Orang yang kuat ibadah dan baik akhlak pun, kalau akidahnya salah, dia tetap tak akan masuk syurga.
Itulah yang ulama kata.
Tapi yang peliknya, mutakhir ini tak ramai orang yang peduli dengan sistem pengajian akidah. Pengajian-pengajian di surau masjid pun tak memberatkan tentang akidah sedangkan akidah yang benar ialah asas bagi penerimaan segala amal soleh.
Kalau akidah salah, amalan yang banyak akan jadi haba'an mansuro; abu-abu yang bertebangan!
Akidah yang benar bermaksud maghfirullah; kenal Allah sesuai dengan nas-nas daripada al-Quran dan hadis.
Kita semua ni wajib kenal Allah. Orang yang menyembah Allah tapi tidak mengenal Allah, dipanggil taklid atau 'ikut-ikutan'. Taklid di dalam akidah menurut ulama, imannya tidak sah dan tidak diterima. Pun begitu, ada sebahagian yang lain menghukum imannya sah tetapi orang itu menanggung dosa sepanjang hayatnya.
Kedua-dua pandangan ulama ini adalah sangat berat dan keras!
Bertitik tolak seruan 'awwaludin maghfirullah', maka dua tokoh akidah ahli sunnah wal-jama'ah (ASWJ), menyusun silibus pengajian akidah yang wajib bagi tiap mukallaf, iaitu 'sifat 20'.
Tapi sayangnya, berapa ramai antara kita yang khatam pengajian sifat 20 ini?
"Belajar sifat 20 ini bid'ah! Nabi tak pernah buat!", bantah golongan Wahabi.
Wahabi betul tetapi mereka salah jika mereka menyalahkan apa yang diajar dalam subjek sifat 20 itu. Memang tak wajib belajar sifat 20. Yang wajib cuma kenal Allah. Tapi nak kenal Allah tu bagaimana?
Mestilah dengan al-Quran dan hadis. Lalu, ulama-ulama ASWJ ektraks dari mana jika bukan daripada nas-nas dan dalil-dali al-Quran dan hadis?
Mereka mahu memudahkan kita, orang awam. Mereka mahu menyelamatkan kita, orang awam daripada fitnah ancaman filisofi.
Oh, sebentar. Wahabi? Wahabi tu apa?
(Kerajaan Malaysia patut mewajibkan rakyatnya menghayati akidah ASWJ supaya tertutup segala pintu fitnah) |
"Dia tu wahabi. Wahabi sesat!", kata seorang ustaz di dalam ceramahnya.
Lalu orang awam yang sedia keliru, tambah keliru.
"Apa benda wahabi ni?", gumam mereka. Nak ditanya takut sebab ustaz itu sudah berapi-api marah!
Belum habis 'mengkafirkan' wahabi', ustaz itu menambah pula, "Ini salafi, fahaman yang sesat!"
Orang awam tambah hairan. "Tadi Wahabi, sekarang Salafi. Siapa pula mereka ni?"
Wallahi. Saya cuma kasihan dengan orang awam. Mereka keliru. Mereka tak faham, dan mereka pun sebenarnya serabut dan hilang minat lagi untuk mengetahui dengan mendalam, apatah lagi mengkaji.
Maka, the best approach bagi saya ialah pendekatan wasatiyyah. Pendekatan pertengahan.
Saling memberi dan saling menerima. Lebih-lebih jika perbezaan ini cuma perbezaan dari segi furuk akidah, bukannya usul akidah seperti diperkatakan oleh Syeikh Maulana Asri.
Masyarakat kita, saya rasa belum sampai 10 peratus yang kisah dengan akidahnya. 90 peratus yang ramai itu rata-rata beranggapan, "Aku islam, aku dah selamat".
"Aslim taslam". Tapi islam tanpa iman, itu cacat. Iman tanpa kenal Tuhan, itu penipu.
Kalau saya yang disuruh untuk berkongsi tentang akidah ASWJ, saya rasa saya bukan yang selayaknya dan itu juga bukan tujuan utama saya menulis artikel ini.
Mesej saya jelas cuma satu; supaya kita kembali semak semula setakat mana kita kenal Allah.
Tidak mengenali Allah ialah umpama kereta yang meluncur laju tanpa stereng. Ia bergerak... terus bergerak... dan ia akan merempuh sahaja apa-apa yang dihadapan.
Orang mencuri, merogol, merompak, menipu, mengaiaya, mengabaikan tanggungjawab, dan macam-macam lagi jenayah dan maksiat, kerana apa jika bukan kerana dia belum kenal Allah.
Maka marilah kita kembali ke landasan ASWJ.
Jangan bermimpi untuk mengkafirkan orang jika kita tiada ilmu,
Kerana boleh jadi,
Pertuduhan itu akan kembali kepada kita.
4 Komentar
assalamualaikum.
Balassorry sy tak faham maksud saudara dgn furuk dan usul akidah tu. adakah saudara bermaksud pendekatan wasatiyyah tu applied to furuk akidah only? bukan usul akidah? macam itu ke?
sy bersetuju dgn penyataan saudara yg kita mengenal Allah bdasarkan nas dan dalil, semoga kita semua dijauhkan drp bersangka-sangka dgn Allah.
Yup.
Balasfuruk akidah tu apa?
Balasnice share =)
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443