Gotong-royong Masjid Tunku Kelana Jaya Putra

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan minggu depan,pihak masjid kelana jaya menganjurkan program gotong-royong mengindahkan dan membersihkan kawasan masjid.Kami,pelatih METC seramai 57 orang(yg hadir tak smpai 50 org pun) telah secara rasmi mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong tersebut sebagai aktiviti kokorikulum hari sabtu kami.

Sememangnya setiap hari sabtu kami ada aktiviti di sebelah pagi dan bertuah rasanya kerana pihak pentadbiran METC berjaya mengeluarkan kami dari kawasan hangar.(minggu-minggu yg lepas kebanyakan aktiviti dilakukan di kelas itu sendiri).


Alhamdulillah,kami bermula seawal jam 7 pagi.Saya dah stand by pukul 7 pagi dah.Sebab dalam jadual roll-call sepatutnya pukul 7.Entah mcm mana,dekat pukul 7.30 baru dapat naik bus,sebab budak-budak lain dan warden sediri datang lewat!

Sampai di sana,kami sarapan dulu.Cari tenaga nak buat kerja-kerja berat!Makan sedap sangat.Walaupun bihun,tetapi disebabkan lapar,mmg terasa sedapnya.Tambahan pula hari ini saya tidak berpuasa seperti hari-hari yg lepas kerana sy bernazar utk puasa jika kakak saya selamat(klik sini).

Briefing diberikan oleh tuan nazir.Muda lagi nazirnya.Mula-mula ingatkan abang mana entah,sbb muda lagi.Kami dibahagikan bahagian-bahagian utk bertugas.5orang ditugaskan utk membersihkan kawasan bilik mesyuarat,bilik imam,perpustakaan dan bilik-bilik masjid.20 org utk tandas dan tempat wuduk.7 org di bahagian solat dan selebihnya di kawasan luar masjid.(bomba pun ada sekali!)
Sy bertugas utk membersihkan bahagian bilik-bilik masjid.Kesemua kami bermula dgn malas sebab makan banyak sangat tadi,macam ular sawa.Masuk perpustakaan,terasa seronok pulak tengok kitab-kitab yg ada.Banyak kitab tafsir dan kitab-kitab mahsyur karangan ulama-ulama tersohor terdapat di dalam sana.Tapi,yang paling mengagumkan ialah ada buku BN dalam kotak.Entahlah,sy tak belek pulak.Tak tahu apa isi kandungannya pun.Biarkan aje.haha


Selesai menyapu,mengelap dan mengemop lantai.Kami ke bilik mesyuarat dan bilik kuliah.Besar dan mewah!Kemudian,bilik imam dan pembatu imam pula.Jujurnya,ini kali pertama sy masuk ke dalam bilik imam dan nampaknya bilik imam mmg tak ubah seperti ofis.Apa kerja imam selain mengimami solat ea?mentadbir masjid?Pastu kitorang simbah lantai marmar tu dgn air dari brother bomba.Memang seronok dapat main air!hehe

Kami selesai menjelang pukul 1 tengahari.Dapatlah kami makan nasi beriani.Sedap dan syukur sebab tak perlu makan makanan METC.hehe. Selesai makan,kami mengunggu solat zuhur.Saya memilih utk duduk iktikaf dalam ruangan solat sahaja.Sebenarnya saya pernah ke masjid itu tahun lepas,pada bulan ramadhan dan bersolat tarawih di sana.Tika itu,ada aircond di dalam ruang solat,tetapi sekarang sudah tiada aircond.Tidak mengapa sebab angin kuat dan keadaan masjid tidak panas utk bersolat.


Selesai solat,kami pulang.Tak ramai pun yg datang bersolat berjemaah.Rasa-rasanya jika diitolak kami(pelatih-pelatih METC),hanya imam,bilal dan ada 3 orang makmum sahaja yg akan bersolat di masjid yg mewah ini.Ramai budak METC masih di bawah merayau-rayau ketika org bersolat.Alasannya seluar kotor.Kotor jika tidak terkena najis,masih sah utk bersolat.Sebenarnya kalau dipakaikan dengan jubah pun,ada juga yg masih degil tidak mahu bersolat.Entah apa yg ditakutkan...(kami mengajak dan menasihat sahaja)...

Sebagai kesimpulannya,program hari ini sememangnya menyeronokkan.Semoga Allah mengurniakan semua peserta program amal ini dgn pahala yg berlipat kali ganda banyaknya.Semoga kami semua ini ikhlas beramal keranaMu Ya Allah.Semoga kami semua ini bertambah cinta kpd rumahMu dan bertambah bersemangat utk beramal terutama sepanjang bulan Ramadhan yg menjelang tiba kelak.InsyaAllah.
Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Kecintaan dengan dunia dan takut mati, inilah yang paling ditakuti oleh Rasulullah untuk umatnya nanti.

Selagi hidup, beramallah, berbaktilah, dan cari Keredhaan Allah..

Rajin2 gotong-royong pulak umah saya!!

Balas
avatar

penyakit wahan iaitu cinta dunia takut mati.hmm..itulah pasal..

gotong-royong umah cikgu?nak jadikan hotel ke?haha

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443