jadi saya cuma akan menulis tentang apa yg saya yakin kesahihan faktanya di sini.InsyaAllah.Pembaca dialukan utk menokok tambah...
Seperti yg semua org sedia maklum,setiap manusia yg lahir disertakan bersamanya qarin.Qarin ini pendamping manusia.Ia ialah kembar kita kerana ia akan sentiasa bersama-sama dgn kita.Qarin akan menggoda manusia untuk melakukan kemaksiatan serta menghalang manusia utk melakukan ketaatan kepadaNya.Mereka berasal drpd golongan jin.
Qarin dan syaitan akan mendorong nafsu kita kearah dosa,maksiat dan kelalaian.Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Kita juga sedia maklum bahawa semakin kita alim,syaitan yg ditugaskan untuk menghasut kita juga akan semakin hebat.Jika seekor syaitan itu gagal menggoda kita,maka dia akan pulang lalu dgn kecewa.Syaitan yg lebih hebat akan menggantikannya utk menggoda anak adam itu.Begitulah seterusnya.
Jelas,org yg semakin pandai dan berilmu,syaitan yg menggodanya juga semakin pandai dan cerdik,lebih alim drpd org itu sendiri.Secara mudahnya,budak-budak yg lepak tepi jalan hanya mungkin hanya digoda oleh syaitan yg pangkat prebet,manakala pak-pak imam akan digoda oleh syaitan pangkat general atau lebih tinggi.
Keadaan diri yg cenderung kpd maksiat ini juga adalah disebabkan oleh solat kita yg tidak sempurna.Mengapa?Kerana Allah berfirman di dalam Quran;'...sesungguhnya solat itu dapat mencegah drpd perkara-perkara fahsya' dan mungkar...'
Dapat difahami bahawa org-org yg 'benar' solatnya,pasti akan dpt mencegah dirinya drpd maksiat zahir atau juga maksiat batin.Menurut Imam al-Ghazali,maksiat batin ialah gemar makan, suka berbual kosong, pemarah, hasad dengki, kedekut, cintakan dunia, suka bermegah-megah,takbur,ujub serta riak.
Jadi bagi saya,untuk elak drpd melakukan maksiat,kita bukan sahaja perlu menjadi org yg berilmu,tapi kena juga menjadi org yg bertaqwa.Kerana dengan adanya sifat taqwa,secara automatik akan lahir rasa muroqobah iaitu rasa sedang diperhatikan oleh Allah.Maka jawab,adakah anda masih berani utk melakukan maksiat sedang anda diperhatikan oleh Allah?
Bak kata Ust Zahuri,nafsu itu juga makhluk.Jangan sesekali kita 'bunuh' nafsu,kerana kelak kita akan 'mati'.Sebaliknya kita kena kawal nafsu,bukannya kita dikawal oleh nafsu.Caranya?
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
antara yg disyorkan ialah memperbanyakkan puasa sunnat dan berlapar,perbanyakkan solat sunnat terutamanya solat-solat tahajjud serta perbanyakkan membaca al-Quran dan maknanya.Pilih kawan yg soleh dan solehah kerana merekalah yg banyak mempengaruhi kita samada utk memilih jalan berliku atau jalan yg lurus dan juga sentiasalah kita berzikir(mengingati Allah).
Jadi,kepada sahabat sy yg bertanya tu,sy mintak maaf kerana sy mungkin tidak menjawab soalan anda kerana kejahilan saya.Maka silalah anda bertanya dgn org yg lebih arif dan alim.Wallahua'lam
13 Komentar
Tq for sharing. Suka n3 nih byk ilmu yg saya dpt. Tq again.
BalasSelagi namanya lelaki, yang porno susah untuk di tinggalkan tambahan bila ada di depan mata. Mahu tak mahu, benteng terakhir hanya ilmu agama yang kukuh. Itu sahaja dapat mencegah.
BalasKata orang, lagi alim seseorang itu lagi bahaya kerana lagi tinggi nafsunya. Mudah-mudahan tidak.
yup!! Zaman2 aku sekolah dulu juga ada cerita hot pasal ni.
Balasbila dah besar ni fikir semula cerita tue,,
MasyaAllah. seorang alim juga boleh tewas dengan nafsu!!
TQ informasi dan cerita
Salam..entri yang bagus.. solat tapi tgk benda yg Allah kata xelok, baik xpyh solat. sia-sia. lagi 1, benda ni susah nak buan, dh jadi tabiat. entahlah. moga Allah beri nusrahdan petunjuk.
Balastrm ksh atas pkongsian saudara iqbal..
moga tulisan-tulisan ikhlas dr kita dlm blog dpt menyaingi tulisan dan benda2 yg xelok di alam maya ni.insyaAllah.
Finaz-->
Balassyukur alhamdulillah jika ada manfaat.
Pei Pan-->
iya.saya juga selalu dgar mcm tu.Tapi sebenarnya tak.Masyarakat saja cakap mcm tu sbb org alim ramai yg berbini 4 kot...terutamanya org zaman dulu.
si Tedi-->
itulah pasal.Terkejut gak dulu ada kes bekas bilal yg menjadi bapa ayam.Alhamdulillah dia bertaubat.tapi selepas Allah turunkan musibah yg kpd keluarganya.
deena farhana-->
menyaingi?mungkin boleh kalau sy berjaya jumpa formula yg dapat menarik minat org utk membaca...
oh.. sy selalu diberitahu psl pangkat2 setan ni tp selalu juga lupa. hehhe.
Balasterima kasih ingtkan kembali =)
amat malang kepada sesiapa yang x dapat melawan syaitan qarin yang berada dalam diri kita nie.. na'uzubillah.. =)
BalasSalam bro...
BalasNafsu kena kawal jika tidak ianya akan mengawal kita...
Berperang melawan hawa nafsulah perang paling besar
Gulp..
BalasAda soalan. Biar kamu pening. Huehue
semakin tinggi iman kita, semakin tinggi juga pangkat syaitan yang nak hasut kita.
Jika bedul (nama samaran) dia tengok porn, tapi lepas dah tengok, dia menyesal. 2bulan berlalu. Hasutan nak tengok porn kembali lagi, dan dia terpedaya dengan syaitan itu. Dia tengok porn lagi. Kemudian dia menyesal. Dan perkara yang sama berulang.
Macam mana tu?
Starting point silap, jadi silap.
Tapi sebagai manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
inas dan putera al-maliki-->
Balasterima kasih singgah tinggalkan komen
Abd Razak-->
Jihad yg paling utama dan paling susah kerana musuh kita ialah syaitan dan nafsu yg tidak nampak!
Shahida-->
ok..baru siap jawab.Kalau ada kekurangan maaf jua dipinta!huhu
air force clothes http://www.thefashionhouse.us/-underware-accessories-category74.html kids clothes uk [url=http://www.thefashionhouse.us/pink-women-color10.html]italian street fashion[/url] two lips lucite shoes
Balashttp://www.thefashionhouse.us/?action=products&product_id=2215 photoes of chanel [url=http://www.thefashionhouse.us/women-leggings-pants-type-type3.html]long island pond and waterfall designers[/url]
weyh,aku suka neyh..
Balassalam
Balasizin copy yer utk perkongsian. jazakallah
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443