Bagaimana dengan mereka ini?(BAHAGIAN 2)

ini sambungan dari bahagian 1

Lelaki yg pertama dibawa masuk.Ternyata dia seorang yg pekak.Kerana dia pekak,maka si raja terpaksa memanggil seorang juru isyarat untuk menyoal lelaki tersebut,'Mengapa kamu tidak hadir ke pesta beta?Bukankah lelaki itu telah menyampaikan perintah beta?'Tangannya menunjuk kearah pemuda itu.

Lelaki pekak itu menjawab,'Aku tidak berupaya mendengar pengumaman yg dibuat oleh pemuda itu.Maka aku tidak tahu.Sekiranya dia datang bertemu dgnku secara sendirian,maka pasti aku akan tahu dan pasti aku akan datang'.

Raja menjawab kpd pemuda,"Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab kerana dia tidak tahu?".Pemuda itu kesal.

Kemudian,orang kedua di bawa masuk menghadap raja.Orang kedua pula buta."Mengapa engkau tidak hadir ke pesta ini wahai si buta?"

Maka dijawab olehnya,'Aku tidak nampak orang-orang kampungku berpusa-pusu menuju kepada pemuda tadi semasa dia mengumpulkan org-org kampung utk membuat pengumuman.Maka aku tidak mendengar pengumumannya itu.Aku juga buta dan tidak nampak akan poster-poster yg ditampal oleh pemuda itu,sekiranya dia ada berbuat demikian."


(Gambar hiasan;Istana Sultan Idris,Perak)

Maka raja pun berkata kpd pemuda itu,'Sekarang adakah engkau mahu bertanggungjawab atas ketidak tahuannya?!'.Pemuda itu tunduk diam.

Lalu masuk orang ketiga.Rupa-rupanya dia seorang yg buta huruf atau tak tahu membaca.Apabila ditanya oleh raja,maka dia menjawab. 'Aku tidak dtg kerana aku tidak tahu.Semasa pemuda itu membuat pemngumuman,aku berada di rumah dan sedang tidur kerana penat bekerja.Aku ada ternampak poster-poster yg ditampal,tetapi aku ini buta huruf.Aku tidak tahu apa yg ditulisnya.'

Raja berkata lg,'Adakah engkau mahu bertanggungjwb kerana membiarkan dia tertidur dan tidak tahu tentang perintah beta ini?Bukankah kau patut mengejut dia drpd tidurnya!'

Pemuda mulai menangis kerana berasa bersalah.

Orang keempat dibawa masuk.Orang itu diajukan dgn soalan yg sama oleh raja.Lalu dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku tidak tahu.Aku tidak pergi mendengar pengumuman dan aku juga tidak mahu melihat poster-poster yg disampai.Aku juga tidak bergaul dgn org-org yg berbicara tentang pesta ini.'

Raja memandang pemuda dan berkata,'Engkau tidak akan dipertanggungjwbkan keatas orang ini kerana dia tidak dtg kerana keenggannanya dan tidak mahu utk mengetahui perintah-perintah beta.'

Pemuda berasa lega sedikit,tetapi masih ada org kelima!

Lalu org terakhir dibawa masuk.Apabila ditanya,dia menjawab,'Aku tidak hadir kerana aku malas.Aku tahu ada pesta keputeraan tuanku hari ini.Tapi kerana aku malas,aku tidak mahu datang.'

Raja berkata kpd pemuda yg ditugaskan menyampaikan itu,'Wahai pemuda,kamu takkan dipertanggugjawabkan atas kesalahan lelaki itu kerana kamu telah melaksanakan tugasmu."

**********
Sebelum sy menghuraikan moral of the story,saya mohon maaf jika penulisan sy kali ini agak hambar dan mengelirukan. Kita semua ini adalah da'i.Kita ditugaskan utk berdakwah dan menyampaikan kewujudan agama yg benar dan lurus iaitu islam kepada setiap manusia.Jika begitu amanah Allah kdp kita,apa yg kita buat?Sekadar menulis?Bagaimana dgn org-org yg tak tahu membaca atau org-org yg takde internet utk dia membaca?Melalui ceramah?Bagaimana dgn org-org yg rumah jauh dr surau masjid yg tak pergi surau?konfem mereka tak dpt dengar ceramah.Sunnah membawa kejayaan.Nabi s.a.w sendiri berdakwah pintu ke pintu,lorong ke lorong.Di Taif,Baginda di sakiti dan dihina,tapi berkat sabar dan tidak terburu-buru menghukum,lahirlah ilmuwan dan agamawan yg ulung dr kalangan sahabat.Kita pula?Menulis hebat,hentam org tu,hentam org ni,tapi jiran kita dibiarkan terus jahil tanpa kita berusaha memujuk mereka mendalami islam.Apakah ini dpt menyelamatkan kita drpd ditanya oleh Allah?Allah takkan tanya apa kejayaan aku,tapi Allah akan tanya apa usaha aku.Maka,bagi sy setiap yg sy tulis di blog sy ini bukanlah dakwah sebenar sy.Ia lebih kpd tazkirah(peringatan) atau perkongsian ilmu(menuntut ilmu itu wajib).Dakwah sebenar saya ialah bila saya dpt berjumpa dgn manusia ajak mereka kembali ke jalan taqwa.Itu cara Nabi,dan sy akan ikut.Kepada yg membaca cebisan kata-kata saya ini,jgn terasa hati atau tersalah faham.Saya akan terus menulis kerana ia juga salah satu jalan dakwah saya kpd anda yg membaca.Sesungguhnya saya takut nanti Allah akan tanya kpd saya kenapa kawan sy mati dalam keadaan bukan islam.

Salam mesra. Salam istiqamah. Salam mujahaddah
Previous
Next Post »
12 Komentar
avatar

nak kawin dgn karkun................

klu bukan karkun sblm kawin, jd la karkun lps kawin......

huhu..
tp mcm mane nak explain pd family about the whole thing?? aaahhh susahnye.....................

Balas
avatar

Salam sdraku...

Dakwah bererti melakukan amar ma'aruf nahi mungkar. Kita berbuat baik kepada jiran merupakan dakwah, membantu orang susah merupakan dakwah. Dengan kata lain semua yang baik merupakan dakwah kita kepada orang lain. Dakwah tidak memerlukan tempat dan masa yang khusus. Selagi kita berada di bumi Allah ini selagi itu kita bertanggungjawab untuk berdakwah.

Namun begitu dakwah memerlukan ilmu, kita tidak boleh sembarangan melakukan sesuatu tanpa ilmu. Oleh itu berusahalah menambah ilmu di dada, sekiranya kita tidak tahu tentang sesuatu tanyalah kepada ahlinya (orang yang lebih mengetahui).

FirmanNya bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang Berdakwah (manusia) kepada Allah, beramal soleh dan berkata ‘Sesungguhnya aku seorang Islam’?” (Al-Quran).

Balas
avatar

Dok memikir sendiri....terlaksanakah tugasku sbg pendakwah.

Aduh....terasa kerdilnya diri.

Balas
avatar

cerita ini kenap baca 2- 3 kali baru aku faham.. :)

entry kau banyak beri pengajaran!
:)

Balas
avatar

inas-->
dari mana inas dapat kesedaran pasal usaha membaiki iman tu?mintak la tolong diorang.hehe

Abd Razak-->
terima kasih ats cebederamata itu.Saya suka membacanya,lebih2 lagi 'dakwah memerlukan ilmu'.Sangat2 kena dgn diri sy kerana saya kini menjadi rujukan kawan-kawan jika mereka ada kekeliruan dalam urusan agama.Mereka tidak bergaul dgn ustaz,jadi mereka cenderung utk bertanya saya.Tapi say pun jahil juga...maka TERSANGAT penting bagi saya utk menuntut ilu.Juga penting bagi setiap manusia..

kak Asyiq-->
Maaf kerana membuatkan akak terpaksa berfikir...

si Tedi-->
maaf kerana membuatkan anda terpaksa membaca artikel ni beberapa kali.Nampaknya penulisan sy masih teruk.InsyaAllah sy akan semaikin menambah baik di masa depan.

Balas
avatar

Salam. Macam mana nak ambil solat no reason tu?

Balas
avatar

dari mana?
semua bermula dgn seorg x-ofis mate.. dia karkun n dia la start cite itu ini.. n time passed by i met some karkunah plak.. so now i'm learning about this thing.. n baru a few times dpt pegi taklim masturat..
ekekekekekek.

Balas
avatar

abu muaz-->
maaf bang.sy kurang mengerti dgn kata-kata abg.apa maksud dgn solat no reason tu?

inas-->
wah...syukur alhamdulillah.Allah bagi hidayat,tiada siapa bisa halang...

Balas
avatar

beratnye tugas da'i...
sempurnakah tugasku?
huh...masih beum...
semoga KITA SEMUA memperbaiki diri masing2...sampaikan dakwah kpd org yg tidak sampai dakwah kpdnye...

guide tour salah satu caranya. marilah join guide tour. di sana ada kursus utk berdakwah kpd org asli, org buta,pekak dan sebagainya...

Balas
avatar

Cerita yang banyak pengajaran. Terima kasih atas dakwah saudara tu....

Balas
avatar

terima kasih kerana memberi pendapat di sini...

Balas
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443