Wanita solehah, jangan runsing

( Wujudkah kesempurnaan dalam cinta? )

Saya nak tanya kamu. Betulkah perempuan-perempuan yang tak cantik tak laku? Saya lihat kawan-kawan saya yang cantik-cantik semuanya ada boyfriend.
Mesej dari YM itu saya tatap lama-lama. Berfikir. Saya tidak nafikan. Saya juga perasan yang lelaki menyukai wanita cantik. Dengan penuh hati-hati, setiap urat persoalannya saya jawab. Moga dia berpuas hati. Kali ini, izinkan saya berkongsi dengan anda, para warga Bayyinat tercinta.

Rasulallah s.aw bersabda : 'Perempuan itu dinikahi kerana 4 perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama. Nescaya kamu akan bahagia'- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Allah ciptakan makhluknya itu berpasangan. Ini disebutkan dalam Surah An-Naba' ayat 8- 'Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan'. Lelaki pasangannya wanita. Maka, menjadi suatu yang normal sekiranya lelaki menyukai wanita, dan wanita juga tertarik kepada lelaki.

Suka-Suka atau Suka?
Satu soalan perlu kita tanya kepada diri kita. Adakah tarikan ini, kerana suka atau kerana mahu bersuka-suka?

Dalam diri seorang wanita, ada 4 perkara utama yang menarik lelaki. Ini disebutkan dalam hadis diatas. Lelaki akan menyukai wanita kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Semuanya bermotif dan ada kepentingannya.

Lelaki yang mencari gadis kaya, mereka kadangkala hanya mahukan harta gadis itu. Lelaki yang mencari gadis yang berasal dari keluarga berada, kadangkala ada niat politik dan kepentingan peribadi disebaliknya. Sama juga dengan wanita cantik. Lelaki secara umumnya mahukan wanita yang cantik, kadangkala sekadar untuk dia bersuka-suka, bermegah-megah, dan menunjuk-nunjuk.

Tapi..
Percayalah cakap saya, bahawa lelaki yang baik, yang soleh dan yang benar-benar jujur mencintaimu (para wanita), tidak akan melihat bagaimana rupamu. Mereka juga tidak kisah dengan hartamu. Dan mereka juga tidak peduli dengan status keluargamu.

Mereka lebih mencintai kesederhanaan daripada kekayaanmu.

Mereka lebih mengkagumi keramahan dan kasih sayang dalam keluargamu, daripada status keluargamu.

Mereka lebih mengimpikan kecantikan akhlakmu, daripada kecantikan rupamu.

Semua ini datang daripada agamamu.

Kecantikan manusia, boleh luntur. Jika ditakdirkan Tuhan, kamu eksiden lalu berparut muka, adakah si dia akan masih menyintaimu lagi?

Kekayaan harta, boleh habis. Jika suatu hari, kamu dilanda masalah kewangan, adakah dia akan masih setia?

Keturunan juga begitu. Jika ditakdirkan Tuhan, keluargamu difitnah orang dengan fitnah yang menghinakan. Lalu setiap orang memandang hina keturnanmu. Adakah si dia akan bersamamu lagi?

Tapi jika dia memilihmu kerana agamamu, InsyaAllah kamu bahagia. Kerana dengan agama, kamu memiliki segalanya. Harta yang sedikit sudah terasa cukup. Hidup yang sederhana sudah terasa sempurna. Wajah yang biasa-biasa juga sudah terasa cukup menenangkan.

Kesimpulan
Jangan risau. Mungkin kamu tidak cukup menarik untuk cinta monyet, kerana Tuhan mentakdirkan bahawa cintamu milik hambaNya yang Dia kasih. Jadilah hamba-Nya yang soleh/solehah. Itu lebih utama.

 Saya cuma nak cakap, bahwa saya juga ialah salah seorang lelaki yang meletakkan syarat 'agama' sebagai yang teratas.

Previous
Next Post »
28 Komentar
avatar

apa yg penting ialah hatinya..
mungkin rupa satu bonus.
tp mcm tu jugak perepmuan memilih lelaki..menilai hati budi.bukan paras rupa..sbb paras rupa boleh berubah...harta juga boleh berkurang...=)

Balas
avatar

kecantikan tu tak kekal tak lama.tp yg kita bw smpai dlm kubur pahala dan amal kita.

p/s: kecantikan tu terletak pada org yg melihat kita.:)

Balas
avatar

berdoa gak, dengan ruper ku yang tak dalah cantik dan murni, moga ada lah jodoh juga, Kalau takdak gak. Reddha sahaja...

Balas
avatar

betul tu.. plus ade dlm surah lain gak ade ckp yg lelaki baik utk perempuan baik.

saya jugak meletakkan agama syarat teratas. insyaAllah. :)

iqbal, buat lah button share. boleh sama2 kongsi kat fesbuk.

Balas
avatar

(1)-Norfaeizen
Setuju. Kita akan cenderung kepada siapa yang sama mcm kita. Contoh, kalau kita nak pompuan kaya, pastinya pompuan kaya jugalah yang nak kat kit.entah~


(2)-Cik Lin
Sangat benar. Cantik itu subjektif :)


(3)-PinQib
InsyaAllah, jangan risau ;)


(4)-Lin
InsyaAllah dah ada button share. Sila-sila ;)

Balas
avatar

salam.

saya tertarik dgn kata-kata iqbal "Kecantikan manusia, boleh luntur. Jika ditakdirkan Tuhan, kamu eksiden lalu berparut muka, adakah si dia akan masih menyintaimu lagi?"

Benar sekali kata2 ni sbb seorg rakan saya(perempuan) pernah mengalami. Ketika dia cantik , ramai yg meminati dan dia juga memilih lelaki yg kacak dan berjaya sebagai teman lelakinya. Dgn kuasa Allah, berlaku kemalangan dan kecantikkanya telah susut. Kala itu teman lelakinya telah meninggalkannya dan lleaki2 yg dahulunya meminati dia juga sudah tidak hilang selera terhadapnya. Jadi kepada yg cantik dan kacak jgnlh bermegah. Ia sekadar pinjaman dari Allah dan bila2 masa sahaja Allah boleh mengambilnya kembali.

Tentang pencarian cinta mengkut lunas2 agama pernah saya nyatakan dlm bentuk cerpen yg pernah disiarkan dlm akhbar berita harian. mampir sini

http://www.bicaradariaku.com/2010/01/mencari-habil.html

Balas
avatar

hehe...betul2...kalau lelaki yg beragama,dia akan pilih kecantikan akhlak.Namun,bny lelaki yg lebih utamakan cantik rupa paras...

"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya, boleh jadi kecantikannya itu akan membawa kerosakan kepada mereka."
-Riwayat al-Tabrani,no.11)

Namun,menggabungkan aspek yang lain selepas wujudnya aspek agama,maka itu satu perkara yg sgt baik.

~akak tengah menyiapkan kerja kursus tentang aspek2 sekufu dlm islam..hehe,dalil kat atas nih copy paste~

Balas
avatar

sangat setuju dengan perkongsian dari anda~

kebanyakan perasaan yang dirasakan remaja kini lebih kepada attract, tertarik~ berkemungkinan bile jumpa someone else yg lebih cantek akn beralih arah pulak perasaan tu~

Benar, jika memilih seseorang itu dari agamanya, kita telah memiliki segala2nya. =)

Cinta yang selayaknya hanya padaNya~

Balas
avatar

aduhhhh...sungguh terasa hati ini. saya terdiri dalam kalangan wanita sebegini yg pd mulanya berputus asa kerana berfikiran negatif...tp, Maha Suci Allah, tetap ada perancangan untuk hambaNya....Alhamdulillah, jodoh pun dengan lelaki yang baik...:D

Balas
avatar

"Mungkin kamu tidak cukup menarik untuk cinta monyet, kerana Tuhan mentakdirkan bahawa cintamu milik hambaNya yang Dia kasih. Jadilah hamba-Nya yang soleh/solehah. Itu lebih utama."

^_^ suka.

Balas
avatar

suka entry ni..sabr lah pada sesiapa yg mnanti jodoh;)

Balas
avatar

"Tidak perlu mencanangkan cinta kamu kepada manusia kerana dia tidak akan faham betapa luasnya cintamu terhadapnya. Dan tidak perlu menghebohkan cintamu terhadap Pencipta kerana Dia sentiasa tahu betapa sempitnya cintamu itu"

p/s: saya sokong...sbb sya rmai kwn2 brsikap sprt yg dinyatakan...

Balas
avatar

cinta berlandaskan agama yg kekal didunia dan diakhirat, jikalau berlandaskan nafsu, tidak sampai kemanalah kesudahannya..

Balas
avatar

wah2..entry jodoh?haha..selagi ia membantu utk lebih cinta pd Allah~^_^

Balas
avatar

stuju ngan kamu..ramai orang wanita cantik sudah berpunya,tp tak semestinya yg xcantik xberpunya..sebab kbnyakkan yg xcantik ramai yg solehah :D

Balas
avatar

subjektif... kita kata cantik, di mata orang lain mungkin tidakkk... Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil

Balas
avatar

kadang2 sy pernah terpikir .. kenapa kaum si adam takut sgt nak mndekati sy ..yg sy perhatikan kwn sy yg ramah n open bkawan dgn lelaki yg mnjadi rebutan si kaum adam..

tapi lps bc "Mungkin kamu tidak cukup menarik untuk cinta monyet, kerana Tuhan mentakdirkan bahawa cintamu milik hambaNya yang Dia kasih. Jadilah hamba-Nya yang soleh/solehah. Itu lebih utama." .. sy da de jwpn nye .. sy th Allah tlh rncgkn ape yg tbaik buat sy .. sy yakin n prcaya pd ketentuannya .. insyaallah .. TQ


jst nk share,sila bc tentang wanita http://anakpapamak.blogspot.com/2010/10/epal-wanita.html ..

Balas
avatar

syukran sbb memahami..n_n..

Mesti 'mereka' yg membca entri ni sejuk hati..

p/s : same with me.. 'agama' tu yang sy nak..dgn agama,dia akan dihormati dn faham tugasnya as husband,hamba,ayah,lelaki,anak and menantu yg diimpikan.. n_n

Balas
avatar

kalu ade dah ditakdirkan jodoh kita dengan siapapun, apa boleh kita kata?

menjadi ketetapan yang maha Esa segala sesuatu.

bila Allah ciptakan pandangan setiap hamba-hambanya berlainan, agar saling berkenalan. namun awas! ada batasan. wallahua'lam.

Balas
avatar

Biar tak cantik rupa, indah akhlak, sempurna imannya... INSYA-ALLAH... Pasti lagi indah nilai CANTIK itu=)

Balas
avatar

like post neh iqbal !
:))

Balas
avatar

salam ya akhi :)

post ini untuk budak2 sekolah kan sebenarnya?
tapi akhi, kalau perempuan tu cantik, bagaimana nak pastikan lelaki itu menyukainya kerana peribadi atau rupa paras? pasti sulit sekali.

Balas
avatar

ROZY

InsyaAllah, saya akan jawab dalam sebuah lagi artikel.

Balas
avatar

'Saya cuma nak cakap, bahwa saya juga ialah salah seorang perempuan yang meletakkan syarat 'agama' sebagai yang teratas.'

Copy ayat kamu balik.

Balas
avatar

sukaaaa !!! =D

p/s : nak komen jugakla. asyik silent reader je. hihi. ;)

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443