'Malu rasanya,mengatakan cinta kepada dia kekasih Allah'...Argh!!Sangat mendalam lirik ni.Sejak dulu org mengaku cinta akan Rasul.Rindu akan Baginda.Tapi umpama org mengigau dlm tidur,ramai tak tahu apa yg mereka telah cakapkan tu.
Jika benar cinta kita ialah kpd Rasul,sudah tentu kita mencontohi Baginda.Sunnah Baginda kita junjung.Harta peninggalan Baginda kita rebut(ilmu).Warisan Baginda s.a.w kita sanjung(ulama).Tapi,berapa kerat org yg buat apa yg dia cakap?Janganlah kita menjadi org-org yg dibenci oleh Allah dan Rasulnya sebagaimana diceritakan di dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3; iaitu org-org yg memperkatakan sesuatu yg tidak mereka kerjakan!
Cinta kepada Rasul itu adalah perintah Allah.Dalam Quran,cukup banyak perintah Allah utk mencintai Rasul.Tanda cinta itu banyak.Selawat itu cinta.Mengamalkan sunnah itu cinta.Namun,yg paling penting ialah mengikuti seluruh ajaran yg dibawa Baginda.Segala suruhan Baginda s.a.w kita ikut dan larangan Baginda,kita tinggal jauh-jauh.
Hari ini kita gagah menyambut hari-hari kebesaran Baginda.Kita gah menganjurkan sambutan maulidur rasul,tapi apakah ini semua?Cumalah satu sandiwara dusta dan pembohongan yg menjengkelkan sungguh!Apa kau kira Baginda akan gembira jika kau langgar semua tegahannya?Apakah kau kira Baginda akan suka jika sunnah Baginda kau rendah-rendahkan?Apakah kau fikir Baginda akan gembira walhal perjuangan Baginda kau tentang habis-habisan?(soalan ini berbalik kpd saya)
Jadilah kita seperti Saidina Umar r.a.Beliau ditanya oleh Rasulallah,bagaimanakah tahap cintamu kpd Allah dan Rasulnya?lalu Umar menjawab,'Aku mencintai Allah dan Rasul selepas aku mencintai diriku dan keluargaku'.Baginda bersabda,'Tidak!cintamu belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Aku cintakan Allah dan Rasul selepas aku cintakan diriku ini!'Baginda berkata lagi,'Tidak!Cintamu masih belum sempurna'.Lalu Umar pun berkata,'Oleh itu,aku cintakan Allah dan Rasul lebih drpd kencintaaanku kpd diriku,keluargaku dan seluruh dunia ini.
Kita tak sedar,bahawa Baginda sangat mencintai kita.Buktinya banyak!Semasa peristiwa israk dan mikraj pun Baginda sanggup memalukan muka meminta agar Allah kurangkan perintah solat 50 waktu kepada 5 waktu sahaja,kerana Baginda risau akan kemampuan kita!Semasa hampir wafat pun,tetap Baginda mengingati kita.'Ummati, umatku! Kita la tu!!Semasa sakaratulmaut pun Baginda meminta kpd Allah supaya kesakitan mati itu ditanggung oleh Baginda seorang,agar umatnya takkan merasa sakit!
Juga,salah satu cara utk kita mendapatkan halawatal iman(kemanisan iman) ialah dgn kita mencintai Allah dan Rasul lebih drpd segala-galanya.Bila dtg pertembungan antara kemahuan nafsu dengan kemahuan Allah,maka menangkanlah kehendak Allah.Barulah kita akan rasa indahnya hidup dlm ketaatan kpd Rabb.Barulah terasa segala perintah Allah itu indah.Nak beramal soleh pun rasa best!
Kesimpulannya.Adakah kita layak mengaku mencintai Rasulallah?Ayuh,kita turuti sunnah Baginda.Kita ikuti ajaran Baginda dan kita contohi akhlak dan peribadi Baginda.Kalau dulu kita banyak langgar ajaran Baginda,kita hina sunnah-sunnah Baginda,kita hina sahabat r.a,keluarga baginda atau ulama-ulama,maka bertaubatlah sementara masih ada peluang utk disyafaatkan oleh Baginda.Taknak nak masuk syurga ke?Org yg taknak tu ialah org yg tak mentaati Baginda ='(
11 Komentar
salam..
Balassyukran Iqbal..ats penulisan yg cukup memuhasabahkan diri..semoga Allah memberkatimu..
Salam...
BalasSungguh kasih dan cintanya Rasulullah kepada umatnya.
alhamdulillah...
Balasmalukan nk cakap kita cinta rasulullah sedangkan kita x amalkan apa yang baginda ajarkan kepada kita..
nak kongsi juga tentang kisah hasan ataun husin (ketua pemuda syurga yang pasti)
satu hari cucu rasulullah pergi dekat ayah dia(saidina Ali) lalu cucu rasulullah ni bertanya..
ayah2, ayah cinta Allah?
Saidina Ali pun jwb, cinta
ayah cinta atuk(nabi muhammad)?
saidina Ali pun jwb, cinta
ayah cinta mak(saidatina fatimah)?
saidina ali pun jwb, cinta..
lalu cucu rasulullah ni pun ckp la..
eh ayah ni cinta yang mana satu.. ayah kata ayah cinta Allah, tapi ayah cinta atuk tp ayah pun cinta dkt mak.. mana satu sebenarnye ni ayah?
saidina Ali pun tersenyum lalu dia berkata, memang benarla kau ni ketua pemuda syurga..
saidina Ali pun menjwb pertanyaan anak dia.. saidina ali ckp disebabkan kecintaan ku kepada Allah sgt la byk, cinta itu melimpah kepada atukmu, dan disebabkan cinta itu juga ia melimpah ke ibumu..
jelaslah di sini kita dpt lihat, cinta kepada Allah akan menimbulkan rasa kasih syg kerana Allah di kalangan manusia itu sendiri.. iA ^^
jazakallah khair kasira :)
Melatdaisy,Abd Razak dan Norshahirah-->
BalasCinta harta membuatkan beratnya proses hisab.Cinta manusia membuatkan runsingnya jika ditinggalkan.Tapi cinta Allah,kekal jaminan syurgaNya...terima kasih kpd yg sudi tinggalkan komen~
Salam!
BalasApabila perintah Allah SWT kpd Rasulullah saw dan para sahabat berhijrah ke Madinah, bermakna mrk terpaksa membuat pemilihan samada menjadi Islam atau mati sebagai org kafir spt dlm Surah AnNisaa`:97 w/pun terpaksa meninggalkan segala2nya. Begitu juga, apabila berlakunya Perang Badar, prg2 Islam terpaksa membuat pemilihan dimana anak bunuh bapa, bapa membunuh anak, peperangan tidak kira adik beradik, saudara-mara dsb demi menyahut seruan Allah sehingga turunnya Surah AlMujaadilah:22`Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat dgn org2 yg menentang Allah dan RasulNya, sekalipun mrk itu bapa2 , anak2, saudara2 ataupun keluarga mrk..". Dalam realiti kita ni, hanyalah ucapan dibibir sahaja krn tugas yg paling mudah utk mendalami AlQuraan pun tak terlaksana walhal Rasulullah pernah ditegur dalam Surah AlQiyamah:16 krn terlalu ghairah untuk mempelajari AlQuran. Jadi bagaimanalah kita yg mengabaikannya?? Wallahualam
:-(
Balas:-(
:-(
assalammualaikum
Balaskita tanamkan azam dan cuba untuk isi hati kita ngan kecintaan yang sebenarnya
alhamdulillah...muhasabah di pg hariii..terima kasih
Balassetiap kali saya mendengar lagu ni mmg terharu sngt2..sedih pun ada..mungkin sy juga akan meluahkan perasaan sy terharap lagi ni suatu hari nanti di blog sy..
Balaspaling saya sedh time lirik kat:
malu rasanya menyatakan cinta
kepada dia kekasih Allah
kerna dia insan mulia
sedangkan diriku insan biasa
********************************8
hati ini sentiasa menangis mengenangkan lirik lagu tu...sudah la banyak melakukan dosa tapi masih ingin menyatakan juga rasa cinta,sedikit rasa malu..namun hati ini sebenarnya memang cintakan baginda..cuma malu nk meluahkan dari kata-kata
walaupun jasad baginda telah tiada,tapi semangat baginda tetap akan hidup dalam jiwa orang mukmin!!pasti.insya-Allah
Balaswalaupun jasad baginda telah tiada,tapi semangat baginda tetap akan hidup dalam jiwa orang mukmin!!pasti.insya-Allah
BalasSaya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443