salam...macam mana kita nak ubah perangai seseorang yang dah biasa buat perkara negatif seperti mencuri? adakah terdapat cara ubati penyakit ini dengan membawa orang tersebut kepada ustaz/ustazah?
Lalu selepas beberapa kali ditangkap, Rasulullah memutuskan bahawa wanita itu perlu dipotong tangan (hukuman hudud). Tetapi, para sahabat kurang senang dengan keputusan Rasulullah. Kerana pada mereka, wanita itu ialah orang bangsawan!
Lalu mereka berbincang dan memerintahkan Usamah Bin Zaid untuk menegur Rasulullah. Mereka tak berani, jadi mereka suruh orang yang Rasulullah cinta (iaitu Usamah Bin Zaid) untuk memujuk Rasulullah agar wanita itu tidak dihukum.
Lalu, apa Rasulullah buat bila Usamah Bin Zaid cuba menasihati Baginda?
Baginda diam. Cuma mendengar. Tetapi wajah baginda merah padam, tanda marah. Selepas itu Baginda berdiri dan berkhutbah, “Wahai manusia sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah, apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan. Akan tetapi apabila seorang yang lemah mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya. Demi Dzat yang Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri. Niscaya aku akan memotong tangannya.”
Lalu, hukuman itu dijalankan kepada wanita bangsawan tadi. Wanita itu bertaubat, dan akhirnya berkahwin dengan seorang lelaki soleh.
Jadi, jawapan bagi permasalahan ini ialah hudud. Kalau dah suka sangat mencuri, memang sama jenis dengan wanita bangsawan Bani Makhzum tadi.
Tapi Malaysia tak buat hukum hudud. Jadi itulah sebabnya kenapa banyak sangat kes kecurian.
Lalu, untuk atasi masalah ini... kita boleh rujuk kepada satu lagi kisah yang tercatat dalam hadis sahih, tentang seorang lelaki yang membunuh 99 orang, tambah 1. Selepas berjaya menggenapkan angka pembunuhan kepada 100, dia bertemu dengan seorang alim lalu apa orang alim tu kata?
"Berhijrahlah ke kampung sebelah, kerana di sana, suasananya adalah lebih baik."
Jadi, bagi orang yang ada kegemaran mencuri itu, kadangkala dia jadi suka mencuri kerana faktor suasana. Jadi apa yang dia perlu buat ialah berpindah ke suasana yang sihat- hingga tak timbul dalam derianya, perasaan ingin mencuri lagi.
Pindah suasana ni boleh diterjemahkan dengan selalu mendampingi masjid, mendampingi majlis ilmu, mendampingi ulama, dan meminggirkan maksiat, perkara lagha (facebook), dan yang berlawanan dengan makruf tadi.
Wallahua'lam.
-------------------------------------------------------------
Salam. Apakah erti hidup pada saudara? manusia hidup dalam kitaran yg sama setiap hari... ibarat rutin yg tiada tujuan... pendapat?Boleh tak kalau soalan ini saya jawab dengan satu video sahaja?
Jika kita jalani hidup dengan perkara-perkara yang Allah suka, maka lepas mati nanti Allah akan sukakan kita dengan anugerah-Nya yang agung berupa syurga yang takkan sirna nikmatnya.
Sebaliknya hidup ini, jika kita jalani atau cemari dengan perkara-perkara yang Allah benci, maka lepas kita mati, Allah akan buatkan kita merasa benci kepada setiap kelalaian yang kita buat sepanjang kehidupan kita.
Kebetulan pula, siang tadi saya ada berkongsi satu status di Facebook-
"Allah suruh kita cari akhirat, tapi jangan lupakan dunia. Sebaliknya kita cari dunia, tapi tak lupakan akhirat bahkan kadang-kadang, cari dunia sampai lupa akhirat'.
Sebenarnya, itu ialah maksud kita hidup. Allah berfirman dalam ayat 77 surah al-Qasas. Hidup ini fungsinya ialah untuk menanam bekal bagi kehidupan akhirat.
Lalu orang tertanya-tanya. Kalau macam tu, maknanya kita kena habiskan masa di masjid sajalah? Dengan solat, dengan zikir, mengaji saja? Gitu?
Salah tu. Bagi orang yang tak faham definasi dunia, memang dia akan fikir macam tu. Definasi dunia ialah; Apa-apa sahaja yang tak membawa kepada keuntungan akhirat. Maka itu ialah dunia.
Maka, yang Allah suruh kejar, ialah akhirat. Jadi, kalau kita kerja doktor, kerja engineer, adakah ini bermakna kita ni lebih terkebelakang berbanding ustaz yang ceramahnya 'pom-pang' di surau dan masjid?
Belum tentu. Jika sekiranya kita jadi seperti ilmuan silam, yang menguasai ilmu dunia dan ilmu akhirat, maka kita sudah tentu lebih baik. Bukankah kata Rasulullah itu jelas; "Yang terbaik dalam kalangan kamu ialah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain."
Hey, kita kan ada dua tangan. Kenapa taknak pakai dua-dua tangan bila nak lawan dengan musuh?
Hey, kita kan ada dua tangan. Kenapa taknak pakai dua-dua tangan bila nak lawan dengan musuh?
Secara common, umat islam berlagak hebat... melawan orang kafir dengan satu tangan, yang akhirnya, kecundang. Satu tangan itu ialah ukhrawi, sedang satu tangan lagi ialah duniawi. Kalau semata-mata hebat ilmu agamanya, hebat akidahnya... mampukah kita menang dengan orang kafir?
Akidah ialah perisai kita yang paling ampuh. Sesiapa pun takkan mampu nak tewaskan kita jika kita punya akidah kukuh, tapi perlu ingat... jika tak menggunakan sebelah tangan lagi, iaitu dunia (teknologi), maka kita takkan mampu untuk menjadi khalifah!
Jadi, dah faham maksud sebenar cari akhirat dengan dunia?
----------------------------------------------
Assalamualaikum saudara iqbal. saya ada sorang kawan. Dia merupakan kawan baik saya.Pengetahuan agamanya mmg banyak tapi syg nya dia mengamalkan apa yg dia tau.. Dia tau solat,puasa tu wajib tapi dia tak buat :( saya sedih dan serba salah.what shud i do ?Pertama sekali, bersyukurlah kerana anda hanya ada seorang kawan yang begitu sedangkan saya ada berpuluh-puluh orang kawan yang macam itu.
Kita lihat kepada puncanya.
Dia tahu tak?
Tahu.
Tapi dia tak amal! Ya. Dia tak beramal dengan apa yang dia tahu.
Jadi masalahnya ialah syahwat. Bukannya ilmu. Orang begitu, ada ilmu... tapi terkandas atau dikuasai oleh syahawatnya. Simptom-simptom ini semuanya ada pada orang Yahudi.
Allah kata, orang yahudi ini lebih mengenali Rasulullah S.A.W berbanding anak-anak mereka sendiri. Tapi, mereka tetap tak mahu beriman! Inilah dia golongan orang yang Allah murkai- orang yang gagal melawan syahawat sendiri! Bila bertembung antara kehendak Allah dengan kehendak sendiri, mereka mengutamakan kehendak diri sendiri berbanding kemahuan dan ketetapan Sang Maha Pencipta.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, perlu kepada mujahadah. Allah berfirman dalam ayat last surah al-Ankabut; "Siapa yang bersungguh-sungguh (berjihad) mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami..."
Tengok baik-baik. Allah tak kata jalan (satu jalan) tetapi Allah kata jalan-jalan; memberi makna banyaknya jalan hidayah dan petunjuk daripada Allah sebenarnya!
Sebaliknya kita, sebagai orang luar daripada rohnya... kita hanya boleh memberi nasihat, mengajaknya untuk bermujahadah dan membimbingnya. Kita kena rayu mereka untuk memulakan langkah pertama dalam 'jihad' mencari hidayah, kerana janji Allah jelas... bila kita mulakan langkah pertama, Allah akan tunjukkan kita dimana kita patut meletakkan langkah kita yang kedua!
Jadi, nasihat saya (atau mungkin jawapan saya bagi soalan ini), kita perlu ajak dia untuk berfikir, bersungguh-sungguh, dan memberinya kesedaran tentang iman. Kerana ini masalah iman, bukan masalah ilmu lagi. Akhir sekali, kalau betul-betul sayangkan dia... terus dan tetaplah mendoakan dia!
Wallahua'lam.
7 Komentar
doa seorang saudara tanpa diketahui olehnya insyaAllah dimakbulkan Allah. kita doakan yang terbaik utk saudara2 kita :)
Balasbaru tau ada ilmu tp tak amal adalah disebabkan shahwat.... syukran Iqbal..
Balassemoga berikan kepada kita apa kebaikan dhn kita..
BalasTeringat cerita yang pernah didengar dalam ceramah (agak lupa sikit kat mana) yang menceritakan gelagat dua orang kafir pada zaman kerasulan Nabi SAW. Nabi SAW datang ke kampungnya. Salah seorang pergi melihat baginda, kemudian pulang dengan muka ketat.
Balas"Adakah dia (Nabi Muhammad SAW) sama seperti yang diceritakan (dalam kitab suci)?"
"Ya."
"Jadi apa kamu akan buat?"
"Aku akan memusuhinya seumur hidupku."
Maksud di sini: Ego. Ego menyebabkan seseorang tetap mengelak untuk menerima sesuatu yang mereka tahu betul.
Rendahkan ego, terima nasihat. hidup pun berkat.
Ya Allah, berikan kami kebaikan di dunia maupun akhirat..Ameen.
Balasterkesan membaca..syukran ats prkongsiannya akhi..
BalasSalam ziarah ke Bayyinat...tidak mahu mengulas panjang kerana baru sedar yang sahabah penulis ini adalah satu negeri rupanya...barangkali kenal suatu masa dahulu..
Balasmoga istiqamah dan bertemu dengan jalan para kibarul ulama'..
Ad-Dien~
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443