Wasiat Dari Penulis

Kepada teman-teman sekalian,
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat-Nya.

Ada sesuatu yang sangat penting mahu aku bisikkan ke telinga kalian. Dengar dan fahami apa yang ingin aku sampaikan ini.

Sebenarnya, aku ini bukanlah orang yang tepat untuk berdakwah, apatah lagi mengajarkan ilmu kepada kalian. Maka, jika kalian temui apa-apa yang tempang dalam urusan agamaku, janganlah kalian ikuti aku. Tinggalkanlah ia. Janji denganku. Sungguh-sungguh! Sesungguhnya aku sangat takut akan Tuhanku kerana aku tahu, dosaku seluas lautan membiru.

Maafkan aku atas kelemahanku dalam melaksanakan urusan agamaku. Aku tidak layak dijadikan sebagai contoh.

Harapanku, jika satu hari nanti aku dipanggil oleh Tuhanku, aku sangat berharap supaya kalian yang masih ada, sudi menyambung apa yang sedang kita usahakan ini iaitu melaksanakan amar ma'ruf  dan nahi munkar.

Semoga kita semua dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna dan terlindung dari menjadi fitnah kepada agama.

Hamba fakir,
Iqbal Syarie
11Dzulhijjah1431
Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

selamat hari raya iba ;)

p/s latest post:
Alat Sulit

Balas
avatar

ape takde tajuk ni?

Balas
avatar

memang yang bernama insan bukan sempurna. namun dakwah adalah tugas semua kita...

Balas
avatar

Amin Ya Allah... Lindungi kami, hamba-Mu yang daif...

Balas
avatar

nape neh iqbal?
semacam jaa?

Balas
avatar

Seorang teman pernah berkata:

'Selalunya Tuhan akan menguji kita dengan dakwah yg kita sampaikan.'

La Tahzan. Jgn give up.Jgn berhenti menyampaikan.Kita bukan rasul dan memang tak sempurna. Insya Allah,pembaca kamu dapat terima kekurangan dan kelebihan kamu.

Balas
avatar

kita sebagai manusia kenalah saling ingat mengingati...

kadang2 manusia mudah alpa...

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443