MLM dan Tabligh..Sama Tapi Tak Serupa

Dewasa ini,multi level marketing(MLM) sudah semakin popular dalam kalangan anggota masyarakat.Ramai yg menceburi kedalam bidang ini daripada berbagai golongan samada pelajar hinggalah kpd golongan elit dan profesional.Perniagaan MLM ini menjanjikan penjanaan wang secara mudah dan segera.Oleh yg demikian,ramai drpd kalangan manusia yg berminat dan menceburkan diri di dalam bisnes ini secara full-time ataupun part-time job.



Namun,maaf sgt-sgt kerana sy tidak berhajat utk bercerita tentang hukum MLM menurut syarak kerana ia telah dibincangkan secara terperinci dan jelas oleh bijak pandai agama.(klik sini).

Berbalik kpd tajuk,sy ingin menarik perhatian pembaca tentang dua perkara yg berbeza.Yang pertama ialah MLM dan yang kedua ialah Jemaah Tabligh.

Sedar atau tidak,kedua-dua golongan manusia diatas mempunyai banyak persamaan yg signifikan.Setiap ahli MLM dan ahli Jemaah Tabligh merupakan 'pendakwah'.Maksud dakwah dr segi bahasa ialah mengajak.Namun,si da'ei MLM mengajak kpd perkara yg batil iaitu kpd kesenangan duniawi dan karkun(jemaah tabligh) pula mengajak manusia utk kembali mengingati Allah.

Ahli MLM akan jumpa manusia dan membawa fikir duniawi.Wang,harta,kereta dan wanita cantik.Semuanya disukai oleh nafsu manusia.Mereka akan bercakap soal wang,bagaimana si polan menjadi kaya dalam masa yg singkat..bagaimana si polan sudah mampu berkereta selepas join bisnes..bagaimana si polan boleh bawa ibubapa pergi umrah(dgn duit yg tidak tahu sumbernya),dan lain-lain.

Berbeza dgn si karkun.Mereka akan membawa fikir hidup di dunia sementara dan hidup di akhirat kekal selamanya.Setiap bait kata-kata yg keluar dari mulut mereka ialah tentang fikir dan keriasaun akan hidup yg sementara.Bagaimana kehidupan sahabat,bagaimana kehidupan rasul,bagaimana kehidupan ulama dan segala percakapan akhirat.

Ironinya,manusia bisa menghabiskan masa mendengar kisah si polan menjadi kaya,dapat guna kereta,dapat beli rumah daripada mendengar kisah pengorbanan Rasul,pengorbanan sahabat,kehebatan para sufi,ulama dll.

Mengapa si karkun yg membawa percakapan agama sering dipandang serong?

Adakah kerana pakain mereka yg mengikut sunnah baginda(jubah dan berserban)?
Adakah kerana mereka tidak menunjukkan cash(wang tunai yg banyak)?
Adakah kerana mereka tidak memandu kereta yg besar-besar dan mahal-mahal?
Adakah kerana mereka makan bersila,menggunakan tangan dan bukannya makan di hotel ekslusif dan bersudu dan begarfu?
Jwpannya jelas.Tanyalah diri kita..tepuk dada,tanyalah iman~

Si pendakwah MLM mengajak manusia utk menceburkan diri di dalam perniagaan dan networking.Sy pernah berpeluuang duduk bersama-sama dgn mereka dan sungguh berapi-rapi kata-kata mereka.

Berlainan pula dgn si karkun dan jemaah ini,mereka berucap perkataan yg baik,lembut,sopan dan tertib.Tiada perlu mengeluarkan 'api' samada mengatakan tentang keburukan orang atau memuji org secara berlebih-lebihan.Sesungguhnya mereka mengajak manusia utk kembali ke landasan agama yg sebenar.


Mafhumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)


Akhirul kalam,bukannya niat sy utk mengatakan keburukan MLM.Jauh sekali menfitnah!
Sy cuma ingin membuka mata golongan yg memandang ringan usaha atas iman.Sesungguhnya kita semua belum dijamin akan mati sebagai org beriman dan org yg tidak beriman,janji Allah ialah Neraka Jahannam.
Previous
Next Post »
10 Komentar
avatar

perbandingan yg jelas dan mudah difahami.... camana nak jadi senang di dunia dan senang juga di akhirat??

Balas
avatar

nak bertolak laa ne ambil anak kat pusat tahfiz jap

Balas
avatar

Akak pernah suarakan pendapat pd sahabat MLM ttg pandangan ustz zaharuddin....responnya amat menyedihkan. Susah la nak berhenti sbb hutang Mercz siapa nak bayar kan? Cakap je free Mercz tp yg freenya tabung kereta je...sesuai utk down payment jer...hutang bulanan kena tanggung juga.

Mmg dia org akan ikat dgn 'hutang kereta' sbb bila dh ada hutang tak sanggup lg nak berpatah ke belakang. MLM tetap perlu mereka teruskan.

Byk nilai yg tak kena dlm MLM....orang yg pernah join boleh bercerita pjg lebar. dengar2kan pengalaman org2 itu....

Balas
avatar

post yg menarik..
tmpt sy belajar,junior byk dah t'kena dgn MLM ni..iyalah dorg ni baru lg nk kenal dunia..so, nk senang main ikut je tnpa pk..

psl tabligh ni, xtau nk komen tp de jg yg xok..

Balas
avatar

KAK AZMA-->berjaya dunia akhirat?ikutlah orang yg telah berjaya iaitu para Sahabat Radhiallahuanhum.Mereka dikuriakan kejayaan di dunia serta ada dikalangan mereka sudah dijanjikan dgn syurga sejak di dunia lagi.Caranya ialah dgn mengutamakan urusan akhirat kerana kejayaan dunia pasti akan mengikut org yg utamakan kehidupan akhirat.
Contoh manusia zaman moden pula ialah Nik Nor Madihah yg mendapat 20A's SPM 08.Beliau lebih utamakan urusan akhirat(ibadah,hormat ibubapa,guru serta masyarakat,akhlak mulia,dll) drpd urusan dunia(pelajaran dll).Maka,kejayaan dunia telah menanti beliau.

INAS-->
Kami masih belum berangkat ke Ijtimak sbb esok masih ada kelas smpai tengahari.InsyaAllah kami semua akan berangkat selepas zuhur dgn sebiji bus yg telah disediakan oleh seorg hamba Allah yg pemurah.Alhamdulillah Allah mudahkan..

KAK ASYIQ-->
Rezki bukan manusia yg beri,namun Allah yg beri.Ramai yg tertipu dgn wang.sedangkan wang ringgit tidak menjanjikan kebahagiaan.Mungkin lebih banyak harta,kebih banyak beban!
Tergadai(rugi) wang ringgit boleh cari ganti,tapi klo tergadai iman,nerakalah jawabnya.Muflis kat dunia takde masalah sgt.Yg masalah besar ialah jika muflis kat akhirat nanti...

Brilliant Marjan@اداويه-->
salam.Tiada manusia yg maksum selain baginda.Jadi wajar kita membetulkan org yg salah dan membenarkan org yg benar.MLM sememangnya bijak memancing perhatian manusia dgn 'sijil halal' sedangkan halal itu barangan dan bukannya sistem perniagaanya.Itulah akibat jika manusia sudah berani membeli 'halal'.

Balas
avatar

Kadang2, ahli MLM tu sendiri yang merosakkan industri MLM. Dan kadanga2, para tabligh sendiri yang buat orang pandang serong pada mereka.

Sume tu bergantung pada individu itu sendiri yang mencorakkan keadaan di sekelilingnya. Dan kadang2, mulut berkata, bukan niat menuduh tapi tanpa disedari tangan sedang menunding jari.

Balas
avatar

nnti cite ye ape alkisah nye ijtimak tu. ade PM n TPM mesia dtg skali ek..

Balas
avatar

Pontianak Degil-->
sesungguhnya pendapat kamu memang tepat dan selamat.Semuanya bermula dgn individu.Benar!
mesti ada yg epal yg rosak dalam selori epal!
begitu juga dgn manusia,meskipun berada dlm kalangan org baik2..mesti ttp ada yg 'tercacat' sedikit~

INAS-->nak cerita la ni..hehe

Balas
avatar

Mukan untuk provok mana2 pehak...
tp kalu gol. tabligh neyh...
gi umah org...
n andaikan org tuh letih n mengantuk seyh...
mgkn bru blk keje ke..
then u ols dtg..
myb dya tak halau phsically..
tp internally..dya nk rehat...
dya tak ckp r...
t org ngat pe lak...
halau org nk bdakwah..
so...
u guyz pn ckp punyer ckp...
tp dya xdgr..
meaning masuk telingan kanan kuar telinga kiri...
pe hukumnye?
yela...
even kita nk dakwah org...
kita kena gak tgk mad'u cmne lak kn?
so...
plz xplain to me..
even kita nkdakwah org...
kita kena gak

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443