Ustaz Jalal (part 1)

Pagi itu cerah.Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.Waktu utk kelas pendidikan islam.Ustaz Jalal masuk ke dalam kelas 1 Bijak.Murid-murid berdiri memberi salam kpd Ustaz Jalal.Kemudian mereka membaca doa sebelum belajar,memohon bantuan drpd Allah agar dimudahkan pembelajaran.

"Baiklah murid-murid,hari ini kita akan belajar tentang rukun islam.Baiklah,siapa tahu rukun islam ada berapa?",mukadimah Ustaz Jalal utk kelasnya hari ini.

'Saya!',jawab Amri,lalu berdiri.'Ada 5 ustaz'.

'Betul.Ada 5 perkara dalam rukun islam.Bolehkah kamu nyatakan kelima-lima rukun itu?'

'Er...Mak sy ada ajar,tapi saya tak berapa ingat lah ustaz.Saya tahu solat 5 waktu saja',jawab Amri lagi,serba salah.

Sambil tersenyum,Ustaz Jalal berkata,'Tak mengapa Amri.Kejap lagi kita belajar tentang rukun islam ye.Baiklah,ada sesiapa yg tahu apakah 5 perkara rukun islam itu?'

Senyap.Semua pelajar menundukkan kepala seolah-olah sedang berusaha utk mengingati.Ada juga yg berbisik-bisik.Mungkin tahu,tapi malu utk menjawab.

'Baiklah,rukun islam ada 5 perkara semuanya.Yang pertama ialah mengucapkan 2 kalimah syahadah.Dalam bahasa melayu,aku bersaksi bahawa tiada tuhan melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.rukun islam kedua ialah menunaikan solat 5 waktu.Boleh beritahu ustaz apakah 5 waktu solat?',tanya ustaz Jalal utk mendapatkan respon daripada murid-murid.

'Subuh,zuhur,asar,magrib dan isyak!',jawab murid-muridnya hampir serentak.

'Bagus!Selepas solat,rukun islam yg ketiga berpuasa di bulan Ramadhan.Puasa bererti kita tidak makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yg boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.Siapa dalam kelas ini puasa cukup sebulan tahun ni,angkat tangan'.

Murid-murid tersenyum senyum.Kelas menjadi agak riuh kerana masing-masing ingin bercerita tentang pengalaman puasa mereka iaitu puasa separuh hari,puasa tak makan tapi minum air,puasa dapat upah dan lain-lain.

'Ish..takde orang ke yg puasa penuh sebulan?Ustaz baru je nak belanja sesiapa yg puasa penuh,tapi takde tak boleh la ustaz belanja'

Murid-murid ustaz Jalal kelihatan hampa.Seorang murid lelaki berkata,'tahun depan sy puasa penuh ustaz!'.Bersemangat.Ustaz Jalal tersenyum lalu berkata,'Baik,tahun depan sapa puasa penuh ustaz belanja ea.Kamu tahun depan sudah tahun 2.Kenalah belajar puasa penuh.tahu?'

Murid-murid mengangguk-angguk bersemangat.Biaslah anak kecil,perlukan motivasi,bisik Ustaz Jalal dalam hati smbil tersenyum.

'Baiklah,rukun islam yg keempat pula ialah menunaikan zakat.Tiap-tiap tahun ayah kamu atau penjaga kamu akan bayar zakat.Zakat ini dinamakan zakat fitrah dan dibayar sepanjang bulan Ramadhan hinggalah selepas waktu terbenam matahari 1 syawal.Zakat ini dibayar mengikut kadar yg tertentu,kpd org tertentu dan utk org-org yg tertentu.Kamu semua takde duit sendiri lagi,jadi kamu belum perlu bayar zakat lagi'.

Seorang pelajar perempuan,Fatimah berdiri lalu bertanya,'Ustaz,mahal tak zakat tu?Boleh miskin tak?'

'Ish,mana ada mahal!Murah sangat saja.Satu orang baru RM7 saja.Kalau kita bayar RM7 kerana Allah,kita takkan rugi dan miskin Fatimah.Lagipun Fatimah jangan risau,RM7 itu pun setahun sekali saja.Sedangkan kita beli mainan pun sudah RM10,kita bayar zakat pun cuma RM7.Sikit saja'.

Fatimah tersipu-sipu malu.Dia sememangnya ada banyak mainan.Kebanyakannya anak patung dan mainan masak-masak.

'Dan murid-murid,rukun islam yg kelima pula ialah menunaikan haji bagi yg mampu.Menunaikan haji di Mekah.Ibadah haji ini merupakan satu ibadah diwajibkan sekali seumur hidup.Jadi nanti bila kamu dah besar,dah bekerja,kamu simpanlah duit utk pergi haji ea'

Ustaz Jalal memang seorang pendidik yg ramah.Beliau seorang yg penyayang dan sabar.Kelasnya sentiasa berjalan dengan bersahaja.Kerama itulah murid-muridnya semua menyukainya.

'Baiklah murid-murid.Ustaz mahu kamu ingat kelima-lima rukun islam ini.Nanti ustaz tanya.Siapa tak dapat jawab,ustaz nak bagi denda sikit!',kata ustaz Jalal.Berlagak garang konon-kononnya.'Sesiapa yang tak faham?sila bertanya'.

Lalu bangun seorang murid lelaki bernama Mizan.'Ustaz,saya pelik la mengapa rukun islam semua ibadah.Daripada solat,zakat,puasa dan haji,semuanya ibadah yg dilakukan dalam masa yg tertentu.Tetapi bagaiman pula dgn rukun islam pertama iaitu syahadah?apakah bentuk ibadahnya?Bagaimana mahu beramal dgnnya?'

Wau!soalan cepumas!!ustaz Jalal terdiam...sedang memikirkan jawapan.Sesiapa sedia boleh jawabkan?hehe
Previous
Next Post »
7 Komentar
avatar

Erm...akak tunggulah cerita ni sampai habis. Part II.


Hasil pengalaman sendiri ke ni???

Balas
avatar

wah...akak da tunggu ke?sy belum start tulis lagi sambungan dia.

ini kisah benar yg saya cerpenkan.InsyaAllah kurang bosan sikit kot...

Balas
avatar

ikut cikgu asyiq..

suka tiru jawapan cikgu asyiq. sbb cikgu kan.. mesti jawapan dia betul..so jawapan aku ialah..

tunggulah part 2..
ha ha ha

Balas
avatar

salam...

akak nak tunggu ustaz jalal jawab laaa ^_^ (part 2)

Balas
avatar

alhamdulillah part 2 da siap tulis.hehe

Balas
avatar

Pandai ustaz jalal..dulu ustaz mohtar pun ajar begini juga

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443