Maintenance Utk Hati

Bismillahirrahmanirrahim..
Sedikit perkongsian,semoga yg sedikit menjadi manfaat dan semoga yg banyak menjadi faedah.

Hati merupakan RAJA bagi manusia.Jika baik hatinya,maka setiap perbutannya adalah baik shj.Namun,jika rosak hatinya,maka setiap perbuatannya adalah kpd kerosakan dan kemungkaran.


Punca hati kotor

* Jahil tentang islam
* Lemah iman(yakin dgn kekuasaan Allah)
* Makan dan minum yg haram,samada sumber atau sifat
* Maksiat(zahir atau batil)

Menurut Imam Al-Ghazali,maksiat batil terbahagi kpd beberapa perkara

1. Gemar makan
2. Suka berbual kosong
3. Ghadab(marah)
4. Hasad dengki
5. Bakhil/kedekut
6. Cinta kpd dunia
7. Cintakan kemegahan
8. Takbur
9. Ujub(hairan terhadap kelebihan diri sendiri)
10. Riak(mengharap pujian)

Setiap yg dilarang oleh Allah itu mempunyai hikmah yg besar di sebaliknya.Semoga ada diantara kita yg sedar akan pentingnya menjaga kebersihan hati.Bersih pakain melalui cucian,bersih hati
melalui sifat kehambaan.

Lebih teruk dari hati yg kotor ialah hati yg mati.Seringkali manusia takut bila diserang penyakit fizikal.Mereka sanggup berhabisan jutaan wang ringgit merawat sakit fizikal.Benar,urusan kita adalah berusaha,sedangkan penyakit dan penyembuhannya datang dari Allah.Dari Allah ia datang,dan kepada Allah jua ia kan pergi.



Namun,sedikit antara masyarakat umumnya,termasuklah diri saya tidak peduli akan penyakit yg lebih besar dan teruk dr segala penyakit.Penyakit terlalu kronik yg sedikit demi sedikit menghakiskan iman dan kebenaran dalam diri.Penyakit yg menyerang setiap inci tubuh badan yg menghilangkan malu,hilangkan kesabaran dan kewarasan akal.Penyakit yg membunuh kebaikan dan melahirkan kezaliman serta kejahatan.

Oleh sebab itulah,penting kita mengenal akan simptom hati berpenyakit ini kerana kita boleh ambil 'ubat' rawati hati yg sakit ini.Antara tanda hati mati ialah;

1. Kita mengaku kita kenal Allah,tetapi kita tidak mahu menunaikan hak-hakNya.
2. Kita mengaku cintakan Rasulallah,tetapi kita mengabaikan sunnah-sunnahnya.
3. Kita membaca Al-Quran,tapi kita tidak mahu beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kita menggunakan segala nikmat Allah,namun kita tidak bersyukur.
5. Mengaku syaitan itu musuh yg nyata tetapi kita tidak berusaha menentangnya.
6. Kita mengaku ada siksa neraka tetapi kita tidak berusaha menjauhinya.
7. Mengaku ada nikmat syurga tapi tak mahu berusaha mendapatkannya.
8. Mengaku kematian pasti tiba tetapi kita tak berusaha menghadapinya.
9. Kita sibuk membuka aib org lain,tapi kita lupa akan aib kita sendiri.
10. Kita hantar dan kuburkan mayat,namun kita tidak mengambil ikhtibar dr kematian.

Sekiranya ada antara simptom di atas pada diri kita,ayuh! cepat-cepatlah kita mengambil ubat yg percuma ini.Tanpa perlu bayaran yg tinggi.Antara ubat hati ialah;

* Baca Al-Quran beserta maknanya
* Dirikan solat malam(tahajjud)
* Selalulah bercampur dgn org-org soleh
* Banyakkan berpuasa
* Memperbanyakkan zikrullah

Usah dirisau sgt akan sakit barah hati,kerana dgn barah kita boleh mati dan tanpa barah juga kita akan mati.Tanpa sakit manusia akn mati,dgn sakit juga kita akan mati.
Namun,risaulah sekiranya hati kita berpenyakit kerana bimbang sakit yg kronik ini akan melumatkan iman dan menlenyapkan taqwa.Takutlah!Bimbanglah!Risaulah sekiranya kelak kita kan mati tanpa iman dalam dada dek dirosakkan oleh hati yg berpenyakit ini(hati mati).Justeru ingatlah semua,sesungguhnya iman kita ini tiada jaminan.Tiada jaminan syurga bagi kita melainkan kita berusaha mendapatkannya..
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

Di STAR, BPI tahun ini agak cemerlang juga..tapi OLD BOYS marah coz dikatakan nak wujudkan Pusat islam di STAR..Inilah contoh kalau hati sudah hitam!!

Balas
avatar

Bila bangun tidur...hati bercita2 untuk buat yang terbaik sahaja, buang prasangka buruk, ikhlas bekerja, baiki amal ibadat, jangan marah2....dan banyak lagi niat.

W'pun begitu sbg manusia yang lemah....kekadang terasa diri ditipu juga oleh kemewahan dunia....

Moga Allah memberi panduan, hidayah dan pertolongan dalam menjalani hidup ini. Moga umurku berkat dalam melakukan perkara2 yang baik sahaja di sepanjang hayatku...doakan akak.

Balas
avatar

Imanshah-->
aik?nape plak boleh jadi mcm tu?peliknya..org nak mendidik remaja ni,cara agama je yg berkesan.Ni nak dihalang pulak nait murni dorg ni..ish2..tak patut la mcm tu..Patutnya disokong bila org nak buat usaha agama!

Asyiq-->
InsyaAllah kak..doakan Ummat islam seluruh dunia sebenarnya..

Balas
avatar

salamu'alaykum..
menarik!
hm..haty ni tiap ari kne cuci la..
sbb ia akn putih dn jernih andai tiap ari diistiqamahkn dgn amalan yg dnyatakn..
=)
leh ana share dgn shbt2 ana post ni..
pntgnya haty kerna ia mnjana akhlaq dan skaligus mmbawa pd prilaku pancaindera..

Balas
avatar

زهرة حلوة-->
hati ialah RAJA,klo raja zalim,maka rakyat pun akan bertindak sesuka hati la..maka akn terhapus lgsung akhlak islam..

seyeuri_flurxis-->
salam nassier!
pe kabo?skrg mcmne?
aku skrg mcmni la..
hehehe..

Balas
avatar

"Bersih pakain melalui cucian,bersih hati
melalui sifat kehambaan."
suka ayat nih..

orang zaman sekarang nih mmg suka jaga kebersihan..tambah2 kalau kebersihan wajahnya..sehari,boleh je berkali-kali cuci muka..jerawat,sebijik pun tak dibenarkan timbul..
tapi hati di dalam diri lupa nk bersihkan..sampai dipenuhi titik-titik noda hitam..
YA Allah,aku hamba lemah..
rebah dalam asyiknya dunia..
tersungkur dalam mencari makna hidupku..

Balas
avatar

Lavender Pelangi-->
kabersihan hati secara terus akan menjadikan fizikal kita bersih.Sebabnya ialah org yg bersih hatinya,dia akan tahu bahawa kebersihan itu sebahagian drpd iman.lalu mereka pun akan automatik menjadi pembersih...
indahnya iman...jika ada dlm diri kita ini...

Balas
avatar

sy nak jd baik ... sy rindu zaman naif sy...pengalamn y saya lalui hari ni bny wat kn hati sy gelap...sy lupa Dia, sy tinggal suruhan dia...sy rindu pd kwn2 sy y bny mengjar kenali Dia...sekarang saya hilang tu semua kerana mngejar cinta manusia yang bny kekurangannya....sy rindu shabat2 sya

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443