Transit Cinta

Ini ialah cerita tentang cinta yang sejati- yang melahirkan persahabatan, perjuangan, perpaduan, persamaan, dan juga perkongsian cita-cita dan impian.

Kerana cinta, dua manusia yang berlainan kiblat bersatu.
Kerana cinta, dua sahabat yang berbeza manhaj berkasih.
Kerana cinta, dua jiwa yang berlainan akidah berteduh.
Kerana cinta, dua insan yang berlainan gender, bersama.

Saya tak pandai menulis. Dan saya pun tak pandai nak merayu, agar orang baca novel saya. Saya akui, dengan nampak perkataan 'cinta' pada cover buku, orang dah mula fikir bukan-bukan. Macam seorang Pak Haji di tempat kerja saya. Tanpa memegang buku tu, terus sahaja dia berkata dengan suara yang lantang, "Apa tulis novel cinta ni? Cuba tulis buku agama..."

Saya tersenyum tawar. "Haji... tu buku agamalah tu."

Jangan terpedaya dengan perkataan 'cinta' pada kulit buku. Saya tidak menulis novel cinta yang tanpa matlamat. Saya bukan memperjuangkan cinta tanpa syariat!

Kedua, perkataan Si Manis 17 sendiri menyebabkan orang beranggapan yang buku ini ialah buku remaja, buku budak sekolah menengah. Percayalah, buku ini sesuai untuk semua. Mak cik-mak cik, kakak-kakak, adik-adik, semua sesuai. Orang lelaki, tambah-tambah lagi sesuai.

Kerana ia menyentuh banyak isu, banyak perkara. Antaranya, isu kristianisasi. Bagaimana anak-anak yang lahir daripada rahim wanita muslimah, boleh menjadi seorang kristian dan Yahudi. Transit Cinta ialah satu penjelasan kepada artikel fitrah saya.

Ia juga menyentuh tentang dakwah. Bagaimana dan apa yang terjadi kepada seorang pengerusi surau bilamana dia terpaksa berkongsi bilik dengan seorang lelaki yang tidak bersolat. Bagaimana dia memahami dan mendakap kemas tanggungjawab dakwah. Juga ialah penjelasan ataupun penerangan bagi artikel dakwah dan cara-cara serta pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan sasaran dakwah.

Saya juga menekankan tentang cinta yang mengikut lunas-lunas syarak. Transit Cinta ialah perincian bagi artikel Abang Ben dan Kak Long di mana lorong masa yang terhampar sebelum ijab kabul, digunakan dengan sehabis baik untuk memperbaiki aspek lahiriah dan agama; agar nanti, rumahtangga yang dibina atas tarikan cinta, kekal berseri di bawah payung Ilahi. Lihatlah bagaimana cara mereka menyampaikan rasa hati, dan saling menjaga hati walaupun dalam tempoh yang panjang. Cinta yang berputik untuk Ilahi, takkan tergadai dengan fitnah masa dan tempat.

Saya juga menekankan tentang persahabatan; peranan dan ciri-ciri sahabat sejati. Nilai yang dipotretkan oleh Akiff dan Ben, yang mana merupakan perkara yang paling saya mahu ketengahkan, lebih daripada elemen cinta sebenarnya!

Ada juga seruan dan peringatan tentang dinamik sebuah kehidupan.
Dan ya... ada banyak lagi, yang mana tak terdaya untuk saya lukiskan di dalam blog. Bacalah, dengan hati. Kerana hati sahaja yang mampu menghadam semua nilai-nilai yang saya ekstrak daripada al-Quran dan hadis.

Seperkara, Transit Cinta dan Dia Yang Kunikahi, walaupun tema dan konsepnya sama... tetapi gaya bahasanya tak sama. Ada yang membaca DYK dan tidak menyenangi gaya bahasa yang tidak memenuhi selera pembaca remaja, lalu tawar hatinya untuk membaca Transit Cinta. Terpulanglah :)

Apapun, kepada yang sudah membaca dan baru hendak memulakan pembacaan, suka saya ingatkan sekali lagi... bacalah dengan hati. Kerana jika tanpa kehadiran hati, yang kita nampak nanti hanyalah lapisan pertama sahaja- iaitu kisah cinta dua gender. Jangan begitu! Kerana hakikatnya saya menulis tentang perjuangan, tentang tanggungjawab!

Moga Allah ampunkan saya, seorang penulis yang hina.
   
Previous
Next Post »
21 Komentar
avatar

Macam best. Isi yang bermanfaat! :D

Balas
avatar

macam best je.. masuk dalam list senarai buku perlu dibeli. ehe. thanks for sharing :) berapa ringgit eh? ^^

Balas
avatar

Post la satu ke Mesirrrrrrrr!

hehe

(masih tertanya2 ending DYK, sedih betul bila masa tu tau novel ni tertinggal kat mesia. huhuh)

Balas
avatar

dah baca, and alhamdulillah.. nice.. congrats.. tunggu yg karya yang seterusnya... :)

Balas
avatar

Ciksukaberangan-

Harga RM20. kalau pesta buku dapatlah murah.

Balas
avatar

Assakamualaikum, ziarah blog akhi mencari ibrah..teruskan perkongsiannya ya ! amat bermakna utk diri ini yg tercari2 identiti dan cahaya.. ukhuwah fillah

Balas
avatar

alhamdulillah, tahniah iqbal... nanti nak cari

Balas
avatar

Assalam.. kat mana boleh dapatkan novel ni ya?? DYK pun puas sy cari tp x jumpa pun.. boleh beli on9 drpd awak x??

Balas
avatar

Nur- boleh beli Online di wwww.jsadiwarna.com

Kepada semua yang komen di atas, terima kasih saya ucapkan. Sangat berbahagia dengan kata-kata kalian :)

Balas
avatar

Assalamualaikum Akh Iqbal,

Saya dari Brunei sudah lama sangat menanti buku ni. Rasa mcm nak terbang utk Pesta Buku KL nanti rasanya!! Tapi alhamdulillah buku DYK dah lama beli ada di Brunei jual :)

Teruskan menulis dari hati encik Iqbal. InshaAllah setiap tulisan yang datang dari hati mampu menyentuh hati. Bak kata kawan saya, teruskan membuat sesuatu tu terkadang kita tak sedar ada seorang (atau lebih ramai lagi) yang berubah dan menjadi titik hijrahnya dalam menggapai redha dan cinta Allah!!

Alhamdulillah..all praises to Allah, smoga terus istiqamah.

Nor S.

Balas
avatar

Salam, brother!
Ingat org lagi tak?

Lamanyaaaa tak singgah sini. Sibuk sekarang banyak assignments :(

Suddenly semalam my friend said, "Awak, kita dah beli buku iqbalsyarie yang baru."

And I was like...
"Whaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaattt?!"
"Ada yang baruuu ke?"
"Kenapa kita tak tahu pun? Sobbs"

Hahaha.
Then i read the synopsis.
Interesting. Susah nak jumpa buku bro lah. Later on hopefully ada masa pergi MPH & buy your latest book.

:) Keep up writing. I'll support.
Barakallahu fik.

-cikdoktor

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443