Ajal Manusia Milik Allah

* NASIONAL

Lima maut diseret lori kontena
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my


KEADAAN lori kontena yang terbalik dan kereta Produa Kenari yang hancur akibat kemalangan berhadapan kompleks Rakan Muda di Bandar Maran, semalam.

Kenderaan sarat tong gas masuk lorong bertentangan



MARAN: Lima beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia 11 bulan maut apabila kereta Perodua Kenari dinaiki dirempuh sebuah lori kontena yang terbabas memasuki laluan mereka sebelum diseret kira-kira 80 meter, di Kilometer 77 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, di hadapan Kompleks Rakan Muda, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta yang juga seorang pembantu rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Purun, Triang, Nasarudin Abdul Aziz, 32; isterinya, guru Sekolah Kebangsaan Felda Purun, Fatmawati Harun, 30 dan bayi mereka, Muhammad Nazhif Iman, 11 bulan.


Turut terbunuh di tempat kejadian ibu Fatmawati, Sepiah Mohamad, 60, serta adiknya, Mohd Syakirin, 23, dan semua mangsa berasal dari Felda Jengka 5.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin, berkata pemandu lori terbabit berusia 39 tahun dari Kuala Lumpur, patah kaki dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh manakala kelindan berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, lima beranak terbabit dipercayai baru selesai makan tengah hari di sebuah kedai berhampiran selepas bersiar-siar di bandar ini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Felda Jengka 5.
DARI (kiri); Nasaruddin, Fatmawati dan Muhammad Nazhif Iman.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, lori terbabit yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk menghantar tong gas kosong, dipercayai terbabas sebelum tayar depan kenderaan berat terbabit melanggar penghadang jalan.

"Laluan ini adalah jalan lurus dan lori terbabit yang terbabas seakan terbang sebelum merempuh Kenari berkenaan yang kebetulan melalui laluan bersebelahan.

"Selepas merempuh, lori itu menyeret kereta sejauh kira-kira 80 meter dan terbalik sebelum kedua-dua kenderaan terbabit merempuh tebing berbukit.

"Kereta terbabit hancur menyebabkan semua mangsa maut di tempat kejadian selepas kereta tersepit antara kepala lori dan tebing bukit," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ahmad Johari, anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan pemandu dan kelindan lori terbabit bagi membantu siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

*************************************************************
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Buat pengetahuan para pembaca,kesemua mangsa merupakan jiran sy.Kami tinggal berselang 4 rumah sahaja dan hubungan antara kami sangat rapat.Terasa sangat terkejut mendengar berita ini.Sedih dan hiba.Betapa Allah Maha Kuasa.Kecewa kerana sy tidak dpt pulang ke rumah utk bersama-sama melawat jenazah yg kini sudah siap dikebumikan.Alhamdulillah..

Dekat sebenarnya jarak antara kita dan maut.Tapi kita jarang sedar kenyataan itu.
Al-Fatihah buat arwah-arwah yg terlibat dlm kemalangan.

Ya Allah,berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban serta SAMPAIKANLAH kami ke bulan Ramadhan..semoga Allah merahmati dan memasukkan kesemua mangsa ke dalam syurgaNya.Amin...

Previous
Next Post »
8 Komentar
avatar

Assalamualaikum,

Ajal maut bila-bila boleh menjemput... semoga kita terus bersedia..

Salam ukhuwwah dari saya. Kalau kelapangan jemputlah ke blog dan boleh bertukar pendapat dan link.

Balas
avatar

Mmg rasa tersentap urat nadi kita apabila yg pergi buat selama2nya tu adalah org yg paling rapat dgn kita....sekaligus pulak tu...mmg hiba!

Takziah juga utk iqbal...ajak kwn2 satu asrama buatkan majlis bacaan Al-Quran utk disedekahkan kepada keluarga terbabit...doalah dr kejauhan.

Al-fatihah buat mereka...

Balas
avatar

jiran awk...

masa baca paper pasal kemalangan ni mmg terkedu gak..

al-fatihah.

Balas
avatar

Terima kasih semua~sama-sama kita mendoakan mereka-mereka yg sudah meninggalkan dunia yg fana menuju kepada kehidupan akhirat yg kekal abadi..

Balas
avatar

Saya juga hampir menemui ajal suatu ketika dulu dalam bulam MAC..Namun, kalau bukan sampai masa lagi, Allah tetap pelihara..Agaknya kifarah dosa2 lalu..dan supaya saya lebih mendekatkan dengan Pencipta

Balas
avatar

Mati itu wajib. Kita ni milikNya. Bila2 masa je DIA boleh matikan kita. Allah kata mati maka mati? Yg penting kumpul bekal banyak2.. jalankan ketaatan padaNya. Mati itu sangat hampir dengan kita.. sangat hampir.. Moga2 kita mati dalam iman.. Tiada lain dipinta kecuali redhaNya..

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog. - Hapus

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443