula utk membuat kebaikan.Ini adalah kerana jika kita halang org lain buat baik,maka kita telah menjadi syaitan dlm bentuk manusia tahniah Benda ni sy selalu pesan kpd kwn-kwn saya dan skrg,sy berpesan kpd anda semua.Jika kita tak mampu sokong kwn kita buat baik,lebih baik kita diam.Jgn lah kita nak menjatuhkan semangat dia dgn mengata dia,ejek dia hatta buat muka ketat pun jangan.Saya tahu kita semua melayu,dan mmg sifat melayu suka menjatuhkan sesama bangsa sendiri.Realiti bukan?
Dalam Quran sendiri Allah ada menceritakan tentang sifat org munafik-bakal mendiami neraka.Antara sifat mereka ialah memperlekehkan org yg nak buat baik.Ada dicertitakan dlm surah at-taubah ayat 79.Ni ada asbabun nuzul dia.Panjang sbnrnya,tp sy dah ringkaskan insyaAllah.Asbabun nuzul dia drpd ibnu mas'ud.Beliau berkata tatkala turun ayat ke103 surah at-taubah(ayt tentang kwjpan tunai zakat),aku ttp membayar zakat wlalupn aku buruh tukang pikul.Lalu,ada org yg bersedekah dgn jumlah yg banyak.Kaum munafik pun berkata,'Dia melakukan itu kerana riya!' Namun,bila ada org yg bersedekah dgn 1 sha(unit ukuran yg nilainya sikit),mereka munafik tu berkata,'Allah Yang Maha kaya tak perlukan sedekah yg sedikit mcm ni!.Maka turunlah ayat 9;79..(hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Jika kita seorang yg ada akal,pasti kita taknak jd org munafik atau jd syaitan manusia kan?Jadi kesimpulannya, kalau kita dah jadi org atasan,jgn halang org bawahan kita utk taat kpd Allah.Kalau kita jd kwn,jgn halang kwn kita buat baik walau kita sgt tak suka..rayuan saya,tolong jgn benci kpd kebaikan kerana itu tandanya iman kita negative.Nauzubillah...

nota tambahan: sy sedang bercuti di kampung halaman.Wesak Day punya cuti tambah cuti weekend!Wah!!Bestnya~ internet connection takde.Jadi saya auto-publish aje post kali ni,sampai ahad nanti.Doakan keselamatan perjalanan sy

Iman Zero

Dlm entry lepas kita dah gossip bincang sikit dah pasal iman maksimum.Sekarang kita nak tengok bagaimana pula iman minimum dan iman negative.Saya petik kata-kata iman Ghazali dlm kitab karangannya,'Mukashafah Al Qulub.'-(penenang jiwa),katanya-"iman itu ialah kepercayaan dan keyakinan kita dan ia dicerminkan melalui perbuatan."

Firman Allah dlm banyak tempat,' الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ 'maksudnya ialah org yg beriman dan beramal soleh.Jelas,kita belum beriman kalau kita takde koleksi amal soleh.Ok,jom lihat iman yg kosong.Rujuk graf di bwh.Pada point 3,iman berada di nilaian kosong.maksudnya?
Saya mulai dgn point 3 dulu.Kejap lg saya cerita pasal point 2.Ok.Apa yg terjadi pada point 3 ialah kita berada dalam keadaan tak mempercayai,tak meyakini dan tak beramal.Ketika itu kita berada dlm keadaan yg sgt lemah.Amalan kita pun sgt sedikit dan keinginan utk membuat maksiat sgt membuak-buak.

Sebagai contoh-Seseorang akan merasa sgt malas nak berwuduk utk solat,sebaliknya dia sgt rajin utk buat benda-benda lagho sprt surf internet,tengok tv,download lagu..bla..bla..bla.. Andaikan saja,layakkah bagi kita membaca surat khabar hari-hari sedangkan Quran 1 helai pun malas?Dan ketika iman tgh berada di sekitar zero juga,rasa nak buat dosa tu memuncak.Mungkin rasa nak tengok benda lucah,mungkin rasa nak mencuri atau paling kurang rasa nak berboros,makan berlebihan,tidur berlebihan,lagho' atau mungkin juga rasa malas nak berkemas,malas belajar dll.

Semua perasaan malas ini dtgnya kerana kita ragu-ragu dgn janjiNya.Jadi,bagaimana nak handle situasi iman zero agar tak jd iman negetive?ini sekadar pendapat peribadi saya dan amalan saya ketika iman zero(bukan utk riak,cuma utk contoh shj).Saya akan pastikan solat saya okey.Seberat mana pun rasa hati,solat tetap mesti dikerjakan dgn berjemaah kerana mencari berkat dan redha Allah dan rasul.Mmg masa iman zero,kita akan rasa sgt-sgt malas nak beribadah.Jadi,saya hanya akan pastikan solat saya dibelakang imam,tapi subuh kdg-kdg lewat jugak.hehe.Saya juga akan melakukan amalan yg mudah sprt berzikir.Banyak choice dan options dlm berzikir.Terpulang kpd kita shj.Nak baca Quran pula rasa malas...Jadi sy pasang aja bacaan Quran dari laptop dan dengar.

Tak dinafikan mmg bila iman nearly zero,rasa nak buat dosa membuak-buak.Jadi bagaimana nak kawal?Ini juga hanya cadangan saya shj-
  1. Kita kena bertangguh-tangguh. Bertangguh-tangguh ni sifat syaitan,tp ia bukan dlm urusan maksiat kerana syaitan akan sentiasa membisikkan kejahatan non-stop.Jadi,dgn bertangguh-tangguh ni,insyaAllah rasa tu akan hilang sendiri.
  2. Kita kena sibukkan diri. Mesti anda pernah dengar kata bijak-pandai islam,"Sibukkan dirimu dgn ibadah,nescaya kamu takkan ada masa nak bermaksiat".Paling kurang,kita sibukkan lah diri dgn buat benda yg baik,mcm basuh baju ke,kemas rumah ke,basuh pinggan ke,main bola ke,jonging ke..apa-apa la yg dpt mengelakkan kita drpd asyik fikir nak buat dosa je.
  3. Duduk dgn org ramai. Tapi yg lebih tepat,duduk dgn org baik.Dgn automatik,rasa malu akan dtg jd takkan kita tergamak nak bermaksiat dpn org ramai kot.Saya petik kata-kata imam ghazali dlm kitab yg sama-'Sesiapa yg tak memiliki sifat warak pasti akan terjebak dgn maksiat sembunyi-sembunyi'.
  4. Tidur. Of course la tidur berlebihan ni sgt best tak baik,tapi at least it's much better drpd buat maksiat.kan?
  5. Pasang bacaan Quran. Yang ni bagi maksiat internet.Logiknya,takkanlah takde timbul rasa malu utk bermaksiat dgn iringan alunan kalamullah.
  6. Zikir. Sy dah terangkan td.Zikir ni ialah 1 defense mechanism bagi muslim.Tu pasal org yg banyak zikir,tak banyak bermaksiat.Zikir sgt senang,tak payah wuduk,tak payah hadap kiblat.Tengah buat dosa pun boleh zikir.InsyaAllah automatik malu dan stop.
  7. Doa. Yg ni la paling perlu.Mintak bantuan agar diperkukahkan iman dan di update kan anti-virus.Boleh rujuk surah 60 ayat 40.
Rasanya 7 cara ini pun dah banyak kot.Tapi kalau mungkin juga kita dah buat 7 benda ni(yg saya punya pandangan shj,takde dalil dan nas pun,maka boleh jadi ada benda yg salah),maka kita buat dosa tu pun dgn rasa malu,takut,bersalah,dan sorok-sorok.Saya pernah tulis kisah pemuda minum arak sorok-sorok dlm toilet. Apa yg penting,kita wajib berusaha!Wajib bersungguh-sungguh dlm usaha!

Take note: saya bukanlah menganjurkan anda buat dosa,tapi apa yg saya nak highlight kan disini ialah,kalau dah tak mampu sgt nak tahan dan memang 'ter'buat juga,maka buatlah dgn keadaan diri kita sendiri tak redha apa yg kita buat tu.Jgn berbangga dgn dosa,tapi malu dan timbulkanlah rasa sesal itu.perbaharuilah taubat dan keazaman utk berubah!

Firman Allah dlm ayat 2 surah al-Ankabuut; Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:"Kami beriman",sedang mereka tidak diuji ? 

Kita semuanya loser,kalau kita tetap melakukan maksiat.Tapi pintu taubat tak pernah tutup selagi kita hidup.Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang juga.Tapi satu perkara kita kena ambil berat iaitu;setiap dosa kita kalau tak melibatkan org lain,anytime anywhere Allah akan ampunkan(Hanya kalau kita tau buat taubat) tapi kalau dosa kita melibatkan org lain(cth; mencuri,mengumpat,ajar dia buat dosa),maka kita kena mintak maaf kat org tu!

Ok kot,setakat ni saja dulu.saya ingat nak abiskan perbincangan ni terus tapi nampaknya kena sambung 1 lg entry la.Apapun,moga kita berada dlm keadaan iman zero ni tak lama dan moga kita tak mati selain mati dlm keadaan iman maksimum.Sebarang komen,teguran dan tambahan amat dialuk-alukan.Jzkk~

cikgu bintang

cikgu bintang
Tiba-tiba rasa mcm nak tulis entry pasal guru.Nak meraikan guru-guru.Lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yg kat STAR dulu.Dari tahun 03-07 saya kat sana.Kiranya mmg banyak sgt jasa dan masa bersama dgn cikgu-cikgu,dan banyak kenangan yg menarik juga.Saya kongsikan sikit ya..

Tahun 03,sy form 1.Kiranya tak banyak sgt benda menarik masa f1 kecuali saya masih comel lg masa tu!hahaha.gurau jek.Erm,masa f1 saya biasa-biasa saja.Tapi f1 special!solat 5 waktu wajib berjemaah.Tak boleh sodorm(solat dlm dorm).Masuk saja f2,saya dah ada rekod disiplin.Sy dan ramai kwn-kwn terjebak dlm gejala ragnarok online!hee..ketagih main game pulak.

Jadi pernah 1 ketika,hari jumaat dan dlm perjalanan utk solat jumaat,kami singgah ke cybercafe utk dengar khutbah main game.Tapi mmg masa tu awal lg.Baru awal pukul 12.Niat cuma nak main sekejap.Tiba-tiba masuk 2 org polis pengawas sekolah.Dgn itu,secara official nya,kamu di kantoi!Kejadian tak berhenti setakat tu aja.Hari ahad tu saya fly lagi.Tapi dgn kebenaran!Entah la apa masalahnya,mula-mula kwn-kwn kata dpt kebenaran,tp lps tu warden pulak kata kebenaran itu palsu dan tak sah.Bla...bla..bla..nak diringkaskan,saya tertipu dan utk kali yg kedua dlm tempoh 3 hari,2 kesalahan sy buat.Tahniah iqbal.

Apa yg bagusnya,dlm perhimpunan isnin,nama saya dan kwn-kwn dipanggil utk pegi depan.Ratusan mata memandang kami.Sgt segan dan malu.Cuma nasib baik semua lelaki.Jadi tak kesah sgt.Sy ingat guru disiplin saya.Namanya cikgu Kamaruddin atau nickname dia ringgo.Nickname ni legal punya,cuma tak didaftarkan saja.Mmg cikgu2 lain pun ada panggil dia cmtu.Dia mmg jenis ganas sikit.Dia lempang saya kat situ.Perrgghh..mmg tak boleh blah.Rasa mcm-mcm bila kena lempang dpn public.

Tapi itu bukanlah pengakhiran kisah fly saya.Seingat sy,masa akhir tahun form4 baru sy berani balik nak fly.hee..tak bersara lagi.Form 3 sy takde misconduct tp sy ni mmg pemalas nak blaja.Tu pasal PMR dpt 7A aje.Haa..cuma 1 benda sy buat salah,tp tak kantoi iaitu main terup dlm surau.Gila keji ar kami.Main kad tu sudahlah dibenci,tambahan pulak main dlm surau!Saya bru nak main dlm round tu,tgh agih kad,cikgu shahnun dtg.Kantoi.Habis!dia marah sgt!Habis punggung budak2 yg main kena rotan.Sy tak mengaku sy main,tu sbb sy tak kena sebat jugak.Tapi mmg betul sy tak main lg,sbb baru je duduk.heehe
(ni gambar masa form 3.Dimakah saya?haaha)
Tapi kat star dulu,rasanya ada kot sampai 50 kali punggung kena sebat.Mcm-mcm lah sebab dia.Lewat,tak kemas,lupa nak pakai nametag,badge,tie,bla..bla..bla..mcm-mcm la!Kiranya itulah yg mematangkan saya.Jadi sy sgt yakin bahawa seorang ramaja harus membesar bersama rotan.Kwn sy pernah kena lagi teruk.Tak nak cerita kena apa,tp mcm military punya cara.At the end,alhamdulillah..dia positif.Sama lah mcm saya,rasanya nakal tu hanya dpt dibendung melalui cara keras.

Saya sbnarnya kecewa sgt dgn anak-anak org skrg.Cikgu skrg takde peluang lgsung nak sentuh anak diorang.Sikit-sikt nak saman cikgu!Apa yg terjadi,sudahlah anak-anak tu jadi makin rosak mcm dlm cerita anakku sazali,hilang pula keberkatan drpd guru-guru!Sgt tak wajar mak bapa terlalu manjakan anak-anak.Tak salah,bahkan sgt dituntut utk kita ikut cara Nabi s.a.w mendidik anak-anak!masa mereka kecil,jadikan mereka raja.Bila sudah besar sikit,layan mereka seperti hamba.Maknanya perlu dipukul dan dimarahi serta dileteri jika mereka buat salah.Jgn biar  kesalahan tu berlarutan.Dan bila lagi besar,layan anak-anak mcm kawan.Kongsikan masalah dgn mereka.Sbb jika ibubapa gagal jadi kawan karib kpd anaknya,maka anaknya akan ada banyak kwn baik di luar sana.
Saya sentuh sedikit tentang keibubapaan disini,kerana sy tak tulis pasal hari ibu.Jadi sy selitkan sikit.Apapun yg penting disini ialah tanggungjwb mendidik itu.Dahulu,mak dan ayah sy pernah suruh sy apply ke maktab dan jadi cikgu.Entah la,mmg takde rasa nak jd cikgu pun.Tapi bila sy meningkat dewasa,sy baru faham bahawa menjadi cikgu tu tak semestinya perlu mengajar di sekolah.Sebaliknya tugas mentarbiah itu ialah tanggungjwb setiap org!Paling kurang ialah kpd diri sendiri.

Ditambah pula dgn gejala-faham-faham sendiri la- mmg setiap org samada rela,separuh rela atau mmg tak rela...perlu kpd makanan rohani.Syukur,sy rasa Allah temukan sy dgn turning point yg merubah 360 darjah hala tuju hidup saya yg dahulunya teruk,hanya kerana berkat doa ibubapa saya dan solat saya.Kata-kata Umar r.a yg sgt mahsyur;kita adalah umat manusia yg dimuliakan dgn islam!Jadi saya berbangga(dgn tujuan memotivasi) mengatakan bahawa sejahat-jahat saya dulu pun sy tak pernah tinggal solat.Kalau tanya pasal qada' tu mmg selalu sgt la.Lagi-lagi hari sabtu.Hari outing,keluar bandar.Jadi mmg zuhur tu masuk dlm asar lah.

Saya percaya dn sgt pasti bahawa org yg tinggal solat fardu dgn sengaja ialah seumpama layang-layang putus tali.Dia akan hilang kawalan.Kesannya,dia akan ikut saja arah angin bertiup.Apa-apa yg buruk,dia buat saja kerana tiada kawalan dan perlindungan.Dengarlah pesan saya,setakat mana nakal pun kita solat jgnlah tinggal walau sekali pun.Kalau pernah tinggal,usahakan utk qada' kerana dlm mazhab syafie,seseorang yg berhutang dgn Allah (solat),tak layak utk solat sunnat selagi hutangnya blm diqada'.Nasihat ini juga sy selalu kata kpd jiran-jiran saya sbb ramai yg masih bersekolah menengah.

Pernah 1 hari,sy dan seorang sahabat makan-makan.Tiba-tiba kami nampak seorang budak yg terkenal dgn kenakalannya,lalu kami ajak dia duduk sembang-sembang.Mula-mula mmglah dia menolak tapi kami belanja dia minum,barulah dia nak duduk.Mula-mula sembang dulu,biasa-biasa.Kemudia baru kami nasihat dan antara nasihat itu ialah pasal layang-layang putus tali tu la.Alhamdulillah positif.Terus dia pergi surau solat isyak!Ok,kesimpulannya...nak berdakwah kena hikmah.Dakwah tu erti bahasa ialah ajak.Nak ajak org,kena bijak cara.Sy nk kongsi tips '3-am' iaitu 1-salam(kenal-kenal dulu). 2-ta'am(makan-makan,belanja kalau perlu). 3-kalam(nasihat yg baik dan tak menyinggung).Mungkinkah anda ada teknik yg lebih baik?Share la..

Akhirkata,selamat hari guru kpd semua individu dan pihak yg pernah berjasa memberi didikan secara langsung dan tak langsung kpd saya.Semoga anda semua tetap thabat,istiqomah dan sabar melombong pahala-pahala semasa hidup ini kerana janji Rasulallah,pahala drpd ilmu yg bermanfaat akan terus mengalir ke dlm kubur.Ingatlah pesan Baginda,"Jadikanlah dirimu orang alim(berilmu),atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang selalu mendengar pengajaran,atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut)dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima kerana engkau akan binasa."(Riwayat al-Bazzar)

Barakallahuma

Barakallahuma
Entry ini berbaur jeles,tapi bukan sy yg jeles.Saya relax aje.Bismillah*-Barakallah utk abg Ihsan yg telah melansungkan perkahwinan ahad lepas.Berkat Allah utk kamu berdua InsyaAllah..Abg Ihsan mmg seorang murabbi yg baik.Bertuah sgt dia kerana seawal usia 23tahun sudah mempunyai kerja tetap di Sime Darby Properties dan memiliki sebuah kereta besar.Kejayaan yg sgt memotivasikan kami berempat.Perkahwinan Abg Ihsan sgt ringkas sempoi!Akad nikah dilakukan pd jam 11.30pg di rumah pengantin perempuan.Lepas aja akad nikah,tak payah susah nak bersanding pun,kami dah boleh makan.Makan pun boleh tahan jugak.Kambing ada,lembu ada,ayam pun ada.Kalau dah rasa gelojoh sgt,makan je semua mcm sy Tapi dlm banyak2 makanan tu sy paling suka ais kacang dia la!Siap bantai 2 mangkuk lg,takpe la sbb mangkuk kecik.

Bersanding pun takde.Itu yg bagus tu!Saya cukup tak setuju dgn bersanding ni.Bukannya saya tak suka sbb diri sy sndiri yg tak suka,tp itulah...logik ke sy menyukai sesuatu yg Allah dan Nabi tak suka?Ops!Terlepas cakap pulak.Saya tak kesah kalau anda nak bersanding,buat lah.InsyaAllah saya datang juga kalau dijemput.Tapi kalau ada niat nak bersanding mcm org selalu buat,baca dan fahami dulu artikel ringkas ini.Bagi yg dah kawin dan dah bersanding,tak pew la.Tak payah marah dan pangkah saya,benda dah berlalu.Istighfar dan menyesal pun cukup.jangan risau sbb Allah berjanji akan menghapuskan dosa yg dilakukan secara tak sengaja,tak tahu dan terpaksa.(hadis 40).So,skrg kita dah tahu hukum sanding,jgn pulak kita suruh anak kita bersanding.Tapi kalau nak buat juga,terpulanglah.Saya tegur sbb saya sayang  anda semua saja.huhu..nada sedih..

Perkahwinan Abg Ihsan juga best sbb dihadiri oleh org-org soleh(saya tak masuk list).Sepanjang 3jam lebih sy menyemak disana,mmg rata-rata tetamu yg dtg semuanya baik,sopan dan soleh solehah.Bagus sbb org yg soleh dtg sambil bawak doa dan berkat.Ada hafal doa pengantin tak?kalau tak hafal jom layan YouTube lagu ni mengancam Erm,gambar ambik juga,tapi terhad kpd gamba Abg Ihsan aje.Gambar zaujah dia tak ambik.Normen la yg paling busy ambik gambar.Tapi bagus juga,sbb kami mmg tak penah bergambar dgn murabbi kami ni.huhu
Eh!Disebabkan ni cerita pasal kahwin,maka wajar saya cerita sikit pasal hukum menghadiri majlis perkahwinan.Secara dasarnya,memenuhi jemputan kahwin hukumnya wajib-kecuali bagi salah satu drpd sebab-sebab berikut.
  1. Kenduri yg dijamukan dgn arak(apa-apa yg memabukkan lah)
  2. Dimasak sesuatu yg tak halal(makanan dan sumbernya)
  3. Kenduri yg bila kita dtg,seseorang akan menjatuhkan maruah kita dpn org.
  4. Kenduri yg hanya kita dijemput,tp bini kita dan ahli kelaurga kita tak dijemput
  5. Kenduri tu membezakan si  miskin dgn si kaya(kaya makan kambing bawah khemah ada air-cond,tp org miskin dijamu nasi dgn telur goreng aje,pulak tu duduk tepi longkang)
  6. Kenduri yg jaraknya jauh(pandai-pandailah fikir 'jauh' tu mcmana)
Adapun perkahwinan tu,kalau rasa nak bercinta sampai ke syurga maka hendaklah didirikan atas jalan taqwa.Banyak hadis menceritakan tentang tujuan kahwin.Antara yg famous ialah-"Allah berhak menolong 3 golongan iaitu org yg berjihad di jalan Allah,hamba yg mahu menebus dirinya dan org yg berkahwin dgn tujuan mahu memelihara kehormatan dirinya'-hadis riwayat Tirmizi,Ibn Hibban dan al-Hakim.

Satu lagi hadis yg cukup familiar dgn kita ialah-"Siapa yg berkahwin ertinya dia telah menyempurnakan sbahagian drpd agama,maka hendaklah beraqwa utk sebahagian lagi"-riwayat al-Baihaqi.Ops,jangan salah faham.Tujuan saya tulis hadis ni sbb saya nak anjurkan anda semua utk kahwin cepat-cepat.Saya lambat lagi.jangan tanya bila!haha.Satu cerita lagi yg sy nak kongsiakan ialah masa saya mesej abg Ihsan dgn tujuan saja-saja nak usik dia.Biasalah,esok pagi nak kawin.Saya ajak dia makan nasi bujang buat kali terakhir sbb esoknya dia kahwin,dah tak boleh makan nasi bujang.Lalu dia reply,'bla..bla..malam ni kena banyakkan tilawah,zikir dan muhasabah.Doakan ana'.

Tersentak saya bila membaca mesej tu.Sbb ini menunjukkan bahawa Abg Ihsan sgt sedar akan tanggungjawab yg harus dia pikul sbgai suami.Tanggungjwab yg akan dipersoalkan dihadapan Allah hinggakan diceritakan dlm hadis bahawa-tiada dosa yg lebih besar drpd dosa akibat kejahilan isterinya.Betapa selama ni ramai org melupai tanggungjwb menyediakan pendidikan agama kpd ahli keluarganya.Selain itu,tanggungjwb suami juga adalah utk menyeru ahli keluarga menunaikan kewajipan kpd Allah sbgaimana yg dinyatakan dalam surat Taha ayat 132-"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya".Solat kena sabar,takleh solat 'patuk ayam'...hehe

 Nak tahu lebih,boleh juga baca dlm entry sy yg lepas berkaitan dgn ibubapa disini.Bagi anda yg sudah ada calon tu,segerakanlah berkahwin kerana pekahwinan ini sunnah yg besar dan juga satu tuntutan dlm islam.Ajaran islam tu sgt cantik.Sgt memahami.Islam faham bahawa setiap manusia memerlukan seks,mcm haiwan perlu.Tapi islam menganggkat darjat manusia melalui sistem kekeluargaan.Lihat sajalah binatang,mana ada kawin.Asal nak je,tak kira tempat mereka boleh buat.Islam memang cantik!itula sebabnya perkahwinan disyariatkan dan zina diharamkan.Kalau anda rasa nak kahwin,tp rasa duit takde so yakinlah dgn janji Allah ini,sbb sy TAK PERNAH pula belajar atau dengar bahawa kalau nak kawin kena tunggu banyak duit dulu-"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu,dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya),lagi Maha Mengetahui".-An-Nuur;32.Janganlah salah faham.Islam tak kata kahwin mesti menelan kos ribuan rupiah ringgit!

Akhir kata sblm sy habiskan artikel ni,saya nak mintak maaf kalau artikel ni berbentuk peribadi.Seperkara lagi,ingat pesan saya yg sy ambil drpd Quran-jangan dekati zina-(17;32).Moga anda semua hidup bahagia,dunia dan akhirat.Kpd abg Ihsan,tahniah!kami tak sabar nak menunggu 'anak sedara'.hehehehe.. Tambahan-ini kali pertama sy taip satu entry 2 kali sbb masa nak publish,internet problems dan hampir 50% entry ni hilang.Subhanallah.Seperkara lagi,exam physics semalam postponed dan kami diberitahu setengah jam sblm exam.Lusa exam basic aerodynamics dan next week,electrical fundamentals dan physics pulak.Keep on doa ya~!