Pertama kali saya membaca soalan ini, saya jadi hairan. Perempuan tidak subur? Itu bukan bidang saya. Untuk mengaitkannya dengan pandangan agama, juga bukan bidang saya. Tapi InsyaAllah saya cuba dan semoga sahabat yang bertanya itu puas hati dengan jawapan saya.
Sememangnya, hinakah wanita yang tidak mengandung?
Izinkan saya menjawab dari sudut agama terlebih dahulu. Ada sebuah hadis,"Nikahilah wanita-wanita yang al-wadud dan al-walud. Sesungguhnya aku berbangga dengan para Nabi dengan jumlah umatku yang ramai"-riwayat Ahmad. Al-wadud yang dimaksudkan oleh Baginda ialah penyayang kepada suaminya, manakala al-walud pula bermaksud subur.
Dalam sebuah hadis yang lain juga sebagaimana yang diceritakan oleh Ma'qil bin Yasar,' Ada seorang lelaki datang kepada Rasulallah lalu dia berkata,"Sesungguhnya aku mendapati seorang wanita yang memiliki kehormatan, kedudukan dan harta. Hanya saja dia tidak dapat melahirkan anak (mandul), apakah boleh aku menikahinya? Maka Rasulallah melarangnya. Lelaki itu lalu datang kepada Rasulallah buat kali yang kedua dan bertanya soalan yang sama, dan Baginda juga mengulang jawapan yang sama. Dia mendatagi Rasulallah buat kali yang ketiga, bertanya soalan yang sama dan masih dijawab oleh Baginda dengan jawapan yang sama. Lalu Baginda bersabda, "Nikahilah wanita-wanita yang al-wadud dan al-walud. Sesungguhnya aku berbangga dengan para Nabi dengan jumlah umatku yang ramai"-riwayat Abu Daud.
Faham Betul-betul
Jangan salah faham.Hadis ini bukan bermaksud bahawa tidak boleh berkahwin dengan wanita yang mandul. Hadis ini juga bukan suatu penghinaan kepada wanita yang tidak subur. Bukan! Sebaliknya hadis ini cuma mengajar kita tentang keutamaan memilih pasangan hidup. Tiada suatu dalil pun menceritakan bahawa wanita yang tidak melahirkan anak itu hina, kerana hina atau mulia seseorang hanyalah dengan tahap taqwanya sahaja.
Bahkan, jika kita membuka Al-Quran, kita akan mendapati bahawa isteri-isteri para Nabi terdahulu juga ada yang mengandung di usia senja. Antara mereka ialah isteri Nabi Ibrahim a.s yang melahirkan Nabi Ishak a.s. Reaksi isteri Nabi Ibrahim a.s itu dirakamkan dalam ayat 72 surah Hud-
Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan".Perkara yang sama juga berlaku kepada Nabi Zakaria a.s .Peristiwa ini dirakamkan dalam ayat 40 surah Ali-Imran- Nabi Zakaria berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?", Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya".
Soalan saya, betulkah wanita yang tidak subur itu hina?
Tidak sama sekali!
Cuba kita melihat dengan kaca mata seorang hamba, apa tujuan Allah jadikan wanita itu tidak subur? Salah satu puncanya ialah supaya nanti akan ada pasangan suami isteri yang sedia mengambil anak-anak yatim sebagai anak angkat yang nasib mereka semakin hari semakin terasing, tersisih dan terbiar.
Manjaga anak yatim itu besar pahala dan ganjarannya, kerana itulah Rasulallah menyatakan bahawa orang yang menjaga anak yatim adalah sangat hampir dengan Baginda di akhirat kelak, seumpama dua jari yang dirapatkan.
jadi,rasanya sangat jelas bahawa dalam islam, martabat wanita itu tetap mulia asal saja dia beriman serta taat kepada Allah dan suami.Seperkara lagi, saya mahu berkongsi persoalan yang dicetus oleh Ustaz Hasrizal Jamil-
Benar, Rasulallah berbangga dengan umatnya yang ramai, tapi dapatkah kita memberi jaminan bahawa anak cucu kita kelak ialah sebahagian daripada umatnya? atau mungkin saja mereka perosak agama ini?Jawapannya berbalik kepada kita, adakah kita rasa kita mampu menjadi ibubapa yang baik atau tidak? Jika mampu mendidik dengan acuan islam, maka silakan beranak ramai kerana itu akan menguntungkan islam. Tapi jika tidak yakin mampu mendidik dengan acuan islam kerana faktor persekitaran contohnya, maka memandailah beranak sikit.
Jangan tidak tahu, dalam islam juga ada ilmu perancangan keluarga! Bagaimana? saya kongsikan sahaja. Antaranya ialah dengan kaedah 'azal' iaitu suami 'menyiram pokok di luar pasu'.Faham? Ini juga suatu ilmu agama tapi khusus yang sudah berumah tangga. Dalilnya ialah- 'Jabir bin ‘Abd Allah radiallahu ‘anhu: Adalah kami mempraktikkan ‘azal semasa zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau tidak melarang kami.' Selain itu, menyusukan anak genap 2 tahun juga satu cara untuk mnejarakkan anak (perancangan keluarga).
Yang belum berkahwin, cukuplah sekadar tahu.Dari sudut budaya
Satu soalan, masyarakat manakah yang anaknya ramai? Jawapannya ialah masyarakat india di negara India. Ada satu peribahasa yang saya tidak tahu asalnya (mungkin dari india), "Wanita yang paling malu ialah wanita India". Realitinya, masyarakat mereka memang beranak ramai.
Bagaimana ya, pemalu tapi anak sampai 9-10 orang. Mungkin malu kerana beranak sedikit?
Kalau orang melayu, 3 orang anak itu biasa tapi bagi mereka, 3 orang itu luar biasa. Saya sendiri tidak mampu berbicara panjang dalam sudut budaya kerana saya tidak arif dalam hal ini.Cuma yang saya dapat simpulkan ialah tiada masalah dalam masyarakat melayu. Jika orang dahulu beranak ramai-ramai, tapi orang sekarang selesa beranak sedikit-sedikit. Tiada masalah tentang itu.
Cuma bagi saya, wajar sekiranya orang melayu dan islam punya ramai anak, lebih-lebih lagi pasangan suami isteri yang soleh kerana daripada mereka ini, akan lahir keturunan soleh juga.Sebaliknya bagi pasangan yang fasik(siapa mahu mengaku), memadailah mempunyai anak sedikit, seorang atau dua kerana anak itu seumpama magnet.Ia boleh menarik kita ke syurga, atau ke neraka.
Persoalan, bukankah ini menunjukkan hikmah lelaki kahwin 4 ?Jika seorang mandul, 3 orang lagi subur, boleh teruskan zuriat, kan? sila komen ya :)
21 Komentar
soalan diutarakan kepada saudara iqbal semakin hari semakin mencabar. Semoga segalanya baik hendaknya.
Balasuishh...moge2 echah subur la...nak bby!eh..tetiba pulak..
Balaserr...khawin 4?no komen...jaga anak yatim la...nanti insyALLAH ade rezeki ank sendiri..
nice info,,, bkn smua wanita yang subur itu jgk dpt melahirkan anak...
Balasnice nice info
p/s: geleng2 pala tgk byk buang bayi skrg nie, knp yer gdis2 yg bzina ini subur2 dan tidak plk cacat anak yg dilhirkan atau ssh hdk melahirkan anak, sdangkan yg lahir scara halal, para ibu sgat menderita kesakitan... ada jwpan tak??
betul ke orang melayu anak tak ramai??teacher sy dari USA terkejut beruk sebb orng melayu anak sampai berbleas2 sedangkan mereka disana, anak 2 sudah tidak boleh bernafas.
Balastapi sy tidak menafikan pola kelahiran anak sah dalam kalangan masyrkat kita semakin berkurang ,dan dalam masa yg sama pola kelahiran anak luar nikah yang bertambah2.
mengenai tajuk entri,saya rasa hina x hina tidak wajr dilabel.sebgai perempuan.fitrah untk mngndung dan melahirkan anak akan ada pada setiap urusan.Cuma,ianya kerja Tuhan.ADakala ada diantara kita di uji walaupun tanpa kita diminta.Namun,dgn tknolgi sains skrng,ada bermacam cara yanga 'permissble' yang boleh diusahakan.
wallahualam
em.. jgn salahkan wanita sajer. memang matter benda camni,, tp, kalau x mengadnung, bukan wanita takj subur, lelaki pon ada risk..
BalasJum Singgah yer
Latest entry di:
Pengalaman kena tindih ngan perempuan
salam.. saya tak pernah terfikir pula soal ini.. kena ingat.. bukan wanita saja berpotensi mandul.. tetapi juga lelaki.. lebih-lebih lagi yang merokok.. moga yang punya pandangan serong terhadap wanita mandul ini dapat membuka mata baca tulisan iqbal
Balashee bab kawin lebih tu mesti disokong kaum pria
Balassestiap yang berlaku tak dijadikan sia-sia oleh Allah tentu ada hikmahnya cuma kita aje yang sering menyalahkan takdir
Kalau tengok citer kat tv,mesti pas kawin lain dgn isteri kedua,trus istri pertama akan mengandung..hmm apa kaitannya ye?...
Balassemua wanita yg sudah berkahwin pasti nak kn anak, tp..kalau dah ketetapanNYA ..terima seadanya,kawin 4..trpulang kpd kmampuan suami dan begaimna dgn prasaan istri yg mandul?? wallahualam..
Balas'Sebaliknya bagi pasangan yang fasik(siapa mahu mengaku), memadailah mempunyai anak sedikit, seorang atau dua kerana anak itu seumpama magnet.Ia boleh menarik kita ke syurga, atau ke neraka.'
BalasSaya mungkin salah faham ayat Iqbal ini.Bukankah iman itu tak dapat diwarisi?Ada banyak yg sy dengar cerita yg ibu bapanya bukanlah org yg kuat agama/keturunan yg porak peranda tetapi anaknya membesar menjadi anak yg soleh/solehah.
Apapun,very nice entry.perlukan critical thinking untuk menulis dan memberikan pendapat.Good Job. :)
Ckin Kembaq, terpanggil untuk respon. Teringat pernah dengar ceramah Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Tak ingat kat mana, tajuk apa. Yang penting ada satu yang saya paling dengar dan ingat, tentang point 'mandul, then ale2 dapat anak'
BalasMasa tu beliau sebut pasal ambil anak angkat. Katanya, cuba ambil anak angkat kalau tak dapat2 anak.. nanti akan timbul rasa sayang kat anak tu.. maybe ada kaitan dengan hormon.. so then boleh mengandung..
Dari segi lain, bila bela anak angkat, secara tak langsung perempuan itu 'membuktikan' yang dia bersedia untuk mempunyai anak.. so then Allah beri rezeki, dia pun dapat anak.. kan slalu sebut, dpt lambat anak, org ckp, "Allah beli nak beri"
Pasal kawin lain tu, maybe masa tu dia dh fokus dari segi perasaan, feeling, dan kesediaan untuk ada anak kot.. or Allah hadiahkan dia kasih sayang/perhatian lain sebab dh kena share husband.. hehehe.. teori je..
apa2 pun, smua tu Allah yg susun. mesti ada sebab dan hikmah!
pesanan tu (hadis) mestilah sama utk pompuan gak kan.. so pmpuan pn kene la cari husband yg blh menyayangi dan subur kan.. tak aci la 'arahan' tu hanya untuk lelaki je.. kene buat test kesuburan sebelum kawin mcm test AIDS la pulak.. huhuhu.. i believe that Islam is simple..
a'ah,betul dgn kak sidratul muntaha.tapi kalau2 encik iqbal ada maksud lain,mungkin kita salah faham ke..
Balasmgkin iqbl nak respond??
Nuraisyaz dan Sidratul Muntaha
Balas- InsyaAllah saya akan merespon, tapi dalam artikel yang akan datang kerana datang satu idea untuk menulis lagi. Alhamdulillah.
Kepada Ayen, saya setuju dengan apa yang diperkatakan dan dicadangkan itu :)
setuju..andai ditakdir mandul, insyaAllah rina benarkan suami berkahwin lagi..
Balastp harap2 Allah permurahkan rezeki..
thanks for the info :)
tumpang membalas komen ye iqbal :P
Balasberdasarkan apa yang zulaiha tanya dekat atas, saya pernah pergi dengar satu talk. ustaz tu utarakan satu persoalan.
kenapa mereka yang berzina mudah hendak melahirkan, tetapi mereka yang mengandung secara halal, merasa terlalu amat sakit untuk melahirkan.
jawapannya, mungkin kerana dua faktor ini. pertama, si dia yang mengandung secara haram, berasa takut yang teramat sangat sehinggakan rasa sakit pun dia x perasan. kedua, mereka yang berzina mudah bersalin manakala ibu yang mengandung secara halal sukar bersalin kerana besar kemungkinan Allah memudahkan di dunia, tetapi balasan di akhirat cukup besar dan dahsyat. dan ibu yang sukar bersalin di dunia, ganjarannya sangat besar di sisi Allah :)
wallahualam
mudah-mudah boleh pregnant..nak baby!! pada pandangan wanita, it is matter if a women can't pregnant..sebab naluri wanita..naluri keibuan tu..tak tau la kalau xnak pulak..
Balashah..nk jawab persoalan tu bukan mudah..apa perasaan isteri yg mandul? sedih2..tp ye hikmah..boleh smbung keturunan..
yep..dlm pemilihan pasangan,mmg ade hadis supaya pilih wanita yang walut(subur),wadud(pengasih penyayang)...
Balas& Nabi Muhammad sendiri berbangga dengan umatnya yg ramai...
erm,soal poligami lak..erm..erm.. mungkin juga wajar.. namun,haruslah pujuk2 si isteri agar tak kecik ati andai nok menikah lagi...
Terima kasih kepada semua yang memberikan pendapat. InsyaAllah di lain kali, saya akan sambung kembali topik perbincangan berkaitan ini kerana secara tak langsuang, perbincangan kita kali ini telah mencambah suatu persoalan baru yang lebih indah dan seronok untuk dibicarakan bersama :)
Balasibu saudara saya berkata, isteri diuji dgn kehamilan. boleh hamil, pun ujian (kata dr secara kiasan, janin adalah tumor/bendasing dalam badan wanita yang membawa 1001 masalah fisiologi. eg- morning sickness. bahkan utk sesetengah ibu, nak melahirkan banyakk kesakitan, kepayahan yang ditanggung. yang kita dok kenang, sakit masa beranak. sebelum beranak, ada contraction yg berpanjangan, tu pun sakit jugak.. kadang2 berhari2)
Balassesetengah di uji dgn cara x boleh hamil. saya kongsi dari blog rakan saya
"Most infertile women who adopt a child, will give birth later on. It's becoz the mothers enjoy her parenting, which reduce her stress level, results a positive effect on her hormones" -Dr. AOY
menarik kan?
janganlah pandang rendah pada wanita yg tak boleh hamil.. itukan ketentuan Allah.. bukan dipinta begitu kan? samalh keadaannya, orang yang ada kanser, yang tiba2 kemalangan dan kudung angota badannya, semuanya Allah tentukan..
boleh baca kat http://whiteraven68.blogspot.com/2010/09/android-pelvis.html kalau nak tau lanjut pasal android pelvis.
Salam...for me takde wanita yg minta dijadikan mandul dan kalau dari awal dia tahu diri dia mandul pasti dia pun takkan mengahwini mana2 lelaki,betul tak?so jgn hina sesama manusia.blh jadi wanita yg dikatakan mandul tu lbh baik akhlak dan amalannya dan taqwanya pd Allah
BalasSedih bila abg ipaq org luaq hina x da rezeki tapi lg sedih kak sendiri hina satu2nya adik bongsu dia..hina saya tak ada ank sbb 2 tak ada perasaan seoran ibu...spa kta sya tak ada perasaan sorg ibu..ank dia msa bawu lahir sya yg pgang..dya x berani pegang..bkn saya x blh mengandung tapi keguguran 2kali..tapi ati sakit d hina
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443