Hari itu, seorang bayi lelaki yang comel selamat dilahirkan. Si ibu tersenyum kepuasan apabila dapat menatap wajah si anak yang selama 9 bulan dikandungnya. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Kuasa kerana bayinya itu dapat dilahirkan dengan mudah dan sihat. Namun, jauh di sudut hatinya, dia diburu keresahan yang tidak berpenghujung. Hatinya runsing, jiwanya merintih. Titah sang raja zalim benar-benar membataskan senyumnya. Ah, celaka sungguh si raja.
Setiap anak lelaki harus dibunuh! Tiada kompromi. Si ibu diburu kebimbangan yang tersangat dasyat. Bimbang bayi yang baru menghirup udara dunia itu menjadi mangsa pedang tentera si raja.
Tapi Tuhan telah mentakdirkan bahawa bayi itu bukan bayi biasa. Dia mengilhamkan kepada si ibu supaya menyiapkan kotak, lalu memasukkan anak yang dicintainya kedalamnya. Lalu, bayi yang masih belum mampu mengenal ibunya itu dihanyutkan ke sungai Nil. Hancur, luluh, berkecai hati si ibu memikirkan nasib anaknya itu.
Kerana kerisaun yang tidak bertepi, si ibu menyuruh puterinya- kakak kepada bayi tadi untuk mengikut arah mana bayi itu dihanyutkan. Akhirnya diketahui yang bayi itu dihanyutkan ke istana raja yang zalim itu.
Oh bonda Nabi Musa, besar sungguh pengorbananmu kepada sang anak. Kau rela anakmu dibela dan dibesarkan oleh orang lain, hanya kerana mahu melihat anakmu bernafas. Ya, inilah pengorbanan.
***
"Kamu telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar!" "Selama ini kami anggap kamu sebagai seorang yang sangat mulia dan baik. Ternyata itu hanya satu sandiwara kamu terhadap kami!"
Luluh hati si gadis menerima kata-kata nesta sebegitu. Teringat dia akan peristiwa malam itu. Satu detik yang merubah hidupnya.
"Jangan takut. Aku bukanlah manusia biasa. Aku ialah malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk mengurniakan kepadamu seorang anak lelaki yang suci". Kata-kata lelaki tampan yang muncul ketika dia sedang khusyuk beribadah itu benar-benar mengejutkan.
"Ah. Mana mungkin aku punya anak sedangkan aku tidak bersuami dan aku tidak pernah disentuh mana-mana lelaki".
"Ini adalah kehendak Tuhanmu. Dia mentakdirkan itu untuk dijadikan tanda kebesaran kekuasaan-Nya"
Lalu tiba-tiba si malaikat yang berupa lelaki tampan itu meniupkan sesuatu kepada si gadis tadi. Si gadis masih disulubungi sejutaa persoalan. Segala-galanya terlalu cepat, hingga dia tidak sedar bahawa yang ditiup itu ialah roh seorang manusia mulia ke dalam rahimnya.
Si ibu tahu, bahawa bayi luar biasa ini hanya datang dari Tuhannya. Hanya Dia yang mampu memasukkan roh ke dalam rahim. Kerana itu, si gadis rela menerima cercaan kaumnya. Segalanya dia terima dengan rasa tabah.
Saat menantikan kelahiran si anak, Allah mengutuskan Jibril a.s untuk memberikan berita gembira kepada si gadis.
"Janganlah kau sedih. Sesungguhnya Tuhanmu telah menyediakan satu anak sungai dibawahmu. Dan goyangkanlah pohon kurma ini, nescaya akan gugurlah buah-buahnya. Makan, minum, dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah : Sesungguhnya aku bernazar berpuasa kerana Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".
Sungguh hebat perempuan ini. Dia sanggup menerima 'hadiah' seorang bayi sedangkan dirinya masih seorang perawan. Dia dapat bersabar atas ejekan masyarakatnya. Berbeza sekali dengan anak gadis kita. Barangkali selagi terdaya, selagi itu mahu menggugurkan bayi sedangakan itu benar-benar bayi yang lahir dari sentuhan lelaki.
Hebatnya Mariam puteri Imran. Sanggup dia berkorban untuk melahirkan manusia mulia, Isa a.s
***
Inilah antara kisah manusia-manusia yang mengorbankan diri mereka untuk menggapai redha dan cinta Tuhan, tapi sangat jarang kita kupas dan kita dengar. Yang kita sering dengar ialah cerita tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.Benar. Kerana peristiwa inilah Allah telah mensyariatkan hari raya korban (aidil adha), agar kita ingat akan pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.
Tapi, adalah lebih baik jika kita juga tahu kisah pengorbanan ibu Nabi Musa dan Ibu Nabi Isa serta kisah-kisah para rasul dan para pejuang agama yang kerana pengorbanan merekalah, kita dapat menghirup udara islam. Ya, kita masih lagi islam.
Kekeliruan saya.
Sejujurnya, dari saya kecil lagi saya faham 'korban' itu sebagai 'melupakan kemahuan kita untuk memenuhi kemahuan orang lain'.
Tapi, dalam saya mengaitkan ia dengan realiti, saya menjadi pening sendiri. Jika dahulu, Nabi Ibrahim diwahyukan Allah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s, maka sangat wajarlah ia dipanggil 'pengorbanan'. Ini adalah kerana Nabi Ibrahim dapat anak pun setelah usianya 90 tahun, dan isterinya pula mandul. Bahkan, Ismail ketika itu baru berusia 7 tahun. Maka, jika benar Baginda 'menyembelih' anaknya, maka benar ia adalah pengorbanan yang tidak diragui lagi sebagai satu pengorbanan yang paling hebat.
Namun, setelah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail rela melaksanakan kehambaan kepada Rabb, si anak diganti dengan kibas. Bukan si anak yang disembelih, tapi yang disembelih ialah seekor kibas.
Saya tertanya-tanya. Korban yang sebenar ialah kerelaan Nabi Ibrahim untuk melaksanakan perintah Allah, iaitu dengan mengorbankan orang yang paling dicintainya-Nabi Ismail, tetapi kenapa dalam peristiwa kita, Allah sekadar mensyaratkan kita untuk mengorbankan haiwan sahaja?
Jika benar ia 'korban', maka bagi saya paling kurang sepatutnya yang dikorbankan itu ialah manusia, bukannya haiwan. Tapi kenapa haiwan pula yang dijadikan korban?
Baru saya tahu apa hikmahnya Allah menyuruh kita menyembelih binatang.
Ini adalah sebagai satu perintah halus dari Allah supaya kita membuang sifat-sifat kebinatangan yang ada pada diri kita. Sifat binatang yang sudah lama menjadi sifat kita. Malangnya kita tak sedar bahawa hakikat itu.
Apakah sifat-sifat binatang itu?
Saya teringin untuk mengulas panjang, tapi saya tidak punya banyak kesempatan. Cukuplah jika saya sebut dengan ringkas sahaja.
Lihatlah. Apa yang ada pada haiwan korban?
Binatang tidak menutup aurat.
Binatang hanya hidup dalam kelompok masing-masing (assabiyyah).
Binatang tiada sistem perkahwinan. Asal suka sama suka, jalan laa.
Binatang boleh makan apa-apa saja. Tidak kisah halal dan haram.
Binatang tidak mendengar arahan.
Binatang sifatnya degil.
Binatang sifatnya tamak, tidak suka berkongsi dan suka bergaduh.
Macam-macam lagi.
Kesimpulan
Usahlah kita hanya menjadi manusia yang hanya tahu menyembelih, melapah, masak, dan makan daging haiwan korban tapi dalam masa yang sama, kita tidak berusaha membebaskan diri kita dari sifat-sifat kebinatangan. Semoga dengan aidil adha kali ini, Allah beri kita satu kekuatan untuk kita sedar, insaf dan membebaskan diri dari sifat-sifat kebinatangan ini.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha :)
Esok saya akan membantu korban di Puncak Perdana, Shah Alam. Big Boss Engineering MAS, Tuan Haji Roslan buat korban dan masjid di taman perumahan dia perlukan ramai man-power. So, saya dan beberapa orang volunteer nak tolong-tolong kerjakan lembu-lembu tu. Hopefully saya dapat belajar banyak benda.
12 Komentar
mantap akhi..
Balasteruskan menulis..
moga ada manfaat utk kita bersama.
yg sentiasa mnyokong anda,
~MQ~
salam iqbal...
Balasn3 yg begitu 'terasa'...tq
***salam aidiladha***
salam aidiladha
Balasmenyentap rasa dan menyentuh hati...
Balas~sambung baca lagi sekali jap lagi, seruan dah kedengaran~
selamat hari raya aidiladha incik iqbal
Balasterbaik dari ladang! =) tq for sharing.. sgt zup ke hati. :)
BalasSelamat menyambut hari raya eidul adha :D
Balashehhe gmbr lembu tu lg. thn lps guna tu gak. always comey kan =)
Balassentap. salam aidiladha~
Balasslamat hr raya..
Balasentry yg sgt berkesan...
Balasslmt hari raya aidiladha....moga kita mendalami makna sbnr sebuah pengorbanan...
nice entry
Balasselamat hari raya aidiladha juga buat kamu sahabat
P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443