Kalau saya nak cerita pasal avionics,mmg banyak kot.Jadi lebih baik kalau baca kat wikipedia aje.Belajar makin susah.3 kali lebih susah kot dan paling tak best,exam module 11(killer subject) still belum buat.Ditunda sebab ada kes kantoi soalan bocor.Argh!satu org menipu,ratusan orang dapat masalah.
Takpe,dalam kesusahan ada kebaikan~kan?
Sebenarnya takde mood sgt pun nak menulis ni.Cuma saya terfikir akan kata-kata ust.Mokhtar Storke.Apa katanya?
'Umat islam di Malaysia terlalu mementingkan pendidikan berkaitan hukum-hakam lalu mengabaikan pendidikan tauhid'.
Saya cuba mencari kebenaran di sebalik kata-katanya dan saya terjumpa rasionalnya.Benar,mmg sisitem pendidikan di sini tak menitik beratkan soal tauhid.Soal akidah,dipandang sebagai mudah.
Apa yg terjadi?Anak-anak muda mcm saya ni la kesannya.Beramal tapi tak tahu sebab beramal.Beramal,tapi tak tahu utk siapa sebenarnya.Kita ibarat tembikai yg berat,tapi tiada isi.Hanya kulit aja yg tebal.
Anak-anak muda jadi tak tentu hala.Asyik duk fikir,aku sudah islam dgn ucap kalimah Lailahaillah atau aku sudah islam,dgn mengerjakan solat.Maka aku boleh buat dosa.Oh!inilah fenomenanya!Kita tak kenal Allah,atau bahasa yg lebih tepat kita BELUM kenal Allah.
Atas sebab itulah,kita hanya membataskan islam kpd beberapa perkara.Kita anggap,cukuplah sekadar aku bersedekah lalu tak apa aku ambik rasuah.Atau,cukuplah aku bina masjid,jadi tak payah aku datang ke masjid.Ah!malas saya nak ambik contoh lain.Para pembaca nilaikan sendiri ya...
Jadi,atas maksud tidak mahu menjadi org yg mencampur adukkan yg haram dan yg halal,saya mengajak diri saya dan anda semua utk kita mengenal Allah.Kita kenal sifat-sifatnya.Caranya?kita baca Al-Quran,terutamanya surah-surah Makiyyah.
Benarlah kata Saidina Ali r.a, 'awal agama ialah mengenal Allah'.
Saya akan bercuti 4 hari~yeah!mohon maaf jika lepas ni bayang-bayang saya di blog makin malap sebab saya mmg makin sibuk.huhu.Kalian doakan saya ya!
10 Komentar
selamat bercuti yer iqbal.. (^__^)
Balasbetul lah apa yang iqbal katakan tu.. sedar tak sedar... semakin hari semakin dekat ke alam yang lebih kekal kan..
salam
Balassaya pun setuju bebeno dgn kenyataan itu..
bila tak faham asas/tunjang, cabang2, ranting2nya menjadi rumit..
umpama xmenguasai asas matematik, disuruh belajar matematik tambahan, terkontang-kanting dibuatnya, akhirnya pening, malas nak layan..
Selamat bercuti, dik...Jaga diri baik-baik
BalasSalam sdraku
BalasSelamat bercuti moga Allah permudahkan perjalanan ke kampong
slmt bercuti
Balasselamat bercuti
Balasselamat makan limau banyak2...hehehe
Salam!
BalasBila sebut saja perkataan tauhid,`Qulhuawallahu Ahad' maknaya kita membincangkan Tauhid Uluhiyyah (Ilah-Allah sbg Pencipta), Tauhid Rububiyyah (Robb-Allah sebagai Pengatur, Pendidik, Pemelihara dsb) dan Tauhid Asmaau was Sifat (Nama2 dan Sifat2 Allah). Secara ringkasnya, semua manusia (beriman atau kafir)mengakui atau ada Tauhid Uluhiyyah (Surah AlAnkaabut:61) walaupun mulut menafikannya sehinggakan Fir`aun sehabis kejam pun mengucap kalimah Uluhiyyah dlm Surah Yunus:90. Tetapi apa yg menjadi masalah skrg ialah manusia menafikan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asmaau wasSifat... Wallahualam
sy cuti 1 week tauuu huhu
Balasakedemi tutop for the whole week. tp minggu yg on balik tu exam start balik... hukhukhuk...
semua exam belom settle except exam principle of flight dah final aritu. the result was fine, alhamdulillah. nevessss ahhhhhh~
mmmm, bleh tak ajak satu jemaah dtg akedemi sy buat dakwah??
setiap yang berlaku ada hikmahnya
Balasbelajar sebaik mungkin
selamat bercuti
Terima kasih kepada anda semua.
BalasDan kepada Tajnur,saya sgt2 menghargai kedatangn saudara di sini dan diharap saudara lebih banyak meluangkan masa disini,membetulkan salah dan silap daya serta berkongsi ilmu bersama.InsyaAllah~
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443