Antara Dua Jenis Baik

Hati saya tergerak untuk bercakap tentang perkara ini. Pertama, kerana sahabat alam maya saya bertanya. Kedua, sahabat alam realiti saya sendiri pernah bertanya. Dua benda yang sama, iaitu sebuah hakikat yang serupa.

Mereka bertanya,
Apa definisi 'orang baik'? contoh senang sebagai simulasi, "dia tak bertudung, tapi dia baik." "dia bukan islam, tapi dia baik." dan "dia orang dakwah tapi hati busuk." atau "dia ustaz tapi suka main mata dengan pelajar perempuan."
Saudariku,
Setiap manusia itu kan memang ada sisi baiknya dan sisi jeleknya. Tiada seorang pun yang hidupnya sempurna. Tiada seorang pun di atas alam ini kecuali Rasulullah, yang diri mereka sentiasa dalam kebaikan sahaja. Tiada. Setiap iman ada pasang surut, ada naik jatuhnya.

Saya tak nafikan. Ada manusia yang soleh dengan Allah, tapi tak soleh dengan masyarakat. Ada juga manusia yang soleh dengan masyarakat tapi tidak dengan Allah. Bahkan sekarang pun wujud satu lagi jenis manusia, iaitu yang soleh di laman Facebook tapi tak soleh di alam sebenar.

Ironis bukan?
Tapi itu realiti. Itu kebenarannya.

Maka, islam sudah awal-awal lagi menyatakan bahawa setiap yang bergelar muslim wajib menjaga dua hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan yang keduanya pula- hubungan dengan sesama manusia (hablumminannas).

Ada disebut dalam ayat 112 surah Ali-Imran.

Saya rasa saya pernah cakap tentang ini. Tak apa. Kita ulang. Kita refresh semula.
Hubungan hamba dengan Tuhan seharusnya seperti labah-labah yang melekat dengan sarangnya.
Kalau orang tu baik dengan manusia, dia akan disenangi dan disayangi manusia.
Kalau orang tu baik dengan Allah, dia akan disenangi dan disayangi Allah.

Kena faham betul-betul. Ada orang mengeluh dekat saya. Kata kawan sebilik dia yang solat tak tinggal, rajin ke majlis ilmu, tak pakai boxer dalam rumah... bla..bla..bla... tapi bila makan, tak basuh. Malas nak masaklah. Malas kemas rumahlah. Selekehlah. Kotorlah. bla...bla..bla...

Tu maknanya kita tak faham. Dia pun tak faham. Sama-sama tak faham.

Bukankah Nabi kata, orang yang paling baik antara kita ini ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain? Dan bukankah Nabi kata orang islam yang paling utama ialah bila orang lain terselamat daripada lisannya, juga tangannya (perbuatannya).

Kalau setakat solat, semua orang solat. Kalau setakat pergi majlis ilmu, orang lain pun duduk majlis ilmu. Tapi orang lain istimewa di sisi Allah kerana dia memberi manfaat kepada orang lain. Makna... dia memudahkan orang lain.

Saya nak kongsi sedikit cerita tentang Nabi Sulaiman yang bertemu dengan semut-semut. Apa yang Allah rakamkan? Kita rujuk firman-Nya dalam surah An-Naml ayat 18, "Hinggalah mereka sampai ke lembah semut, berkatalah seekor semut, 'Wahai semut-semut! Masuklah kamu ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Kita yang jarang-jarang baca al-Quran, mesti akan faham yang Allah nak cerita hikayat Nabi Sulaiman dan semut. Kan? Padahal Allah nak cerita suatu yang jauh lebih besar, jauh lebih hebat, jauh lebih bernilai daripada sekadar satu hikayat atau cerita yang meniti dari bibir si ibu saat mendodoikan anak.

Allah sebenarnya sangat suka akan apa yang dibuat oleh semut-semut ini, sampaikan perbuatan semut tadi dia rakam untuk kita tatap dan hayati.

Apa pengajarannya?

Pengajarannya mudah. Allah nak kita hidup macam semut tu- hidup yang memikirkan orang lain, bukan hanya memikirkan diri sendiri sahaja. Semut itu tak amalkan corak kehidupan, 'asal aku senang, orang lain aku peduli apa'. Tidak! Sifat dan semangat semut yang Allah suruh kita contohi ialah 'kalau benda ini buruk, dan aku pun tak mahu, maka aku juga tak mahu orang lain terima benda buruk itu juga.'

Jangan ingat hidup ini cuma soal aku solat, aku puasa sahaja. Hidup ini ialah soal aku, engkau, dan mereka. Benda inilah yang kita panggil adab atau akhlak. Dan tak ingat ke yang Rasulullah S.A.W pernah kata; perkara yang paling besar yang membawa manusia kepada syurga-Nya ialah akhlak yang baik!

Benda bab akhlak ni penting sangat. Kalau kita solat tunggang terbalik pun, kalau masuk bab mengata orang... mengumpat... khianat.... kita fail, maka apa lagi yang tinggal?

Takkan nak saya ingatkan semula cerita tentang orang muflis di akhirat? Mereka itu orang yang banyak amal, banyak pahala tapi sebab akhlak buruk, selalu menzalimi dan menyakiti orang... semua pahala dia dikebas. Pulak tu, dosa orang pula 'didermakan' kepada dia.

Kesimpulan saya begini.
Jadilah soleh dalam dua-dua aspek.

Sebab kadang-kadang tu, orang kafir pun lebih baik daripada kita. Dia derma bukan main banyak. Dia tolong kita. Dia senyum dekat kita. Dia melawat kita. Dan macam-macam.

Saya teringat syarah kitab Syahrur al-sudur karangan Imam As-Suyuti. Dalam tu pengarang kitab ada  menyelitkan beberapa hadis yang menceritakan tentang perihal ini. Antara yang saya masih segar dalam kotak ingatan saya ialah pemberitahuan ar-Rasul tentang kematian.

Orang yang kafir pun kalau dia jenis banyak kebaikan, Allah akan berikan dia kematian yang mudah. Yang tidak menyakitkan agar nanti, dia sudah tak ada point nak argue dengan Allah bila nanti dia dimasukkan ke dalam neraka. Allah dah balas kebaikan dia dekat dunia ni dengan berikan dia harta banyak, anak ramai, kesihatan, dan kalau ada lagi tersisa kebaikan dia... Allah berikan dengan cara memberinya kematian yang mudah. Tapi last-last tetap akan ke neraka juga kerana syirik.

Itu bab orang kafir yang baik.

Tapi kita ni, sudahlah Allah suruh baik dengan alam, Rasul pun perintah kita berbaik-baik dengan persekitaran kita... tapi kita suka-suka sahaja nak jalani hidup dengan cara kita sendiri!

Jangan ingat amal-amal kita itu diterima Allah. Belum tentu lagi.
Tapi akhlak yang baik kepada orang lain, itu insyaAllah tinggi nilainya.

Lepas ni saya harap tak timbul lagi isu dai'e perangai buruk. Okey?
:)

                                       
Previous
Next Post »
9 Komentar
avatar

salam, akh (:

wahh! sangat2 terkesan.

Alhamdulillah, memang ini yg diperlukan.

soleh dua2 pihak.

soleh dengan ALLAH, soleh pula dengan masyarakat.

yg paling penting, bila mana kita boleh bawak manfaat kepada orang lain, insyaALLAH.

jazakallah jiddan for the nice words, it's indeed a good sharing!

^^

Balas
avatar

assalamualaikum.

teringat sy potongan ayat al-quran yg dituliskan dalam novel Versus [hlovate] dalam dialog Ashraff Omar klu x silap.

"Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata."

Al-Baqarah:208

Balas
avatar

Astagfirullah.... terkedu sekejap. Terkena juga batang hidung sendiri. Thanks en Bayyinat.

Balas
avatar

masuknya seseorang ke syurga bukan kerana amalannya, tapi, kerana rahmat Allah...

redha Allah pada hamba-Nya....

Balas
avatar

thanks atas peringatan, mohon share yea :) untuk peringatan bersama :)

Balas
avatar

daie berperangai buruk.
memang tak masuk akal. dah nama da'ie bagaimana boleh x dapat bezakan baik dan buruk. dan da'ie semestinya bermanfaat untuk org lain.
tapi apa pun, manusia itu ada salah silap. dan manusia itu tak hina dengan kemungkarannya, tapi kemungkaran itulah yang hina. Allah, beri petunjuk kepada mereka ,

Balas
avatar

daie sebegini ada kerna mereka tidak faham apa itu ibadah?

ibadah bukan amalan, bukan melakukan kebaikan, tetapi sesuatu yang dilakukan demi menggapai redha ilahi!

andai mereka faham, Taqwa(takut) akan mengiringi tingkah laku mereka...

wallahualam

Balas
avatar

Org kafir yg baik belum tentu akan masuk neraka apabila dakwah atau syariat islam blm sampai kpdnya atau jika syariat islam dah sampai tapi umat islam tidak menunjukkan kebenaran dr agama islam.. dia akan keliru.

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443