Sebenarnya, usrah itu apa?
Apa hukum join usrah ni?
Wajib kah? Sunnat kah? atau sekadar harus?
Usrah tu apa?
Saya tidak ada jawapan yang paling tepat. Tapi saya memandang usrah ini seperti telefon bimbit. Telefon yang ada battery, dan memerlukan battery untuk berfungsi. Masa berlalu dan battery pun menjadi semakin lemah dan akhirnya telefon itu mati (tidak berfungsi). Maka, usrah ialah seumpama charger yang akan mengembalikan tenaga battery itu.
Sama halnya dengan manusia. Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (full battery). Sedang dirinya membesar, keimanan dan kederhakaan bertukar-tukar hingga mengikis iman (battery low). Tika itu, kita tidak mampu menjadi seorang muslim yang sebenar (tidak function) dan memerlukan kepada tarbiyyah (charge iman).
Sebenarnya Imam Hassan Al-Banna ada senaraikan sepuluh objektif usrah dan tarbiyyah yang saya tidak akan kongsikan sekarang. InsyaAllah dalam tajuk yang lain.
Hukumnya apa?
Juga tiada jawapan yang satu. Tapi bagi saya, usrah ini wajib. Wajib kepada saya dan anda. Saya mengambil dalil dari satu hadis riwayat Al-Baihaqi bahawa- "Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim".
'Tidak semestinya nak tuntu ilmu, kena join usrah'. Balas seorang rakan. Begitukah?
Ya. Tidak dinafikan. Ilmu Allah maha luas. Belajar, tak semestinya 2 jam seminggu, atau 2 jam sehari. Proses belajar terjadi dimana-mana. Di depan skrin komputer pun, proses tarbiyyah boleh berjalan. Tapi, adakah ini tarbiyyah yang sebenarnya?
Tidak. Tidak sama orang yang belajar dengan guru, dengan orang yang belajar dengan cara membaca tanpa guru. Kerana itu, di dalam usrah, proses tarbiyyah ini berjalan dengan lebih sistematik, lebih jamak, dan lebih tersusun.
Saya tidak pandai nak bercerita panjang, kerana saya sendiri masih mentah dalam dunia usrah. Saya pun hanya hampir 11 bulan join usrah dan saya hanya mampu menyatakan satu perkataan, iaitu 'meyeluruh'. Ia adalah satu proses mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan juga mengenal lawan serta kawan dengan menyeluruh.
Alhamdulillah. Allah beri saya peluang untuk mengenal manusia yang baik-baik.
Sibuknya kita.
Antara sebab lain saya cenderung mengatakan usrah ini wajib adalah kerana faktor kesibukan kita. Sebagai manusia, kita akan sibuk mostly, dengan pekerjaan (bagi orang bekerja) atau dengan belajar (bagi students). Dalam senggang masa itu, kita juga akan disibukkan dengan salah satu dari 3 kesibukan. Kita akan sibuk, samada sibuk dengan islam, sibuk dengan maksiat atau sibuk dengan tidak buat apa-apa.
Sibuk dengan islam.
Ini dilihat dengan kebersamaan diri kita di dalam majlis-majlis ilmu dan dakwah. Manusia sebegini hidupnya bermatlamat dan mempunyai tujuan. Mereka sedar bahawa mereka 'perlu' kepada Allah. Mereka mahu mengenali, mendekati dan mencintai-Nya. Lalu, dalam kesibukan pun, mereka masih sedia menggunakan masa lapang untuk mencapai matlamat itu, dan benar, Allah perkenankan keinginan mereka.
Merekalah manusia yang ada fungsi.
Sibuk dengan maksiat.
Secara kasar, mereklah orangnya yang menggunakan masa lapang dengan menyibukkan diri berbuat maksiat. Dating menjadi amalan harian. Mengumpat dan bergosip menjadi zikir harian. Membaca dan menonton bahan-bahan lucah dan tidak bermanfaat menjadi kebiasaan. Ah, terlalu rugi jika tergolong dalam golongan ini.
Allah akan bertanya kepadanya tentang nikmat kelapangan. Lalu dihadapan Allah, kaki, tangan, kepala dan kulitnya akan berbiara, "Tuhanku, tuanku ini menggunakan aku untuk bermaksiat kepadamu sedang aku tidak meredhai perbuatannya".
Kemana lagi destinasi bagi pendosa, jika bukan ke lautan derita tidak berpenghujung?
Sibuk tanpa apa-apa.
Saya juga bagini dahulu. Sibuk! tapi entah, tak tahu sibuk buat apa. Sedar-sedar, masa berlalu sedang saya tidak sedar dan tidak mendapat manfaat dari masa. Sibuk main game, sibuk online, sibuk..sibuk..sibuk.. tapi at the end, nothing.
Special credit to Abang Shahrul kerana menjadi individu yang paling awal drag saya into the wonderful world of tarbiyyah. Walaupun tak lama kerana diganti oleh Abang Ihsan (murabbi saya yang sekarang), saya merasakan bahawa setiap kali saya berkongsi kebaikan dan ilmu dengan kalian, individu-individu ini sentiasa mendapat pahala yang percuma.
Allah saja yang mampu membalas kebaikan kalian.
Pesan saya.
Ramai orang berpesan kepada saya, "Masa di universiti inilah masa yang paling free untuk belajar agama"
Bahkan ada yang turut berpesan, "Semoga istiqomah walaupun selepas kahwin"
Hakikatnya, apabila kita sudah mula bekerja dan berkeluarga, tanggungjawab kita semakin meningkat. Tidak akan ada masa terluang yang banyak kerana keluarga, tarbiyyah dan dakwah akan berebut-rebut minta perhatian. Kembali, time management sangat penting.
Ada orang, di usia remaja dan alam usniversiti sangat aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. Tapi apabila masuk alam pekerjaan, mula futur dan apabila sudah berkahwin, terus tinggal tanggungjawab mentarbiyyah diri dan berdakwah. Apa ini? Bukankah amalan yang istiqomah itu lebih disukai oleh Allah?
Saya pun perasan bahawa ramai readers saya pun umur baya-baya saya. Jadi, saya sangat menggalakkan kalian melibatkan diri dengan jemaah-jemaah usrah ini. Mungkin pengalaman kita di zaman sekolah menengah menyebabkan kita bersikap 'menentang' kepada usrah. Saya juga pernah begitu, kerana di sekolah lama saya, ada juga usrah tapi ia tersangat-sangat membosankan, seperti membuang masa dan tidak ada isi.
Tapi, tidak adil jika kita menghukum sesuatu kerana pengalaman yang kurang indah, kan?
Saya mahu jika disibukkan dengan agama. Benarlah sabdaan Baginda, manusia tidak akan merasa cukup dengan ilmu. Saya mula merasa perasaan ini. Perasaan yang sangat halus yang mendorong saya untuk mencari ilmu dan beramal dengan ilmu itu.
Kesimpulan.
Artikel ini bukan bermaksud saya menyuruh kalian join usrah. Saya sendiri tak tahu bagaimana bentuk usrah di kolej kalian. Tapi saya hanya mahu kalian terikat dengan satu aktiviti atau kumpulan yang akan sentiasa memberi suntikan iman, ilmu dan membawa kalian dekat dengan Allah. Sibukkanlah diri dengan islam di usia muda ini, kerana jika sudah mula bekerja, lebih sukar.
Any group should be okey. If tak berminat join usrah, join la jemaah tabligh. Saya? Saya join dua-dua jemaah ini, dan subhanallah... tiada perkataan yang lebih baik dapat saya ucap kecuali alhamdulillah.
Semoga kita semua istiqomah mencari wajah Allah.
25 Komentar
Alhamdulillah, satu perkongsian yang baik. :)
Balassalam ziarah akhi.
biasa usrah pakai model apa. model hassan al-banna ke model zaki badawi
Balaspernah join usrah dekat matrik dulu. kawan ajak (:
Balasassalamualaikum.
Balasterima kasih atas perkongsian.
sebenarnya pernah ikut usrah
tapi kemudian keluar atas alasan bosan
sekarang terpujuk hati nak join semula
dan artikel ni sedikit sebanyak mendorong
terima kasih :)
Usrah adalah tempat berkumpulnya 'hati-hati' yang bertaut kerana Allah. Bila stress dengan buku dan kuliah,Usrah adalah jawapannya.
Balas^_^ usrah!
Balasusrah.
Balasbuat hati makin dekat Allah (asbab),inshaAllah. :")
dengan segala kelemahan dan kelebihan, it’s far better than sitting alone.
usrah??
Balaspermulaan terbiah sebagaimana islam di zaman Rasullah dhulu
disebarkan melalui usrah di rumah Al-Arqam:)
syaitan menjadikan maksiat nampak indah... tu yang menyebabkan kita terpesona
Balasalhamdulillah
Balasusrah tu bagus.
:)
time study byk je usrah..
BalasSaya suka usrah.
BalasBagi saya,usrah penting.
Untuk saling ingat mengingati..
lagipun ada je kawan2 dalam usrah lain2 course..
pastuh dgn naqibah yg best..
boleh kongsi idea,tukar2 pendapat..eratkan silaturrahim..
sangat suka!
tarbiyyah bukan segalanya ttpi
Balassglnya mmerlukan tarbiyyah
& usrah adlh slh 1 wsilah tarbiyyah
iAllah..
suka-suki g usrah :)
jom2
Salam...
BalasLama tak meninggalkan jejak di sini, datang senyap-senyap jer..:)
Jaranglah saya ikut usrah, saya lebih tumpukan kepada majlis ilmu..
Usrah...slalu buat di asrama skOla menengah dulu..haha
Balastak pernah join usrah.. sedih.. (TT__TT)
Balasmase time dk asrama je berusrah..skrg x dah.
Balaserm...selalu gak dengar usrah tue ape...tp xpaham ape2 pon...tp thx atas penjelasan..baru faham..hehehe
Balasaku dh lama ponteng usrah
Balassetuju dgn iqbal,bhw waktu belajarlah kita berlu tarbiyahkan diri supaya menjadi bekalan ilmu/jiwa untuk menyahut cabaran di alam kerjaya..
Balaskerana bila bekerjaya,kadang2 iman kita diduga, tergelincir tanoa sedar..
dan usrah adalah asas yang paling penting kerana ia melibatkan komunikasi dua hala dan kita lebih senang/mudah utk memahaminya.
Alhamdulillah.. sya baru je mengenal usrah sebaik shj masuk U.. usrah mmg best...
BalasKenapa kita perlu kepada usrah?
Balasmatlamat kita ialah meneruskan perjuangan nabi.nabi di utus untuk membentuk akidah dan akhlak manusia (keseluruhan,iaitu bukan melayu yang sudah islam)
iman ada pasang surutnya, jadi tanggungjawab ini tidak akan terputus sehingga pintu taubat di tutup sepenuhnya (kiamat)
masyarakat kita sekarang sudah tidak menjadikan islam sebagai fikrah dalam hidup.apatah lagi untuk memahami islam secara keseluruhannya baik dari segi politik,sosial, ekonomi dan semua yang berkait dalam kehidupan.
kebanyakan menggunakan nama islam bila ingin berkahwin.takut2 berkahwin bukan cara islam,perkahwinan tidak akan sah dan membawa kepada dosa.akan tetapi, bagaimana pula yang lalai dengan sebahagian aktiviti atau hiburan yang melalaikan,adakah tidak berdosa? bagaimana yang tidak memenuhi hak-hak Allah, adakah tidak berdosa?bagaimana pula perempuan2 yang memakai pakaian ketat/menampakkan tubuh mereka walaupun bahagian wajib ditutup telah ditutup,adakah tidak berdosa?bagaimana pula yang bercinta atau istilah orang kita, 'couple', adakah tidak berdosa?
Kita tidak dapat menebus segala dosa dengan harta seisi dunia melainkan taubat dengan sebenar-benar taubat.
cinta kita tiada yang lain selain kepada Allah dan RasulNya.
kita tidak perlu kepada hamburan pujian daripada manusia.
Biarlah penduduk langit sentiasa berdoa kepada kita kerana matlamat kita ialah syurga.
yang menghalang kerja dakwah ialah syaitan.bermakna dalam jiwa kita ada syaitan jika kita sentiasa menolak kerja dakwah.jihadlah dalam diri kita iaitu jihad melawan segala bentuk nafsu dan syaitan.
inilah asbab menjadikan saya untuk bersama-sama dalam tugas berat.tetapi hidayah itu tetap datang dari Allah. Tiada yang memberi kekuatan selain daripada Allah.Segala puji hanya bagi Allah.
sebenarnya saya sendiri takut untuk menulis seperti di atas kerana teringat akan firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
As saf,61:2
Semoga Allah melindungi hati kita.
Maha Suci Ya Allah.
Yang baik datang dari Allah.Segala kekurangan adalah dari kelemahan diri saya sendiri dan kita sentiasa memohon ampun dan rahmat dari Allah.
saya baru kenal usrah di alam u...sy bukanlah seorang y tinggi ilmu agama....apble join usrah,,,rasa rendah dri sgt2 sbb kwn usrah lain smua b'pengalamn n tggi ilmu agma...dsbbkn tu,,saya tgglkn usrah...krn,,x pernah ikhlas mnghadirinya...tp,,sy cuba cri ilmu agma mggunakn cra lain...n b'sahabat dgn kwn2 y bleh mnegur saya ktika lalai atau terlupa...
BalasSubhanallah, sangat rindu nk join usrah...masok u nti insyallah saya akan cuba rebut peluang yg ada walau sebusy mana sekalipon
BalasSalam.. Setuju dengan perumpamaan usrah sebagai charger. Bateri iman kita nyata semakin kurang dalam menempuh hari-hari yang mencabar.
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443