'Sesaknya jalan',saya bermonolog malam tadi.Dalam pukul 2 pagi,baru saya sampai kat apartment.Laju abang saya drive,kalau tak alamatnya sampai dekat subuh lah kot.Cuti 3 hari sempena raya haji kali ni mmg bermanfaat bagi saya.
1.Semua ahli keluarga saya pulang beraya di rumah kami di FELDA JENGKA 5,Pahang. Abang sulung saya yg bekerja di Tawau pulang bersama keluarganya.Jadi rumah ibubapa saya penuh dgn kami 6 beradik+5 orang ipar+15 orang anak saudara saya!Bising?Riuh?biasalah.
(inilah anak kakak saya yg koma dulu tu.ingat tak entry pasal kakak saya(klik disitu) tu?)
2.Di kampung,tiap-tiap malam selepas magrib ada pengajian kitab oleh tuan imam di masjid.Imam tu namanya Ustaz Wahab.Mmg best kuliah dia.Tapi malangnya,seperti biasa masjid hanya akan diimarahkan dgn golongan OKU.iaitu orang-org kurang upaya kerana faktor usia.Orang tua pun yg sakit,yang tak boleh jalan,takleh berdiri dan mcm2 sakit.Adakah kita umat islam ni kena tunggu sampai umur 60tahun,kaki tak kuat,mata tak nampak,telinga pekak, atau dah cacat barulah kita tahu mencari masjid?
3.Ibadah korban berjalan dengan lancar.syukur alhamdulillah.Saya sekadar menjadi pemerhati sahaja.Masih belum berpeluang untuk 'hands-on'.Iyalah,saya cuma pernah sekali aja dalam seumur hidup ini sembelih binatanh.Itupun semasa sekolah menengah dulu,kursus penyembelihan.Kami sembelih ayam.
4.Hari Ahad,kami buat satu kenduri kecil.Kenduri tahlil.Jadi kami gotong-royong dgn org-org kampung.Iyalah,dapat bersilaturrahim dgn mereka.Cakap-cakap pasal silaturrahim ni,sebenarnya Allah telah menjanjikan balasan yg besar kpd orang-orang yg menghubungkan silaturrahim.Tapi,Dia juga menjanjikan balasan buruk yg dasyat kpd org-org yg memnutuskan silaturrahim!Dalam satu hadis;Balasan kebaikan yg paling segera ialah menghubungkan silaturrahim.Jika ahli rumah yg berbuat maksiat menghubungkan silaturrahim,maka harta mereka akan bertambah juga.(riwayat Ibnu Hibban,Tirmizi dan Hakim).Kebaikan silaturrahim pula ialah harta yang bertambah,dipanjangkan umur,dilepaskan dari azab neraka,dijanjikan syurga serta disayangi oleh Allah.
5.Innalillah...malam sabtu,ada orang kampung saya meninggal.Orang tua yg sakit tua.Lepas zuhur,saya dapat bersama-sama bersolat jenazah pada allahyarham.Seperti biasa,lepas solat akan ada hamba Allah yg akan agih-agihkan sampul surat kpd org yg 'tolong' bersolat jenazah tu.Saya tak tahu berapa dia bagi sbb sy yerus smbung dgn solat sunat rawatib(slps zuhur).Kemudia sy ikut ke kubur(jarak rumah ibubapa sy dgn tanah perkuburan ialah selang 3 rumah sahaja).Meremang bulu roma dengar bila imam bacakan talkin.Iyalah,kita semua akan mati.Harta-benda dab anak isteri ini merupakan fitnah(ujian) kpd kita.Makanya,kita akan ditanya kelak.Tak takut ke?
Tapi ada beberapa perkara yang tak best;
1.Isnin,hari ni takde kelas.Cuma handle program orientasi pelajar junior!Kalau tahu awal-awal takde kelas tak payah datang pun takpe.Sudahlah takde kelas,terpaksa balik jam 4.30 petang pulak padahal hari lain kami balik pukul 2 petang aje.
2.Esok dan hari seterusnya,jadual kelas berubah.Saya dan kawan-kawan akan belajar di shift malam pula.Mulai pukul 12.15thgahari hinggalah 9 malam.Jadi,zuhur,asar dan magrib kami di sana.Jadi akan miss kuliah-kuliah agama yg dianjurkan surau al-taufiqiyyah.Sudahlah diri ini jahil,tak dapat duduk dalam majlis ilmu pulak!huhu
3.Seperti selalu,siapa yang tak sedih bila tengok kawan-kawan yg duduk makan semeja,belajar sekelas,tidur sekatil...eh...tak tak tak.yg tu tak...siapa tak sedih bila kawan sendiri tak solat?Bila diajak mereka jawab 'Kejap' , 'Sudah' dan apa-apa yg sama ertilah.Iya,kami sudah usahakan dan kami tak pernah putus asa mengajak.Mohon doa para pembaca sekalian agar Allah bukakan hati kami.Amin...
2.Esok dan hari seterusnya,jadual kelas berubah.Saya dan kawan-kawan akan belajar di shift malam pula.Mulai pukul 12.15thgahari hinggalah 9 malam.Jadi,zuhur,asar dan magrib kami di sana.Jadi akan miss kuliah-kuliah agama yg dianjurkan surau al-taufiqiyyah.Sudahlah diri ini jahil,tak dapat duduk dalam majlis ilmu pulak!huhu
3.Seperti selalu,siapa yang tak sedih bila tengok kawan-kawan yg duduk makan semeja,belajar sekelas,tidur sekatil...eh...tak tak tak.yg tu tak...siapa tak sedih bila kawan sendiri tak solat?Bila diajak mereka jawab 'Kejap' , 'Sudah' dan apa-apa yg sama ertilah.Iya,kami sudah usahakan dan kami tak pernah putus asa mengajak.Mohon doa para pembaca sekalian agar Allah bukakan hati kami.Amin...
13 Komentar
salam aidil adha..
Balascuti 3 hari yg amat bermakna kn..alhamdulillah..mmg seronok kalau dpt kumpul same2 ngan family..time raya ni la peluang besar skit..
pasal yg tak best yg no 3 tu..teruskn langkah brsama ruh dakwah anda..jgn sesekali brputus asa..di samping kite memohon doa pada-Nya..hanya Dia pemilik Hidayah..
semoga Allah mmbekalkan kite semua taufiq dan hidayah-Nya..amin..
assalamualaikum...:)
BalasSesekali bila balik kampong dan berkumpul ahli keluarga sungguh menyeronokan dan memberi makna berkasih sayang.
Teruskan usaha mengeratkan silaturrahim, dakwa dan sebagainya.
yang ketiga tu memang susah..apapun kena bersabar dan jangan futur(putus asa)..jln dakwah x de yang mudah...nabi pun mulanya berdakwah kepada penduduk taif..nabi tidak mendapat sesuatu melainkan cercaan,lontaran batu,kata-kata kesat,penghinaan dan banyak lagi perkara2 buruk yang dilakukan penduduk taif.namun nabi bersabar dan berdoa supaya Allah menghidayahkan anak2 cucu penduduk taif supaya beriman walaupun apa yang nabi terima adalah satu perkara yang amat pedih untuk ditanggung oleh kita umtnya..
BalasHanya tiga hari berkumpul dgn adik beradik mengeratkan kasih syg dan silaturrahim.
BalasLagi satu bila dh ramai2 tu kena awal2 set dlm fikiran.....kena byk sabar, menerima kekurangan, jaga tutur kata dan sebagainya. Itulah rahsia kalau nak hubungan baik selamanya.
Usaha mengajak pd kebaikan perlukan kesabaran. Kita hanya mampu berusaha ttp Allah yg akan memberikan hidayahNya. Selebihnya kita hanya mampu berserah dan teruskan berdoa.
Akak suka mengumpul cd2 pengajian mengikut syarah kitab2 tertentu yg banyak di pasaran....krn tak semua kuliah kita mampu hadir. Dpt jg mendengar cd di rumah dan dlm kereta bersama dgn anak2. Jadikan rutin dan budaya dlm keluarga. Lg pun mudah anak2 nk bertanya atau kita menerangkan kembali pd part2 yg mereka kurang jelas. Cd tu pula boleh diulang2 bbrpa kali.
Seronok berkumpul adik beradik bila dah lama tak jumpa..riuh rendah macam kat pasar..hehehe.. Kak tirana pun berpeluang berkumpul adik beradik masa raya haji baru ni..
Balasmelatidaisy-->
Balasseronok dapat bersama-sama keluarga.Walaupun cuma 3 hari.'Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat'...al-Baqarah.
itu yg saya akan usahakan selalu.
Abd Razak-->
kadang2 timbul rasa sedih sbb sy ni cuti public holidays aje.sedangkan kwn2 semua ada cuti sem yg berbulan-bulan lamanya!
Nazrul Fazli-->
ia.Jalan kebenaran penuh dgn perangkap menunggu mangsa.Dakwah ini khas untuk diri kita.Jika mantap iman kita,maka org lain pun akan mudah utk terikut-ikut dgn kita.kan?
Kak Asyiq-->
erm..saya pun ada koleksi CD kuliah jugak kak.Tapi saya tengok dgn kwn2 jela.bukan dgn anak-anak.hahaha..doa yg makbul memerlukan kpd usaha yg kuat.jadi bertepatanlah dengan ketetapan Allah bahawa usaha dulu,baru doa.kemudian tawkkal
Kak Tirana-->
Betul tu.Saya dulu masa raya puasa cuma 3 beradik aja yg dapat beraya di kampung.Jadi tahun ni raya haji mmg superb!hehe
wala wey..
Balassatu family gathering ke....
best tuh!
hey, masa orientasi bebudak junior, bleh la masok kan sesi dakwah huhuhu..
mmm.. pasal solat tu. mmg selalu kan jd mcm tu. recently, sy mintak a few people stop jap perjalanan utk singgah masjid utk solat asar. bayangkan byk masjid sepanjang jalan tu tp tak berhenti pon. masa tu dah kol5.45pm. susah sungguh rasenya.. sy sedaya upaya tambahkan kerisauan n istighfar byk2.. then sy ckp, takkan nak solat kol7 nnti (sbb diorg rase sempat sampai ke destinasi sblm kol7). then, tak lama kemudian, slh sorg tu ckp, kita stop jap la utk asar. FUH.. LEGA DEN!
inas--->
Balashaha..iya!satu family tak termasuk family jiran!
semalam orentasi,mmg selit pun.Semasa dok sedap cerita pasal fungsi aircraft parts pun boleh cerita sikit2.takpela,dorang banyak masa lagi kot.insyaAllah...
Susah jugak kalau kita yg menumpang orang.Kalau kita yg drive sendiri,mesti kita ada kuasa utk stop memana utk solat.solat 1st,then only problems will stop.kan?
Masalah kawan tak solat memang merumitkan. Menghadapi masalah yang sama dengan tuan rumah.
BalasNur Sayida Qistina is comel~
Balassalam aidiladha. walaupun lambat.
pei pan-->
Balassalam saudara.iya...masalah itu yg benar2 memeningkan kita.
shahida-->
iya...salam aidiladha juga walaupun lambat juga+selamat hari lahir juga.haha
salam ^_^
Balas3 hari sahaja...banyak pulak perkara yg berlaku yee...pengalaman yg 'mahal'
no 4 n no 5...
cun 09-->
Balassalam!pengalaman mahal sbb takleh beli guna wang dinar.haha
insyAllah akan menjadi pedoman dan ikhtibar kpd saya..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443