Seperti yg sy janji,sy ingin bercerita tentang masjid-masjid yg sempat sy singgah dan lawat sepanjang berada di Kelantan dan Terengganu. Kami bertolak dari rumah ke Terengganu slps solat zuhur.
Al-kisah,Allah takdirkan kami tersesat sedikit.Selepas highway pantai timur,sy sepatutnya masuk ke Jabor,tapi sy terkeliru dgn signboard yg menulis utk ke Kemaman sila jln terus.Saya rasa mcm best je jadi sy jalan terus.Aduh!Jalan ini jauh berbanding jln yg sepatutnya sy lalu!Tapi biarlah,sampai juga nanti.Allah sudah tetapkan begitu.
5minit sblm asar,kami berhenti di sebuah masjid kampung di daerah Kijal.Usah sy sebut nama masjid itu.Malangnya..Tiada azan!Tiada imam!tiada jemaah!Nasib baiklah ada seorang lelaki juga berhenti di situ.Dia berwuduk lalu menukar bajunya dgn jubah.Solat asar itu Cuma ada seorang imam(sudah tentu!),dan dua org makmum sahaja! Masjid besar!Siap dilengkapi dgn bilik mesyuarat dan dewan kuliah serta jadual kuliah ilmu padat!Namun,ketandusan jemaah!malangnya...
(cahaya itu) di rumah-rumah(masjid) yg di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut namaNya,di sana bertasbih(menyucikan) namaNya pada waktu pagi dan petang. (An-Nur ayat 36)
Tiba di rumah kakak sy di Dungun,perkara sama juga berlaku.Saya dan ayah mahu ke masjid kerana sudah masuk zuhur namun tibanya di masjid,cuma ada seorang lelaki yg sedang bersolat.Yang lebih parah..ada beberapa org pekerja yg sedang bekerja mengecat menara masjid.Sedih,apakah mereka tidak boleh berhenti bekerja sebentar utk pergi menyahut seruan azan sedangkan mereka sendiri berada di dlm kwsn masjid!
Ada seorang sahabat r.a,sedang buat rumah dan hampir siap.Yang tinggal di tangannya ialah bata yg terakhir utk diletakkan.Sedang ingin meletakkan bata terakhir itu,dia terdengar azan.Lalu terus diletakkan kmbali bata itu ketanah dan bergegas ke masjid meninggalkan rumahnya yg hanya memerlukan satu bata utk siap!
Again,masjid besar dan mewah tetapi ketandusan jemaah!Asarnya pula,sy dan ayah bersolat di surau selang dua rumah shj dgn rumah kakak saya.Jelas,surau yg uzur dan dhaif itu menerima jemaah yg lebih ramai.Cukup satu saf solat.Surau tua itulah tempat saya dan ayah bersolat di waktu-waktu kemudian.
Di Kelantan pula,di kmpung mak saya,sudah siap dibina masjid baru.Seingat saya,sudah setahun sy tidak pulang ke Kelantan dan tika itu,masjid baru itu masih belum dibuka.Maghrib itu saya,ayah dan pakcik sy ke sana.Kebetulan,ada pengajian.Kami duduk bersama-sama. Ada seorang ustaz muda sedang mengajarkan kitab yg sy tidak pasti tajuknya.Ramai org duduk mengelilinginya.Bukan mudah utk faham kerana ustaz itu menggunakan bahasa melayu kelantan!Oh!ada juga bhgian(banyak kot) yg sy sendiri tak faham.Ustaz muda itu berhujah tentang khusyuk dlm solat;khusyuk dan tawadduk.
Banyak ilmu yg berguna dan sedikit yg saya ingin kongsikan ialah kata-kata Hassan Basri rah.Katanya,’Solat yg dilakukan tanpa khusyuk akan lebih mendekatkan kita dgn siksaan’.Mengapa?Kerana solat itu ialah munajat kita dgn Allah Taala.Tautan hati kita dgnNya.Umpama kita bertemu dgn raja minta bantuan,dan kita dtg dgn malas dan sambil lewa.Maka bukan bantuan yg kita dpt tetapi mungkin penampar dia yg kita dpt!
Begitulah dgn solat,jika tidak ingat kpd Allah semasa solat,itu maknanya kita kurang ajar dgn Allah.Dengan Tuhan Pemilik Seluruh Alam!
Pulang ke rumah di Jengka,keadaan yg sama juga berlaku.Cuma sedikit berbeza.Dua persoalan,yg hingga kini sy masih tak dpt fikir jwpn yg paling tepat.Mengapa kebanyakan masjid di Malaysia,tiangnya lebih banyak drpd jemaah yg dtg utk bersolat?dan,Mengapa hanya warga tua dan org-org yg kurang upaya sahaja yg mahu mengimarahkan rumah-rumah Allah ini?Di manakah kita,pemuda-pemuda islam?
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.(At-taubah ayat 18)
11 Komentar
masa saya solat terawih di penang, surau di taman perumahan itu penuh, tapi penuh dengan warga emas. yang muda, lesap entah ke mana. Satu benda yang saya khuatir untuk mencari teman hidup, kurangnya anak muda yang soleh. Saya suka tengok anak-anak muda yang berjemaah di surau/masjid. Lebih-lebih lagi, mereka yang bukan aliran agama, tapi mantap ilmu agama. Memang respect habis :)
Balasteringat ustaz saya cerita, solat kita yang 'ntah hape-hape tu', Allah akan suruh malaikat campak ke Bumi. Jadi, sia-sia lah kita tonggang tonggek jika tidak khusyuk. Benar khusyuk itu payah, tetapi cubalah untuk khusyuk. Semoga Allah akan beri hidayah kepada kita semua.
Tiang lebih banyak daripada orang? Kiamat sudah semakin hampir. Semoga kita berada didalam golongan yang sentiasa mendapat rahmat Allah. InsyaAllah.
itu lah yang kita jumpa sekarang..Masjid di bina begitu indah..hanya untuk kemegahan..
Balasbetol kata engineer, kiamat sudah dekat..tiang yang kukuh kini hampir runtuh..tapi masih ramai yang belom sedar..leka dengan urusan dunia..
Salam...:)
BalasDi mana-mana pun sama masjid hanya penuh jemaah ketika solat jumaat dan solat sunat aidil fitri & aidil adha.
Sungguh, hendaknya orang-orang benar-benar berhenti dari meninggalkan solat berjamaah, atau Allah akan menutup hati-hati mereka kemudian mereka benar-benar menjadi orang-orang yang lalai.” [Hadith shahih riwayat Ibnu Majah]
salam ziarah....
Balasseronoklah dapat singgah sini....
semoga sang pencita....sihat2 selaloo ...:)
apa masjid yg paling cantik awak penah singgah?
Balasengineer to be!-->
Balasooo..kantoi ada admire seseorang!haha
saya teringat satu hadis,'Perkara pertama dlm agama yg akan diangkat ialah kyusuk dlm solat dan perkara terakhir yg diangkat ialah solat'.
Sgt2 susah nak kyusuk.Tapi tetap wajib kita usahakan.Tiang masjid lebih ramai drpd jemaahnya.Tak caya?berlambak masjid yg mcm tu..
Imam-->
iya,kita perlu ada kesedaran...utk mulakan perubahan~!
Abd Razak-->
Salam ust Razak!
penah dengar mazhab melayu;"Ahli Sunnat dan Jumaat!"
mereka ini ialah org yang hanya melakukan solat-solat sunnat seperti solat hari raya dan solat tarawih dan solat jumaat sahaja.Ramai yg ada mentaliti cmtu...
Qaseh-->
Terima kasih.Anda sentiasa dialu-alukan~!
Zampeada-->
Masjid paling cantik?sudah tentulah masjid yg paling MAHAL iaitu masjid kristal di Terengganu!cantik...
bukan sahaja sindrom ini berlaku di malaysia bahkan diseluruh dumia..
Balasketika saya berjemaah di masjid dibeijing, tok imam masjid sesudah sembahyang datang kepada saya sambil memeluk dan berkata firdaus! firdaus!..
saya pelik kenapa tok imam cina berkata sedemikian, lalu saya bertanyakan pemandu pelancong yg turut menyaksikan kejadian tersebut..
lalu penjelasannya kerana tiada org muda yg dtg berjemaah dimasjid.. kerana itu tok imam mengatakan syurga..syurga kepada saya kerana saya masih muda tetapi dtg berjemaah disitu...
semoga doa tok imam dimakbulkan allah...
sedikit cebisan pengalaman saya yg jahil ini..
kawie2020--->
BalasAMINN..semoga Allah makbulkan doa tok imam.Ish...pengalaman yg besar ertinya kpd saudara.terima kasih berkongsi.di harap lebih banyak yg saudara akan kongsikan=)
CUBE G MASJID KAT RANTAU PANJANG KELANTAN..
BalasNAME MASJID BEIJING..
salam,
Balasakak pernah solat (somewhere in Johor) di satu masjid ni..bahagian wanitanya penuh dgn tahi dan bulu burung. dah jadi sarang agaknya..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443