Ada anonymous tanya soalan itu. Izinkan 'bro' ini menjawab sekadar termampu. Terlebih dahulu, saya perasan bahawa ada dua komponen utama di dalam soalan ini.
Pertama ialah 'dia kawan aku'
Kedua, 'dia terjebak dalam zina'.
Bagi saya, dakwah yang paling sukar ialah dakwah kepada orang yang kita kenal (kawan-kawan dan keluarga). Golongan yang kita kenal ini perlu kepada pendekatan yang lebih halus, teliti, cermat dan kretif.
Dakwah itu Seni
Dalam banyak-banyak cabang seni, seni dakwah ialah yang paling rumit untuk dikuasai.
Ini kisah saya.
Saya juga sama seperti orang yang bertanya. Saya juga punyai sahabat yang 'nakal'. Bukan semua sahabat saya baik-baik, kerana saya bukanlah manusia yang memilih sahabat. Saya suka bergaul dengan semua golongan manusia, dari kanak-kanak hinggalah kepada golongan dewasa dan berusia. Antara mereka, ada yang tidak bersolat, tidak menutup aurat, tidak itu, dan tidak ini. Tapi pada pandangan mata saya, mereka sama saja. Saya bukan orang yangg layak untuk memberi kemuliaan atau kehinaan kepada mereka.
Sedikit perkongsian
Ramai yang keliru dan tertanya-tanya tentang pendekatan yang terbaik dalam menegur rakan. Saya ada beberapa cara yang praktikal dan saya amalkan. Saya fikir wajar jika saya kongsikan dengan kalian.
Semua orang setuju, bahawa dakwah itu wajib kepada setiap individu mengikut keupayaan masing-masing. Tiada kompromi. Tapi, tak semua orang tahu bahawa hikmah itu juga satu kewajipan, dan inilah punca mengapa dakwah kita tidak berkesan- iaitu kerana kita tidak berhikmah.
Dalam menegur, saya suka meletakkan diri saya sebagai sahabat, dan bukannya warden penjara yang akan sentiasa marah-marah. Ya, tidak dinafikan, kadang-kala saya kelihatan menegur dengan emosi, tapi itu setelah saya consider beberapa perkara.
Pernah saya ditegur- saya kelihatan beremosi dalam menulis. Tidak. Saya menulis kerana sayang, bukan kerana marah. Saya cuma sedikit bertegas, dan saya tujukan ketegasan saya kepada umum, bukan kepada individu khusus.
Baiklah, sebelum banyak terbabas dari topik asal, saya mahu berkongsi dengan kalian tentang pendekatan dakwah kepada sahabat kita.
Moga bermanfaat.
Serba salah dan tersepit.
Seorang dai' pasti akan mengalami situasi ini- ditelan mati mak, diluah mati bapak. Antara 'menegur' dengan 'mengelakkan ukhuwah dari tercalar', mana yang harus dilakukan. Buntu. Kita tahu, bahawa sahabat kita salah, tapi kita juga tahu, jika kita tegur, maka dia akan menjauhi kita. Akibatnya, peluang untuk dakwah dengan lebih sistematik kepadanya pun akan tertutup.
Jika anda berada di situasi ini, apa tindakan anda?
Dakwah ialah satu bentuk jihad, dan ia memerlukan kepada strategi, perancangan dan saf-saf yang teratur dan kemas seperti yang dinyatakan dalam surah As-saff.
Maka, kita harus menilai tahap kesalahan sahabat kita itu. Adakah dia melibatkan kepada persoalan akidah, atau ia masalah maksiat yang berterusan, atau adakah ia hanya masalah berkenaan akhlak yang kurang enak?
Jika ia berkenaan dengan soal akidah, maka wajib kita bersegera menegur sahabat kita. Tapi sekiranya kesalahan ia adalah dalam bentuk maksiat, maka kita boleh tangguh dan tunggu masa yang sesuai. Tetapi jika ia berkenaan dengan akhlak, maka kita boleh menggunakan pendekatan 'tunggu untuk tunjuk'.
Baiklah, saya akan cuba hurai satu-persatu.
Dalam soal akidah.
Jika sahabat kita ada kecenderungan untuk syirik (cth: di kristian kan), maka kita tidak boleh tunggu lagi, wajib kita bersegera menegur. Mungkin kerana tindakan segera ini, kita akan dibenci atau akan menjejaskan persahabatan, tapi ia berbaloi. Lebih baik kita dibenci olehnya, daripada kita melihat akidahnya terancam.
Dalam soal maksiat.
Pilih masa yang sesuai dan situasi yang sesuai iaitu face-to-face, kemudian mulalah bercakap. Seboleh-bolehnya, kita guna 'pendekatan ajak, bukan mempersoal'. Contoh: seorang yang tidak bersolat. Sebaiknya, kita ajak mereka untuk solat bersama dengan kita, bukan mempersoalkan, kenapa tidak bersolat. Bukannya mempersoalkan itu tidak boleh. Boleh jika kita berniat untuk membantu (cth; mengajar jika dia tak tahu atau menyediakan pakain bersih , jika dia tidak berpakain bersih), tapi pada pengalaman saya, jika kita mempersoalkan, kita akan menutup peluang kita untuk berdakwah pada kali yang lain- iaitu kita akan dijauhi olehnya. Jika sudah jauh, peluang pun semakin tipis. Bagaimana nak berdakwah?
Dalam soal akhlak.
Yang ini bolehlah jika taknak tegur dengan mulut, tapi tegur dengan 'hati' dan menunjukkan akhlak yang baik. Ramai orang sengaja nak ambil short-cut daripada hadis dari Abu Said al-Kudri riwayat Imam Muslim berkenaan dakwah ini. Maksud hadis itu- Jika kita tengok maksiat, kita wajib tegur dengan kuasa. Jika tak mampu, tegur dengan mulut, jika tak mampu, tegur dengan hati dan itu ialah selemah-lemah iman.
Ramai orang, apabila melihat sahabat dia bermaksiat, dia terus nak ubah dengan hati iaitu dengan cara meluat dan membenci, sedangkan tak benar cara tu. Dia sendiri belum menegur dengan kuasa dan nasihat, tapi terus nak benci dengan hati. Tak bolehlah begitu...
Kita ada kuasa, iaitu kuasa persahabatan. Dengan kuasa sebagai sahabat, kita berpeluang menegur. Maka, inilah peluang dakwah kita.
Kita akan dibenci? dipandang hina? dimarah? dicaci-maki? dan terasing?
Jika keadaan ini berlaku, maka kita harus melihat ke belakang sekilas. Mungkinkah cacian ini datang kerana dakwah kita tidak berhikmah?
Saya, jika menegur sahabat saya, saya akan menilai tahap kesalahan itu.
Bagi sahabat-sahabat saya yang tidak bersolat, saya tegur mereka secara berseorangan. Tapi melalui cara yang sedikit berbeza. Saya hantar mesej di facebook. Mudah kan?
Sebabnya adalah kerana kesukaran untuk mendapat situasi face to face dan jika ia berbentuk tulisan, 'orang yang betuah' menerima mesej itu boleh membaca berkali-kali. Berbeza jika kita bisik di telinganya (nasihat), mungkin selepas sehari atau dua pesan ini akan hilang.
Tapi jika dalam soal akhlak, saya suka tegur secara terus tapi dengan cara melawak, menggosok-gosok belakang dia, memicit bahu dia dan memegang tangan dia. Bukan apa, saya hanya mahu supaya mereka rasa dekat dan tidak janggal dan terasing. Apabila berkata-kata juga, janganlah beremosi. Kerana itu, daei' harus pandai melawak dan pandai tersenyum. Daei bukan polis dan bukan warden penjara yang perlu sentiasa serius!
Tidak mudah. Selamanya dakwah tidak akan menjadi sesuatu yang mudah.
Kita sendiri harus berusaha 'memudahkan' ia. Saya suka mengambil contoh dakwah Rasulallah. Bagaimana orang arab jahiliyyah yang no doubt, sangat kasar dan bengis boleh jatuh hati dengan dakwah Baginda?
Ini adalah kerana eratnya ukhuwah yang Rasulallah bina. Kita guna pendekatan itu- ukhuwah. Lalu, bagaimana mahu mengeratkan ukhuwah supaya kita boleh berdakwah, dan dakwah itu akan terkesan kepada mereka?
Sifat-sifat kemanusiaan. Itulah jawapannya.
Kerana itulah, Rasulallah menganjurkan kita untuk selalu senyum, mengucap salam, bermanis muka, bertukar-tukar hadiah, saling bantu-membantu, bertanya khabar dan lain-lain.
Dengan ini, kita berupaya membina hubungan yang baik dengan kawan-kawan kita. Dengan itu juga, jika kita memberi nasihat, mudah untuk mereka ikut. kan?
Saya sendiri bukan sahabat yang baik. Tapi saya masih mampu sentiasa berpesan kepada tiga perkara utama ini. Berulang-ulang kali, tapi syukur, sahabat-sahabat saya tiada yang menolak. Semuanya angguk dan senyum (dalam hati mungkin juga meluat) hehe :)
(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lain join.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.
Seni dakwah ini akan selamanya menjadi satu kesenian yang terindah. Memilikinya adalah lebih baik daripada memiliki ribuan ekor unta merah. Kerana itu, hati-hati sebelum 'membuka mulut' kerana jika silap perkiraan dan cara, sasaran dakwah kita akan lari.
Jangan musnahkan peluang yang ada dengan sikap terburu-buru kita.
Oh, maaf sangat-sangat kerana saya belum menjawab soalan tentang 'dia terjebak dengan zina'. Biar itu jadi tajuk artikel yang akan datang. Cukup kiranya artikel ini menjawab soalan 'dia kawan aku'.
Akhir kata, apa yang baik, silalah amal dan sampai-sampaikan. Mana yang buruk, silalah tinggal dan lupa-lupakan. Maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini.
52 Komentar
wah
Balasbagus2!!!
sgt2 suka yg part 3 pesanan tue!
mmg susah ! saya nie rmai gler kwn2 prangai yg mcm2 !! leh dkatakan smuer ader mslh sosial ! saya xkata saya baik sgt tp xla smpai mcm mereka yg bzina xkira sesapa n dh mcm pkara biasa ! slain bdoa., sy cdangkan kita sbgai kwn nie tgur scara blawak ! kire jgn r bt muka srius ! join dorg beborak n klau kuar isu tu.,, bt la lawak tp berunsur tguran !! tu pndgn saya !
Balasleh try kot! SELAMAT BERAMAL
ohh..bagus2x..!
Balasnasihat ni sgt sesuai untuk diri saya..haha
(1)- Sejahat mana pun kita, jangan tinggal solat.
(2)- Kalau nak buat jahat, jangan dibangga-bangga dan jangan ajak orang lain join.
(3)- Kalau terlanjur buat benda jahat, jangan lupa iringi dengan buat benda yang baik-baik.
salam iqbal
Balaskembali kepada hukum Allah insyaAllah semuanya akan selesai..
Salam bro.
BalasThanks sebab jawap soalan aku sikit-sikit.
Memang susah bro, lagi-lagi kawan rapat.
Aku ni takdelah baik sangat bro, tapi kalau boleh taknak lah member aku ade masalah besar camni bro.
Aku rasa macam nak suruh dia kahwin cepat-cepat je bro!
Later aku singgah lagi sini, nak tengok bab zina tu pulak camne.
Ps : Sorry bro jadi anonymous, tak nak ade stalker pulak nanti.
salam
Balassusah kan kalau nak tegur kawan sendiri
nak2 lagi perempuan, kadang2 cepat terasa
terima kasih atas perkongsian
jazakallah khairan kathiran.
salam,
Balassangat setuju, saya juga ada kawan yang tak nak solat..pernah juga ajak solat bila jumpa..tapi buat tak tahu je, sedih sangat..than, sekarang masih dalam proses menegur dan beri nasihat kat FB..insyaALLAH, semoga terbuka hatinya...
Assalamualaikum
BalasTerimakasih di atas info yang dikongsikan.Moga Allah xuji kita sebagai mana sahabat kita itu d uji
i admit that, i got frns yg ngaku pna tlnjur. n he said, dat wasnt his first time. i admit dat, smpi stu j macy tau n xpna amik tau da. tp time tu da pna tgo la mne mmpu~
Balasnasihat yang baik iqbal... sama seperti yang lain, 3 nasihat tu sangant terkesan...
Balasteruskan menulis...
tergamak kau…?
To all :
BalasPaling cikai, sepatutnya rasa bertanggungjawab nak ajak orang lain buat baik.. sebab kita tak mampu nak larang kejahatan..
Aku bukan ustaz/ah, tapi aku rasa kalau dah tak larat sangat doa kan diorang lah en.
thanx iba, i like it ;)
Balassetuju dgn anon...setuju ngan mengajak bukan mempersoal...
Balassubhanallah..
Balasterasa ke'tidak kreatifan'nya sy dlm b'dkwah T.T
thank u for this post!
suka sgt yg 3 pesanan tuh.. =)
selemah2nya ialah berdoa didalam hati
Balasitu jer aku mampu buat untuk sesetengah situasi
P/S : Video Dr. Rozmey Hampa Dengan Kutipan Filem 2 Alam Sangat Lucu Dan Kreatif
perkongsian yg sgt bermanafaat...terima kasih berkongsi dan teruskan menulis...
Balasnk tegur kawan jauh lebih mudah kalau nk dakwah family sendiri..
Balasnice 2 reading...
Balassaya seolah-olah sdg m'bc ap y fikiran sy katakan.
Balaspelik. terasa spt dah lama kenal kamu [manipulate ayat hilal asyraf utk sy, dan skrg sy tujukan pula kpd kamu]
kita bukan ex-smka, kita ex-the so-called-sbp, maka kebarangkalian kwn2 kita bff kita tdiri drpd pelbagai genre adlh sgt tggi dan besar.
bff [bestfriend forever, sy tiada buayafriend] sy sdiri ad y pnh tjebak dgn zina [naudzubillah] kaki clubbing dan sbgY. tp siapa kita utk mhukum? truskan bdakwah dgn penuh kasih syg dan kelembutan, serta kesabaran dan dgn penuh hikmah. hidayah milik Allah, tugas kita hY menyeru dan terus menyeru.
am waiting for the next entry :)
smoga yg terlibat diberi peluang untuk bertaubat..
Balassalam alaik..
Balasartikel yg sgt3 bermanfaat. waiting for the next :)
barakallah.
subhanallah, advise yg sgt baik..
Balassbg kawan kita harus tegur,..
cth teguran saya kpd slh seorg shbt yg tak bersolat.."mmm, ctiknya mekeup..senang ke nak cuci masa wudhu nanti?"..terbukti die tersentuh mendengar soalan tersebut dan menceritakan kenapa dia jarang bersolat...
cth akhlak;jika mereka sering mengeluarkan kata-kata berbaur kesat dan S***s,
saya sampaikan melalui perbuatan saya dengan menyibukkan diri tak nak dengar, and then, diaorg semua perasan saya tak suka berbicara mengenai perkara2 tersebut dan tak pernah bercakap mengenai perkara tersebut di hadapan saya:)alhamdulilah!
camne ye kalau kawan baek kita sendiri tak solat..kita nak tego tapi takut dia terasa. tapi apa yang kita buat, kalau dia duk dalam bilik kita, kita solat, baca quran lama2..nak suh dia lembut hati gi solat jgk.
Balassaya pun ade mslh dengan org yg agak dekat & rapart. xhiraukan sgt bab2 solat.kalau ditgur insyaallh buat.. die ngaku die jahil, tapi die still ade willing untuk buat..cume sy tak reti nk suruh2 n bg nasihat yg berkesan utk jgka mase yg panjang. hurmm..
BalasSaya punya ramai sahabat2 seperti ini. tetapi kami tidaklah begitu rapat. langkah paling efektif yg saya boleh buat ialah perli2 mereka. kadang2 mulut lazer saya attack gak mereka neh. bkn seme manusia adalah sama, mereka neh kalau kena tangkap basah bagus juga. dah tak larat la nak cakap baik2, sekeliling kita masyarakat remaja melayu hampir kebanyakkan nya terlibat dalam zina.
BalasSaya punya ramai sahabat2 seperti ini. tetapi kami tidaklah begitu rapat. langkah paling efektif yg saya boleh buat ialah perli2 mereka. kadang2 mulut lazer saya attack gak mereka neh. bkn seme manusia adalah sama, mereka neh kalau kena tangkap basah bagus juga. dah tak larat la nak cakap baik2, sekeliling kita masyarakat remaja melayu hampir kebanyakkan nya terlibat dalam zina.
Balashuhu.kdg2 mmg sush.mana nk jaga hubungan kita dgn dia lg..tp kena tegur gak.supaya hubungan dia ngn Allah tu ada.tegurla secara berhemah.jgn tegur dia secara yg boleh buat dia down ke.mesti ada sbb dia jd cmtu kn.bw dia keluar dr bnda2 yg lalai tuh.sedikit demi sedikit.just my opinion
Balasbagi saya, tegur kawan sendiri mmg perkara yg paling susah nak buat .
BalasinsyaAllah post saudara akan banyak membantu sy :)
Salam, susah sgat nk tegur bile kawan kite sendiri, yg pelik nye diowang tahu solat tu wajib cuma malas solat je, mcm mne tu?? aduh, selalu dapat kawan2 yg tidak solat,tapi diowang baik cuma x solat je, YaAllah, pernah nasihat kawan supaya solat sampai nk nangis dah, dia cakap akan solat tapi tak jugak.
BalasTak kan setiap masa kena ingatkan lagipun diowang dh besar malah dah tahu hukum hakam nya,dah laa saya ne x pandai nk nasihat kat orang, aduhh ssah, serba salah dbawatnya.perempuan lagi laa sensitif.
Insya-Allah kita doakan sajalah. Terus-teruskan berdoa. Moga dengan air mata yang keluar ini, Allah berkenan untuk memberinya dan memberi kita hidayah dan taufiq.
BalasAssalam.sy ada sorang kawan ni.Alhamdulillah dia solat tak tinggal.dia setiap pagi kejut sy solat subuh.sy yg liat nak bangun.tapi bab akhlak pulak dia kurang.pakai tudung tapi dia suka sangat pakai seluar ketat.sy pulak tak lah macam tu.Alhamdulillah.sy pakai seluar biasa2 je.mungkin sebab kaki sy besar and kaki dka kecik so dia nak tunjuk kat orang?wallahualam.tapi sy tak tau macam mana nak tegur dia.alang2 dah solat 5 waktu,kalau dia pakai sopan mesti best!lengkap dah hidup dia. ;(
BalasAssalam.sy ada sorang kawan ni.Alhamdulillah dia solat tak tinggal.dia setiap pagi kejut sy solat subuh.sy yg liat nak bangun.tapi bab akhlak pulak dia kurang.pakai tudung tapi dia suka sangat pakai seluar ketat.sy pulak tak lah macam tu.Alhamdulillah.sy pakai seluar biasa2 je.mungkin sebab kaki sy besar and kaki dka kecik so dia nak tunjuk kat orang?wallahualam.tapi sy tak tau macam mana nak tegur dia.alang2 dah solat 5 waktu,kalau dia pakai sopan mesti best!lengkap dah hidup dia. ;(
BalasTerima kasih kerana ianya amat berguna untuk saya
BalasBatman
BalasArdahan
Adıyaman
Antalya
Giresun
6NSDWU
van
Balaselazığ
bayburt
bilecik
bingöl
B7TD
tekirdağ
Balastokat
elazığ
adıyaman
çankırı
86QBCG
amasya evden eve nakliyat
Balaseskişehir evden eve nakliyat
ardahan evden eve nakliyat
manisa evden eve nakliyat
karaman evden eve nakliyat
YOFQ
D1F01
Balashttps://steroidsbuy.net/
paravan blog
hacklink fiyat
mobil ödeme bozdurma
çekmeköy çilingir
Tilki SEO
seokoloji
steroid satın al
backlink
C6D09
Balas%20 binance komisyon indirimi
6E910
Balasbinance komisyon indirimi %20
8F795
Balasrastgele sohbet odaları
Urfa Goruntulu Sohbet
van goruntulu sohbet
sesli görüntülü sohbet
canli sohbet chat
Adıyaman Canlı Sohbet Uygulamaları
canlı sohbet ücretsiz
mobil sohbet sitesi
erzincan yabancı sohbet
0AA2E
BalasSnapchat Takipçi Satın Al
Soundcloud Takipçi Satın Al
Facebook Beğeni Hilesi
Soundcloud Beğeni Hilesi
Referans Kimliği Nedir
Referans Kimliği Nedir
Pinterest Takipçi Hilesi
Mexc Borsası Güvenilir mi
Binance Hangi Ülkenin
6E4CC
BalasBinance Hesap Açma
Kripto Para Nasıl Kazılır
Onlyfans Takipçi Satın Al
Görüntülü Sohbet Parasız
Facebook Sayfa Beğeni Satın Al
Görüntülü Sohbet
Kripto Para Kazma
Coin Nasıl Kazılır
Dxgm Coin Hangi Borsada
021DC
Balasdefillama
shapeshift
dexview
spookyswap
uwulend finance
eigenlayer
quickswap
pancakeswap
avalaunch
GHJVHMKJ
Balasتسليك مجاري
thyghbtyhnbyhnbyhjn
Balasشركة تسليك مجاري بالجبيل
تنظيف مجالس Lt2sne5CMp
Balasشركة عزل اسطح بالاحساء lg2T3taMyx
Balasشركة مكافحة النمل الابيض crqk9CjCv6
Balasشركة مكافحة حشرات بالهفوف tjRfREEp39
Balasشركة عزل اسطح بالقطيف mg8aYJx6Dv
Balasشركة تنظيف شقق بجازان dQurTf05xj
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443