Anti-virus yg boleh delete syaitan

'Shamil,boleh tolong pakcik tak?',tanya Pakcik Zarul kepada Shamil,anak jirannya.

'Tolong apa pakcik?Kalau mampu insyaAllah sy tolong',balas Shamil sopan.

'Ni ha,komputer rumah pakcik ni.Pakcik tak reti la nak bukak internet.Dulu anak pakcik ada ajar pakcik,tapi dia dah balik.Pakcik da tak ingat da.Kalau boleh,kamu tolong ajar lg sekali la ea',minta pakcik Zarul

'Owh.Takde masalah pakcik.Jom sy ajar'

Lalu mereka berdua pergilah kerumah Pakcik Zarul.Pakcik Zarul ialah antara org yg kaya di kampungnya.Rumah Pakcik Zarul sgt besar,kiranya dua kali ganda rumahnya.Malangnya ,anak-anak Pakcik Zarul semuanya bekerja di bandar dan cuma akan menjenguk mereka sekali-sekala di kala cuti sekolah.

'Ni komputernya Zarul.Anak pakcik yg kerja sebagai doktor tu berikan kpd pakcik.Katanya dia ada 2 biji komputer maka dia mahu beri satu utk pakcik.Lengkap dgn internet terus.Katanya mudah kalau pakcik mahu berhubung dgnnya dan cucu-cucu pakcik.Dulu dia ada ajar pakcik buat panggilan yg boleh nampak muka org,tak ingat dah mcm mana...',kata pakcik Zarul.

'Owh,beginilah Pakcik Zarul.Kalau pakcik nak tahu,komputer ini ada bermacam-macam sistem yg ada fungsi-fungsi mereka tersendiri.Contonhnya badan kita,ada sistem perkumuhan,sistem penghadaman,sistem aliran darah dan macam-macam lg.Mereka ada fungsi yg berbeza-beza seperti juga perut kita yg bertugas utk menghadam,gigi utk mengunyah,kaki utk berjalan dan lain-lain.',terang Shamil.

'Lalu,setiap fungsi sistem dlm komputer juga ada berbeza-bezalah ea?'tanya Pakcik Zarul,minta kepastian.

'Ya.betul tu.Kalau pakcik nampak,kat sini ada mcm-mcm gambar kan?Yang ini,perisian anti-virus,yang ini yg gambar tong sampah ini namanya 'recycle bin',yg gambar kepala kuning itu pula namanya 'yahoo messenger' yg org ber'chat' atau berborak,dan gambar yg ini pula utk kita layari internet.Ha!Kalu pakcik nak sambung ke internet,pakcik kena klik gambar ini lah',jelas Shamil lagi.

'Erm,yalah...baru pakcik ingat.Eh,kalau pakcik tertekan gambar ini(sambil menunjukkan ke icon recycle bin),pakcik tak dapat bukak internet la kan?',tanya Pakcik Zarul.

'Semuanya telah diprogramkan pakcik.Dah ditetapkan.Jadi kalau pakcik klik kpd gambar yg ini,maka fungsinya yg ini lah.Kalau gambar yg itu,fungsinya pula yg itu.Semuanya berbeza dan telah ditentukan dan ditetapkan.Kita tak boleh ubah fungsinya kerana memang dah ditetapkan'.

Pakcik Zarul mengangguk-angguk tanda faham.Barulah dia tahu bagaimana komputer berfungsi iaitu melalui bantuan ratusan malah ribuan data yg sudah diprogramkan dan tetap takkan berubah.
******

(comelnya kucing ni,Subhanallah)

Manusia ini ibarat komputer,malah lebih hebat lagi.Otak manusia yg terdiri dari billion neuron tercata ciptaan yang agung dan lebih hebat drpd komputer yg ada diciptakan yg ada batasannya.

Jika ialah Central Processing Unit (CPU) 'raja' kpd komputer,maka hati pula ialah raja bagi manusia

Dalam satu sabda Baginda s.a.w yg mafhum hadisnya;satu ketul daging yg di dalam kamu.Jika ia baik,maka baiklah kamu.dan jika ia buruk maka buruklah kamu.Ketahuilah bahawa seketul daging itu ialah hati.

Hati manusia sesungguhnya boleh disamakan dengan komputer.Komputer menjalankan tugasnya setelah ia diprogramkan utk melakukannya oleh manusia.Sebagai contoh,penggunaan komputer sebagai alat kira-kira(kalkulator).Seseorang hendaklah memprogramkan fungsi kalkulator di dalam komputer itu,barulah ia boleh menjalankan kira-kira.

Begitulah hati kita.Walaupun secara zahirnya hati kita itu milik kita kerana setiap manusia ada hati dan jantung mereka sendiri,tapi sebenarnya ia hak milik Allah secara mutlak.

Manusia jika telah diprogramkan oleh Allah utk melakukan kebaikan,maka pasti dia akan melakukan kebaikan juga walaupun sekuat mana cabaran atau sesukar mana halangan.Kerana Allah telah menetapkan utk demikian.

Ketahuilah,bahawa Allah ciptakan jin dan manusia utk kita menghambakan diri kpdNya.Sebagaimana di dalam Quran,Allah sebut,...tidak aku jadikan jin dan manusia melaikan utk mereka menyembahku...'

Dalam masa yg itu,Allah sendiri telah menetapkan dan memprogramkan hati-hati manusia utk menyembahnya.Namun,dek kerana hati manusia terkena 'virus' dek kerana 'anti-virus' yg expired,maka fungsi manusia utk beribadah telah berubah! Jelaskerana ada manusia yg tak menyembah Allah,ada yg menyembah tetapi secara 'part-time' dan tak dpt dinafikan pula ada juga yg masih bermujahadah menjalankan tugasnya.

Semuanya kerana anti-virus yg berbeza-beza bg semua org.Umumnya,'anti-virus' itu ialah iman.Jika iman sudah 'expired',maka virus akan mudah masuk.Jika virus ni masuk,maka manusia mula akan bermasalah.

Jadi apakah cara utk kita sentiasa 'up to date' dgn 'anti-virus'(iman) ini?caranya ialah perbanyakkan bercakap mafhum kalimah Lailahailallah.

Pesan baginda dlm hadis yg mahsyur;'Hendahlah kamu perbaharui iman kamu.Sahabat bertanya,bagaimana Ya Rasulallah?Baginda menjawab,'perbanyakkan percakapan Lailahaillallah'.

Bagaimana?bagitahu diri sendiri dan org lain bahawa tiada yg mampu memberi manfaat kecuali Allah.Tiada yg mampu memberi mudharat,kecuali Allah.Setiap yg berlaku,adalah dgn izinNya.Saya makan,bukan makanan yg buat sy kenyang,tetapi Allah.(makanan cuma asbab utk kenyang).Saya ke masjid,bukan motosikal yg bawak saya ke sini melainkan Allah(motosikal cuma asbab/perantaraan sahaja).
Luruskan lidah,barulah hati akan lurus.
P/s--saya bukanlah seorang yg mahir dlm menulis.Apa yg saya tulis ini cuma terlintas dlm otak secara tiba-tiba.Jadi,kalau yg pasal komputer ti,ada maklumat yg tak betul seperti fungsi komputer,haraplah ditegur agar penulisan sy akan menjadi semakin berkesan.Sebarang salah dan silap mohon khidmat nasihat.terima kasih.., =)
Previous
Next Post »
23 Komentar
avatar

Salam...:)

Iman akan mantap jika kita sering menjauhi diri dari dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar...

Balas
avatar

Salam dik Iqbal.

Termiss satu entry dah akak rupanya. Dah baca entry '..kat sini semua tgh baiki iman..' cuma tak hantar komen aje.

Nampak lain lah iqbal punya entry skrg. Lebih kaw!!haha. Bagus...100x.

Mai dtg blog akak beri pendapat skit.

Tolong beri jwpn soalan suami akak tu....yg 'amat logik' diterima akal.

TQ.

Balas
avatar

Salam Iqbal..

Sentiasalah berusaha utk memperbaiki iman dgn mendekati Allah dgn cara sentiasa tidak lupakan solat, membaca ayat2 suci al-quran dan rajin bertasbih dan bertahmid..insyaAllah hati kita tidak akan mati dan akan sentiasa hidup meskipun ketika sedang tidur..

Suke tgk gambar kucing tu..kalau lah kucing pun gila internet juga..mmg haru biru dunia jadinya..mesti cc pun penuh dgn kucing hehehe

Balas
avatar

thanx 4 the sharing..
entry2 dlm blog ni sgt mnarik minat nk mmbaca la..
ade join mne2 tinta da'ie workshop ke?
sgt2 stuju dgn entry ni..
iman yazid wa yanqus..
kita kne slalu b'usaha spy iman itu sntiasa b'tmbh..insyaAllah..

'UPDATE ANTI-VIRUS SLALU'

=)

Balas
avatar

LotsOfLove-Pearls--ye.Kena selalu update agar sentiasa dlm keadaan bersedia.ready to perform.hehe

Abd Razak--benar.Dosalah yg akan menimbulkan titik hitam dalam hati manusia.

reen_sofee--ya.kaucing makhluk Allah yg cumel!!

kak asyiq--lebih kaw?kalau itu bermanfaat,maka alhamdulillah.tapi kalau itu buatkan sy riak,nauzubillah..teringat satu hadis,bahawa diceritakan ada satu ulama ini dihadapkan kepada Allah utk dihisab,maka Allah tanya apa kamu buat dgn nikmat ilmu yg Aku bagi.Lalu ulama tu kata,aku mengajarkannya utk org lain.Allah berfirman,kamu dusta!kamu mahu dipandang sebagai org yg mulia.Sesungguhnya itu telah kamu dapati.Lalu,ulama td diseret ke dlm neraka.Takutnya...

kak Zai--iya kak.Sy ada satu entri tentang 'maintenance utk hati'.boleh baca kot.Kucing kalau pandai internet,sy rasa abes la 'mouse' rosak kena attack!haha

~nazierah~--salam.hye iejan.sy tak penah dgar pun pasal tinta da'ei workshop tu.Ada ke?sape conduct?sy cuma menulis apa yg diilhamkan oleh Allah

Balas
avatar

assalammualaikum

salam perkenalan
baguslah kalau dah tua pun masih ada semangat mengambil tahu perkembangan teknologi

Balas
avatar

salam...

**"Pesan baginda dlm hadis yg mahsyur;'Hendahlah kamu perbaharui iman kamu.Sahabat bertanya,bagaimana Ya Rasulallah?Baginda menjawab,'perbanyakkan percakapan Lailahaillallah'."**

kadang-kadang terfikir...berapa kali sehari kita mengucapkan ucapan itu ?? berapa kali sehari kita perbaharui iman kita ??

Balas
avatar

a kl citizen--salam kak.salam perkenalan jugak~dah tua2 tak patut rasanya baru nak blaja komputer,sbb susah nak paham(mcm sy ajar mak sy)hehe

cun09--salam saudari.Kalau kita perhatikan 5 rukun islam kita dan susunannya,maka ada tersembunyi satu hikmah.haji sekali seumur hidup.zakat,sekali setahun,puasa sebulan je,solat 5 kali je sehari,tapi mengucap syahadah??takde masa spesifik.tandanya kena 24jam sehari la kena betulkan syahadah...

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

salam persahabatn buat saudara sedin ku iqbal..

moga kita sama-sama tergolongan kalangan mereka yg kekal beriman.

amin

Balas
avatar

salam..hmm..sy suka membacanya..contoh yg cuba dikaitkan adalah tersangat baik.hehe...tahniah.teruskan menulis..yg lbh penting adalah jngn terlalu pnjng dan jngn terlalu pendek..dan mesti lah menarik untuk dibaca.bkn ape klu panjang2 nanti orng x berminat nk baca habis.last2 baca lbh krng jerk pastu terus komen.tp tu la..kita ni bila menulis ske panjang2 jerk,tngk la kebanyakkan n3 sy..panjang jekan..x ptt tul.hehe..tu pun sy dh delete bnyk bahagian.spya x terlalu panjang.
:)

Balas
avatar

salam buat sahabat baru,tinta kasturi..semoga kita bersilaturahim kerana Allah.

Syah--Terima kasih ats komen saudara.Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.Benar!bersederhana itu lebih baik...mungkin entry-entry sy semua panjang-panjang dan bosan.tu pasal org tak baca.tapi takpe,sy baca sendiri.hehehe =)

Balas
avatar

Term2 IT pun boleh dipakai untuk dakwah.. idea yang baek.. =)

Balas
avatar

mmm.. sepanjang sy x online baru2 ni, sy dpt jmpa anak buah yg still baby lg. bila ade peluang tinggal berdua dgn baby tu, sy ckp dgn dia.. allah maha kuasa, manusia x de kuasa.. n a few other simple things.. baby tu cuma pandang n senyum2 je.. sahut sikit2.. cam paham je baby tu. suke laaa...

p/s: kucing tu sejibik mcm kucing sy. name nya chitam. betina. tp bulu chitam lg gebu. kucing mesia je tp nmpk mcm kucing oversea yg mahal. huhu.

Balas
avatar

huffazquran--ya.sama-sama.yang baik datang dari Allah dan yg buruk juga dtg dariNya.Tapi dizahirkan ats kelemahan saya~

putra al-maliki--iya.Dakwah juga perlu kretif kerana kita bukan hanya mahu dakwah kpd org yg suka membaca aja,tetapi kpd semua yg begelar manusia juga.

inas--salam inas!iyalah...sy tertanya juga ke mana inas pegi lama tak nampak tanda kewujudan di fb dan blog.hehe..iya.Allah Maha Kuasa..

Balas
avatar

Salam awak, cun2, dakwah moden yang masih dl landasan, bgi org minda tekno yg lupe agama, cun gak;p

Balas
avatar

harus sentiasa tajdid iman :) thanks iqbal..cerita yg ringkas tp padat dgn dakwah..satu pendekatan dakwah yg bagus utk org zaman sekarang..teruskn perjuangan tintamu..semoga Allah merahmati :)

Balas
avatar

arnamee dan melatidaisy-->
terima kasih atas komen saudari berdua.Akan ia menjadi azimat dan pembakar semangat!

Balas
avatar

Salam,

Tuan, kalau Tuhan dah programkan seorang manusia lahir dalam keluarga non-muslim, bagaimana pula nantinya? Hatinya bersih, tapi tetap bukan Islam..hmm, moga2 Allah beri hidayah kepadaNya...ameen

Balas
avatar

Iya..begitulah...kita ini sangat-sangat beruntung sebenarnya!!!
tersangat beruntung kerana kita lahir dalam keluarga islam,tapi sebenarnya kita ini kurang bersyukur...mungkin...~

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443