Jika anda berjalan-jalan di pekan luar bandar,anda pasti akan melihat satu suasana atau fenomena yg pelik.Anda akan melihat lelaki tua berkopiah berjalan bersama anak gadis yg berpakain seksi.Bagi sy,keadaan ini juga berlaku di bandar,tapi berbeza suasananya.
Di bandar-bandar,itu normal melihat v.i.p, dato’,jua org kaya yg tua bangka bermanja-manja dgn wanita muda.Pompuan simpanan lah tu!Tapi di luar bandar,lelaki tua itu bukannya jutawan yg ada harta utk dikikis,tapi bapa kpd anak gadis seksi itu.Ok!bukan perempuan aja,lelaki pun sama. Bapa-bapa tua berkopiah.Anak-anak muda pakai menjolok mata.Fesyen melayukah?
Pelik!saya pelik kerana masuk aja kampung,mesti kita akan lihat org-org tua akan pakai kopiah.Hatta org tu tgah berkebun,atau berborak di kedai kopi,mereka akan pakai kopiah.Lebih malang,tak sedikit manusia berkopiah ini yg boraknya 'lebat' hingga berjam-jam di kedai,lupa solat.Yang di bendang atau kebun juga sama,bulan puasa makan tengahari dek penat sedikit.Kopiah ats kepala tetap ada.
Sebenarnya saya tertanya-tanya,apakah kita sebagai org tua?seringkali sy dengar,’Aku dah tua,dah banyak makan garam’.Tapi,tak banyak pula saya lihat peranan org tua dalam mendidik anak-anak mereka.Bapa haji,lebai,siak,kaki masjid,tapi anak sendiri kadang-kadang lebih teruk drpd anak org asli dalam hutan!
(Takkan dah tua baru nak tutup aurat?)
Adakah ibubapa masa ini jadi ‘penakut’ utk menegur kesalahan anak-anak?(klik sini)Sebab mungkin takut diabaikan anak.Maklumlah,tiap-tiap bulan anak hantar rm500 buat belanja.Jadi terpaksa biarkan anak hidup dalam dunia moden dia.Biar pakai seksi-seksi,biar lupa baca Fatihah,biar tak tahu arah kiblat,biar saja mereka hidup utk kejar neraka,yg penting tiap-tiap bulan duit masuk.Begitukah?Sedih.Sedih sgt melihat ibubapa sebegini.Bukan nak salahkan sesiapa,Cuma saya kesal dan simpati.Mungkin dulu hidup susah,jadi tak mampu beri didikan agama yg sempurna,atau mungkin juga dulu hidup sempit tiada masa utk memberi contoh tauladan terbaik utk anak-anak.Kesannya,anak berjaya tetapi lupa tuhan,lupa ibubapa.
Tak kurang juga ibubapa yg ditipu anak-anak.Kononnya di U,perlukan wang utk beli buku tapi sebenarnya beli hanset baru yg boleh mms hantar gambar tak senonoh kpd pakwe!Atau mungkin kata kat ibubapa takde cuti nak ziarah,tapi sebenarnya masa cuti sganja taknak balik sbb nak dating!Aku jijik,tapi aku simpati dan aku pun doa serta aku nasihat.Moga bakal anak cucu keturunan aku Allah pelihara.
Akhir sekali,saya rayu kpd anda yg masih ada ibu atau bapa supaya tolong kasihi dan berikan perhatian kpd mereka.Dengar nasihat mereka.Berbaktilah kpd mereka!Sesungguhnya impian setiap ibubapa pasti utk melihat anda menjadi solah atau solehah.Biar kita tak kaya duit,tapi biar kita kaya budi.Biar org cemuh,ejek atau gelakkan kita asalkan kita tahu kita tak lupa diri,tak lupa Allah dan tak lupa mak bapak.Ingat tu!Jgn jadi melayu yg lupa daratan!
11 Komentar
bagus entry ko
Balasluahan hati yg jujur
betoi2!
Balastp mmg payah nk jg anak2 nieyh!
salam dik,
Balasentri yg bagus. jgn plak ade ibubapa yg terbaca entri ni gi serang iqbal ye..
bagus iqbal.teruskan.
Hans dan Ghostone-->
BalasSedar atau tidak,kita makin tua dan kita pun akan kahwin dan bakal jadi bapa.Jadi kita semua kena mula berubah,sikit-sikit.kan?hehe..Jaga anak zaman sekarang mmg tak mudah.Tapi yakin,ganjaran Allah bagi lebih lumayan sebab ujiannya lebih banyak.kan?
Salam...
BalasAndaikata ada ibubapa sedemikian hingga takut utk menegur kelakuan anak2 yg melanggar batas agama, maka dia pun turut sama redha akan perbuatan anaknya. Ingatlah bahawa perbuatan ini akan mengundang azab Allah di akhirat kelak
Salam!
BalasLahirnya Rasulullah saw ke dunia dgn membawa risalah adalah utk mengajarkan AlQuran dan membetulkan sistem dari kesyirikan (Uluhiyyah dan Rubbubiyah)spt dlm Surah AlJumaat:2. Apabila sistem dah rosak, maka tidak hairanlah rata2 manusia melakukan maksiat dan menyangka mrk berpetunjuk walhal penghidupan mrk jauh dari perintah Allah. Agama yg mrk anuti sudah menjadi adat saja bkn beribadah kpd Allah, jadi apabila mrk tidak belajar AlQuran dan Hadis mrk telah lari dr petunjuk dan penghidupan yg sempit (Surah AtToha:124)didunia dan akhirat. Sebab itu, dalam Surah AlAnaam:15,`Katakalah (Muhamad) Sesungguhnya aku takut akan azab pada hari besar(qiamat), jika aku maksiat/mendurhakai Tuhanku`. Apalah hendak dihairankan krn mmg sesiapa pun begitu jika tak belajar AlQuran. Selama 13 tahun, Rasulullah saw berdakwah di Mekah krn nak membetulkan aqidah dan membersikan dari kesyirikan terutama yg mewarisi syariat nabi Allah Ibrahim a.s. Wallahualam
salam,
Balasmenarik!
ini realiti masyarakat skrg..
masyarakat y makin jauh dgn alquran.
as reflection,
jom bergerak dgn berusaha mmperbetolkan diri sndiri dan org2 berhampiran.
mge islam tertegak kembli di ats bumi,
insyaAllah..
mcm mane kes anak nak tegur mak bapak?
Balasassalammualaikum iqbal
Balastak tau nak kata
kekadang anak2 ni pun bila dah besar tak mendengar kata
a kl citizen-->
Balassalam kak.Saya sedar tu.mmg anak-anak bila da besar rasa kawan-kawan lebih penting drpd ibubapa.Atas maksud itu lah,saya nak usaha memperbetulkan salah faham anak-anak ini agar mereka lebih mengasihi ibubapa mereka.InsyaAllah
salam,
Balasibubapa wajib kuatkan diri dan mental utk menerima amanah menjaga anak2. bukan didikan sekolah shj, wajib juga sediakan anak2 dgn pengetahuan agama. sbb dr situ anak2 membesar seimbang dan jatidiri dia yg akan bantu dia dimasa akan datang nanti. insyaAllah..
Saya boleh dihubungi di emel iqbalsyarie@gmail.com atau 013-6852443