Harini juga aku tengok seorang yang sanggup bersumpah untuk mati demi PM Najib dan Isteri, tanpa simpati mempersendakan kematian ulama (Ust Fadhli al-Yamani).
Manusia bebas berpolitik kerana politik ialah satu pokok yang besar, dan kita semua berteduh di bawahnya. Daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar, ada terselit politik di situ.
Dalam islam, juga ada hal politik. Nabi S.A.W sendiri ialah pemimpin. Bukan sekadar pemimpin dalam solat, tapi juga pemimpin kepada negara islam Madinah.
Jadi celah mana kita nak kata dalam Islam, tak ada politik?
Tapi bila ada orang buat slogan "berpolitiklah cara islam", kita nak tanya dia balik, adakah dia benar-benar faham politik islam itu apa.
Lebih teruk, bimbang prinsip asas dalam Islam pun dia tak faham.
Sebab tu lah Najib Razak boleh jadi 'Tuhan' kepada team merah.
Dan 'menjatuhkan Najib Razak' boleh jadi jihad kepada team kuning.
Kalau kita belajar psikologi, kebencian dan dendam itu boleh berpunca daripada banyak perkara. Antaranya mungkin kerana pengalaman-pengalaman lampau yang tidak enak. Contohnya, seorang anak yang sering dipukul oleh bapanya ketika kecil akan berpotensi besar untuk membesar menjadi seorang yang ganas dan jahat.
Tapi yang hairannya, team merah pula yang mengganas macam serigala. Adakah kerana tuannya tak beri makanan yang cukup?
Marilah kita berpolitik cara manusia. Kerana aku tahu, berpolitik cara islam tidaklah semudah yang dikata. Aku pun tak mengaji, kau pun tak mengaji, mana mungkin kita boleh kata kita sudahpun ikut cara islam?
Jadi aku ajak, berpolitik cara manusia.
Jangan jadi barbarik, yang ketawa melihat darah pekat mengalir.
Manusia bukan diciptakan untuk memusuhi manusia lain, tapi diciptakan untuk menerima orang lain. Tapi kerana 'politik cara khinzir' (tak sampai hati nak sebut babi), manusia boleh bergaduh dan bermusuhan bahkan berbangga dengan ramainya musuhnya.
Berpada-pada menjadi penyokong. Kalau kau mati, bukannya orang yang kau undi tu nak masuk kubur teman kau!
0 Komentar
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443