Hanya Minat?

Dan tidaklah betul dan elok orang-orang yang beriman keluar semuanya pergi berperang. Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). At-Taubah ayat 122.


Agaknya apa akan terjadi jika urusan akhirat diduniakan?

Tidak sukar untuk mengagak kerana sekeliling kita juga telah wujud beberapa contoh. Satu yang saya mahu ambil ialah apabila agama itu diubah daripada cara hidup menjadi minat.

Agama Dan Minat.

Beberapa tika yang lepas, heboh satu Malaysia dengan kejayaan seorang pelajar cina yang skor A dalam subjek agama. Hasil temuramah, pelajar cemerlang itu mengakui bahawa dia minat dengan subjek itu.

Lalu, apa bezanya antara dia dengan beberapa orang dari kalangan kita yang sama, hanya beragama pada minat?

Contoh mudah. Seorang sahabat itu, dia suka benar meminjam dan membeli buku-buku agama. Saya sendiri tak seperti dia. Dirinya punya koleksi majalah Solusi, sedang saya, untuk membaca satu naskah pun jarang-jarang saja.

Ada pula yang bijak bercakap pasal agama. Tentang hukum, fatwa-fatwa ulama silam dan kontemporari. Ada juga yang suka benar membaca kitab-kitab agama dan kitab sirah. Tidak terkecuali, blog-blog islamik dan mungkin termasuk blog ini juga.

Bagi saya, itu suatu yang sangat wajar dipuji. Suatu yang sangat-sangat baik dan disanjung tinggi. Keghairahan mencari ilmu ini sangatlah dituntut dan dimuliakan oleh agama.

Dengan ilmu, manusia dimuliakan. Ini ditekankan dalam surah al-Mujadilah ayat 11.

... supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat...

Cuma, dalam keghairahan dan kesungguhan ini, perlu juga kita melihat kembali kepada perkara pokok, iaitu niat. Untuk apa kita belajar agama?

Ini yang selalu terjadi. Niat yang tidak murni dan tulus. Ada yang niatnya kerana minat, hobi, suka-suka, dan ada juga yang teruk, mahu menggunakan agama untuk berhujah kembali dengan ahli agama yang lain.

Segala macam sifat yang saya baru sebut itu telah saya jumpa pada orang di sekeliling saya. Benar, niat mereka tidaklah saya tahu, tetapi hasil, output dan kesan, ia jelas berasal dari kebocoran yang dari sana.

Tidakkah kita tahu, bahawa setiap ilmu yang Allah beri ini, punyai tanggungjawabnya? Paling tidak, untuk ia diamalkan sekali seumur hidup. Abu Hurairah r.a menjadi bersemangat dan tekun menyampaikan hadis kepada para sahabat yang lain kerana dia memahami ayat 159 daripada surah al-Baqarah.

Saya telah kongsikan di sini.

Pengecualian.

Sekali lagi saya ingatkan. Jangan aggap artikel ini sebagai satu yang menjatuhkan semangat kalian untuk belajar agama. Tidak! Saya tidak bermaksud begitu kerana yang sebenar-benarnya, saya mahu kiranya kita semua mula memikirkan kembali akan peri pentingnya niat kita.

Ia suatu yang ringkas dan kerana ia ringkas, mudahlah ia luput dimakan masa.

Seruan untuk saya, sertakan keghairahan mempelajari ilmu dengan keghairahan mengamalkan dan menyampaikan kepada orang lain.

Dan untuk kalian juga. 

Benarlah kata Saidina Ali r.a, 'Ilmu itu adalah suatu yang kita tahu dan amalkan. Selain itu, bukan ilmu'. 

Dan kerana itu juga, saya tidak akan merasakan seseorang itu ada ilmu walau dirinya boleh menulis ratusan muka surat artikel agama, jika untuk solat subuh berjemaah di surau yang kurang 100 langkah pun dia tidak mampu. Ah, peringatan buat saya. Kerana sayalah yang 100 langkah itu.

Previous
Next Post »
38 Komentar
avatar

moga niat nak mendalami agama ini hanya kerana-Nya.. baru nak belajar betul2 tentang agama.. selama ni abaikan aje.. sedihnya.. =_=

Balas
avatar

padulah iqbal!

aku sokong entri ni!

hee.

Balas
avatar

daripada minat moga2 menjadi cara hidup pula..=)

perkongsian yg baik..TQ

Balas
avatar

banyak ilmu, mungkin.
Amal ilmu, tak sure.

Argh, teruk kena soal nanti!
:(

Balas
avatar

salam..

er, nak komen macam mana pun saya tak tahu..

cuma harapnya artikel ini dapat mengetuk hati-hati kita supaya membuka pintu perubahan.

benar kata kamu, niat sangatlah menjadi tunjang kepada amalan kehidupan kita seluruhnya.

kemudian, dengan niat yang sohih itulah kita menggerakkannya kepada amal..

Allah.. jauh lagi kita ni nak sampai martabat para solihin..
terima kasih ya Iqbal atas artikel anta ni.
semoga Allah pelihara hati dan bimbing pergerakan tubuh kita..

terima kasih.

Balas
avatar

terima kasih iqbal atas peringatan.
mmberi teguran juga pd diri.
Allahuakhbar!

Balas
avatar

insyaAllah, drp minat akn timbul niat yg suci.who knows right?

Balas
avatar

peringatan juga buat diriku yang selalu lupa.
Terima kasih.
^_^

Balas
avatar

datang kerana nak cari ilmu dan melihat dari perspektif orang muda.

orang lama dan baru kena berganding bahu dalam dakwah. jangan jadik macam dalam sejarah, golongan tua dan muda tak sehaluan dalam perjuangan agama, yang rugi ummah yang semakin jauh tersasar

Balas
avatar

I like the helpful info you provide in your articles.

I will bookmark your weblog and check again here regularly.

I'm quite sure I'll learn a lot of new stuff right here! Best
of luck for the next!

Feel free to surf to my web blog - acrylic purse handles

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus
avatar

Hi there, I enjoy reading through your post. I like to write a
little comment to support you.

Check out my web site - how to lower blood pressure

Balas
avatar

Everything is very open with a precise explanation of the challenges.

It was definitely informative. Your website is very helpful.

Thanks for sharing!

My homepage Womens Nike Air Max 90

Balas
avatar

First off I want to say wonderful blog! I had a quick question which I'd like to ask if you don't mind.
I was curious to find out how you center yourself and
clear your thoughts before writing. I have had a difficult time clearing my thoughts in getting my ideas out.

I truly do enjoy writing however it just seems like the
first 10 to 15 minutes are generally wasted simply just trying to figure out
how to begin. Any suggestions or hints? Kudos!

Take a look at my web blog ... japanese massage london []

Balas
avatar

Keep on working, great job!

Feel free to surf to my page; Massage Parlour London ()

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443