Kamu Ialah Duta.
Ada satu kata-kata hikmah, "Tiada dosa kecil bagi seorang pendakwah". Kata-kata ini bukanlah mahu mencanggahi hadis atau nas al-Quran tetapi ia cuma mahu melontarkan kita kepada sebuah dimensi yang baharu. Apa saya faham tentang ungkapan ini?
Saya kira, setiap pendakwah ialah seorang ejen islam. Dia ialah selebriti, dia ialah ikutan, dan dia juga ialah teladan. Kerana itu, setiap perkara yang kecil-kecil pun akan tetap dipandang oleh masyarakat awam. Saya tidak mahu bercerita tentang pengalaman peribadi kerana saya benci menulis tentang diri sendiri.
Tetapi boleh kita lihat sendiri bagaimana golongan masyarakat memandang ahli agama yang berpegang dengan al-Quran. Sedikit sahaja silap, pasti berjela-jela fitnah, maki dan cacian menghujani mereka.
Saya tidak mampu memberikan contoh, dan saya tidak akan.
Kamu Diperhatikan.
Rasanya tidak melampau jika saya katakan bahawa 'orang baik-baik akan dipandang pada kelemahannya'. Sebenarnya, kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang 'takut-takut' dan mahu 'cuba-cuba' dengan islam. Masyarakat yang majoriti ini dilahirkan daripada lelah-lelah dunia. Mereka sudah mula tidak yakin dengan dunia, dan mula mencari-cari akhirat dan kala itu, mereka tidak akan memandang orang lain, tetapi kita!
Dan syaitan akan memaksa pandangan mereka terarah pada kesilapan kita!
Sekali kita tersilap percaturan, maka akan musnah segala keyakinan mereka pada agama. Trust me!
Kita Bukan Malaikat.
Tetapi itu tidak bermakna kita tidak dituntut untuk menjauhkan diri dari maksiat. Jika kita kaji semula sirah, kita akan tersedar bahawa Rasulullah S.A.W ialah seorang lelaki yang terpaling mulia semasa remaja, belia dan masa sebelum dirinya diangkat menjadi Rasul. Akhlaknya indah. Tutur katanya bersih. Hingga gelaran al-amin meniti di bibir-bibir masyarakat hina Jahiliyyah. Kejujuran dan amanah yang dimiliki menjadikan Rasulullah dijadikan orang kepercayaan untuk memegang wang, dan memegang amanah.
Pun, di balik kecemerlangan peribadi Baginda, tetap ramai yang membantah dakwah Baginda. Sedangkan sebelum seruan dakwah bergema, mereka sepakat meletakkan diri Muhammad sebagai manusia yang paling baik antara mereka.
Akhlakmu.
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh". Hadis riwayat Bukhari.
Inilah yang sering kita terlepas pandang dan jika kalian perasan, ini jarang benar dibicarakan oleh mua'lim dalam penulisan atau kuliah mereka. Banyak yang diulang ialah berkaitan ibadah dan akhlak dibiar, tanpa dihurai. Yang jelas, tidak ramai yang berani bercakap tentang akhlak mulia kerana takut terkena batang hidung sendiri.
Saya juga! Saya juga sedang meludah ke langit yang pada akhir, terpalit kotornya di muka. Saya jauh dari memiliki akhlak mulia, apatah lagi memiliki pekerti seorang pejuang agama. Sahabat-sahabat yang dekat dengan saya bahkan lebih mengetahui siapa saya di luar dan siapa saya di dalam blog. Ada beza. Dan ia ketara.
(Allah, aku mohon ampun untuk itu)
Bagaimana akhlak kamu?
Siapa kata menonton drama korea berdosa? Saya tidak akan katakan ia salah sekiranya ada pengawalan yang ketat buat si pemilik biji mata.
Ia mungkin harus dan mungkin juga makhruh.
Dan sekarang, kita masuk ke dalam syarah hadis ke-6 daripada Matan Arba'in. Dan ia akan mengambil lebih banyak masa jika saya selitkan huraiannya dalam artikel yang satu ini. Cadangan saya, kalian google sendiri.
Cuma saya mahu menyatakan betapa besarnya keperluan untuk 'berjaga-jaga'. Seseorang tidak mungkin akan terjebak dengan dosa kecil jika dia berhati-hati dengan perkara harus. Dan seseorang tidak akan terjebak dengan dosa besar melainkan dia sudah mendekati dosa kecil. Dan pengakhirannya ke mana ya?
Pemuda Dakwah Yang Gagal.
Kegagalan ini bagi saya puncanya pelbagai. Boleh jadi datang dari tiada strategi, tiada ketelitian, dan paling major, ketandusan sifat taqwa. Itu yang paling teserlah.
Datuk nenek kita dahulu selalu berpesan, 'perangkap tidak pernah melupakan pelanduk'. Dan begitu juga dengan syaitan. Kita boleh lupa mereka, tetapi mereka tidak akan lupakan kita.
Pesan Rasulullah S.A.W dalam khutbah terakhir, wasiat terakhir.
"Berjaga-jagalah kamu dengan syaitan kerana mereka telah berputus asa menggodamu dengan perkara-perkara yang besar dan mereka akan menggodamu dengan perkara-perkara yang kecil"
Pesan Saya.
Saya tidak tahu nak cakap apa kerana saya kecewa dengan situasi yang berlaku. Saya benar-benar meletakkan harapan yang tinggi pada akhwat semuanya. Saya tidak kenal kalian/mereka tetapi saya jauh di sudut hati, saya yakin bahawa kalian/mereka memang mahu benar berubah. Bukan?
Kerana itu, renungilah hadis ini.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa."-Hadis riwayat Tirmizi.
Kalian telah meletakkan syurga sebagai matlamat! Kerana itu, janganlah mengimpikan syurga yang paling rendah!
Kesimpulan.
Satu lagi seruan kepada diri saya, agar saya menjaga diri dan akhlak saya dan seterusnya menyemai sikap warak kerana warak itu ialah jawapan atau kata kunci bagi keseluruhan artikel yang panjang ini.
34 Komentar
Bersetuju dengan iqbal....
Balasagreed.
Balassebab itu kena menjaga diri. orang akan pandang kita.
setuju..
Balastak sama pace semua orang untuk berubah. tapi sayonara jahiliyyah tu penting untuk 'boost' kita maju dalam tarbiyyah dan dakwah.
maaf
Balassaya ada sedikit pengalaman bersama perempuan yg bertudung labuh & berjubah.
mereka pernah mengumpat,mengata & memandang sinis kepada perempuan biasa & perempuan yg tak bertudung.
ada suatu masa saya pernah mendengar mereka ketawa terbahak-bahak.
apabila saya menegur,mereka bermasam muka.
mereka katakan,suara wanita adalah aurat apabila saya kerap nyanyi2 kecil..tapi,mereka bergelak kuat & bergayut dekat telefon dengan kekasih berjam-jam.
mereka bertudung labuh & berjubah.
mereka selalu memberi nasihat kepada kami.
nasihat mengenai wajibnya memakai tudung,menutup aurat dan menjaga maruah.
itu saya terima dan saya ambil segala nasihat & pandangannya.
tapi mereka melakukan pekara yang lebih teruk dari kami.
mereka pernah mengata saya.
mereka pernah membuka aib saya
sedangkan
saya cuma perempuan yang sering mencari jalan.
*sigh*
semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada luahan hati anonymous di atas.
Balasyg tinggi mmg kan sentiasa dilihat oleh yg bawah..adat berdunia^_^
Balas~benar,imej itu sentiasa perlu dijaga..jika manusia tidak melihat,pastinya malaikat yg setia mencatat..
syukran akhi..ana sukakan gaya penulisan akhi!:)
to anonymous banyakkkan sabar ye..
Balasmanusia mana x pernah buat silap.. yg penting jgn disebabkan diorg awak pandang sume ppuan btdg labuh sama mcm diorg.. tsk tsk.. sedih ada manusia macam mereka ni.. T.T
salam..
Balaspandangan ana, tanpa mengira siapa pun kita, bertudung labuh atau tidak, tanggungjawab menjauhi kemungkaran sentiasa melekat bersmaa batang tubuh kita selagi kita hidup di dunia ini.
tambah-tambah lagi yang melekatkan title pendakwah kepada dirinya.
semua manusia ada melakukan kesilapan. tetapi hanya manusia yang baik sahaja yang akan bertaubat dari kesalahan yang dilakukan.
artikel yang pernah ditulis... 2011 adalah tahun yang digeruni Yahudi, tetapi anda buat apa pada masa ini?
huu,anynomous.
Balassaya, sbgi org yg brtuduh labuh, mengakui hakikat yang ramai perempyan bertudung labuh sekarang penampilan berbeza dengan dalaman.
dan juga, ramai fikir mereka tu ilmu tinggi kononnya.
tapi, dalam ramai-ramai tu, ada yang masih terjaga, insyaAllah.
alhamdulillah, ukhti terima nasihat apa yang mereka bagi.
tentang, mendedahkan aib itu. Masha-Allah. Itu saya turut mengakui, ada juga.
Tapi, percayalah tak semua macam tu.
Ada hikmah nya, insyaAllah. :)
perempuan bertudung labuh obses dengan pelakon korea?isunya
Balaskami rasa kita tidak layak untuk menghukum mana mana pihak... jangan pandang orang sahaja,pandang dan teliti diri kita bersama
err.. slh ke kalo minat ? > <
Balasknp..knp..x phm nie =.="
bersederhana dlm sesuatu perkara,
Balastak salah rasanya kita nak minat,
tp, jgn terlalu taksub hingga lupa/lalai nak beribadat..
sy sma nan novelgurl..xpham..
BalasAlhamdudilla perkongsian yg bermanfaat
Balasyg penting, walaupun kita brtudung labuhke, bertudung biasake, yg penting kita jangan fikir yg kita lebih baik drpd seseorang..
BalasSoalan: Macam mana kita nak tahu kita ni baik ke tak?
Jawapan: kita akan menjadi seorang yang jahat bila terlintas di hati kita yg kita ni seorang yg baik
~cerdit to Nazierah Rosman atas jawapan yang tersangat cemerlang.
copy dr fb kamu.. :)
nk jwb ntuk cik novelgurl :)
Balassalah bila kita obses. salah bila kita lebih mengingati sang korea drpd kita ingat Allah. salah bila kita salahguna masa ntuk layan cerita2 dan lagu2 korea. salah bila terbayang2 actor/actress korea yg hensem/cantik sampai berangan2. salah tu, salah ni. lagi banyak salah dari betul.
tapi xpe kalau kita dapat cari apa2 yg x salah daripada apa yg ditulis kt atas. cuma kena muhasabah sendiri. mampu ke kita cari yang betul drpd semua yg salah tu?
mnx maap andai bahasa berbelit. ni cuma sharing drpd saya yg dulu pernah suka korea@jepun etc etc.
nk stop minat mende2 ni mmg susah. tp insyaAllah, once dh start akan rasa lebih mudah ntuk tinggalkn sume ni.
x rugi pn x minat sume ni. kan? :)
Rasulullah s.a.w brsabda:
"di antara tanda kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yg x berguna baginya"
(HR Tirmidzi)
wallahu'alam...
terima kasih akhi,
Balasperkongsian yg bermanfaat utk semua.
walaupun ana lelaki,
positifnya tetap kena pd hamba.
amik y mana baik..xperlu sampai obses jika itu melupakan kita kpd Pencipta...
Balasterkejut jgak dgar cerita anonymous...hmm..manusia mmg x sempurna..cuma kalu org yg lebih ilmu agamanya nh,bila dia wat kesilapan camnih,rasa macam hairan pun ada jgk,sebab diorg lebih arif..
BalasfAREHA : OUH.hmm.Bile smpai trlalai mmg ler x ptt.. =.= adess~ wt sspen je
BalasOh. Terima kasih kepada Nazihah, Faina dan Fareha atas komentar. Terima kasih kerana tolong memberikan pencerahan di saat saya kesibukan.
BalasKerana yang pasti, kalian menjawab dengan jaya. Ia sebuah kombinasi jawapan yang tepat.
Saya bermaksud untuk mengemukakan kesedaran bahawa tidak semua berjubah itu baik. Saya juga menegur secara sinis sikap2 yang buruk pada si berjubah. Saya juga, bahkan menitipkan pesan agar wujud jiddiyah dan keseriusan dalam dakwah.
Terima kasih kerana sudi membaca post ini :)
suka tgk gadis berpakaian sopan di iringi pula dengan akhlak yg baik.
Balasbukan sy je suka, malah ke dua ibu bapa daya pon suka...
hm... bile la nk dapat berdamping dengan gadis macam tuh... sabar je laaa
jom baca dan komen Cinta monyet SJ dan si dia. | ! !shahjiehan [dot] com ! !
tapi saya suka korea
BalasNak komen jugak.
BalasUstaz saya kat sekolah dulu ada jugak tegur segelintir kawan2 saya yang sangat obses pada Korea semua ni. Yup, kadang2 saya pun terobses sekali, lagi2 pada hiburan duniawi ni. Tapi bila pikir balik, apa untungnya suka sangat kat diorang tu. Takde pekdah pun. Huhu
Pasal tudung labuh, uhh memang saya akui kat Mesir ni pun kalau nak tau, ada je yang suka cakap2 belakang, cakap sinis2, bukan nak cakap apa, tapi selalu budak2 dirasat yang jenis macam ni, sebab diorang akan pandang serong pada kami budak2 medic.
Ye, saya tau tak semua budak Medic kat Mesir ni berpakaian menutup aurat sepenuhnya. Korang boleh refer entri <a href='http://colleen-kawaii.com/2011/04/minah-tudung-zaman-sekarang-takde-otak/">ini</a>. Mungkin sebab ni kot diorang pandang slek pandang lain macam,
Tapi sepatutnya tak payah camni kot? Lagi2 masa rusuhan haritu, kitorang kat kena duduk rumah negeri, ada satu rumah negeri tu, ada akak2 tu muka baik tapi cakap memang sinis gila. Tau la niat nak tegur, tapi? urghhh
But tak semua camni. Most of them baik. Segelintir je. Hope kalau pakai tudung labuh tu, pandai2 ingatkan diri dan jaga diri supaya orang lain tak pandang rendah pada mereka2 yang bertudung labuh.
Wallahu a'lam.
*panjangnya. macam tulis blog pulak. haha*
alamak link tak keluar.
Balasklik sini.
Salam iqbal..very nice entry!
BalasHmm..bout korea, sy ni pelik sikit sbb tak minat lansung korea. (orang kata pelik kalau org prempuan xminat korea).hehe.
tapi, about tudung labuh tu mmg xdapat dinafikan. nak buat macam mana, manusia mmg xde yang sempurna kan..walaupun sy bertudung labuh, tapi kawan2 sy kt tmpt belajar kebanyakannya dari yang bertudung biasa. tak tau kenapa, lebih selesa berkawan dgn diorang.seronok juga berkongsi ilmu dgn diorang.
bukanlah saya nak judge siapa2, tapi ini dari pemerhatian saya lah. kebanyakannya yang bertudung labuh ni sering berjalan dalam 1 group shj..n boleh tahan juga bila smpai part mengumpat, part excited bercerita about lelaki, tak tepati masa dan banyak lagi..ada certain perkara juga yg mmbuatkan sy terasa sgt especially bila time meeting persatuan.
saya hendak menegur, tapi rasa tak layak & sy tak berapa rapat sgt dgn diorg. sbb mcm sy ckp tdi, mreka ni dalam 1 group..ukhuwwah mereka kuat.bagus lah mcm tu..cumanya sy harap mereka beringat bahwa ukhuwwah fillah tu bukanlah hanya untuk golongan mereka shj.
apa2pun, muslimah bertudung labuh itu ttp manusia biasa kan..jgnlah pandang mereka sebagai malaikat. kita semua sama, memiliki iman yang naik dan turun..apa yg penting, perbaikilah akhlak kita dari semasa ke semasa.
again, very nice one en.iqbal! :)
jap2, tapi bukannya sy nak ckp yg bertudung labuh ni teruk..ramai yg macam tu..tapi LAGI ramai yang insyaAllah akhlak seiring dgn pakaian..mcm iqbal ckp dlm entry ini la..org mmandang kebaikan mreka based on perkara2 kecil..oops..t'panjang pulak..sorrie..
Balassetuju...
Balaskata 'tiada dosa kecil bagi seorang pendakwah" juga boleh difahami dari segi lain. Iaitu seorang pendakwah tidak akan memandang kecil dosa2nya. setiap dosa yang dilakukan adalah gunung yang menghimpapnya, menyesakkan dadanya, melemaskan ketenangan hatinya.
Balassebagai mana dalam satu hadis diceritakan seorang fasik, menganggap dosanya seperti lalat, boleh dihilangkan dengan hayunan tangannya sahaja. tapi seorang mukmin, merasa dosanya bagai satu gunung tinggi yang runtuh menghempapnya.
Mari kita sama2 berusaha untuk menjadi 'duta', walaupun bukan yang terbaik tapi kita boleh usahakan untuk lebih baik..^__^
Balastersenyum bila baca soalan yg diajukan~ =)
Balassaya merupakan slh seorang yang dekat dengan wanita2 bertudung labuh & insyaallah saya juga sedang istiqamah dlm pemakaian tudung labuh. ya, ianya memang sedang dan kerap berlaku di sekeliling saya. menonton korea atau seumpamanya dilihat semacam satu kesalahan bagi kami yg bertudung labuh, dari segi jln cerita yg kebanyakannya lagha T___T ish3, banyak buang masa, alhamdulillah, saya bukanlah tergolong dlm golongan yang 'gila movie/tv' apatah lagi korea.
manusia tak boleh jadi sempurna, meskipun mencuba tetap ada cacat celanya. sudah terlalu lama saya menyaksikan keperibadian diri sendiri da sekeliling sgt dekat dgn situasi di atas. tak tengok cerita korea pun, saya jamin muslimah tak kan dengar music dari satu genre je kan? =)
Apa yang ingin saya katakan, kita cuma manusia biasa, bear kata akhi, org yang baik dipandang pada kelemahannya, org sentiasa cuba utk mencari kesalahan2 yang kita lakukan, yelah asyik jadi budak baik je kan, org akan cari pulak sisi jahatnya.
cuma pandangan saya, melihat sisi baik org tersebut dan amalkan, yang mana tak baik jgn lakukan, jgn cari alasan utk saling menyalahkan...=)
terima kasih Akhi atas peringatan ini, sebab kita seringkali terlupa~
assalam..entry yang menarik..di zaman yang serba moden ini untuk menidakkan perkara2 sebegini adalah sulit.saya sendiri pun bukanlah seorang yang sempurna dan mengakui antara penonton cerita korea ttp bukanlah seorang yang fanatik terhadap hero2 korea.peranan kita di sini ialah nasihat dan doa..insyaAllah kegilaan terhadap korea akan pudar mengikut arus masa..allahu'alam..
BalasKena atas kepala sendiri sebab saya minat cerita korea as well as drama melayu.
BalasBukan perempuan sempurna. Banyak lubang dan kurangnya saya. Doakan saya.Insya Allah,cuba berubah menjadi yg lebih baik.
setuju dgn fatin~
Balaserm, syukran ats peringatan...^__^
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443