Hebat

Rasanya dah agak lama saya tak update blog saya.Faktor masa yg singkat tak mengizinkan saya berbuat demikian walaupun kerinduan kpd blog memuncak.Exam pula jumaat ini dan minggu depan.Ditambah pula dgn tugas sy sbagai guru tuisyen kpd seorang budak darjah 5 yg sgt nakal!hehe...Mmg masa saya semakin terhad utk berada di medan penulisan blog ini.Maaf~

Walaupun begitu,sy tetap masih menjadi pembaca yg tegar tetapi cuma sebagai silent reader lah.Maaf jika tidak tinggalkan komen di blog anda.Maaf lagi sekali.

Minggu ni cuma ada satu benda menarik,terlalu menarik bagi saya yg wajar kita semua fikir dan bermuhasabah.

Batch saya ada 36 pelatih dan sejujurnya,4 org dari kami masih tidak bersolat.Angka yg sedikit kerana bilangan dahulu lebih ramai sebenarnya.Syukur,sedikit demi sedikit org yg dahulunya tak bersolat sudah mula menjinakkan diri dgn solat walaupun bangkit di waktu subuh masih menjadi satu masalah bagi kebanyakan org.

Perasan tak?manusia ini sifatnya cepat berubah.Kadangkala perubahan itu amat tidak masuk akal!Pernah tak anda bayangkan,seseorang yg seringkali menjadi imam bagi solat fardu,mengimani solat anda.Kini sudah tidak melaksanakan solat?

Saya ada seorang sahabat yg begitu!puncanya?terpengaruh dgn rakan-rakan yg sama tak solat.Mudah sekali hati manusia berubah.Allah jua yg memilih mana-mana hambaNya yg ingin diberikan kebaikan(hidayah) atau kecelakaan(dibiarkan sesat slps dtg kebenaran kpdnya).Moga Allah berikan hidayah kpd kita semua.Amin Ya Rabb..

Ada juga seorang sahabat saya yg mmg selama ini tak pernah bersolat.Mmg setiap kali diajak,dia akan jawab,'...ko pergi dulu,aku ikut kemudian..' atau '...aku solat nanti...' Sekarang,sahabat itu sudah mula berubah.Syukur,terima kasih Allah.Perubahannya kerana diajak oleh sahabat-sahabat kami yg sama merokok dgnnya.Di sini,nak merokok kena pegi semak,tapi itu dulu.Sekarang kalau nak merokok kena pergi ke car park yg agak jauh.

Jadi kerana bergaul dgn rakan-rakan yg merokok yg bersolat,dia akhirnya bersolat sedangkan rakan-rakan sy yg bersolat itu pun jenis yg biasa-biasa je.Tidaklah aktif dlm dakwah apatah lagi terlibat dalam organisasi islamik,tapi mereka berjaya mempengaruhi seseorang yg tidak melaksanakan solat utk solat!Bagaimana org yg biasa-biasa boleh memberikan kesedaran kpd org lain utk berubah?

Sedangkan kita,yg kononnya mengaku sbgai ejen dakwah dan penyambung lidah RasulAllah S.A.W,apa yg telah kita lakukan??Banyak antara kita mungkin saya sendiri seolah-olah sedang membina benteng pemisah dgn mereka yg kononnya tidak islamik!iaitu dgn beranggapan mereka lebih mulia drpd org lain!Mungkin betul kata-kata seseorang kpd sy bahawa manusia sanggup menyembunyikan kejahatannya disebalik 'kopiahnya'.

Akhir kalam,usah merasa kita hebat kerna org lain lebih hebat drpd kita.Kita cuma tahu menghina,membenci dan menyampah kpd org yg berbuat maksiat,tapi orang lain mampu membimbing dan memberi kesedaran sedangkan mereka itu lebih jahil drpd kita.Kadangkala kita tak sedar kita telah jadikan agama sebagai alasan atau jalan keluar menutup kelemahan diri kita.

Pesan kpd diri sendiri-->usah gunakan agama utk kepentingan diri sendiri!

Aku benci org hipokrit dan aku benci diri aku yg selalu hipokrit juga
Previous
Next Post »
9 Komentar
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus
avatar

salam alaik akh,

syukran ats entri yg sgt memberi peringatan ini,

semoga terus dalam rahmat Allah selalu..

"study no 1, dakwah bukan no 2" :)

Balas
avatar

kadang2 x sedar yang diri ni selalu je hipokrit..Ya Allah ampunlah dosa hamba2 Mu ini..

Balas
avatar

salam..
lama juga tak post blog yea..
cerita pasal solat ni..
kadang2 bila rakan yang mengajak solat tu gaya macam memaksa..

takut2 kawan yang diajak tadi solat niat bukan kerana Allah..
memang paksaan itu cara yang bagus..

tapi pabila tidak dipaksa adakah kawan tadi akan sedar bahawa dia masih belum solat..

Balas
avatar

waa..nice2
this entry is very simple n direct! easy to understand =)
tpat skali!moge2 xptus mndpt hidayah drpd Allah swt..aaamiin, insyaAllah..

Balas
avatar

Abid pm-->
Solat kerana paksa?Bagi saya itu bukan satu masalah kerana kita dahulu kecil2 mmg mcm tu pun.Solat sbb mak suruh.Syirik kan?melakukan sesuatu bukan kerana Allah,menduakan Allah.Tapi akhirnya sedikit demi sedikit kita pun belajar utk ikhlas melaksanakan solat.Oleh itu mmg saya rasa tak ada masalah jika paksa org solat =)

Balas
avatar

Salam...

'Jadi kerana bergaul dgn rakan-rakan yg merokok yg bersolat,dia akhirnya bersolat sedangkan rakan-rakan sy yg bersolat itu pun jenis yg biasa-biasa je.Tidaklah aktif dlm dakwah apatah lagi terlibat dalam organisasi islamik,tapi mereka berjaya mempengaruhi seseorang yg tidak melaksanakan solat utk solat!Bagaimana org yg biasa-biasa boleh memberikan kesedaran kpd org lain utk berubah?'

--> mungkin sebab dia lagi rapat dengan mereka (kamcing)... rasa2, mula2 kene rapat dengan mereka dulu.. bagi hati mereka percaye kat kite...

Balas
avatar

erm...yg artikel ni saye suke...kdg2 kita pk kite ni konon2 baek n sll kutuk org (even dlm hati)...but Allah akn bls 'what u say, u'll get it back'..saye selalu jd cmni..alahai..n mcm mne ntuk x jadk hipokrit erk...haish..sush kn...nk bersihkn hati tu aduhai..hnya Allah yg tahu...

Balas
avatar

salam,

takpe paksa solat..bukan mati pun. mengada-ngada la kalau beri mcm2 alasan. alasan taknak solat dan alasan takmau ajak org solat. hm..

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443