'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'
'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'
'Dari saat ini. Sekaranglah'.
'Susah'
'Susah kerana kamu tak tahu caranya'
'Habis tu, bagaimana?'
Begini...
Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.
Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.
"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".
Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.
Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup.
Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?
Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?
Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.
Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.
Tapi bagi layman, susah nak faham kan?
Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...
Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?
Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.
Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.
Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.
Pesan Saya.
Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!
Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.
Trust me. Percayalah cakap saya ini.
Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.
Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.
Kesimpulan
Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.
Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.
Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...
Nota Penting.
Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.Berubah perlu disegerakan!
32 Komentar
baik; buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang
Balasmemang 'sakit' nak berubah
tapi akhirnya bahagia
terima kasih kerna mengingatkan
berubah ke arah kebaikan.buatlah ibadat bagai kita nk mati esok hari walau kita taktahu bila ajal kita.
Balasbtl..berubah la sedikit demi sedikit.insyaAllah Allah akn tlg kita jika nawaitu kita baik
Terima kasih untuk entry ini..
Balas=DD
BalasAssalamualaikum Iqbal, sangat setuju dengan pndpt iqbal..namun, apabila saya memberi teguran atau nasihat kpd kawan sya, mereka akan kata,
Balas"sya memang nak brubah, tapi blm brsedia.."
pada saya. itu bukan lah jawapan yang terbaik, sebab kalau kata tak sedia, sampai bila-bila pun takkan bersedia jika tak ada niat untuk berubah, sedangkan mati itu sangat dekat..
sekadar perkongsian..
syukran
Latifah juga masih dalam proses mengubah diri...
Balas~mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis~
Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah kepada semua hamba2-NYA. Aminnn
nis pun nak berubah
Balastapi adeee je benda yg menghalang
hmmmm
two thumbs up :)
BalasSalam...
BalasPerubahan bermula dgn niat kemudian dipacu dgn usaha dan dibantu oleh sokongan persekitaran...
terima kasih atas perkongsian..~
kna ada nawaitu yg betul..
Balasayat iqbal mkin susa nk phm ke rina yg suke keliru hehe
Balasmalu tapi mau... semoga aku pon dapat le berubah ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah
Balasbetul2..perlu ikhlas..lahir dr hati...bila ianya lahir dari hati,akan terasa manisnya ibadah...
Balas:)
"dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'."
Balasi've seen this happen.
and I can only watch her move farther away...
wah
Balasterharu baca kisah yg ko taip pasal pembunuh 100 orang tu
Allah memang maha pengampun lagi maha penyayang
P/S : I Follow You! You Follow I Balik Yer! Kalau Tak Follow Balik Dikira Angkuh, Sombong Dan Bongkak! Habis Bagaimana Dengan Kamu Yang Memaksa Orang Itu?
ya,,echah memang nak berubah...tp xreti nak mula kat mane...thnks iqbal..;)
Balasyang salah bila kita memaksa diri sangat.
Balashari ni tauba, esok nak sufi terus.
itu yang sakit tu. sakit sebab kita biasa gagal berubah.
macam bro cakap, slow slow.
peace!
yep.. paling sungguh yang ikhlas itu datang kemudian. manusia perlu pada peringatan .. sebab itu.. semua peringatan perlu diulang-ulang.. manusia fitrahnya 'lupa'!
BalasSubhanallah.. Macam tau2 jer... Jazakallah... Jom sama2 mencapai mardhotillah.. InsyaALLAH
BalasJazakallah..
Balasperingatan yg baek untuk diri saya..
syukran atas tazkirah ini...:)
Saya agree sgt2!!
Balashttp://lukisanhatilelaki.blogspot.com/2010/11/tegur-secara-hikmah-itu-dgn-lemah.html
salam...
Balasberubah?saya juga mahu upgradediri..
mahu jadikan berubah secara baik itu sebagai habit..
"ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah.."
step yg iqbal bagi tu idea yg bagus..nampak clear..dan nampak kelainannya...:-)
harus garang dan disiplin terhadap ibdh yg dilakukan..
ya mmg sukar utk berubah. nmun proses penghijrahan itu bknlah sesuatu yg sia-sia. sy sndiri prnah alaminya..
Balasright, with slow n steady :)
tnx atas enti tu.. suke sgt n sdg cube utk brubh...
Balasmohon perkongsian..:)
Balasmohon share di blog sy..syukran..
Balasasalammualaikum...mang susah kita nak jadi baik or berubah ke jln Allah s.w.t...tapi mcm mana pula kita nk kukuhkn ase di hati ini untk berubah,sdangkn syaitan slalu ad untuk menjatuhkn anak2 adam...
Balasasalammualaikum...mang susah kita nak jadi baik or berubah ke jln Allah s.w.t...tapi mcm mana pula kita nk kukuhkn ase di hati ini untk berubah,sdangkn syaitan slalu ad untuk menjatuhkn anak2 adam...
BalasSaya ingat ada cerita pasal Hanzalah R.A dan Saidina Abu Bakar R.A, yang kedua-dua mereka rasa risau tentang iman mereka. Saya rasa saya dah pernah kongsikan di blog saya cerita pasal ni. Jap, saya cari.
BalasNi, dah jumpa dah. Jemput baca yang ni.
http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/10/insaf-sekejap.html
Perubahan memerlukan pengorbanan :')
BalasSubhanallah saya banyak muhasabah diri
Balaswww.iamfinancestudent.blogspot.com
Thanks for the entry,,seriously deep deep in my heart,,always thinking of changing,,change for good,,syukran jazilan kathira
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443