Bagi saya secara peribadinya,sy juga ada beberapa org yg saya kagum.Mereka ialah Baginda Rasulallah yg sentiasa di kedudukan teratas.Apa yg baginda buat,sewajibnya dan semampunya saya akan ikut dari sebesar-besar sunnah baginda hinggalah kpd sekecil-kecil sunnah.
Saya percaya bahawa setiap org pasti ingin mengikut jejak langkah Baginda saw kerana kita mengaku kita mencintai Baginda lebih dari lebih dari yg lain.Bersesuain dgn sabda Baginda;'Barangsiapa yg menghidupkan sunnahku bererti dia mencintaiku.Dan barangsiapa yg mencintaiku akan bersama dgnku di dalam syurga di hari kiamat kelak'.
Itulah cinta yg sejati.Iaitu cinta kpd Rabb dan kpd RasulNya.Saya juga mengkagumi dan menyanjungi para sahabat baginda yg bersama-sama di kala susah dan senang sentiasa setia di sisi baginda.Tiada sedikit pun kesal dan ragu-ragu terhadap kebenaran Baginda,berbeza dgn kita yg rata-rata di dihidap penyakit meragui kebenaran(haq).Para tabi'in(tak reti eja) yg mana merekalah org yg hebat dan teguh pegangan mereka pada agama Allah,para alim ulama yg luas ilmu dan pemahamannya serta kuat kecintaan mereka kpd Rasul.Terlalu jauh maqam mereka dibandingkan dgn kita...malu...
Panjang lagi senarai org yg sy kagum,tapi nak pendekkan cerita(senang org baca dan senang st menaip).Mereka ialah kedua ibubapa saya,alim ulama,ustaz-ustaz,guru-guru,adik beradik dan jiran tetangga saya.Saya tidak berhasrat utk bercerita tentang mereka kesemuanya namun sy cuma ingin berkongsi dgn para pembaca tentang 3 org yg sy kagum dri kalangan org awam.
Bagi org-org yg tinggal di Ara Damansara(khususnya Apt. Sri Ara),mereka pasti kenal akan 3 org ini.Salah seorang ialah Abang Abu Bakar.Beliau seorang yg zuhud.Benar-benar 'low profile'.Perwatakan Saidina Abu Bakar r.a sedikit sebanyak terdapat dlm diri beliau.Sejak setahun sy kenal beliau,mmg semua org menyenangi beliau.Apa yg saya suka dgn abg Abu Bakar ni ialah dia mmg seorg yg tersangat merendah diri.Sangat-sgt rendah diri.Dia berkawatan besar.Engineer yg pangkat tinggi di Telekom.Tak tahu la jwtan apa,tetapi mmg besar pangkat dia di Telekom.Tapi,kehidupan dia mmg terlalu sederhana.Duduk pun apartment aje.Kereta pun pakai kereta waja aja.Takde pun pakai baju mahal-mahal.Besar pangkat pun dia hanya suka berpakain t-shirt yg tak berjenama,seluar panjang dan kopiah ats kepala.Tapi kalau ada ustaz dtg kuliah kat surau dan buat kutipan derma,maka muka abg Abu Bakar ni la antara yg terawal sekali beri sumbangan.Dia sedekah sembunyi-sembunyi.Abg Abu Bakar pun jenis yg suka peramah.Dia suka beri kami nasihat.Tentang hal exam,pelajaran dan hal dunia.Dia juga selalu pesan tentang dakwah serta pengalaman dia.Nasihatnya yg paling saya tak boleh lupa ialah tentang usaha semasa study dan usaha di luar study.Iaitu taat kpd Allah,hampirkan diri kpd Allah maka Allah pasti akan bantu usaha kita dalam pelajaran.
Org yg kedua ialah Abg Sharif.Abg Sharif bekerja di syarikat sendiri sebagai engineer.Designer kalau tak silap.Hebat jugak la kerja dia ni.Tapi surau tak pernah miss.Solat berjemaah sentiasa dalam top list.Jubah dan kurta sbgai pakain harian dan kopiah tak pernah ditinggalkan.Hebat pegangan beliau pada sunnah Rasulallah yg mulia drpd sebesar-besar sunnah iaitu dakwah hinggalah kpd sunnah-sunnah yg kecil antarnya minum duduk,bersugi makan berjemaah dan mcm-mcm lagi la.Saya cukup kagum dgn peribadi beliau.Dia mmg agak pendiam tetapi bila di mula bersuara,tiada yg sia-sia dan merapu yg akan keluar dari mulut dia.Semuanya akan ada kaitan dgn agama.Seorang lagi yg begitu mulia akhlaknya dan begitu santun pekertinya.
Yang ketiga pula Abg Ikmal.Dia pun sama hebatnya kalau dinilai melalui pekerjaan duniawi.Dia bekerja sbgai ejen Etiqa Takaful.Seorang yg suka memberi nasihat dan suka mendapatkan nasihat.Apa yg saya suka dgn Abg Ikmal ini ialah walaupun umurnya 30-an,dia tak pernah malu utk mendapatkan nasihat kami.Dia seorang yg mengakui kelemahan diri sendiri.Jarang org yg sedia utk mengakui kejahilan dan kecetekan ilmu agama.Saya juga kadang kala susah utk menerima nasihat lebih-lebih lg drpd org yg lebih muda.Berbeza dgn Abg Ikmal,dia suka menerima nasihat.Seorang yg mengakui kelemahan diri dan sentiasa berusaha utk mencapai maqam org-rg soleh.Dia juga seorang yg kuat kebergantungannya dgn rezeki Allah dan antara ayat yg mesti akan dia cakap setiap kali kami berborak dgn dia ialah,'kita jaga Hak Allah,Allah mesti akan hak kita.Tak payag risau'.Selain itu,saya juga mngkagumi sifat sabar yg dimiliki beliau.Kisahnya,dia pernah ditipu org dgn sejumlah besar wang,namun dia redha tetapi dlm masa yg sama dia berusah utk menuntut keadilan di mahkamah buatan manusia.Tiada kata nista,takde pula carut-mencarut,hina-menghina dan berputus asa kerana dia yakin dgn prinsip 'jika kita jaga hak Allah,maka pasti Allah akan jaga hak kita'.
Sangat-sangat bertuah sy dpt bergaul rapat dgn mereka.Itu yg seronok bila kita selalu berkumpul di rumah Allah,maka Allah pun akan satukan hati-hati kita bersama-sama dgn org-org yg soleh seperti mereka.Kebaikan mereka sewajarnya saya contohi dalam masa sy meniti usia remaja yg cubaannya cukup hebat.Kadang-kadang terkandas jga,tapi Allah sentiasa menerima hambaNya.Terima kasih Ya Allah...dan terima kash Ya Allah kerana memneri aku abang-abang(dari kalangan family dan org awam sekeliling) yg soleh yg mematangkan aku utk lebih mencintaiMu.terima kasih...
9 Komentar
sukenya baca........ betul suke.
BalasTQ cik inas...nanti nak cari suami,carilah yg seperti mereka.Bahagia taw..(sbb dorg ni da kawin da)..hehehe
Balasperlukah aku mencari pasangan sebegitu? (maksudnya lelaki jugak)
BalasKepada Ayap..pasangan yg bagaimanakah yg anda maksudkan?Jika sahabat?Ya!anda perlu kerana sahabat yg baik akan mendorong anda utk menjadi baik dan membuat kebaikan~
BalasSedikit sebanyak kita akan dinilai melalui dengan siapa kita bersahabat. Alhamdulillah jika sahabat-sahabat kita orang yang baik agamanya..
BalasKalau bergaul dengan orang-orang yang baik-baik, mesti sedikit sebanyak kita pun akan ikut perangai baik dia. Kan? =)
Balastp iba ko jht..perlu ke aku follow ko??
Balassalam
Balasseronok dgr crite ni.. alhamdulillah awk brada di kalangan sahabat2 yg dpt mnjadi pelita dlm meneruskn jihad hidup.. sahabat adalah cermin kpd kita..:)
melati daisy--Allah bukan sahaja mengurniakan sahabat yg baik di dunia nyata shaja,Dia juga mengurniakan sahabat yang baik di dunia maya juga(blog) seperti anda dan sahabat-sahbat yg lain.Terima kasih semua~
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443