Jika aku mati esok...

Malam ini langit gelap.Segelap awan sedih yg menguasai diri saat ini.Takut!Sedih!Risau!Kesal! Semua perasaan ini mengejar...laju..

Tadi saya blogwalking,dan saya tersinggah di satu blog.Kisahnya,sahabatnya telah meninggal dan kebetulan sahabatnya itu ada blog.Saya bukak blog si mati dan saat itu juga hati ini merintih.Jiwa menangis.

Si mati mungkin seorang yg ceria melalui post-post nya.Ceritanya semua dlm blognya cerita gembira.Bukan seperti blog seorang allahyarham,yg di dalam blognya dia ceritakan tentang penderitaannya diserang sakit kanser kalau sy tak silap sblm dia meniggal dunia.

Saya suka menulis dan bercerita.Hingga saya kadang-kadang selalu bercerita tentang sesuatu yg "jauh".Sesuatu yg tak pasti!!Seolah-olah saya akan hidup utk mengalami saat itu.Saya sering menulis perkataan nanti.Seolah-olah ada masa utk saya menulis lagi.Saya terfikir,jika saya ditakdirkan mati sebentar lagi,bagaimana caranya supaya anda tahu?

Saya tak boleh bangkit dr kubur.Jika boleh,saya janji akan ceritakan dan tulis saat-saat derita sakaratulmaut saya.Saya akan kongsikan pengalaman saya dimandikan,dikapankan dan disembahyangkan.Saya janji!tapi mustahil kerana waktu itu saya sudah meninggalkan dunia yg sementara ini!

Ini bukan kali pertama kes org mati di usia muda.Sudah ada 2 bloggers dan seorang kawan myspace yg meninggal dunia.Mereka masih muda.Masih seronok bersahabat di alam siber ini. masih bertukar-tukar pendapat.Masih berbalas-balas komen mungkin.Tapi,satu ketika..tiada komen balas diterima!"oh!dia sudah tertidur,esok ajela."Tunggu esok..masih tiada balasan!lusa...tiada balasan!...berminggu-minggu ditunggu,akhirnya khabar diterima,'Maaf,Iqbal sudah meninggal dunia'.Kompem terkejut kan?sbb kita tak sangka!


Hari ini saya ada peristiwa menarik utk dikongsikan dalam blog ini,tapi esok saat saya mati saya tak mampu menulis tentang saat sakaratulmaut saya itu,wlpun saya mahu berbuat demikian.Adakah ia sakit?adakah ia merimaskan?adakah saya sedang disiksa?adakah saya sedang dipukul?adakah saya sedang disoal?

Sy takut!Jika saya mati,maafkan saya kerana tidak memberi khabar berita kerana saya sendiri tidak tahu saat kematian saya.Jika saya mati esok,saya pasti para pembaca sekalian takkan sedar bahawa saya telah mati sehinggalah dtg seseorang membawa berita kematian saya ini.

Lalu penuhlah ruang 'shoutbox' sy dgn kata-kata takziah.Mungkin ada yg akan menangis utk saya.Sesungguhnya,saya tak mengharapkan itu semua.Saya cuma meminta doa drpd anda semua.Mungkin waktu itu saya sedang dihimpit hingga hancur tulang rusuk saya.Mungkin waktu itu saya sedang dipatuk oleh ular.Mungkin waktu itu saya sedang dipukul oleh malaikat dan mungkin juga saya sedang menikmati lubang syurga.Saya pun tak tahu.

Saya mohon,doa drpd kalian.Saya mohon,kalian maafkan salah silap saya.Saya mohon,kalian tolong langsaikan hutang saya(jika ada).Halalkan makan minum saya.Saya sayangkan blog ini,tapi saya pasti akan meninggalkannya.Dan jika ada sedikit manfaat drpd artikel-artikel tulisan saya,saya benar-benar mengharapkan kebaikan itu menjadi teman saya di dalam kubur.

Sekarang ini saya ada sahabat,ada rakan-rakan bloggers,ada housemate yg baik-baik,tapi jika saya mati esok,saya akan keseorangan!Hanya ditemani anatara si tua yg hodoh atau pemuda yg kacak.Dialah iman saya...

p/s-->saya akan terus menulis smpai saya meninggal dunia.Jika tiada kabar berita drpd saya,ketahuilah saya sudah mendahului anda utk ke alam yg lagi satu.
Previous
Next Post »
14 Komentar
avatar

Salam diberi.

im just wondering, what is ur point by saying this "Bukan seperti blog seorang allahyarham,yg di dalam blognya dia ceritakan tentang penderitaannya diserang sakit kanser kalau sy tak silap sblm dia meniggal dunia"

Seorang teman telah meninggal dunia setelah diuji dengan lymphoma leukimea. Seorang teman yang lain kini sedang diuiji dengan Hodgkin lymphoma. Semalam mereka gembira, hari ini mereka derita. Doakan untuk mereka ya :)

Blog hopping kan diri kamu disini:

http://kalam-puncak.blogspot.com/2009/06/ummu-allahyarham-ammar-berbicara.html

dan bacalah post seterusnya. I never met him. Al-Fatihah untuk arwah. The moment i knew about his death, im crying. Menangis sebab, indahnya kematian dia, diiringi doa daripada ramai orang dan disambut penghuni langit.

Blog saya takde shoutbox, jadi macammana orang akan tahu saya sudah meninggal dunia?

Saya harapkan kematian yang indah. Amin. Kematian yang diiringi doa yang tidak putus-putus daripada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan-kawan, dan juga orang Islam yang lain. Saya tak nak kubur saya gelap. Sedih bukan, hidup tanpa lampu. Saya harap kematian saya sentiasa diingati dengan hadiah Al-Fatihah. Saya harap, saya akan bahagia hidup di alam itu. Dan saya harap, saya akan jumpa semua orang yang saya sayang didalam taman Syurga :)

Maaf dipinta juga, jika selama kita berkawan, saya sakitkan hati kamu. Thanks for sharing.



p/s: adakah saya (lagi) orang yang pertama comment kat blog kamu? huhu.

Balas
avatar

salam iba :)
very nice post :)
sangat menyentuh jiwa aku.. :)
kadang2 kita lupa ttg mati kita..
sehinggakan sering kali menggunakan perkataan 'nantilah..' 'esoklah..'
very nice post :)
iba, marilah kita sama2 berdoa agar diberi sikap istiqamah dalam ibadah kita..
aku akui, bg aku, mmg susah utk istiqamah.. :(
semoga ko diampunkan dosa :)
maafkan aku jgk ye iba.. :(
wasalam

Balas
avatar

engineer-->
salam balas.
maksud saya tentang blog penderita sakit kanser itu ialah si mati boleh tahu yg dia bakal mati tetpi kebanyakan org lain tidak tahu dia akan mati sebentar lg.Tgh sihat,tiba2 mati.takde tanda dan alamat.itu yg sy lebih takutkan.Mungkin kerana sihat,sy nak buat maksiat dan waktu itu Allah tarik nyawa.beza dgn org sakit,kesakitannya pasti menghalangnya drpd buat maksiat.terbatas sikit.


Muz-->
salam muz.Same goes to u...mohon2 Allah permudahkan urusan ko di sana.Semampu bisa,cari semua ilmu dan manfaat yg ada dan berbaktilah utk agama kita.Aku pun sama.

'Lahaulawalaquwwataillabillah'-
tiada daya dan upaya melainkan dgn bantuan Allah.
mintak tolong drpd Allah agar diberikan kekuatan utk menjadi seorang hamba yg taat.

Balas
avatar

gerun mengingat saat didatangi malaikat maut,saat dipanggil pulang olehNya. sampai nak tidur pun takut..adakah akan kembali menemuiNya dalam keadaa beriman atau sebaliknya..Ya Allah matikanlah kami dengan husnul khaatimah dan jangan matikan kami dengan suu'ul khaatimah.ameen

Balas
avatar

bro.. salm ziarah.. lu ade usaha blog gua ai2 kan... tq

Balas
avatar

singgah-->
itulah yg saya risaukan...sgt2 takut kot2 mati dlm keadaan buat dosa besar!sia-sia hidup...


hensemboncet-->
ok.salam balas kembali.jemput2lah ziarah kesini lagi ea~

Balas
avatar

salam iqbal...

Akak cam terasa jeee baca n3 kali ini...satu hari nanti pasti akan terjadi juga pada akak...senyap, sunyi, tanpa n3 baru, tanpa komen...akak telah meninggal...

**betul-betul terasa**

Balas
avatar

cun09-->
sayalah paling terasa,sbb nama saya yg saya guna tu!hehehehe..takla,gurau jek~

Balas
avatar

like this entry. touching. moga membe kamu ditempatkn dgn org2 beriman. sy xminta sakit tp bagusnya dia sakit. sekurang2nya dia ada signal supaya prepare. untungnya dia. xsemua org dpt. we don't know when our time is. takut* serious. xda sapa blh tolong. mcm muzaffar ckp, susah nak istiqomah. lagi2 bab ibadah, aurat. yg mampu, doa bebnyk. huh~

Balas
avatar

engineer : sy ske la ngn ayat kmu..amat la takut jika kubur kita gelap..serius nk nangis td T_T..sy nk copy boley *wink
kata2 kmu membuatkn sy sgt takut jika andainya ia berlaku

Balas
avatar

ape blog allhyrhm??
sy berminat nk bc la

Balas
avatar

maaf~saya sendiri dah lupa blog dia mana satu..huhu..maaf sgt2

Balas
avatar

andainya sesorg tu menyepi , x bermakna ia mati. mgkin itu salah satu tandenye bg yg selalu berkongsi d cni..

harap2 kalo ada antara kita yg djemputNya terlebih dahulu, khabar tu smpai pd ana juga . .
ble kte ingat pd mati, maksiat pn blh berkurang, memg fitrah insan, alpa dgn kehidupan. mohon maaf ats segala kekurangan..
syukran, p0st yg menyedarkan. :)

Balas
avatar

susah juga nk ckp, kalo blog tiba2 senyap xde reply komen mukin tuan punye blog sudah tukar ke blog lain atau aktif dlm socmed lain ie FB, tiktok, instagram dll.. wallahualam

ps. salam dari tahun hadapan 2021 (tahun covid 19) ;p

Balas

Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443