Sekitar tentang remaja islam termasuk juga saya.Kita sgt-sgt mudah tertarik dgn soal hiburan.Kita suka,kita cinta,kita layan semua benda yg berkaitan hiburan.Seolah-olah kita hidup utk memenuhi kehendak berhibur kita shj.
Saya tak mahu bercakap tentang org lain,tetapi tentang diri saya.Saya pun tertarik dgn semua ini.Siapa yg taknak jadi glamor?Siapa yg taknak dipuji dan dipuja?Siapa yg taknak dipandang mulia?Bukankah fitrahnya mmg begitu?
Tadi waktu van rombongan mereka tiba,sy terkejut.Apa tidaknya,waktu tu kami baru keluar dari perbarisan kawad(jgn tak caya,dlm aviation pun ada kawad).Tiba-tiba tengok org pakai cantik-cantik keluar.Yang paling tak tahan TERtengok sorang perempuan tu pakai seluar pendek nampak paha,selamba je jalan.(Kalaulah mata saya ada kat punggung,pasti sy takkan terlihat semasa dia berjalan melintasi kami).Wau!Ni kat Malaysia ke Colombia?
Saya takut,risau dan kesal dgn org melayu.Muda-muda sudah pasang cita-cita nak jadi artis.Hoi!Apa yg kau dapat kalau jadi artis ha?Kau dapat pujian bila org tengok daging putih kau?Itu musibah!Kau dapat pujian bila org kata suara kau sedap menyanyi lagu cintan-cintun?Itu musibah!Kau dapat pujian bila org kata kau terror berlakon babak ranjang?Itu musibah bro!Bahayasssss....
Sejujurnya,saya mmg tak menyukai golongan artis.(rasanya artis takkan baca blog saya)Pernah sy bersembang dgn seorang sahabat,katanya "kalaulah adik aku jadi artis satu hari nanti,aku tak rela mengaku adik".Oh!saya takde adik.Benarlah,wanita itu fitnah yg paling besar.Iya,wanita itu fitnah.Maaf saya katakan,tapi itulah yg disabdakan oleh Baginda s.a.w
Seindah hiasan adalah wanita solehah.Benar sekali!Saya teringat kata-kata seorang akhi,katanya zaman ini mmg sukar sekali menjaga diri dari ftnah wanita.Mungkin kita tidak suka atau benci dan jelek melihat perempuan-perempuan yg berpakaian tak sopan dan bersosial,tapi ternyata kita tertarik dgn perempuan yg berpakaian tudung labuh dan sopan.Itulah fitnahnya!Sambungnya lagi,'nak elak fitnah kenalah kawin cepat-cepat bila dah cukup syarat.'
Artikel ini tidak memihak kpd sesiapa.Baik lelaki atau wanita,siapa yg salah dia kena mengaku salah.Salah wanita jika dia menayangkan tubuh badannya dan salah lelaki juga kerana tidak kuat melawan gelora syahwatnya dan memandang wanita itu.Jadi,masing-masing ada salah dan silapnya sendiri.
Teringat kisah seorang alim di zaman Bani Israel(zaman nabi Musa A.S) yg sanggup membakar tangannya semata-mata utk menahan dirinya drpd menzinai pelacur yg datang kerumahnya dan berbogel dihadapannya.Kalaulah saya yg berada di situasi itu...agak-agaknya apa yg akan berlaku?(Jangan jawabkan utk saya)
5 Komentar
salam,
Balaskdg kak pun hairan juge dgn remaja skrg ni. sanggup beratur panjang2 demi sebuah ujibakat reality show.
kita sedar ianya satu fitrah, tetapi fitrah itu hendaklah kita selarikan dgn keredhaan Allah demi meraih satu matlamat iaitu syurga.
tak kan mati kita kalau xde dunia hiburan, kak berani kata, dunia hiburan ni samada nyanyian atau lakonan itu byk menjurus kpd dosa even nyanyi nasyid pun.
kalau ada yg xstuju, xapa. ini cuma pandangan sy.
apapun, moga kita semua sentiasa dlm pandangan Allah..
Anak kawan ayah seorang yang berpangkat tinggi tidak suka anak gadisnya menjadi pramugari. Malangnya anaknya degil.
BalasHidup seputar dunia penuh glamor sememangnya menjadi kegilaan remaja hari ini. Tidak ada yang perlu dihairankan lagi apabila melihat perempuan yang seksi menayangkan itu dan ini.
Dulu, manusia malu menyanjung artis takut di katakan tidak beradab tapi kini artislah yang menjadi ikon dan pujaan tanpa perlu sebarang sijil pencapaian.
Pengaruh media massa menjadikan hal ini bertambah teruk. Mereka mahu hidup moden. Tak Baratlah kalau pakai tutup-tutup. Kononnya.
salam iba,,
Balasaku kadang2 terfikir, adakah aku akan bertanya soalan ini kepada diri aku ini apabila aku pulang ke Msia nanti :-
' ni Msia ke UK???? '
dunia semakin tiba pada penghujungnya.. macam2 perkara akan berlaku kan..
Balassalam iqbal ^_^
Balas"dunia akhir zaman"
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443