Muka hansem,tapi tiada kemaluan

**ini bukan cerita lucah**

'Hensemnya hero ni!',kata Milah spontan sambil tersenyum-senyum melihat hero pujaannya di kaca televisyen.

'Untung aku kalau ada teman yg hensem macam dia',tambahnya.

'Uh!Kau tahu?Orang-orang yg hensem ni selalunya takde kemaluan!',balas teman serumahnya,Timah yg sedikit jengkel dgn tingkahlaku Mila.

'Ha!Apa kau cakap ni??',terlopng Mila mendengar kata-kata sahabatnya.Dia terkejut dan pelik.

'Iya,kau mahu tahu ke kenapa aku cakap macam tu?',Timah tersenyum kambing.Terasa geli hati melihat reaksi terkejut Mila.

'Nah!kau baca halaman 61',kata Timah sambil menghulurkan sebuah buku kecil kepada Mila.

'Eh,buku apa ni?Owh..buku 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam' karangan Fathi Yakan rupanya.Halaman 61 ye?jap,aku bukak.Kau suruh aku baca pasal malu ke Timah?'

Timah mengangguk sambil senyum.'Bacalah kuat-kuat,aku nak dengar'.

'...sifat malu pada hakikatnya ialah satu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan suatu sifat yang buruk dan menghalangnya drpd mencuaikan hak orang lain..', Mila membaca dengan lantang.Dahinya berkerut.'Iya Timah,aku faham itu.Tapi apa kena mengena dengan hero tu?!'.

'Begini,apa yg kau baca tadi ialah pengertian malu.Malu itu menghalang kita drpd melakukan perkara yg salah.Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Bagi aku,melakukan perkara yang salah itu banyak.Perkara yang salah itu semestinya perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau sesebuah ketetapan.Sebagai contoh sekolah-sekolah mewajibkan murid-murid utk berpakaian kemas.Jadi,murid-murid akan berasa malu untuk berpakain selekeh dan kotor kerana itu satu kesalahan.'

Mila mengangguk-angguk tanda faham dan setuju.

Timah menyambung.'Malu juga menghalang kita drpd menceroboh hak orang lain.Setiap apa-apa yang berada di muka bumi ini ada hak mereka yang tersendiri.Binatang ada hak seperti hak utk hidup bebas,hak utk makan,hak utk mengawan dll.Manusia juga ada hak antaranya hak milik,hak utk makan,tempat tinggal,hak utk bergerak,hak utk berehat dan lain-lain.Tuhan juga ada hak-hakNya.Hak-hak Tuhan ialah utk disembah dan dipatuhi segala suruhanNya.


(kambing pun tahu senyum.menawan jugak kan?)

Jika seseorang itu ada perasaan malu,dia takkan mengkhianati dan menzalimi orang lain.Contohnya,dia takkan menngambil harta org lain,takkan memegang atau bemesraan dgn perempuan yg bukan isterinya,takkan menzalimi binatang,takkan membuang sampah merata-rata dan lain-lain.

Jadi,bila seseorang itu sudah mula melanggar peraturan-peraturan terutamanya peraturan yg ditetapkan oleh Allah seperti jangan mencuri,jangn berzina,jangan mengumpat serta dia juga menceroboh hak orang lain seperti bercumbu-cumbu dgn perempuan yg bukan isterinya,maka dia jelas tiada sifat malu.Maka dia...

'...tiada kemaluan!...',potong Mila pantas sambil tergelak-gelak.

'Ish!aku tak sempat abis lagi kau dah potong!Habis tu,jika dia tiada 'kemaluan',mengapa ada juga lelaki yang main perempuan?'

'Err...macamane ek?',Mila berhenti ketawa.Dia berfikir.'Entahlah.Kau rasa?'

'Kemaluan mereka bukan lagi berada di kelangkang mereka tapi di dahi mereka!Mereka malu untuk sujud kepada Allah.Kerana kemaluan mereka ada di dahi,mereka malu untuk bersolat.Malu untuk melihat al-Quran.Malu untuk pergi ke masjid dan oleh kerana kemaluan mereka berada di dahi,mereka tidak ragu-ragu dan segan untuk menjadi hamba nafsu syahawat!Dalam satu hadis,Nabi s.a.w bersabda yg mafhumnya;2 perkara utama yg menarik manusia masuk ke dalam syurga ialah taqwa dan akhlak yang mulia.Manakala 2 perkara ytama yg menjerumuskan manusia ke dalam lembah neraka pula ialah lidah dan kemaluannya(alat kelamin).'

'Jadi Milah,kau fikir-fikirlah,adakah kau akan bahagia kahwin dgn orang yg tiada 'kemaluan'.'

***
Malulah kita untuk membuat maksiat tetapi jangan sesekali kita malu untuk taat kepada Allah.Janganlah kita malu untuk menuntut ilmu dan jangan kita malu untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.Ingat!Jangan malu untuk mengejar redhaNya kerana balasannya satu,iaitu hidup bahagia dunia akhirat.
Previous
Next Post »
32 Komentar
avatar

amin!ape yg gud-gud ni?goat goat aku taw ar.haha

Balas
avatar

Salam bro...

Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Balas
avatar

Tengok tajuk ni semlm kt status YM Iqbal....tp tak sempat nk menegur.


Moga sifat 'malu' ni jd pakaian kita sentiasa.


Ingat zmn belajar di KISAS dulu......buat aje perkara yg melanggar 'budaya' di sana, terus kena tegur ngan 'senior'


"tak malu ke?"

ayat yg paling glamour!!!!

Balas
avatar

abd Razak-->
iya.benar..terima kasih kerana memberi extra infos~hehe

kak Asyiq-->
'tak takut dosa ke'?ayat yg tak berapa nak glamour sbb nanti kena counterattack,'ko tu bajet baik je'.haha,...Allah je tahu kita baik ke tak,tapi amar makruf nahi mungkar tetap kena buat jugak!kan?

Balas
avatar

hahaha..
gua fikir lain dah..

malu..
malu..

Balas
avatar

dasyat.. dasyat...
kemaluan ada di dahi......

mm.
nice one.

teringat ade berita aritu.. yg anak lelaki nye report majlis agama tentang mak kandung nye bawak masok kawan lelaki ke dalam rumah berdua-duaan..

Balas
avatar

dalam sungguh pengetiannya.

bukan senang untuk cari pasangan yg dapat membimbing kita!

Balas
avatar

salam..
nice post..
two thumbs up!
saya bersetuju dengan pendapat janganlah kita sesekali malu untuk taat kepada Allah..
alhamdulillah post ni sedikit sebanyak dapat memabntu menyedarkan insan2 seperti saya ni..
terima kasih :)
keep it up :)

Balas
avatar

Muka hensem tapi tak ada kemaluan..aduhai..tak bernilai walau sesen pun..

Balas
avatar

LOL-Pearls-->
haha.u pikir ape?haha.takpew2..morale of the story,malu itu wajar.

Bujang Susah-->
saya berbesar hati menerima kunjungan saudara.Terima kasih atas perkongsian dan saranan saudara.Saya banyak belajar dari saudara.Jazakallah.

Inas-->
wah...yg tu betul2 tak taw malu!

Balas
avatar

si tedi-->
iya..bukan senang~

Norshahirah-->
segala yg baik datang dari Allah.Syukur jika ia bermanfaat.

kak Tirana-->
haha...nasib baik sy tak ensem.haha

Balas
avatar

susah nak istiqamah~

serius susah. T__T

Balas
avatar

shahidah,kalaulah istiqamah itu mudah,sudah tentu ganjaran yg akan kita dpt itu tak lumayan.Sama juga kita bekerja,jika kerja kita sekadar melepak,adakah bos kita akan beri gaji berjuta ringgit?tak setimpal bukan?

saya juga cuba untuk istiqamah..hakikat muraqabah!

Balas
avatar

Salam Elaik.

Jika rasa malu sbgai slh satu ciri khas Islam dpt dijaga dgn sebaik-baiknya oleh umat Islam itu sendiri, maka niscaya nama Islam akn brsih. Tidak ada lagi pihak-pihak yg akan meremehkan atau mencemuh Islam. Kerana mereka mlihat agama Islam sbgai agama yg memiliki jati diri, sbgai agama yg mbawa umatnya ke dalam golongan org2 yg benar2 mjaga dirinya dari prbuatan aniaya, zalim, dan maksiat.

Jika seseorang tlh dpt mghidupkan rasa malu kerana Allah di dlm hatinya, maka niscaya ia akan tpelihara dari pbuatan laknatullah. Sampai bilapun dan dimanapun ia hendak brmaksiat atau buat zalim, ia akan merasa malu kpd Allah shingga tidak akan mlakukn hal tersebut. Demikianlah seharusnya umat muslim yg beriman kepada Allah.

Balas
avatar

tapi kadang-kadang terfikir.

'eyh, aku ni jadi penasihat org. org duk tanya masalah kat aku. aku bg nasihat. tapi kdg2 aku tak betul gak' haishh..

my ustaz cakap. iman kita ni tipisnya macam kulit bawang.

esok ponteng kerja. takmo g keje sbb xde keje. huhuhu. tersiapkan kerja awal la pulak. borink betul.

buatlah post cara nak istiqamah kan diri. nnt boleh baca. ^^

Balas
avatar

lagi satu.

nama shahida
bukan shahidah~
haish kamu ni. dah pakai cermin mata pun kurang jelas ye?

Balas
avatar

LukLuk-->
iya,malu itu anugerah sebenarnya.kerana hilangnya sifat malu lah,kita menjadi orang yg suka berbuat maksiat dan kezaliman.

SHAHIDA,
hehe...so sorry..
tak sengaja.tersilap taip nama.sebab dah tengah malam dah pun.

btw,mmg ada hadis pasal iman senipis kulit bawang dan ada juga hadis pasal iman umat yg keluar masuk,pagi2 beriman,ptg2 kufur...dan sebaliknya..

Balas
avatar

Mark Twain dalam Following the Equator menyebut "Manusia adalah satu-satunya haiwan yang tahu malu. Dan memerlukannya".

Tapi, sekarang manusia tak tahu malu lagi. Malang.

Balas
avatar

Pei Pan-->
ye?huhuhuhuhu...
betul kata-katanya tu.Mungkin dia mencedok dari sabdaan Nabi iaitu manusia jika mampu mengawal nafsunya,maka dia lebih mulia drpd malaikat tetapi kalau manusia kalah dgn nafsu,maka dia tu lebih hina dari binatang.kan?

Balas
avatar

salam dik ^_^

cerita yg boleh diambil pengajaran untuk diri sendiri yang ada ketikanya tak ada kemaluan jugee...

Balas
avatar

like2. sngt stuju pat "...kat dahi". kan bagos kalo semua laki malu. dan kalo semua pompuan jg malu.

p/s: kim salam kat milah;)

Balas
avatar

cun09-->
salam kak!saya juga kena tanam sifat malu...

the sleeper-->
kalau semua org tahu malu,maka pasti takde org yg akan menzalimi org lain.pasti dunia akan aman.

p/s-->Milah dan Timah tu dua-dua saya tak kenal.kesian Timah dan Milah tu.Harap2 la takde org yg nama sama.haha

Balas
avatar

yela. the prob is x -.-

p.s. sy amek link kamu. hpe u dont mind

Balas
avatar

the sleeper-->
owh,no prob...sampaikan walaupun satu ayat.Jika ia bermanfaat,apa salahnya kita berkongsia...kan?
semoga ada baik dan manfaatnya...

Balas
avatar

salam,
..
terima kasih atas perkongsian.
something y boleh reflect jugak.

n bleh jgak gune ideologi2 y ade kat post ni, kalo nak mnyampaikan kat orang kan?.
jzkk atas perkongsian..

byk bnde kene malu kan...iskh3..

Balas
avatar

tulip putih-->
syukurlah kalau bermanfaat.Akhlak seorang muslim ialah sentiasa memberi manfaat kpd org lain.Moga Allah kurniakan akhlak itu kpd saya

Balas
avatar

salam...
waaaaaaaa..!! tajuk post nie wt sy gelak gling2..!! hehehe

nice post... ssah nk cari remaja atawpn org dewasa yg btul2 leyh istiqamah dlam apa yg dye lakukan..

mcm awk ckp la istiqamah 2 klau senang x kn la gnjaran dia sgt2 tinggi..

actually sy dgn mila ada stu prsmaan.. ska puji2.. tp x la brlebih2 - lebihan... hehehehee..

malu sebahagian dr iman.. smoga malu terus mnjadi "kain" putih yg sntiasa membaluti tubuh kita.. :)

wassalam..

Balas
avatar

cikgu aira~
tak baik gelakkan mamat tu.haha
sian kan>muka da hensem,tapi mandul...er...bukan mandul tp tak malu...
eh,baguslah cik aira suka memuji!itu termasuk dlm perkataan yg baik,yg menyenangkan org...

tp lebih baik jika disertakan doa dan kekaguman kpd Allah..kan?

istiqamah inilah yg syaitan takut.bila hati da mula istiqamah,maka tugas syaitan makin susah...

Balas
avatar

hek3..!! x de niat nk gelakkan dia... lallalla~~

tp dh kelakar sgt... btul 2.. makin kita istiqamah maka hati kita makin utuh pd Allah dn secara tak lagsung keadaan nie akn mnyusahkan para syaitan utk mnjalankan "kewajipan" dorunk.. hehehe... :P

bila sy puji memag sy btul2 puji tp mst d dahului dgn sbhanallah x pn allahuakhbar.. dh biasa kut tnda kekaguman pd cptaan Dia.. :)

Balas
avatar

saya yg patut malu kpd Allah..huhu

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443