#9 Anak dan Isteri

Jam dah hampir ke 11 malam. Dan aku masih belum ada tanda-tanda mahu tidur dalam masa terdekat. Padahal badan aku letih. Kepala aku dah pening-pening. Baru saja balik daripada kerja pukul 9 tadi. Hampir-hampir pukul 10.30 juga baru sampai ke rumah.

Terasa sunyi saat pintu dikuak. Lupa, yang isteri dan anak aku dah balik ke rumah mak mertua aku. Iyalah, orang lain cuti aku pula kena kerja. Daripada kebosanan kat rumah, baik diorang balik tengok-tengokkan orang tua.

Sebagai lelaki, aku (kita) juga ialah suami dan bapa.

Itu bermakna kita menjadi ketua dalam keluarga. 'Perdana menteri' dalam rumah tangga. Walaupun kadang-kadang isteri boleh jadi macam 'Yang Dipertuan Agong', bila-bila saja boleh 'gulingkan' Perdana Menteri.

Sebelum kita bercakap tentang memimpin orang, kita lebih-lebih dahulu dilantik menjadi pemimpin kepada diri sendiri. Setiap manusia pun begitu, pemimpin kepada diri sendiri.

Boleh buat pilihan, boleh dikenakan tindakan.

Buat baik balasnya baik, buat jahat balasnya pun setimpal.

Allah itu Maha Baik Hati. Kita buat baik, kita dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda. Ada bonus dan extra. Tapi kalau buat jahat, yang jahat itu sahajalah yang akan diambil kira.

Tapi tetap mudahnya kita masuk neraka. Sebab tanggungjawab itu tadilah. Sebagai pemimpin.

Jadi suami, wajib anak dan isteri dididik. Solat tak pandai, suami kena ajar. Tudung tak mahu pakai, suami kena nasihat dan belikan. Fardu ain tak pass, suami kena tuisyen.

Malangnya rumah tangga harini soal agama dipandang remeh. Suami solat pun tidak, isteri pun dua kali lima. Lepas tu rumah tangga tak ada mawaddah (kasih sayang), rahmat dan sakinah (ketenangan).

Tu yang jadi semasa bercinta, sehari tak tengok muka rasa macam nak sawan. Tapi dah kahwin, tengok muka pasangan sehari boleh buatkan demam panas.

Rumah tangga bukan semata-mata suka sama suka. Suka ialah temporary feeling. Sementara sahaja. Boleh hilang dengan usia dan waktu. Tapi tanggungjawab ialah permanent.

Ramai orang tak setuju soal perkahwinan dan rumah tangga dibincangkan. Bagi mereka rumah tangga ialah gelanggang yang kecil untuk mengubah dunia. Bagi mereka, nak ubah dunia kena ubah iklim politik. Sebab tu ramai ustaz kena kutuk, kena maki, kononnya tak peduli isu negara.

Atuk kau!

Dia yang tak pergi surau. Padahal dah berbuih mulut Ustaz tu bercakap tentang hukum rasuah dan merosakkan hutan, tapi yang dipersoalkan ialah kenapa ustaz tu kahwin dua.

Bagi yang belun jelas, ni aku nak bagitau. Institusi keluarga adalah sama penting dengan institusi yang lain. Nak ubah negara, kena ubah rakyatnya. Dan rakyat yang baik datangnya daripada anggota masyarakat yang baik (yang buat dakwah).

Dan itu bermula dengan rumah tangga. Takkanlah anak-anak ini keluar dari pokok buluh. Mestilah daripada ibu dan bapanya.

Maka, kita sendiri sebagai ibu bapa wajib perbaiki diri kita. Kalau hari ini kita masih lagi belum baik dan jauh daripada agama, maka ingatlah bahawa kita masih belun terlambat untuk perbetulkan apa yang telah silap.

Anak-anak kita jangan mahu jadi doktor, arkitek atau engineer sahaja, tapi mestilah jadi orang yang tak menyebabkan kita meraung-raung dalam kubur nanti.


Previous
Next Post »
0 Komentar

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443